27.6.13

KISAH CINTA

Kedengaran bunyi sorakkan pemuda kampung nelayan apabila melihat perlawanan persahabatan antara Kampung Nelayan dan Kampung Cicip. Begitu gigih dan semangat pemain-pemain bola sepak meneruskan perlawanan walaupun hampir setengah jam lebih mereka berlari didalam padang yang besar itu.
“Rid! Kau ada nampak Hanun tak?” tanya Azam sambil mencari kelibatan buah hati pengarang jantungnya itu. Bahu Azam dipegang Farid.
“Relax arr Zam! Macamlah kau tak tahu perempuan ni macam mana kan... tak lama lagi datang la tu, lagipun kita yang datang cepat sangat ni tau” kata Farid. Azam tersenyum. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Farid itu. Dia berjanji dengan Hanun pukul 3 petang namun mereka berdua datang awal kerana ingin melihat perlawanan persahabatan itu dahulu. Tiba-tiba Farid menyenggol bahu Azam.
“Kenapa?” tanya Azam pelik.
“Dia datang! Dengan lenggang lenggoknya... dia datang! Dengan senyum manisnya...” nyanyi Farid sambil menunjukkan kearah Hanun yang sedang menuju kearah mereka berdua. Segera Azam bangun apabila melihat kelibatan Hanun dan menuju kearahnya pula.
“Hai...” sapa Hanun.
“Hai...” balas Azam malu. Biarpun Hanun telah menjadi kekasihnya namun perasaan malu apabila berjumpa dengan Hanun tidak pernah pudar, baginya Hanun adalah seorang gadis kampung yang penuh dengan tatatusila.
“Dah lama tunggu saya?” tanya Hanun.
“Eh tak lama la... kita orang pun baru aje datang” bohong Azam. Dia tidak mahu Hanun merasa dia terlambat.
“Banyaklah kau baru datang... kita tengok game ni dari awal sampai dah nak habis ni tau tak! Kau boleh kata baru sampai... poyo la beb!” sampuk Farid yang entah bila muncul disitu. Azam segera menutup mulut Farid. Tergelak kecil Hanun melihat keletah mereka berdua.
“Kelakarlah awak berdua ni... tak menyesal saya kenal dengan awak berdua” kata Hanun mematikan pergaduhan kecil antara Farid dan Azam. Mereka berdua ketawa kecil.
Well! Kita orang memang macam ni... perkara biasa” kata Farid sempoi.
“A’ah! Makin lama awak kenal kita orang, makin kuat cinta awak pada kami berdua nanti” kata Azam pula. Hanun ketawa kecil.
“Saya memang dah terlanjur jatuh cinta pada awak pun Azam...” pipi Azam menjadi merah apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Hanun itu. Dia tersenyum malu. “Hah! Apa yang awak nak bagitahu saya tadi? Katanya penting?” tanya Hanun kembali ke topik asal kenapa mereka berjumpa hari ini.
“Kita jalan-jalan kat tepi pantai dulu jom... nanti saya bagitahu awak!”
“Habis aku?” sampuk Farid lagi.
“Kau duduk sini tengok game... kan kau dah tahu apa yang aku nak bagitahu kat Hanun kan!” Farid mengangguk. “Tolong ya...”
“Oklah... aku tolong ni pun sebab aku sayang kat kawan aku sorang ni, kalau tak jangan harap la... bye” Farid kembali ketempat duduk mereka sebentar tadi manakala Azam dan Hanun menuju kearah laut yang tidak jauh daripada situ. Sesampai sahaja di pantai, mereka dapat merasakan angin laut dan mendengar ombak memukul pantai. Mereka berdua memandang kearah pantai yang tesergam indah dihadapan mereka berdua.
“Apa yang awak nak bagitahu saya tadi?” tanya Hanun memecahkan kesunyian antara mereka.
“Kita duduk dulu kat sana...” ajak Azam sambil menunjuk kearah sebuah pokok kelapa yang sudah menyembah tanah. Mereka berdua berjalan kearahnya.
“Sebenarnya... saya ada something nak tunjuk awak...” Azam mengeluarkan sepucuk surat dan serahkan kepada Hanun.
“Surat apa ni?” tanya Hanun sambil mengambil surat tersebut daripada Azam.
“Bacalah...” segera Hanun membaca isi kandungan surat tersebut. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak! Tahniah...” Azam hanya membalas ucapan Hanun itu dengan senyuman hambar. Pelik Hanun melihat Azam. “Kenapa ni awak? Ada yang tak kena ke?” tanya Hanun.
“Awak... susah saya nak cakap ni, macam luah mati mak telan mati bapak...” kata Azam lemah.
“Kenapa ni awak?” tanya Hanun sekali lagi namun dengan nada lebih lembut untuk memujuk hati Azam yang sedang gundah gulana itu. Wajah Hanun dipandangnya. Azam menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Diulangnya perbuatan itu berulang kali sehingga hatinya benar-benar lega. “Awak ok tak ni?”
“Awak! Saya tak nak pergi...” terkejut Hanun mendengar kata-kata Azam itu.
