31.12.11

2~Musuh??? Cinta???


Kedengaran suara orang menjerit kemarahan didalam kelas 5A. Kelihatan juga murid-murid berkumpul diluar bilik darjah itu.


"Ko ni sebenarnya kenapa? apa salah aku sampai ko anti gila ngan aku!!!" tanya Syafiq kepada Syera. Mereka seperti anjing dengan kucing pantang berjumpa mesti nak bercakar.

"Aku memang menyampah tengok muka ko yang bajet terlebih tu... dah la playboy, kau tu  dah buat satu-satunya  kawan baik aku merana tau," balas Syera. Syafiq ketawa. Semakin bertambah amarah yang berada dalam diri Syera apabila melihat Syafiq ketawa apabila dia memberi pandangannya.

"Kalau setakat pasal minah poyo tu... tak payah la ko nak hentam aku habis-habis, macam aku ni tak ada maruah tau! ko jangan fikir... ko tu perempuan aku tak boleh buat apa-apa kat ko!!!" ugut Syafiq. Syera ketawa kecil. 

"Kalu setakat ugutan yang tak berbaloi tu... ko ingat ko tu lelaki aku takut sangat! baik ko bla sebelum aku belasah ko!" amaran diberi kepada Syafiq. Syafiq seperti tidak mendengar malah dia mengertawakan Syera. 

"Kalau setakat ugutan dari pompuan macam ko ni... sikit pun aku tak gentar la... macam taik gigi jer, jom bla..." ajak Syafiq kepada kawannya. 

"Kata tak takut... yang ko bla tu apahal?"

"Hei pompuan... setakat pompuan macam ko ni, sikit pun aku tak takut tau" kata Syafiq kuat sehinggakan rakan sekelasnya takut. Mereka melangkah kebelakang apabila Syafiq dan rakan-rakannya melalui tempat itu. Mereka tahu Syafiq seorang yang panas baran dan kepala hantu.

"Ye la tu... lagak aje lebih! poyo..." kata Syera. Di dalam sekolah itu hanya Syera seorang sahaja yang berani melawan Syafiq. Mereka semua kembali ketempat masing-masing apabila Syafiq dan kumpulannya hilang dari pandangan.

***

TUT!!! TUT!!!
Telefon bimbit Syera berbunyi. Satu mesej masuk kedalam telefonnya.

Mr.S  :Mat!!! bila ko nak datang ni! dah sejam aku tunggu macam orang gila! bila ko nak sampai...

Syera tersenyum. Entah mengapa tangannya gatal untuk membalas mesej sesat itu.

Syera :Sorry wak! saya ni pompuan bukannya lelaki... mana saya ada janji nak jumpa orang hari ni...
Mr.S  :Bukan ke ni no. Daud!
Syera :Bukan...
Mr.S  :Tapi dia bagi no ni hari tu... katanya ni no baru dia
Syera :Awak kena tipu ngan kawan awak kot!!! sebab saya dah guna no ni dekat 3 tahun...
Mr.S  :Ooo kalau gitu sorry la... 
Syera :Tak pe...

Mereka berdua mula berhubung sejak hari itu. Mereka menjadi semakin rapat. Setiap kali selepas sekolah mereka akan bermesej. Walaupun  begitu mereka tidak pernah bertemu. Suatu hari...

Mr.S  :Awak pernah couple tak!! 
Syera :Tak... awak?!
Mr.S  :Saya pun tak pernah... Kalau kita couple awak nak!
Syera :Emm... ok jugak! saya pun nak rasa macam mana couple
Mr.S  :Kalau macam tu, mulai saat ni kita couple... tapi awak tak rasa janggal ke kita ni couple tapi tak pernah jumpa... 
Syera :Tak pun... sekarang kan memang ramai orang couple tak pernah jumpa pasangan masing-masing, lagi pun saya masih tak sedia nak jumpa awak... 
Mr.S  :Kenapa!!
Syera :Entah la... tapi, saya rasa baik kita tanam dulu perasaan kita dalam-dalam lepas tu baru jumpa...
Mr.S  :Ok! saya pun tak la paksa awak... kalau awak dah sedia, kita jumpa...
Syera ::) awak memang memahami saya... terima kasih! ok lah wak! dah malam sangat ni... esok saya ad paper
Mr.S  :Good luck baby... 
Syera :Thanks...
Mr.S  :Good night, have a sweet dream baby
Syera :You to... have a sweet dream 

***
Tiga bulan berlalu...

"Gang's aku bla dulu arr, ada hal la" kata Syera.


"Ko nak gi mana?" tanya Dila.


"Aku nak jumpa Mr.S" kawan-kawannya tersenyum.


