Kedengaran suara bayi menangis
didalam wad bersalin di hospital. Seorang bayi perempuan telah dilahirkan di
hospital Kuala Lumpur. Kelihatan seorang lelaki yang baru bergelar bapa bagi
bayi itu tersenyum. Dia segera mengambil bayi itu dan mengazankannya ditelinga
kanan bayinya. Si ibu pula hanya tersenyum melihat cahaya matanya sebelum di
lena kerana kepenatan.
“Mana anak kita, Bang?” tanya
Hasmah kepada suaminya sebaik sahaja dia tersedar dari lenanya. Johari hanya
tersenyum sambil membelai kepala isterinya.
“Anak kita ada dengan doktor…”
beritahu Johari. Hasmah tersenyum.
“Mah nak tengok anak kita Bang…”
“Nanti kita tunggu nurse bawa dia
kesini, sekarang dia tengah diperiksa…” tangan Hasmah digenggamnya. Gembira dia
melihat isteri dan anaknya sihat. Penantian mereka selama 3 tahun akhirnya
berakhir. Dia tidak perlu menikahi gadis pilihan ibunya kerana mereka tiada
cahaya mata.
“Mah nak sekarang Bang… dah 3 tahun
Mah tunggu, akhirnya kita Berjaya juga… Mah tak sabar nak tengok dia” paksa Hasmah.
Tidak lama kemudian kelihatan seorang jururawat mendukung bayi perempuan Hasmah
dan Johari. Senyuman lebar terukir dibibir Hasmah. Segera dia mendukung bayi
tersebut dan mengusap ubun-ubun bayi tersebut.
“Cantik anak kita kan? Macam Mah!”
puji Johari. Hasmah tersipul malu dengan pujian suaminya itu.
“Kalau lepas ni Mah dah tak cantik
jangan cari lain pula! Sebab Mah dah wariskan semua kecantikan Mah kepada anak
kita ni, sebab Mah tahu lepas ni Mah dah tak boleh mengandung lagi kan!” kata
Hasmah dalam gurauan.
“Macam mana pun rupa Mah lepas ni,
Mah tetap kat hati abang… sebab Mah la abang jadi macam ni, lemah kerana
cintamu…” gurau Johari pula. Bahu Johari dipukul lembut oleh Hasmah.
“Orang kata betul-betul dia
main-main pula!”
“Betul la! Kalau abang nak kawin
lain dah lama abang buat, sebab calon dah ada sayang…”
“Ooo…jadi abang nak la kawin dengan
Qaseh tu! Pergilah cakap dengan mak abang… kan dia suka sangat dengan Qaseh tu
dari saya, biar saya yang besarkan anak kita sendirian,”rajuk Hasmah.
“Tengok! Dia yang mulakan dia yang
merajuk…sayang “ tangan Hasmah dicapai dan sebelah lagi memegang tangan
anaknya. “Walau apa pun yang berlaku…abang takkan kawin dengan orang lain,
tiada siapa yang boleh ganti Mah dalam hati abang…jangan harap abang akan
besarkan Mah besarkan anak kita sorang-sorang! Sebab dia lahir atas tanda cinta
dan berkat kesabaran kita menempuhi semua cabaran dari-NYA” kata Johari. Hasmah
tersenyum. Dia beruntung kerana mempunyai seorang suami yang memahami dan
penyayang seperti Johari.
***
“Dato!,
alhamdullilah kedua-dua anak dato’ sudah selamat dilahirkan…”beritahu Doktor
Fauzi.
“Dua dok?” tanya
Dato’ Zaidi meminta kepastian. Doktor Fauzi mengangguk sambil tersenyum.
“Alhamdullilah…” Dato’ Zaidi bersyukur atas kurniaan dari-NYA. Badan Doktor
Fauzi ditariknya dan dipeluk.
“Terima kasih
doktor!”
“Itu sudah
sememangnya kerja saya!”
“Boleh saya
tengok anak saya sekarang dok?”
“Silakan…” Dato’
Zaidi terus masuk ketempat isterinya dan mencium dahi isteri kesayangannya. Dia
melihat seorang jururawat membawa anaknya untuk dibersihkan. Tidak lama
kemudian, jururawat itu kembali membawa kembali anaknya. Dia segera
mendukungnya dan mengazankan seorang demi seorang. Datin Liana masih lagi belum
sedar akibat kesan daripada ubat bius yang diberikan oleh doktor. Diletakkan
kembali anak-anaknya ditempatnya. Dia terus keluar dan menelefon ibunya.