“Apa? Awak ni gila ke apa? Peluang baik dah datang depan mata macam ni awak tak nak pergi! Awak jangan nak buat kerja gila tau! Awak tak kesian ke dengan mak ngan ayah awak? dia orang mengerah tenaga siang malam untuk hantar awak sampai keperingkat macam ni... bila dah dapat, awak kata tak nak! Tolonglah jangan buat keputusan melulu macam ni... perkara ni boleh dibawa berbincangkan!” nasihat Hanun. Pelik dia dengan Azam. Dulu bukan main beria-ia ingin belajar keluar negara. Bila dah dapat, tak nak pergi.
“Tapi... saya takut” Luah Azam.
“Apa yang awak takut sangat ni? Mana semangat awak yang berkobar-kobar selama ni?” Hanun cuba mendapatkan kembali semangat Azam yang hilang.
“Semangat saya tak pernah hilang selama ni? Dalam hati saya ni memang semangat berkobar-kobar nak pergi...tapi saya takut bila saya pergi sana nanti, saya kehilangan awak...” tergelak Hanun mendengar alasan Azam itu.
“Awak... saya takkan kemana-mana pun, saya tetap ada dekat sini menunggu awak habis belajar...” tangan Hanun dipegangnya dan dicium serta dia memandang wajah polos Hanun itu.
“Awak janji dengan saya yang awak akan tunggu saya sampai saya habis belajar... saya juga akan berjanji yang saya takkan pandang perempuan lain dekat sana... just only friend tak lebih daripada itu” Hanun ketawa kecil. Hanun mengangguk.
“Saya tak kisah! Saya janji... jangan nanti awak balik, awak yang lupa janji tu sudah”
“Takkanlah! Hanya awak aje yang berada didalam hati saya ni...dah tak ada yang lain dah”  mereka berdua ketawa kecil.

Kelihatan Azam, Farid, Hanun dan keluarganya  menuju kebalai pelepasan. Sesampai sahaja dihadapan pintu mereka semua berhenti.
“Jaga diri baik-baik kat sana ye, Jam... solat jangan lupa, belajar rajin-rajin jangan main-main tau! Kat sana nanti jangan asyik sangat belajar sampai tak jaga kesihatan...” pesan Puan Maimon sambil memegang kedua-dua tangan anak tunggalnya itu.
“Ye mak! Zam janji, sampai aje Zam kat sana... Zam terus telefon mak ngan ayah” kata Azam. Puan Maimon tersenyum. Azam mencapai beg galasnya dan menyalam semua yang berada disitu. Namun dia terhenti apabila berada dihadapan Hanun.
Kelihatan wajah Hanun muram dengan pemergiannya kesana.
“Jaga diri baik-baik dekat sana...” pesan Hanun apabila Azam hanya memandang wajahnya tanpa berkata apa-apa. Azam mengangguk.
“Awak tunggu saya tau!” Hanun tersenyum. Dia mengangguk.
“Farid! Aku amanahkan kau jaga dia... sepanjang aku dekat sana nanti, apa-apa nanti aku call!” pesan Azam kepada Farid.
Farid tersenyum. “Don’t worry about that! Aku akan jaga Hanun ni macam abang jaga adik! Kau jangan risau sangatlah pasal kita orang dekat sini... kau tu ha, dekat sana belajar betul-betul! Jangan nakal-nakal” dengki Farid. Azam ketawa kecil mendengar kata-kata Farid itu.
“Pasal tu kau jangan risau! Aku ni kan setia orangnya...”
“Setialah sangat!” mereka berdua ketawa.
Kedengaran panggilan bagi kapal terbang yang ingin dinaiki Azam. Mereka semua terdiam semasa pengumuman. Selepas pengumuman mereka semua mengalihkan pandangan kearah Azam.
Azam memeluk ibu dan ayahnya. Dia terus menuju kebalai pelepasan. Sempat dia melambai ibubapanya sebelum hilang dari pandangan.
“Ya Allah! Kau selamatkanlah anak aku, kamu mudahkanlah perjalanannya” doa Puan Maimon.

4 tahun berlalu, Azam telah menamatkan pengajiannya di Itali. Perasaannya ingin pulang ke negara tercinta membuak-buak apabila sepanjang pembelajarannya disitu, dia tidak pernah pulang kerana tidak mempunyai duit.
“Malaysia! Wait for me...” jerit Azam.
Setiba sahaja di Malaysia, Azam telah menyewa sebuah kereta dan memandu pulang kekampung halamannya. Tujuannya pertamanya adalah berjumpa dengan Hanun, kekasih hatinya yang telah hampir 2 tahun kehilangan khabar berita. Dia hanya mendapat tahu keadaan Hanun daripada ibunya.
Setiba sahaja dihadapan rumah Hanun, dia mencapai bunga yang dibeli semasa perjalanan pulang dan mengetuk pintu rumahnya.
“Assalamualaikum...” Azam memberi salam. Dia sudah tersenyum bahagia apabila memikirkan bahawa dia akan bertemu dengan wanita yang paling dirinduinya selama ini. Diciumnya bunga yang dibelinya itu. Dia memberi salam beberapa kali, sebelum kedengaran seseorang membalas salamnya.
Alangkah gembiranya Azam apabila pintu itu dibuka oleh Hanun.
“Azam!” kata Hanun dalam nada terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Azam akan muncul dihadapannya sebegini.