"Ehem Ehem... nak jumpa boboy rupanya, aku doakan la Mr.S ko tu handsome, baik macam orang yang ko anggap selama ni..." gurau Gee. Syera tersenyum malu. Sebenarnya hatinya rasa berdebar kerana inilah kali pertama dia berjumpa dengan Mr.S selepas setahun lebih mereka berhubung melalui telefon. Mukanya penuh dengan senyuman tidak seperti biasa.


"Terima kasih sahabat ku semua... aku pun harap dia tu seperti yang dianggap, doakan la aku, ok!!!" kata Syera.


"Haraplah tak macam Si Syafiq tu, sebel la... menyampah aku" kata Dila. Senyuman diwajah Syera hilang apabila Dila menyebut nama Syafiq.


"Kalau ko tak sebut nama mamat tu tak boleh ke!! aku paling menyampah tau... ko memang suka mematikan mood aku kan!!! dah la, baik aku bla dulu..."  Syera terus pergi meninggalkan mereka bertiga. Mereka memandang kearah Dila.


"Ko ni kan Dila... kan dah tau yang Si Syera tu anti Syafiq... yang ko cakap nama mamat sewel tu buat apa!!! kan mood dia dah down... dah la ari ni dia nak jumpa Mr.S, baik-baik senyum terus masam mencuka, dah la susah nak tengok dia senyum..." bebel Nani. Dila melihat wajah Nani dan Gita dengan wajah yang penuh rasa bersalah.


"Aku minta maaf... bukannya aku sengaja nak sebut nama mamat tu!!! tiba je nama mamat tu nak keluar..." kata Dila dalam nada yang perlahan dan rasa bersalah.


"Dila ni memang saje jer nak naikkan angin aku... bukannya dia tak tahu yang aku memang anti gila dengan mamat sewel tu..." bebel Syera sendiri sambil melangkah ketempat pertemuan dia dan Mr.S. Sesampai sahaja ditempat pertemuan itu, matanya meliar mencari kelibatan Mr.S.


Syera : Awak! saya dah sampai... awak kat mana?
Mr.S  : Saya pun dah sampai!! awak pakai ap?
Syera : Saya pakai baju kotak2 lengan panjang, pakai selendang... awak!!!
Mr.S  : Saya pun pakai baju kotak2 warna biru... pakai cap!! saya tengah duduk kat kerusi         sebelah tasik... awak kat mana??
Syera : Ok!!! awak duduk kat situ nanti saya datang...
Mr.S  : Ok! saya tunggu... tak sabar nak jumpa awak, love you...
Syera : Me too... =)


Syera terus menuju ketepi tasik dan mencari kelibatan Mr.S. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki berpakaian seperti Mr.S katakan. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu. 


"Awak..." tegur Syera. Lelaki itu memandangnya. Alangkah terkejutnya Syera apabila lelaki yang ditegurnya ialah Syafiq. "Apa yang ko buat kat sini?" tanya Syera berbaur terkejut. 


"Apa hak ko tanya aku!!! suka hati aku la... yang ko tu buat apa kat sini!!!" tanya Syafiq pula.


"Bukan hak ko!!!" 


"Kalau macam tu, bukan hak ko pun nak tanya apa aku buat kat sini..." kata Syafiq. Syera melihat pakaian Syafiq.


"Baju kotak-kotak biru! pakai cap!! tak mungkin..." kata Syera sendiri perlahan. 


"Pakai baju kotak-kotak! pakai selendang...impossible" Syera mendail nombor Mr.S. Kedengaran telefon Syafiq berbunyi. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya. Syera memandang telefon Syafiq dan Syafiq bergilir-gilir.


"Mr. S pandai cakap korea... kalau betul dia adalah ko!! cuba ko cakap korea... dan cakap apa yang selalu dia cakap" arah Syera.


"naneun dangsin-eul salang ... nae aga ttaemun-e naneun , naleul dangsin-ui modeun geos-eul , dangsin-eobs-ineun sal su eobsda [saya cintakan awak... saya tidak boleh hidup tanpa awak, bagi saya awak segala-galanya, kerana awak jantung hati saya]" air mata Syera tiba-tiba mengalir. Hatinya luluh.

"Jadi betullah yang ko ni Mr.S... aku..." Syera tidak dapat menghabiskan kata-katanya dan terus pergi meninggalkan Syafiq sendiri.
Manakala Syafiq terpaku tanpa berkata apa-apa. Dia hanya melihat Syera pergi bersama air mata. Hatinya terasa perit apabila melihat Syeraa menanggis. Hatinya kuat mahukan dia pergi mengejar Syera tetapi egonya terlalu tinggi. Sepanjang perjalanan pulang air mata Syera tidak berhenti-henti mengalir. Ianya bagaikan dihempap batu yang besar. Hatinya tidak dapat menerima. Telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Mr.S. Tangannya tidak bergerak untuk menjawab panggilan Syafiq walaupun hatinya meminta dia menjawabnya.


"Jawab la Syera..." kata Syafiq sambil terus mendail nombor Syera. "Apa yang aku cakap selama ni bukannya bohong... aku luahkan apa yang aku rasa dengan sejujurnya... aku memang sayang kan ko, jawab la..." kata Syafiq sendiri. Tangannya tidak berhenti-henti mendail nombor Syera. "Please..."


Kelihatan Syera melangkah masuk kedalam rumahnya dengan keadaan tidak kemas.


"Macam mana Syera! Handsome tak Mr.S ko tu... macam mana orangnya?" tanya Dila. Syera tidak mempedulikan pertanyaan Dila dan terus menuju kebiliknya. Dia baring diatas tilamnya sambil menanggis. Dila   pula hanya melihat Syera berlalu. 


"Takkanlah Syera masih marahkan aku sebab petang tadi..." teka Dila sendiri. Dia melangkah masuk kedalam biliknya dengan penuh persoalan. Malam yang berlalu bagaikan satu panahan yang teruk bagi Syera. Sepanjang malam dia hanya menanggis dan telefon bimbitnya tidak pernah berhenti berbunyi. Dia hanya mampu melihat tetapi tidak mampu mengangkat.


***

"Syera... semalam aku jumpa ngan Syafiq!! dia kata nak jumpa sangat ngan ko... ada perkara penting dia nak bagi tau ko..." beritahu Gita. Syera hanya termenung. Dia langsung tidak mempedulikan kata-kata Gita. "Sorry to say la... aku bukannya nak busy body hal ko... tapi kenapa sejak ko jumpa ngan Mr. S hari tu, ko jadi pendiam and Si Syafiq tu selalu jumpa kita orang yang dia nak sangat jumpa ko... apa sebenarnya yang berlaku ni... cuba ko explain kat aku ngan Dila" kata Gita berterus terang. Syera tunduk diam. Bukannya dia tidak mahu menceritakan kepada Gita dan Dila tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu mereka berdua.

"Kalau ko tak nak bagi tahu aku ngan Gita that's ok! but... bila-bila ko sedia nak bagi tahu kita orang... just tell, kita orang akan mendengar dengan baik" beritahu Dila pula. Kali ini Syera hanya termenung sendiri. Tiba-tiba Gita melihat kelibatan Syafiq menuju kearah mereka.

"Syera... Syafiq datang..."

"Apa!! sapa yang bagi tahu yang kita kat sini?" mereka menggeleng. Dia melihat Syafiq dengan penuh rasa gemuruh. Tanpa berfikir panjang dia melangkah pergi namun dia dihalang oleh Gita. 


"Please Syera... jangan lari kali ni, aku nak ko ngan Syafiq setelkan hari ni juga... walaupun aku ngan Dila tak tahu apa-apa antara korang, but please... aku nak hal ini selesai secepat yang mungkin, sebab kita orang dh tak sanggup nak tengok ko termenung sana termenung sini... risau tau!!!" luah Gita. 


"Tapi!!!"


"Please..." rayu Dila. Syera mengeluh.


"Ok!" Syera menuju kearah Syafiq. Apabila mereka bersemuka, mata mereka saling berpandangan. Tiba-tiba Syafiq melutut. Syera terpingga-pingga dengan perbuatan Syafiq.


"Ko buat apa ni!!! bangun la... nanti orang ingat aku buli ko, bangun la..." kata Syera sambil memaksa Syafiq bangun tetapi Syafiq tidak mempedulikannya.


"Aku nak bagi tahu kat ko yang aku betul-betul sayangkan ko... apa yang aku cakap dekat fon tu, aku tak tipu... aku cakap dengan sejujur-jujurnya... aku memang tak boleh hidup tanpa ko" beritahu Syafiq. Syera terpaku apabila mendengar kata-kata Syafiq. "Aku betul-betul cintakan ko, Syera" kata Syafiq lagi.


"Tapi aku..."


"Aku tau... ko mesti bencikan aku, tapi cukup la kau tahu yang aku betul-betul sayang kat ko" Syera kehilangan kata-kata. Dia menatap mata Syafiq dengan penuh persoalan. Tanpa disedari air matanya mula membasahi pipinya.


"Aku..." Dia menarik nafas. "Kalau ko nak tahu, lepas aku pergi hari tu... aku rasa kosong, aku rasa macam hati aku dirobek-robek! aku... aku rasa bukan ko sorang jer yang... yang... jatuh cinta! aku rasa aku pun sama..." kata Syera perlahan namun masih boleh didengari Syafiq. Senyuman mula terukir dibibir Syafiq.


"Terima kasih Syera..." Syera tersenyum. Ikutkan hati ingin sahaja Syafiq memeluk Syera, namun apa daya dia bukannya muhrim Syera berdosa jika menyentuhnya. "Aku cintakan kau..."


"Aku pun..."