11.2.14

PROLOG - KAU SUKA AKU?

Kedengaran suara bayi menangis didalam wad bersalin di hospital. Seorang bayi perempuan telah dilahirkan di hospital Kuala Lumpur. Kelihatan seorang lelaki yang baru bergelar bapa bagi bayi itu tersenyum. Dia segera mengambil bayi itu dan mengazankannya ditelinga kanan bayinya. Si ibu pula hanya tersenyum melihat cahaya matanya sebelum di lena kerana kepenatan.
“Mana anak kita, Bang?” tanya Hasmah kepada suaminya sebaik sahaja dia tersedar dari lenanya. Johari hanya tersenyum sambil membelai kepala isterinya.
“Anak kita ada dengan doktor…” beritahu Johari. Hasmah tersenyum.
“Mah nak tengok anak kita Bang…”
“Nanti kita tunggu nurse bawa dia kesini, sekarang dia tengah diperiksa…” tangan Hasmah digenggamnya. Gembira dia melihat isteri dan anaknya sihat. Penantian mereka selama 3 tahun akhirnya berakhir. Dia tidak perlu menikahi gadis pilihan ibunya kerana mereka tiada cahaya mata.
“Mah nak sekarang Bang… dah 3 tahun Mah tunggu, akhirnya kita Berjaya juga… Mah tak sabar nak tengok dia” paksa Hasmah. Tidak lama kemudian kelihatan seorang jururawat mendukung bayi perempuan Hasmah dan Johari. Senyuman lebar terukir dibibir Hasmah. Segera dia mendukung bayi tersebut dan mengusap ubun-ubun bayi tersebut.
“Cantik anak kita kan? Macam Mah!” puji Johari. Hasmah tersipul malu dengan pujian suaminya itu.
“Kalau lepas ni Mah dah tak cantik jangan cari lain pula! Sebab Mah dah wariskan semua kecantikan Mah kepada anak kita ni, sebab Mah tahu lepas ni Mah dah tak boleh mengandung lagi kan!” kata Hasmah dalam gurauan.
“Macam mana pun rupa Mah lepas ni, Mah tetap kat hati abang… sebab Mah la abang jadi macam ni, lemah kerana cintamu…” gurau Johari pula. Bahu Johari dipukul lembut oleh Hasmah.
“Orang kata betul-betul dia main-main pula!”
“Betul la! Kalau abang nak kawin lain dah lama abang buat, sebab calon dah ada sayang…”
“Ooo…jadi abang nak la kawin dengan Qaseh tu! Pergilah cakap dengan mak abang… kan dia suka sangat dengan Qaseh tu dari saya, biar saya yang besarkan anak kita sendirian,”rajuk Hasmah.
“Tengok! Dia yang mulakan dia yang merajuk…sayang “ tangan Hasmah dicapai dan sebelah lagi memegang tangan anaknya. “Walau apa pun yang berlaku…abang takkan kawin dengan orang lain, tiada siapa yang boleh ganti Mah dalam hati abang…jangan harap abang akan besarkan Mah besarkan anak kita sorang-sorang! Sebab dia lahir atas tanda cinta dan berkat kesabaran kita menempuhi semua cabaran dari-NYA” kata Johari. Hasmah tersenyum. Dia beruntung kerana mempunyai seorang suami yang memahami dan penyayang seperti Johari.
***
“Dato!, alhamdullilah kedua-dua anak dato’ sudah selamat dilahirkan…”beritahu Doktor Fauzi.
“Dua dok?” tanya Dato’ Zaidi meminta kepastian. Doktor Fauzi mengangguk sambil tersenyum. “Alhamdullilah…” Dato’ Zaidi bersyukur atas kurniaan dari-NYA. Badan Doktor Fauzi ditariknya dan dipeluk.
“Terima kasih doktor!”
“Itu sudah sememangnya kerja saya!”
“Boleh saya tengok anak saya sekarang dok?”
“Silakan…” Dato’ Zaidi terus masuk ketempat isterinya dan mencium dahi isteri kesayangannya. Dia melihat seorang jururawat membawa anaknya untuk dibersihkan. Tidak lama kemudian, jururawat itu kembali membawa kembali anaknya. Dia segera mendukungnya dan mengazankan seorang demi seorang. Datin Liana masih lagi belum sedar akibat kesan daripada ubat bius yang diberikan oleh doktor. Diletakkan kembali anak-anaknya ditempatnya. Dia terus keluar dan menelefon ibunya.