“Ayang! Siapa datang tu?” kedengaran suara lelaki dari dalam. Senyuman Azam terhenti apabila melihat perut Hanun yang sudah sarat itu. Kelihatan juga Farid dibelakang Hanun. Azam hanya memandang mereka berdua tanpa berkata apa-apa. Apa yang dia tahu sekarang bahawa hatinya telah hancur lebur melihat keadaan mereka berdua.
“Azam!” Bunga yang dipegang oleh Azam terjatuh. “Bila kau balik?” tanya Farid.
Pertanyaan Farid dibiarkan tanpa jawapan. Azam terus menuju kekeretanya dan memandu terus pulang kerumah tanpa mengendahkan Farid yang cuba memberi penjelasan. Tanpa disedari air matanya mula membasahi pipinya. Fikirannya kini bercelaru memikirkan tentang Hanun dan Farid.
Setiba sahaja dirumah, dia terus masuk kedalam biliknya tanpa mengendahkan ibu yang sedang tersenyum gembira menyambut kepulangannya.
“Ajam!!! Ajam!!!” panggil Puan Maimon sambil mengetuk lembut pintu bilik Azam. Risau Puan Maimon dibuatnya apabila melihat keadaan Azam sebegitu. Angin tak ada rebut tak ada tiba-tiba sahaja Azam berperangai sebegitu. Segera dia menelefon suaminya, Qassem. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi motor yang ditunggang oleh Qassem memasuki kawasan rumah. Dia memarkingkan motornya di garaj yang disediakan. Segera Puan Maimon mendapatkan suaminya.
“Apa yang sebenarnya yang terjadi ni Mon?” tanya Qassem sambil membuka helmetnya.
“Saya pun tak tahu la bang! Balik-balik aje dia terus masuk dalam bilik tak keluar-keluar! Dah jenuh saya ketuk pintu, layan pun tidak!” luah Puan Maimon. Qassem mengeluh kecil mendengar luahan Puan Maimon itu.
“Haishh budak ni kena sampuk dengan hantu kat Itali tu ke?”
“Entah la bang! Cuba abang pergi sana, manalah tahu kalau dengar suara abang dia nak cerita...” kata Puan Maimon member cadangan.
“Ye lah! Saya cuba” mereka berdua masuk kedalam rumah dan menuju kebilik Azam.
“Ajam! Oh Ajam... buka pintu ni, kenapa dengan kamu ni?” tanya Qassem disebalik pintu. Masih lagi tiada tindak balas daripada Azam. “Ajam...”
“Kenapa mak ngan abah tak pernah bagitahu Zam yang Hanun dengan Farid tu dah kawin?” tanya Azam dari dalam biliknya. Puan Maimon dan Qassem saling berpandangan.
“Macam mana dia tahu pasal tu bang?” tanya Puan Maimon perlahan agar tidak didengar oleh Azam. Qassem menggeleng. Mereka tertanya-tanya bagaimana rahsia tersebut boleh terbocor. Sebenarnya mereka berdua menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu perkara tersebut kepada Azam. Mereka tidak mahu pengajian Azam terganggu kerana Hanun ataupun Farid.
“Kita bincang hal tu kat luar Jam! Biar abah yang ceritakan semuanya”
“Mak ngan abah sanggup tipu Zam selama ni... berapa lama dah dia orang kawin? Sekarang ni dah ada berapa orang anak? Kenapa mak ngan abah sanggup mempermainkan perasaan Zam sampai macam ni?” bertalu-talu soalan ditujukan kepada mereka berdua. Dari nada suaranya, mereka berdua dapat mengesan nada kesal dari pertanyaan Azam itu.
“Maafkan mak ngan abah nak! Kami bukannya berniat nak mainkan perasaan kamu... ini semua untuk kebaikkan kamu juga” pujuk Puan Maimon.
“Apa-apa ajelah... sekarang semua tu dah tak berguna lagi buat Zam! Semuanya dah lepas, apa yang penting sekarang.... Zam betul-betul rasa dikhianati, biarlah Zam sorang-sorang, Zam perlukan masa untuk tenangkan fikiran Zam yang serabut ni” kata Azam dalam nada kecewa. Dia benar-benar putus harapan.
“Ajam...”
“Dah la tu maknya... biarlah dia tenangkan fikiran dulu, nanti kalau dia dah tenang keluar lah dia tu” kata Qassem.
“Tapi bang...”
“Biarkan dia dulu...” dengan nada berat, Puan Maimon mengikut langkah Qassem ke ruang tamu. Puan Maimon sempat menjeling kearah bilik Azam sebelum pergi.
Kenapa semua ni terjadi? Apa salah aku sampai diduga sebegini? Kenapa rahsiakan perkara ni daripada aku? Bertalu-bertalu soalan bermain dimindanya. Dia benar-benar rasa tertipu. Dia teringat dengan dengan riak wajah Hanun ketika bertemu dengannya tadi. Dia begitu terkejut dengan kemunculan Azam dihadapan matanya. Arggh!
Dengan langkah yang berat, Azam keluar daripada biliknya untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Dia berdoa kepada Ilahi untuk menguatkan dirinya menempuhi semua yang berlaku padanya.