“Hello
assalamualaikum… ummi! Ummi dah dapat cucu lelaki!” beritahu Dato’ Zaidi sebaik
sahaja Puan Seri Hatijah mengangkat panggilannya.
“Betul ke ni
Di?”
“Betul Ummi!
Tadi masa makan dengan Ana tiba-tiba aje perut dia sakit, Di terus bawa dia
pergi hospital!” beritahu Dato’ Zaidi lagi.
“Kalau macam tu
tunggu Ummi dekat sana, nanti Ummi datang” Puan Seri Hatijah segera mematikan
talian. Gembira hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sekian lama dia menunggu
cahaya mata dari anak-anaknya akhirnya hajatnya tercapai. Kesemua cucunya
adalah cucu perempuan sukar untuknya mempercayainya. Kini pewaris bagi segala
hartanya telah muncul.
“Hamdan!
Hamdan!” panggil Puan Seri Hatijah.
“Ya Puan!” kata
Hamdan sambil berlari anak mendekti Puan Seri Hatijah.
“Siapkan kereta
cepat! Saya nak pergi hospital sekarang juga” arah Puan Seri Hatijah.
“Pergi hospital?
Buat apa Puan?” tanya Hamdan kehairanan.
“Saya dah dapat
cucu lelaki!” beritahu Puan Seri Hatijah kegembiraan.
“Alhamdullilah!
Tercapai juga hajat Puan selama ini… saya doakan dia sihat dan murah rezekinya”
doa Hamdan.
“Amin…” Puan
Seri Hatijah mengaminkan doa Hamdan. Hamdan terus keluar dan menyiapkan kereta
untuk Puan Seri Hatijah.
Sudah hampir 25
tahun dia bekerja untuk keluarga Puan Seri Hatijah, walaupun dia hanyalah
seorang pemandu tetapi keluarga itu melayannya seperti keluarganya sendiri. Dia
bersyukur kerana menemui majikan seperti Puan Seri Hatijah.
Kelihatan Puan
Seri Hatijah menuruni anak tangga.
“Jom Hamdan!
Saya dah tak sabar ni…” kata Puan Seri Hatijah sebaik sahaja masuk kedalam
kereta.
“Baiklah puan…”
Hamdan terus memandu kereta menuju ke hospital tempat dimana Dato’ Zaidi dan
Datin Liana ada. Sesampai sahaja disana Puan Seri Hatijah segera mencari
anaknya.
“Mana cucu
Ummi?”
“Ada kat dalam
tu dengan Lia… jom! Pak Hamdan jom sekali!” ajak Dato’ Zaidi.
“Baik Dato’!”
baru sahaja Hamdan ingin melangkah mengikuti Puan Seri Hatijah dan Dato’ Zaidi,
telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum
Johari! Ada apa telefon abah ni?” tanya Hamdan.
“Waalaikummusalam…
abah! Har nak bagi tau ni, abah jangan terkejut tau!” kata Johari sengaja ingin
menakut-nakutkan bapanya.
“Bagi tahu aje
la… jangan nak takutkan abah macam ni sekali…”
“Bah! Hasmah…
dia…”
“Kenapa dengan
Hasmah, Har? Dia kenapa? Dia baik-baik je kan? Kenapa Har?” bertalu-talu soalan
diajukan kepada Johari. Tiba-tiba kedengaran suara Johari ketawa dicorong
telefon. “Asal kamu ketawa ni Har? Kenapa dengan Hasmah! Cucu abah dalam
kandungan dia macam mana?”
“Abah! Cuba
bertenang… ni Har nak bagitahu yang abah dah jadi atuk! Hasmah baru je lahirkan
anak perempuan tadi, Bah” beritahu Johari.
“Ish! Kamu ni
buat takut abah je,ingatkan apa tadi…alhamdulilah! Macam mana cucu abah,sihat?”
“Dia sihat
aje…abah bila nak balik! Tengok cucu abah ni?” tanya Johari.
“Abah akan balik
secepat yang mungkin, sebab Datin pun baruje lahirkan anak lelaki tadi”beritahu
Hamdan pula.
