ASSALAMUALAIKUM...
Kali ni aku nak bercerita tentang permainan aku masa kecik2 dulu... kalau tengok kini banyak permainan yang kita main dulu budak sekarang tak tau, ye la budak zaman sekarang banyak menghabiskan masa dengan main permainan online, PSP, PS2 dan banyak lagi la... sedar tak sedar dia orang banyak menghabiskan masa dengan gadjet berbanding dengan rakan sebaya.
haaa meh sini aku tunjukkan permainan yang aku pernah main dulu
yang ni main teng2, dulu aku selalu main dengan adik beradik aku time petang2... sebab kita orang suka main bapa kita orang buatkan satu yang kekal so bila nak main cuma tinggal cari benda nak baling je la, bila balik kampung pun selalu main sedara
permainan ni pulak aku tak tau nama dia sampai sekarang... macam2 nama sampai aku pun tak pasti... tapi aku selalu main ni dalam kelas bila time tunggu cikgu masuk atau cikgu mesyuarat, nak main ni siap pakai peta sebab nak cari nama negara berdasarkan huruf! pening...
permainan ibu ayam dengan musang ni memang seronok! yang kesiannya anak ayam la yang belakang2 tu nak kena ikut ibu ayam yang dekat depan tu, ibu ayam kena jaga anak dia supaya musang tu tak dapat anak dia... game ni funny sangat! penat jangan nak ceritalah memang lah sangat penat! apapun seronok gila...
serius aku katakan yang benda ni adalah permainan yang paling famous masa aku kecik2 dulu.. kalau nampak kat kedai tu rasa nak beli aje, sebab mainan dekat dalam tu. lepas tu siap ada coklat ag dalamnya
main ni seronok, have fun gila la... kita kena ada dua group. satu yang kena susun balik selipar jadi macam ni satu lagi kena serang group lagi satu ni biar dia orang tak dapat siapkan
yang ni pula main lidi... kena alihkan lidi ni satu persatu tanpa mengerakkan lidi yang lain, permainan ni memang menguji kesabaran orang yang main... tapi kalau nak diikutkan permainan ni sampai sekarang masih ada yang main cuma tak selalulah.
yang ni namanya main batu seremban... korang boleh main berapa ramai pun, tapi dia kena ada lima benda macam kat atas ni, tapi kalau tak de pun boleh guna batu je, permainan ni famous pada budak perempuan la sebab permainan ni tak mencabar bagi lelaki katanya
hehehe bukannya nak tunjuk opah ngan kak ros tapi permainan yang dia orang main tu 'congkak'. seriusly aku minat sangat dengan game ni sebab apa aku tak tahu. aku pernah jadi johan main benda ni, aku seronok sangat
okelah... sebenarnya banyak lagi permainan yang aku tak sebutkan macam permainan galah panjang, rondes, cop tiang, tarik upih, main guli dan macam2 lagi, kalau aku nak list kan semuanya sampai kesudah pun tak sudah2 hihihi,
ok... bye2
No comments:
Post a Comment