“Ajam...” panggil Puan Maimon dari sebalik pintu. Azam melipat sejadahnya dan membuka pintu biliknya. “Ajam ok tak ni?” tanya Puan Maimon sebaik sahaja melihat Azam.
“Zam ok mak... cuma buat masa ni, Zam nak tenangkan fikiran Zam ni... semua ni terlalu mendadak bagi Zam...”
“Maafkan mak nak! Mak memang tak ada niat nak buat Ajam macam ni... mak Cuma fikirkan untuk kebaikan Ajam aje” kata Puan Maimon.
“Assalamualaikum...” kedengaran suara orang memberi salam.
“Waalaikummussalam...” jawab Qassem dari hadapan rumah. “Eh! Farid! Hanun! Ada apa datang ni?” tanya Qassem ramah. Farid menyalam Qassem.
“Saya nak jumpa Azam, Pak cik!” Qassem menghembuskan nafas hela. Pili air dimatikan. “Saya nak terangkan pada Azam apa sebenarnya yang berlaku... saya tak nak timbul salah faham antara kami, saya sayangkan persahabatan kami” kata Farid lagi.
“Masuklah kedalam sana... pak cik tak tahu nak cakap apa, sebab dari tadi dia tak keluar-keluar bilik” beritahu Qassem.
“Terima kasih pakcik” Farid memimpin Hanun memasuki rumah. Kelihatan Azam dihadapan pintu memandang mereka berdua. Azam terus beredar duduk dikerusi diruang tamunya sebaik sahaja mereka saling berpandangan.
“Azam!” panggil Hanun. Hanun bersalaman dengan Puan Maimon sebelum mengambil tempat dihadapan Azam. Farid pula mengambil tempat disebelah Hanun. Mereka bertiga terdiam. Rasa bersalah mula menggunung didalam hati Hanun dan Farid. Manakala Azam pula hanya menunggu mereka berdua memberi penjelasan.
“Azam! Semua ni salah aku...kau jangan salahkan Hanun dalam hal ni” akhirnya Farid membuka bicara memecahkan kejanggalan antara  mereka.
“Abang...” kata Hanun lembut sambil memegang tangan Farid. Azam hanya melihat sahaja kelakuan mereka berdua. Bohong jika kata hatinya tidak sakit apabila melihat kemesraan antara  mereka berdua tapi apa yang harus dia lakukan lagi... Hanun bukanlah miliknya kini.
“Tak pe, yang... biar abang yang jelaskan!”
“Tapi ini semua berpunca daripada ayang jugak!”
“Ayang... biar abang explain dulu perkara ni dekat Azam...” kata Farid kepada Hanun. Panas hati Azam melihat mereka berdua, namun ditahannya. Dia tidak mahu bertindak melulu. Farid menggenggam tangan kanan Hanun.
“Biar aku yang jelaskan semua ni Zam! Aku memang berniat nak pulangkan Hanun pada kau balik bila kau dah pulang daripada Italy... tapi aku tak mampu Zam! Maafkan sebab aku terlanjur mencintai Hanun” Azam masih lagi mengambil keputusan berdiam diri daripada berkata-kata. Dia mahu mendengar kisah sebenar daripada mulut mereka berdua. Farid menceritakan apa yang berlaku sehinggakan dia boleh menjadi suami kepada Hanun.
Ianya bermula apabila bapa Hanun memaksanya untuk berkhawin dengan seorang orang kaya tua. Bapa Hanun tidak tahan apabila melihat Hanun begitu setia menunggunya. Bapanya memberi syarat bahawa jika tiada sesiapa datang meminangnya dalam masa seminggu, dia akan dikawinkan dengan orang kaya itu. Demi menyelamatkan Hanun, Farid telah menghantar rombongan meminang dan mereka disatukan selepas sebulan bertunang. Pada awal perkhawinan antara mereka memang tiada apa yang terjadi sehinggalah perasaan cinta itu muncul dengan sendirinya. Mereka berdua telah jatuh cinta antara satu sama lain kerana telah lama tinggal bersama.
“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku pasal tu?” tanya Azam.
“Kau fikir aku nak bagitahu perkara ni dekat kau? Masa tu kau dah tahun akhir Zam... aku nak kau fokus dalam pelajaran kau! Lagi pun kau sendiri yang suruh aku jaga Hanun lebih dari nyawa aku sendiri... aku hanya menurut perintah aje, tapi aku tak sangka yang perkara ni akan jadi macam ni! Aku ingat aku boleh kawal perasaan aku ni... tapi aku tak boleh Zam! Maafkan aku” Azam ketawa sinis.
“Aku belajar jauh-jauh tu atas satu sebab! Aku balik kesini untuk dapatkan kerja bagus untuk memberi kesenangan dekat dia dan parents aku! Sebab dia jugalah aku sentiasa menjadi pelajar terbaik dekat sana! Tapi apa aku dapat bila balik? Aku cuma dapat tahu tentang pengkhianatan seorang sahabat! Aku suruh kau jaga ibarat nyawa sendiri... tapi ini yang kau buat” kata Azam. Hanun sudah menitiskan air matanya mendengar kata-kata Azam. Dia rasa bersalah sangat terhadap Azam. Farid segera menggesat air mata isterinya.