“Hello assalamualaikum… ummi! Ummi dah dapat cucu lelaki!” beritahu Dato’ Zaidi sebaik sahaja Puan Seri Hatijah mengangkat panggilannya.
“Betul ke ni Di?”
“Betul Ummi! Tadi masa makan dengan Ana tiba-tiba aje perut dia sakit, Di terus bawa dia pergi hospital!” beritahu Dato’ Zaidi lagi.
“Kalau macam tu tunggu Ummi dekat sana, nanti Ummi datang” Puan Seri Hatijah segera mematikan talian. Gembira hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sekian lama dia menunggu cahaya mata dari anak-anaknya akhirnya hajatnya tercapai. Kesemua cucunya adalah cucu perempuan sukar untuknya mempercayainya. Kini pewaris bagi segala hartanya telah muncul.
“Hamdan! Hamdan!” panggil Puan Seri Hatijah.
“Ya Puan!” kata Hamdan sambil berlari anak mendekti Puan Seri Hatijah.
“Siapkan kereta cepat! Saya nak pergi hospital sekarang juga” arah Puan Seri Hatijah.
“Pergi hospital? Buat apa Puan?” tanya Hamdan kehairanan.
“Saya dah dapat cucu lelaki!” beritahu Puan Seri Hatijah kegembiraan.
“Alhamdullilah! Tercapai juga hajat Puan selama ini… saya doakan dia sihat dan murah rezekinya” doa Hamdan.
“Amin…” Puan Seri Hatijah mengaminkan doa Hamdan. Hamdan terus keluar dan menyiapkan kereta untuk Puan Seri Hatijah.
Sudah hampir 25 tahun dia bekerja untuk keluarga Puan Seri Hatijah, walaupun dia hanyalah seorang pemandu tetapi keluarga itu melayannya seperti keluarganya sendiri. Dia bersyukur kerana menemui majikan seperti Puan Seri Hatijah.
Kelihatan Puan Seri Hatijah menuruni anak tangga.
“Jom Hamdan! Saya dah tak sabar ni…” kata Puan Seri Hatijah sebaik sahaja masuk kedalam kereta.
“Baiklah puan…” Hamdan terus memandu kereta menuju ke hospital tempat dimana Dato’ Zaidi dan Datin Liana ada. Sesampai sahaja disana Puan Seri Hatijah segera mencari anaknya.
“Mana cucu Ummi?”
“Ada kat dalam tu dengan Lia… jom! Pak Hamdan jom sekali!” ajak Dato’ Zaidi.
“Baik Dato’!” baru sahaja Hamdan ingin melangkah mengikuti Puan Seri Hatijah dan Dato’ Zaidi, telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum Johari! Ada apa telefon abah ni?” tanya Hamdan.
“Waalaikummusalam… abah! Har nak bagi tau ni, abah jangan terkejut tau!” kata Johari sengaja ingin menakut-nakutkan bapanya.
“Bagi tahu aje la… jangan nak takutkan abah macam ni sekali…”
“Bah! Hasmah… dia…”
“Kenapa dengan Hasmah, Har? Dia kenapa? Dia baik-baik je kan? Kenapa Har?” bertalu-talu soalan diajukan kepada Johari. Tiba-tiba kedengaran suara Johari ketawa dicorong telefon. “Asal kamu ketawa ni Har? Kenapa dengan Hasmah! Cucu abah dalam kandungan dia macam mana?”
“Abah! Cuba bertenang… ni Har nak bagitahu yang abah dah jadi atuk! Hasmah baru je lahirkan anak perempuan tadi, Bah” beritahu Johari.
“Ish! Kamu ni buat takut abah je,ingatkan apa tadi…alhamdulilah! Macam mana cucu abah,sihat?”
“Dia sihat aje…abah bila nak balik! Tengok cucu abah ni?” tanya Johari.
“Abah akan balik secepat yang mungkin, sebab Datin pun baruje lahirkan anak lelaki tadi”beritahu Hamdan pula.