“Tak sangka kan
Bah! Boleh tersaing pulak! Nanti kalau abah nak balik nanti, Abah call Har dulu
tau…nanti Har amik abah” beritahu Johari.
“Baiklah! Ni
abah nak tengok anak Dato’ ni…abah cuma minta kebenaran Puan Seri,”
“Kalau macam tu
baiklah! Kalau ada apa-apa nanti abah telefon Har?
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam”
mereka mematikan talian. Hamdan terus mengatur langkah mengikuti mereka berdua.
Melihat wajah anak Dato’ Zaidi keinginannya untuk berjumpa dengan cucunya yang
baru lahir semakin membuak-buak.
“Puan Seri!
Boleh saya cakap dengan Puan Seri sekejap?” tanya Hamdan. Puan Seri Hatijah
menuju kearah Hamdan dengan penuh tanda tanya.
“Ada apa
Hamdan?”
“Puan! Kalau
saya nak minta balik kampung boleh tak?” tanya Haamdan takut-takut. Dia
sememangnya jarang meminta kebenaran pulang kecuali terdapat hal kecemasan.
“Ada apa?”
“Tadi anak saya
telefon, katakannya saya dah jadi atuk! Saya nak balik dan jenguk cucu saya tu
boleh?” Puan Hatijah tersenyum.
“Kalau saya
sendiri bahagia dengan berita ini, takkan saya nak haling kamu bergembira
dengan berita tersebut! Baik kamu balik sekarang, pakai aje kereta saya tu…”
kata Puan Seri Hatijah. Hamdan tersenyum mendengar kata-kata Puan Seri Hatijah.
“Terima kasih
Puan Seri” Hamdan terus pergi meninggalkan Puan Seri Hatijah.
“Hamdan nak
kemana tu Ummi?” tanya Dato’ Zaidi.
“Tengok cucu
dia…”
“Cucu! Bila?”
“Tadi…”
“Kalau macam tu
cucu Hamdan tu sebaya dengan anak saya la Ummi! Kebetulan yang tak dijangka”
kata Dato’ Zaidi sambil tersenyum.
“Itu namanya
rezeki,datang tanpa diduga…” tersenyum Puan Seri Hatijah diikuti dengan Dato’
Zaidi.
“ Nanti kalau
Ana dah sihat sikit nanti, kita sama-sama tengok cucu Hamdan! Nak Ummi?” cadang
Dato’ Zaidi. Puan Seri Hatijah berfikir sejenak. Dia mengangguk.
“Nagus juga idea
tu! Kamu macam mana Ana? Setuju?” tanya Puan Seri Hatijah kepada menantunya
itu.
“Ana setuju aje
Ummi! Lagi pun kita dah lama kenal dengan Hamdan tu, apa salahnya kalau kita
melawat! Dapat juga merapatkan hubungan silatulrahim...” Datin Liana bersetuju
dengan cadangan suaminya itu. Dato’ Zaidi menggenggam erat tangan isterinya.
“Kalau macam tu
nanti kalau Hamdan dah balik nanti, Ummi cakap dengan dia! Kalau kita datang
menyerbu tiba-tiba nanti,tak sopan pulak” kata Puan Seri Hatijah lagi. Dato’
dan Datin hanya mengangguk mendengar kata-kata Puan Seri Hatijah itu. Puan Seri
Hatijah mendukung salah seorang cucunya.
“Nak bagi
namanya apa?”
“Ni saya namakan
Syahiran Hakimi! Yang ini pula saya namakan Farhan Hakimi! Di bagi nama tu
sebab, Ummi pernah cakap yang salah seorang atuk Di! Berjaya menempuhi semua
dugaan dalam membangunkan syarikat kita sekarang ni! Nama dia Ilham kan,
jadinya…sebab tu lah Di bagi nama dia orang ni awalnya ada Ilham” terang
Hamdan. Puan Seri Hatijah tersenyum.Tidak sangkan bahawa anaknya itu masih
ingat lagi pengorbanan bapanya ketika membangunkan syarikat antarabangsanya
kini.
“Ummi bangga
dengan kamu Zaidi!” Dato’ Zaidi tersenyum.
“Farhan Hakimi!
Syahiran Hakimi!”mereka semua tersenyum sambil memandang ahli keluarga baru
Puan Seri Hatijah.
BERSAMBUNG...---->