“Maafkan aku... semua ni salah aku! Serius aku tak ada niat” kata Farid. Azam hanya mendiamkan dirinya. “Maafkan aku... aku tak nak sebab hal macam ni, persahabatan kita dari kecil berakhir macam ni... aku sayangkan persahabatan kita!” sambung Farid lagi. Azam hanya mendiamkan diri dan terus pergi daripada situ tanpa memberi apa-apa kata putus.
“Azam!” panggil Hanun dan Farid hampir serentak.
“Farid!” panggil Puan Maimon apabila Farid ingin mengejar Azam.
“Ada apa mak cik?”
“Buat masa ni... kamu berdua jangan jumpa Ajam, boleh tak? Mak cik Cuma risaukan dia... dia tertekan sangat tu! Tolong ya...” rayu Puan Maimon. Farid dan Hanun saling berpandangan sebelum mengangguk perlahan.
“Kalau macam tu, kami minta diri dulu ye...” kata Hanun. Puan Maimon mengangguk. Mereka bersalaman sebelum pergi daripada situ.
“Abang macam mana ni?” tanya Hanun sebaik sahaja masuk kedalam kereta. Farid memegang tangan Hanun untuk memberi kekuatan.
“Buat masa ni, kita tak payah jumpa Azam... kita bagi masa dia tenangkan fikiran dulu, bila dia dah tenang! Abang akan jumpa dia...” kata Farid lagi. Hanun mengangguk faham. Farid terus memandu meninggalkan perkarangan rumah Qassem.
“Ajam...” panggil Qassem. Dengan langkah berat, Azam mengambil tempat dihadapan Qassem. “Niat Farid tu baik Jam... Cuma sekarang ni, bukan rezeki Ajam dengan Hanun tu, minta la Ajam fikir baik-baik dengan keputusan yang Ajam akan buat lepas ni” nasihat Qassem.
“Baiklah Bah! Zam masuk dulu” Azam terus berlalu daripada situ.

Hampir sebulan, kejadian tersebut berlaku. Azam juga dapat menerima apa yang sudah berlaku. Persahabatan antara mereka bertiga masih lagi kekal walaupun tidak sebaik seperti dulu. Mereka berdua juga dikejutkan apabila Azam mengambil keputusan untuk membawa diri ke Kuala Lumpur.
“Kau betul ke nak pergi ni?” tanya Farid. Azam mengangguk.
“Dah tak ada lagi untuk aku dekat sini... aku yakin yang kau boleh jaga Hanun dengan lebih baik daripada aku... aku cuma nak cari pengalaman dan kerjaya aku dekat sana” terang Azam. Kedengaran keluhan daripada Farid.
“Tapi baru sebulan kau balik kau dah nak pergi jauh lagi... kau tak kesian ke dengan mak bapak kau, Zam? Empat tahun Zam! Empat tahun kau tak balik... lama la sikit duduk kat sini lagi, dekat sini pun banyak kerja lain yang kau boleh buatkan!” pujuk Farid. Kau nak aku duduk sini tengok kemesraan korang tu? Hati aku tak kuat untuk menerima semua ni... makin lama aku duduk sini, aku takut hati aku yang bernanah sampai tak ada penawarnya.
“Kali ni aku pergi bukannya pergi terus macam dulu... every weekend I will back, jenguk parents aku...” kata Azam lagi. Kali ini dia nekad dengan keputusannya. Tiada siapapun boleh menghalangnya. Kedengaran sekali lagi Farid mengeluh. Pemergian Azam kali ini membawa seribu makna darinya. Dia tidak mahu Azam pergi dari hidupnya lagi. Sudah cukup dengan apa yang dia lakukan dahulu, dia takut jika Azam membuat perkara-perkara yang tidak elok apabila pergi dari kampung itu.
Azam tersenyum sambil memukul peha Farid lembut sebelum dia bangun dari duduknya.
“Aku balik dulu la... banyak lagi yang belum dikemas ni, nanti susah pula kang”
“Nak aku tolong apa-apa tak?” Azam menggeleng.
“Tak apa lah! Aku boleh buat sendiri... aku cuma perlukan doa daripada kau aje, supaya aku selamat dan berjaya dekat sana, aku bla dulu... assalamualaikum...”
“Waalaikummusalam...” Azam terus berlalu daripada situ meninggalkan Farid sendirian. Maafkan aku jika pemergian kau kali ini adalah disebabkan aku, Zam...
Puan Maimon dan Qassem menghantar Azam ke stesen bas. Mereka berdua merasa keberatan membenarkan Azam pergi ke kota. Namun apakan daya, apabila Azam meluahkan perasaannya kepada mereka berdua. Mereka tidak mahu jika Azam terus tinggal disitu hatinya akan dipenuhi dengan luka-luka yang sukar dipulihkan.
“Jaga diri baik-baik dekat sana, nak!” pesan Puan Maimon. Pesanannya sama seperti ketika Azam hendak ke Italy menyambung pelajarannya dahulu.
“Baiklah mak... lagipun Azam dah janjikan yang bila Azam dapat kerja nanti Azam akan balik jumpa mak ngan abah! Lagipun Azam dah tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni selain mak ngan abah!” kata Azam sambil memeluk Puan Maimon sebelum dia bertukar memeluk Qassem pula.
“Dekat sana nanti kamu duduk mana?” tanya Qassem.
“Buat sementara waktu Zam tumpang rumah kawan yang sama belajar dengan Zam dulu... nanti bila Zam dah mampu, Azam akan cuba sewa rumah dan jemput mak ngan abah datang kesana” jawab Azam.
“Baiklah! Kalau perlukan duit jangan segan-segan bagitahu abah! Selagi abah boleh tolong selagi tu la abah akan bantu...” beritahu Qassem.
“Terima kasih abah! Zam naik bas dulu” Azam menyalam kedua ibubapanya sebelum naik bas. Dia sebenarnya tidak memberitahu Farid bahawa dia akan bertolak pada hari ini, dia memberitahu Farid bahawa dia akan bertolak dua hari lagi. Sengaja dia memberitahu Farid sebegitu kerana dia tidak mahu melihat wajah Farid dan Hanun sebelum pergi. Dia tidak kuat.
Bas yang dinaiki Azam mula bergerak menuju kedestinasinya. Puan Maimon dan Qassem hanya mampu melambai kearah bas walaupun dia tahu bahawa Azam tidak melihat mereka.

6 tahun berlalu...
Azam kini telah berjaya menjadi seorang kontraktor muda yang berjaya. Namanya kini sering disebut-sebut didada akhbar dan majalah. Dia juga telah mempunyai sebuah rumah yang besar dan kereta yang mewah. Namun begitu, disebalik kejayaan tersebut, peristiwa yang berlaku 6 tahun dahulu tidak dapat dilupakan. Dihatinya tetap ada Hanun yang bertakhta.
“Encik Azam! Encik Mikhael nak berjumpa dengan Encik!” Beritahu Lina, pembantunya.
“Baiklah! Awak keluar dulu... nanti saya datang”
“Baiklah” Lina terus keluar daripada bilik Azam. Azam mengemas mejanya sebelum keluar daripada biliknya sebelum keluar menemui Encik Mikhael, ketua syarikat tempat dia bekerja. Azam mengetuk pintu bilik Encik Mikhael sebelum dia dibenarkan masuk.
“Selamat pagi Encik Mikhael”
“Selamat pagi... duduk!” Azam hanya menurut perintah. “Sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak!”
“Beritahu apa Encik?” tanya  Azam ingin tahu. Dah lain macam ada nada bos aku ni, ada benda la ni... bisik Azam didalam hati.
Firstly, I want to introduce you to my younger sister, Cherry...” Encik Mikhael menunjuk kearah belakangnya. Azam hanya menurut. Alangkah terkejutnya apabila wanita yang ditunjukkan itu adalah orang yang kenalinya, Cherry, sahabat baiknya ketika berada di Italy.
“Cherry!”
“Hai Azam!”
Ok! Are you know each other?” tanya Encik Mikhael pelik apabila mereka berdua saling bersapa seperti sudah lama berkenalan.
You know what! This is my bestfriend in Italy that I tell you...” beritahu Cherry.
Oooh! So the reason that came here is to meet him?” Cherry mengangguk.
Wait a minute... are you have connection with Encik Mikhael?” tanya Azam pula. Pening kepalanya melihat mereka berdua.
As you know, he tell you that I’m the younger sister...so that’s mean he is my brother, are you got it?”
So what happen know?”
“Relax Azam... my father have build new company in Japan, so I have to go there... you as the senior in here... I want you to teach Cherry about the company,” beritahu Encik Mikhael.
So that’s mean you are leaving?” Encik Mikhael mengangguk. “But sir! I dont know that I’m good to take the responsible that you give or not! This is a big responsible you know” kata Azam lagi. Encik Mikhael bangun dan menuju kearah Azam.
“Azam... I trust you like I trust my family... I know you can do it! For the addition, you know my younger sister how look like, so it will make you job  easily!” Azam berfikir sejenak. Pandangannya dialihkan kepada Cherry dan kealihkan kembali kepada Encik Mikhael sebelum dia memandang jari jemarinya.
“Azam... awak tak suka bekerja dengan saya ke?”
“Tak! Bukan macam tu... eh! Awak fasih bahasa melayu?” kata Azam pelik apabila Cherry bercakap dengan bahasa melayu dengan fasihnya. Cherry mengangguk.
“Sebenarnya selepas habis belajar, saya belajar bahasa melayu...”
But I scare if I can’t handle Miss Cherry
“Hei You! Dont play-play with me ok” mereka ketawa kecil.
“Ok! Kalau macam tu, saya terima tanggungjawab yang diberikan kepada saya...” Encik Mikhael memegang bahu Azam lembut sambil tersenyum.
Thank you...” mereka bertiga tersenyum.
Hampir setahun Encik Mikhael meninggalkan syarikat itu dan hampir setahun jugalah dia membantu Cherry untuk menguruskan syarikat. Cherry dapat belajar dengan cepat.
“Azam! Malam ni saya nak ajak awak keluar boleh?” tanya Cherry sebaik sahaja mereka berbincang hal kerja.
“Nak pergi mana?”
“Saya nak bawa awak ke satu tempat yang istimemewa... dan saya mahu bagitahu awak sesuatu” kata Cherry lagi. Tertanya-tanya Azam dibuatnya.
“Awak nak bagitahu saya apa?”
“Itu saya akan bagitahu awak nanti... sebelum tu macam mana dengan niat saya tu?”
“Yang mana?”
“Pasal semalam tu yang saya tanya awak...”
“Ooo about that! Ermm awak pasti ke dengan keputusan yang awak ambil ni? Macam mana dengan family awak dekat sana? Dia orang tak marah ke?” tanya Azam bertalu-talu. Cherry tersenyum.
“Perkara itu awak tak perlu risau! Keluarga saya memang bercampur... tapi kami sokong antara satu sama lain”
“Ok kalau macam tu nanti lepas kerja awak ikut saya”
“Baiklah!” Azam tersenyum.

Cherry telah selamat mengucap dua kalimah syahadah dihadapan iman besar dan beberapa orang saksi. Kelihatan air mata Cherry mengalir sebaik sahaja dia selesai mengucapkan dua kalimah syahadah dalam masa yang sama juga dia tersenyum sambil memandang Azam. Azam membalas senyumannya. Kini Cherry telah bertukar nama kepada Siti Sharifah.
“Awak teman saya shopping boleh? Sebab saya tak tahu sangat apa yang saya cari” tanya Cherry.
“Boleh... mulai sekarang awak jangan segan silu kalau nak tanya apa-apa dekat saya, insya-allah saya akan bantu awak selagi mampu” beritahu Azam. Mereka berdua ketawa kecil sambil memandang antara satu sama lain. Mereka bertentangan mata. Ketawa yang menghiasi wajah mereka hilang dan timbul perasaan janggal.
Asal aku ni? Tanya Azam didalam hati.
What happen to me? Azam... kata Cherry pula didalam hati. Mereka berdua cepat-cepat mengalihkan pandangannya.
“Ermm...  jom!” ajak Azam.
“Jom! Jom” mereka berdua menaiki kereta Azam menuju ke shopping mall yang berdekatan.
Azam membantu Cherry memilih pakaian, dan macam-macam lagi. Cherry telah membeli 2 pasang baju kurung dan tudung serta telekung. Sepanjang mereka membeli belah, tawa mereka tidak pernah lekang.
“Ok! Jom balik, dah nak magrib dah ni...” kata Azam sambil melihat jam tangannya.
“Ok! Jom...” Azam menghantar Cherry pulang kerumahnya.
“Nanti pukul 8 saya jemput awak,” kata Azam lagi sebelum pergi. Cherry hanya mengangguk sambil tersenyum. Bahagia dihatinya kini tidak dapat diungkapkan lagi. Cepat-cepat Cherry masuk kedalam rumahnya untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya.

Terkedu Azam apabila melihat Cherry memakai baju kurung dan tudung yang baru dibelinya petang tadi.
“Hei! What wrong with you?” tanya Cherry apabila Azam tidak berkelip memandangnya. Azam tersedar dari lamunannya.
Nothing! You look so beautiful tonight...” kata Azam spontan. Tersenyum malu Cherry dibuatnya. Dia terus mengambil tempat disebelah tempat memandu. “Nak pergi mana ni?”
“Jalan dulu... nanti saya tunjukkan” Azam hanya mengikut arahan. Asal jantung aku berdegup-degup kencang ni? Tak pernah aku rasa macam ni dulu... but she look so beautiful! And ... argghh Azam! What happen to you? She’s your boss and she are not suitable with you...
Mereka berhenti disebuah restoren melayu ala kampung.
“Apa yang awak nak bagitahu saya siang tadi, Cherry?” tanya Azam sebaik sahaja pesanan mereka diambil.
“Kenapa awak panggil saya Cherry? Kenapa tak panggil saya Sharifah?” tanya Cherry pula tidak mengendahkan pertanyaan Azam.
“Sorry... dah terbiasa, ok! Apa yang awak nak bagitahu saya siang tadi, Sharifah?” Azam mengulangi pertanyaannya.
“Sebelum tu saya nak tanya awak... apa pendapat awak kalau seorang bos bercinta dengan pekerja dia?” tanya Cherry. Pelik Azam mendengar persoalan Cherry itu.
“Kenapa?”
“Saya cuma nak tahu aje...”
“Bagi saya, percintaan antara bos dengan pekerja itu perkara biasa, as you know... banyak secreatary kan dunia ni berkawin dengan bos mereka, ini sebab dia orang faham antara satu sama lain...” Azam memberitahu pendapatnya. Cherry tersenyum.
“Habis tu kalau saya suka dekat awak! Awak terima saya?” hampir tersedak Azam apabila Cherry menanyakan seperti itu. Dia ada feel kat aku ke? Azam hanya terdiam. Dia kehilangan kata-kata. “Azam!”
“Tapi...”
“Saya suka dekat awak sejak kita dekat Italy lagi... tapi saya pendamkan sebab awak terlalu mencinta kekasih awak! Masa awak nak balik Malaysia, awak ada cakap dengan saya yang awak nak kawin dengan kekasih awak, masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya hati saya... sebab tu la saya tak hantar awak pergi airport! Lepas tu awak saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan ayah saya, bila saya dapat tahu yang awak kerja dekat saya cepat-cepat cakap dengan ayah saya yang saya  nak tolong abang saya dekat sini... tapi saya hanya tengok awak dari jauh aje, saya tak mahu saya kecewa lagi.