“Tak sangka kan Bah! Boleh tersaing pulak! Nanti kalau abah nak balik nanti, Abah call Har dulu tau…nanti Har amik abah” beritahu Johari.
“Baiklah! Ni abah nak tengok anak Dato’ ni…abah cuma minta kebenaran Puan Seri,”
“Kalau macam tu baiklah! Kalau ada apa-apa nanti abah telefon Har?
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam” mereka mematikan talian. Hamdan terus mengatur langkah mengikuti mereka berdua. Melihat wajah anak Dato’ Zaidi keinginannya untuk berjumpa dengan cucunya yang baru lahir semakin membuak-buak.
“Puan Seri! Boleh saya cakap dengan Puan Seri sekejap?” tanya Hamdan. Puan Seri Hatijah menuju kearah Hamdan dengan penuh tanda tanya.
“Ada apa Hamdan?”
“Puan! Kalau saya nak minta balik kampung boleh tak?” tanya Haamdan takut-takut. Dia sememangnya jarang meminta kebenaran pulang kecuali terdapat hal kecemasan.
“Ada apa?”
“Tadi anak saya telefon, katakannya saya dah jadi atuk! Saya nak balik dan jenguk cucu saya tu boleh?” Puan Hatijah tersenyum.
“Kalau saya sendiri bahagia dengan berita ini, takkan saya nak haling kamu bergembira dengan berita tersebut! Baik kamu balik sekarang, pakai aje kereta saya tu…” kata Puan Seri Hatijah. Hamdan tersenyum mendengar kata-kata Puan Seri Hatijah.
“Terima kasih Puan Seri” Hamdan terus pergi meninggalkan Puan Seri Hatijah.
“Hamdan nak kemana tu Ummi?” tanya Dato’ Zaidi.
“Tengok cucu dia…”
“Cucu! Bila?”
“Tadi…”
“Kalau macam tu cucu Hamdan tu sebaya dengan anak saya la Ummi! Kebetulan yang tak dijangka” kata Dato’ Zaidi sambil tersenyum.
“Itu namanya rezeki,datang tanpa diduga…” tersenyum Puan Seri Hatijah diikuti dengan Dato’ Zaidi.
“ Nanti kalau Ana dah sihat sikit nanti, kita sama-sama tengok cucu Hamdan! Nak Ummi?” cadang Dato’ Zaidi. Puan Seri Hatijah berfikir sejenak. Dia mengangguk.
“Nagus juga idea tu! Kamu macam mana Ana? Setuju?” tanya Puan Seri Hatijah kepada menantunya itu.
“Ana setuju aje Ummi! Lagi pun kita dah lama kenal dengan Hamdan tu, apa salahnya kalau kita melawat! Dapat juga merapatkan hubungan silatulrahim...” Datin Liana bersetuju dengan cadangan suaminya itu. Dato’ Zaidi menggenggam erat tangan isterinya.
“Kalau macam tu nanti kalau Hamdan dah balik nanti, Ummi cakap dengan dia! Kalau kita datang menyerbu tiba-tiba nanti,tak sopan pulak” kata Puan Seri Hatijah lagi. Dato’ dan Datin hanya mengangguk mendengar kata-kata Puan Seri Hatijah itu. Puan Seri Hatijah mendukung salah seorang cucunya.
“Nak bagi namanya apa?”
“Ni saya namakan Syahiran Hakimi! Yang ini pula saya namakan Farhan Hakimi! Di bagi nama tu sebab, Ummi pernah cakap yang salah seorang atuk Di! Berjaya menempuhi semua dugaan dalam membangunkan syarikat kita sekarang ni! Nama dia Ilham kan, jadinya…sebab tu lah Di bagi nama dia orang ni awalnya ada Ilham” terang Hamdan. Puan Seri Hatijah tersenyum.Tidak sangkan bahawa anaknya itu masih ingat lagi pengorbanan bapanya ketika membangunkan syarikat antarabangsanya kini.
“Ummi bangga dengan kamu Zaidi!” Dato’ Zaidi tersenyum.
“Farhan Hakimi! Syahiran Hakimi!”mereka semua tersenyum sambil memandang ahli keluarga baru Puan Seri Hatijah.


BERSAMBUNG...---->

No comments: