ASSALAMUALAIKUM...
Haa hari ni aku nak kongsi pengalaman aku check stok dekat tempat kerja aku ni buat kali pertama. nak kata pertama kali check stok pun tak jugak la sebab sebelum ni aku pernah juga check stok barang sampai ngan barang keluar. bah kan aku pernah juga check stok untuk kedai nak tutup.
aku kena check stok bahagian sabun ngan pewangi. memang pewangi baunya sedap tapi kalau dah banyak2 tu tak pening kepala di buatnya!! dengan nak asingkan barcode dia lagi, lepas tu dah la bersepah-sepah, dah kira2 lepas tu jumpa pulak tersorok dekat belakang... sabar je la, barangnya comel2 pulak tu... nasib baik aku mengecek dengan kawan aku dia tolong hehehe
TQ my friend...
lepas siap tu aku tolong kawan aku pulak bahagian grocery, kesian dia kena kira coklat satu persatu, dah la coklat tu pelbagai perisa ngan pelbagai jenis, pening jugak la dibuatnya, tapi bila kerja buat ramai2 benda yang susah pun jadi senangkan
and than aku kena panggil tolong akak ni buat kerja, tau tak pewarna untuk buat kek??? haaa benda tu la kita orang kena asing2 kan mengikut perisa dia, nasib baik ada 2 brand aje... nona ngan star kalau tak berpinar jugak lak nak mengasingkan benda tu, dah la kecik! kaca! takut aje jatuh and PRANKKKK!!! pecah!!! tak masal2 kena ganti nanti, memang tak rela la..
lepas rehat semua benda dah siap tinggal supervisor ngan orang2 atas ajelah yang check balik betul ke tidak, kita orang buatlah kerja kita orang! aku ngan kawan aku kena cuci tong sampah! tapi bukan nya tong sampah yang bulat plastik tu, ni tong sampah khas besi punya... nasib baik senang aje nak bersihkan guna sapu je hehehe... yang lain pulak kena lap kaunter,
pukul 3.50 kita orang kena panggil naik kepejabat untuk amik duit siap2 buka kaunter... tengok2 je aku dapat tempat bawah bahagian makanan ngan sabun2 tu lagi, mengeluh panjang je la aku, dah la berauk ngan sabun ngan pewangi pagi2 lepas tu kena bukak kat depan tu pulak! nasib... nasib...
tapi disebabkan dekat bawah tu tak siap lagi check stok, aku tak buka kaunter pun. aku pergi tolong kawan aku yang lain, last2 duit yang dia bagi tadi tu dia suruh pulang balik, sebab aku balik pukul 7, hehe nampak tak permainannya tu, ada macam makan gaji buta tak? bukan aku nak oke! aku datang kerja nak buat kerja, dia yang tak bagi aku kerja so bukan salah aku oke...
sebelum aku terlupa, sepupu aku hari ni berangkat ke jepun untuk meneruskan pengajian dia dekat sana, apapun doakan yang terbaik untuk dia! semoga dia dapat menyesuaikan diri dekat persekitaran yang berlainan! kalau tak silap dia pergi Hokaido, Jepun...
okelah, dah tak ada apa aku nak ceritakan lagi, bye2 :-*
No comments:
Post a Comment