Bila ayah saya buka cawangan baru dekat sana ayah saya suruk saya ganti abang saya dekat sini... pada masa tu juga saya terpaksa munculkan diri depan awak... dalam masa setahun ni saya dapat tahu yang awak ni tak kawin dengan kekasih awak! Jadi saya amik keputusan ini untuk dapatkan cinta awak...” beritahu Cherry panjang lebar.
“Habis tu awak masuk islam tu sebab nak tarik  perhatian saya?” Cherry menggeleng.
“Tak! Saya masuk islam sebab saya rasa tenang... dalam masa yang sama saya jadikan awak ini sebagai pendorong dan kekuatan saya dalam menempuhi dunia yang baru ini” jelas Cherry.
“Tapi saya...”

Suasana di rumah Puan Maimon dan Qassem begitu sibuk sekali. Ramai orang kampung datang untung berewang. Sesekali kedengaran mak cik-mak cik yang sedang memotong bahan didapur ketawa dan melatah. Suasana yang bergitu meriah sekali. Kelihatan juga sanak saudara berpakaian baju kurung pelbagai jenis memeriahkan suasana disitu.
“Mak! Zam dah lambat ni, kesian nanti dia orang kena tunggu lama...” kata Azam sedikit kuat sambil membetulkan sampingnya.
“Ha.. tu keretanya dah sampai cepat-cepat!” kata Puan Maimon sambil menunjuk kearah kereta yang baru memasuki laman rumahnya. Cepat-cepat Puan Maimon dan Qassem berlari mendapatkan kereta tersebut.
“Asal lambat sangat ni Farid?” tanya Qassem.
“Maaflah pak cik! Tadi ada lembu melintas... terpaksalah Farid tunggu lembu tu semua habis melintas baru jalan...” kata Farid. “Ni mana Azam nya Pak Cik?”
“Haaish budak ni... tadi kata dah lambat! Ni tak muncul-muncul lagi kenapa ni? Azam!!!” panggil Qassem. Riuh rumah itu dibuatnya. Anak-anak sedaranya berlari mendapatkan Azam.
“Bang Ajam! Pak cik dah panggil tu” kata mereka hampir serentak.
“Ok! Ok!” Azam terus berlari anak menuju keluar dan menyarungkan selipar yang ada, kasut sepatunya dipegang untuk dipakai didalam kereta.
“Lambatlah kau ni...”
“Aku lambat ke kau yang lambat? Dah! Dah! Kang tak jadi kawin pulak aku ni...” Azam terus masuk kedalam keretanya. Farid terus memandu ke masjid yang tidak jauh dari rumahnya. Kalau ikutkan hati Azam, dia ingin memandu sendiri tapi dilarang oleh ayahnya. Nak tak nak terpaksalah dia meminta bantuan Farid untuk menghantarnya. Setiba sahaja dimasjid tersebut, Azam menarik nafas beberapa kali sebelum melangkah masuk bersama pengiringnya.
“Ha.. dah sampai pun pengantin lelakinya” kata Tok Kadi sebaik sahaja melihat kelibatan Azam. Azam terus mengambil tempat dihadapan Tok Kadi. “Dah sedia?” tanyanya. Kelihatan pengantin perempuan sudah berada ditempatnya.
Azam menarik nafas dan menghembuskannya. “Dah Tok!”
“Aku nikahkan di kau Muhammad Azam Bin Qassem dengan Siti Sharifah Bte Abdullah dengan mas kawinnya sebanyak RM 50 tunai!”
“Aku terima nikahnya Siti Sharifah Bte Abdullah dengan mas kawinnya RM50 tunai” dengan sekali lafaz sahaja Cherry atau nama islamnya Sharifah telah menjadi isteri yang sah kepada Azam. Azam tersenyum sambil memandang Cherry. Beberapa surat ditandatanganinya dan beberapa janji dilafazkannya. Farid tersenyum melihat Azam. Pandangannya di alihkan kepada Hanun yang duduk disamping Cherry.
Saya sentiasa mendoakan agar awak mendapat jodoh yang lebih baik daripada saya... Tuhan makbulkan doa saya, saya harap awak hidup bahagia disamping orang yang dicintai... bisik Hanun didalam hati.
Azam duduk dihadapan Cherry untuk menyarungkan cincin kejari Cherry. Usai itu, Azam mencium dahi Cherry.
Majlis persandingan antara Azam dan Cherry dilakukan dengan meriah sekali disebuah dewan yang disewa khas oleh ayah Cherry. Azam dan Cherry saling berpandangan dan tersenyum gembira.
“Saya seronok dan bahagia bila awak terima saya...” bisik Cherry ditelinga Azam. Azam tersenyum.
“Terima kasih tunggu saya”
Azam dan Cherry memulakan hidup barunya di Kuala Lumpur. Azam telah menggantikan tempat Cherry dipejabat dan syarikatnya semakin berkembang maju. Mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Farid dan Hanun juga kini telah membuka sebuah kedai runcit atas bantuan Azam. Anak sulung mereka, Fadli juga kini telah berumur 8 tahun dan kini Hanun sedang mengandungkan anak ketiga mereka.

No comments: