31.3.14

Permainan Budak Dulu-Dulu

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ni aku nak bercerita tentang permainan aku masa kecik2 dulu... kalau tengok kini banyak permainan yang kita main dulu budak sekarang tak tau, ye la budak zaman sekarang banyak menghabiskan masa dengan main permainan online, PSP, PS2 dan banyak lagi la... sedar tak sedar dia orang banyak menghabiskan masa dengan gadjet berbanding dengan rakan sebaya.
haaa meh sini aku tunjukkan permainan yang aku pernah main dulu

yang ni main teng2, dulu aku selalu main dengan adik beradik aku time petang2... sebab kita orang suka main bapa kita orang buatkan satu yang kekal so bila nak main cuma tinggal cari benda nak baling je la, bila balik kampung pun selalu main sedara 

permainan ni pulak aku tak tau nama dia sampai sekarang... macam2 nama sampai aku pun tak pasti... tapi aku selalu main ni dalam kelas bila time tunggu cikgu masuk atau cikgu mesyuarat, nak main ni siap  pakai peta sebab nak cari nama negara berdasarkan huruf! pening...

permainan ibu ayam dengan musang ni memang seronok! yang kesiannya anak ayam la yang belakang2 tu nak kena ikut ibu ayam yang dekat depan tu, ibu ayam kena jaga anak dia supaya musang  tu tak dapat anak dia... game ni funny sangat! penat jangan nak ceritalah memang lah sangat penat! apapun seronok gila...

serius aku katakan yang benda ni adalah permainan yang paling famous masa aku kecik2 dulu.. kalau nampak kat kedai tu rasa nak beli aje, sebab mainan dekat dalam tu. lepas tu siap ada coklat ag dalamnya

main ni seronok, have fun gila la... kita kena ada dua group. satu yang kena susun balik selipar jadi macam ni satu lagi kena serang group lagi satu ni biar dia orang tak dapat siapkan

yang ni pula main lidi... kena alihkan lidi ni satu persatu tanpa mengerakkan lidi yang lain, permainan ni memang menguji kesabaran orang yang main... tapi kalau nak diikutkan permainan ni sampai sekarang masih ada yang main cuma tak selalulah.

yang ni namanya main batu seremban... korang boleh main berapa ramai pun, tapi dia kena ada lima benda macam kat atas ni, tapi kalau tak de pun boleh guna batu je, permainan ni famous pada budak perempuan la sebab permainan ni tak mencabar bagi lelaki katanya

hehehe bukannya nak tunjuk opah ngan kak ros tapi permainan yang dia orang main tu 'congkak'. seriusly aku minat sangat dengan game ni sebab apa aku tak tahu. aku pernah jadi johan main benda ni, aku seronok sangat 

okelah... sebenarnya banyak lagi permainan yang aku tak sebutkan macam permainan galah panjang, rondes, cop tiang, tarik upih, main guli dan macam2 lagi, kalau aku nak list kan semuanya sampai kesudah pun tak sudah2 hihihi,
ok... bye2

30.3.14

My Work

ASSALAMUALAIKUM...

story begin... pejam celik pejam celik dah dekat 3 bulan aku bekerja kat tempat aku sekarang ni. macam2 aku pelajari dengan kerja ni, benda yang paling penting ialah erti kesabaran! serius aku katakan aku memang perlu banyak bersabar dalam kerja aku ni..
dengan nak melayan customer yang perangai pelik2, dengan mesin yang kadang2 memang menguji, dengan jumpa orang yang bukan2! aishh... 
melalui kerja ni la aku dapat tengok ragam manusia yang macam2 jenis ni, kadang2 funny kadang2 mnyakitkan hati


tapi kat sini juga aku jumpa ramai kawan dari pelbagai tempat... even ramai yang dah berhenti tapi kita tetap berhubung melalui pelbagai sosial media kan hehehe
lepas ni makin kuranglah pekerja sebab ramai yang nak berhenti lagi sebab time to move on, fikir masa depan pulak la kan... 
sambung belajar itulah harapan semua pelajar kan masuk U! target utama, sama lah macam kita orang semua tak terkecuali aku

oke! nak mengadu ni, tetibakan... memang kerja aku ni mencabar gila that's why i like my work! first kes bila ada sorang budak tempat kerja aku ni dapat duit palsu rm100... time tu memang kecoh satu tempat kerja aku tu, serius semua berhati-hati pasal duit rm100


after that, baru2 ni timbul lagi satu kes baru bila kes kad kredit yang sama tuan tapi lain sign pada hari yang sama ... benda tu perasan pun sebab bank bagitahu yang tuan kad kredit tu buat report yang kad dia hilang, lepas tu ada guna pulak dekat tempat keje aku tu aishhh masalah betul.
kesian kat budak tu kalau kena ganti balik duit tu... bukan rat tau be riban gak tau

oke bye...

9.3.14

They Are Gone...

ASSALAMUALAIKUM...

Makin lama makin ramai kawan tempat kerja aku berhenti, ada yang sambung belajar! ada yang dapat kerja lain! apa pun aku doakan yang terbaik untuk korang


Apapun aku sayang dengan semua orang, bila korang pergi suasana dah macam sunyi sikit! dah tak adalah orang nak bertikam lidah dengan aku! dah tak adalah orang nak melayan kerenah aku yang mulut becok mengalahkan mak nenek ni... dah tak adalah tempat orang nak bermanja ag...











semua ada gambar... kecuali Kak Nad! aku masih tak percaya ag yang kak nad dah behenti sebab dia berhenti mengejut, tak sempat nak fikir nak buat ap... hope ap yang korang berjaya dalam ap sahaja yang korang lakukan selepas ni...

jangan lupa kita orang ka TS... klu balik sini jangan lupa jenguk kita orang k... bye2