Kedengaran
bunyi sorakkan pemuda kampung nelayan apabila melihat perlawanan persahabatan
antara Kampung Nelayan dan Kampung Cicip. Begitu gigih dan semangat
pemain-pemain bola sepak meneruskan perlawanan walaupun hampir setengah jam
lebih mereka berlari didalam padang yang besar itu.
“Rid!
Kau ada nampak Hanun tak?” tanya Azam sambil mencari kelibatan buah hati
pengarang jantungnya itu. Bahu Azam dipegang Farid.
“Relax
arr Zam! Macamlah kau tak tahu perempuan ni macam mana kan... tak lama lagi
datang la tu, lagipun kita yang datang cepat sangat ni tau” kata Farid. Azam
tersenyum. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Farid itu. Dia berjanji
dengan Hanun pukul 3 petang namun mereka berdua datang awal kerana ingin
melihat perlawanan persahabatan itu dahulu. Tiba-tiba Farid menyenggol bahu
Azam.
“Kenapa?”
tanya Azam pelik.
“Dia
datang! Dengan lenggang lenggoknya... dia datang! Dengan senyum manisnya...”
nyanyi Farid sambil menunjukkan kearah Hanun yang sedang menuju kearah mereka
berdua. Segera Azam bangun apabila melihat kelibatan Hanun dan menuju kearahnya
pula.
“Hai...”
sapa Hanun.
“Hai...”
balas Azam malu. Biarpun Hanun telah menjadi kekasihnya namun perasaan malu
apabila berjumpa dengan Hanun tidak pernah pudar, baginya Hanun adalah seorang
gadis kampung yang penuh dengan tatatusila.
“Dah
lama tunggu saya?” tanya Hanun.
“Eh
tak lama la... kita orang pun baru aje datang” bohong Azam. Dia tidak mahu
Hanun merasa dia terlambat.
“Banyaklah
kau baru datang... kita tengok game
ni dari awal sampai dah nak habis ni tau tak! Kau boleh kata baru sampai...
poyo la beb!” sampuk Farid yang entah bila muncul disitu. Azam segera menutup
mulut Farid. Tergelak kecil Hanun melihat keletah mereka berdua.
“Kelakarlah
awak berdua ni... tak menyesal saya kenal dengan awak berdua” kata Hanun
mematikan pergaduhan kecil antara Farid dan Azam. Mereka berdua ketawa kecil.
“Well! Kita orang memang macam ni... perkara
biasa” kata Farid sempoi.
“A’ah!
Makin lama awak kenal kita orang, makin kuat cinta awak pada kami berdua nanti”
kata Azam pula. Hanun ketawa kecil.
“Saya
memang dah terlanjur jatuh cinta pada awak pun Azam...” pipi Azam menjadi merah
apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Hanun itu. Dia tersenyum malu. “Hah!
Apa yang awak nak bagitahu saya tadi? Katanya penting?” tanya Hanun kembali ke topik
asal kenapa mereka berjumpa hari ini.
“Kita
jalan-jalan kat tepi pantai dulu jom... nanti saya bagitahu awak!”
“Habis
aku?” sampuk Farid lagi.
“Kau
duduk sini tengok game... kan kau dah
tahu apa yang aku nak bagitahu kat Hanun kan!” Farid mengangguk. “Tolong ya...”
“Oklah...
aku tolong ni pun sebab aku sayang kat kawan aku sorang ni, kalau tak jangan
harap la... bye” Farid kembali ketempat duduk mereka sebentar tadi manakala
Azam dan Hanun menuju kearah laut yang tidak jauh daripada situ. Sesampai
sahaja di pantai, mereka dapat merasakan angin laut dan mendengar ombak memukul
pantai. Mereka berdua memandang kearah pantai yang tesergam indah dihadapan
mereka berdua.
“Apa
yang awak nak bagitahu saya tadi?” tanya Hanun memecahkan kesunyian antara
mereka.
“Kita
duduk dulu kat sana...” ajak Azam sambil menunjuk kearah sebuah pokok kelapa
yang sudah menyembah tanah. Mereka berdua berjalan kearahnya.
“Sebenarnya...
saya ada something nak tunjuk
awak...” Azam mengeluarkan sepucuk surat dan serahkan kepada Hanun.
“Surat
apa ni?” tanya Hanun sambil mengambil surat tersebut daripada Azam.
“Bacalah...”
segera Hanun membaca isi kandungan surat tersebut. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak!
Tahniah...” Azam hanya membalas ucapan Hanun itu dengan senyuman hambar. Pelik
Hanun melihat Azam. “Kenapa ni awak? Ada yang tak kena ke?” tanya Hanun.
“Awak...
susah saya nak cakap ni, macam luah mati mak telan mati bapak...” kata Azam
lemah.
“Kenapa
ni awak?” tanya Hanun sekali lagi namun dengan nada lebih lembut untuk memujuk
hati Azam yang sedang gundah gulana itu. Wajah Hanun dipandangnya. Azam menarik
nafas dan menghembuskannya perlahan. Diulangnya perbuatan itu berulang kali
sehingga hatinya benar-benar lega. “Awak ok tak ni?”
“Awak!
Saya tak nak pergi...” terkejut Hanun mendengar kata-kata Azam itu.
“Apa?
Awak ni gila ke apa? Peluang baik dah datang depan mata macam ni awak tak nak
pergi! Awak jangan nak buat kerja gila tau! Awak tak kesian ke dengan mak ngan
ayah awak? dia orang mengerah tenaga siang malam untuk hantar awak sampai
keperingkat macam ni... bila dah dapat, awak kata tak nak! Tolonglah jangan
buat keputusan melulu macam ni... perkara ni boleh dibawa berbincangkan!”
nasihat Hanun. Pelik dia dengan Azam. Dulu bukan main beria-ia ingin belajar
keluar negara. Bila dah dapat, tak nak pergi.
“Tapi...
saya takut” Luah Azam.
“Apa
yang awak takut sangat ni? Mana semangat awak yang berkobar-kobar selama ni?”
Hanun cuba mendapatkan kembali semangat Azam yang hilang.
“Semangat
saya tak pernah hilang selama ni? Dalam hati saya ni memang semangat
berkobar-kobar nak pergi...tapi saya takut bila saya pergi sana nanti, saya
kehilangan awak...” tergelak Hanun mendengar alasan Azam itu.
“Awak...
saya takkan kemana-mana pun, saya tetap ada dekat sini menunggu awak habis
belajar...” tangan Hanun dipegangnya dan dicium serta dia memandang wajah polos
Hanun itu.
“Awak
janji dengan saya yang awak akan tunggu saya sampai saya habis belajar... saya
juga akan berjanji yang saya takkan pandang perempuan lain dekat sana... just only friend tak lebih daripada itu”
Hanun ketawa kecil. Hanun mengangguk.
“Saya
tak kisah! Saya janji... jangan nanti awak balik, awak yang lupa janji tu
sudah”
“Takkanlah!
Hanya awak aje yang berada didalam hati saya ni...dah tak ada yang lain
dah” mereka berdua ketawa kecil.
Kelihatan
Azam, Farid, Hanun dan keluarganya
menuju kebalai pelepasan. Sesampai sahaja dihadapan pintu mereka semua
berhenti.
“Jaga
diri baik-baik kat sana ye, Jam... solat jangan lupa, belajar rajin-rajin
jangan main-main tau! Kat sana nanti jangan asyik sangat belajar sampai tak jaga
kesihatan...” pesan Puan Maimon sambil memegang kedua-dua tangan anak
tunggalnya itu.
“Ye
mak! Zam janji, sampai aje Zam kat sana... Zam terus telefon mak ngan ayah”
kata Azam. Puan Maimon tersenyum. Azam mencapai beg galasnya dan menyalam semua
yang berada disitu. Namun dia terhenti apabila berada dihadapan Hanun.
Kelihatan
wajah Hanun muram dengan pemergiannya kesana.
“Jaga
diri baik-baik dekat sana...” pesan Hanun apabila Azam hanya memandang wajahnya
tanpa berkata apa-apa. Azam mengangguk.
“Awak
tunggu saya tau!” Hanun tersenyum. Dia mengangguk.
“Farid!
Aku amanahkan kau jaga dia... sepanjang aku dekat sana nanti, apa-apa nanti aku
call!” pesan Azam kepada Farid.
Farid
tersenyum. “Don’t worry about that!
Aku akan jaga Hanun ni macam abang jaga adik! Kau jangan risau sangatlah pasal
kita orang dekat sini... kau tu ha, dekat sana belajar betul-betul! Jangan
nakal-nakal” dengki Farid. Azam ketawa kecil mendengar kata-kata Farid itu.
“Pasal
tu kau jangan risau! Aku ni kan setia orangnya...”
“Setialah
sangat!” mereka berdua ketawa.
Kedengaran
panggilan bagi kapal terbang yang ingin dinaiki Azam. Mereka semua terdiam
semasa pengumuman. Selepas pengumuman mereka semua mengalihkan pandangan kearah
Azam.
Azam
memeluk ibu dan ayahnya. Dia terus menuju kebalai pelepasan. Sempat dia
melambai ibubapanya sebelum hilang dari pandangan.
“Ya
Allah! Kau selamatkanlah anak aku, kamu mudahkanlah perjalanannya” doa Puan
Maimon.
4
tahun berlalu, Azam telah menamatkan pengajiannya di Itali. Perasaannya ingin
pulang ke negara tercinta membuak-buak apabila sepanjang pembelajarannya
disitu, dia tidak pernah pulang kerana tidak mempunyai duit.
“Malaysia!
Wait for me...” jerit Azam.
Setiba
sahaja di Malaysia, Azam telah menyewa sebuah kereta dan memandu pulang
kekampung halamannya. Tujuannya pertamanya adalah berjumpa dengan Hanun,
kekasih hatinya yang telah hampir 2 tahun kehilangan khabar berita. Dia hanya
mendapat tahu keadaan Hanun daripada ibunya.
Setiba
sahaja dihadapan rumah Hanun, dia mencapai bunga yang dibeli semasa perjalanan
pulang dan mengetuk pintu rumahnya.
“Assalamualaikum...”
Azam memberi salam. Dia sudah tersenyum bahagia apabila memikirkan bahawa dia
akan bertemu dengan wanita yang paling dirinduinya selama ini. Diciumnya bunga
yang dibelinya itu. Dia memberi salam beberapa kali, sebelum kedengaran
seseorang membalas salamnya.
Alangkah
gembiranya Azam apabila pintu itu dibuka oleh Hanun.
“Azam!”
kata Hanun dalam nada terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Azam akan muncul
dihadapannya sebegini.
“Ayang!
Siapa datang tu?” kedengaran suara lelaki dari dalam. Senyuman Azam terhenti
apabila melihat perut Hanun yang sudah sarat itu. Kelihatan juga Farid
dibelakang Hanun. Azam hanya memandang mereka berdua tanpa berkata apa-apa. Apa
yang dia tahu sekarang bahawa hatinya telah hancur lebur melihat keadaan mereka
berdua.
“Azam!”
Bunga yang dipegang oleh Azam terjatuh. “Bila kau balik?” tanya Farid.
Pertanyaan
Farid dibiarkan tanpa jawapan. Azam terus menuju kekeretanya dan memandu terus
pulang kerumah tanpa mengendahkan Farid yang cuba memberi penjelasan. Tanpa
disedari air matanya mula membasahi pipinya. Fikirannya kini bercelaru
memikirkan tentang Hanun dan Farid.
Setiba
sahaja dirumah, dia terus masuk kedalam biliknya tanpa mengendahkan ibu yang
sedang tersenyum gembira menyambut kepulangannya.
“Ajam!!!
Ajam!!!” panggil Puan Maimon sambil mengetuk lembut pintu bilik Azam. Risau
Puan Maimon dibuatnya apabila melihat keadaan Azam sebegitu. Angin tak ada
rebut tak ada tiba-tiba sahaja Azam berperangai sebegitu. Segera dia menelefon
suaminya, Qassem. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi motor yang ditunggang
oleh Qassem memasuki kawasan rumah. Dia memarkingkan motornya di garaj yang
disediakan. Segera Puan Maimon mendapatkan suaminya.
“Apa
yang sebenarnya yang terjadi ni Mon?” tanya Qassem sambil membuka helmetnya.
“Saya
pun tak tahu la bang! Balik-balik aje dia terus masuk dalam bilik tak
keluar-keluar! Dah jenuh saya ketuk pintu, layan pun tidak!” luah Puan Maimon.
Qassem mengeluh kecil mendengar luahan Puan Maimon itu.
“Haishh
budak ni kena sampuk dengan hantu kat Itali tu ke?”
“Entah
la bang! Cuba abang pergi sana, manalah tahu kalau dengar suara abang dia nak
cerita...” kata Puan Maimon member cadangan.
“Ye
lah! Saya cuba” mereka berdua masuk kedalam rumah dan menuju kebilik Azam.
“Ajam!
Oh Ajam... buka pintu ni, kenapa dengan kamu ni?” tanya Qassem disebalik pintu.
Masih lagi tiada tindak balas daripada Azam. “Ajam...”
“Kenapa
mak ngan abah tak pernah bagitahu Zam yang Hanun dengan Farid tu dah kawin?”
tanya Azam dari dalam biliknya. Puan Maimon dan Qassem saling berpandangan.
“Macam
mana dia tahu pasal tu bang?” tanya Puan Maimon perlahan agar tidak didengar
oleh Azam. Qassem menggeleng. Mereka tertanya-tanya bagaimana rahsia tersebut
boleh terbocor. Sebenarnya mereka berdua menunggu masa yang sesuai untuk
memberitahu perkara tersebut kepada Azam. Mereka tidak mahu pengajian Azam
terganggu kerana Hanun ataupun Farid.
“Kita
bincang hal tu kat luar Jam! Biar abah yang ceritakan semuanya”
“Mak
ngan abah sanggup tipu Zam selama ni... berapa lama dah dia orang kawin?
Sekarang ni dah ada berapa orang anak? Kenapa mak ngan abah sanggup
mempermainkan perasaan Zam sampai macam ni?” bertalu-talu soalan ditujukan
kepada mereka berdua. Dari nada suaranya, mereka berdua dapat mengesan nada
kesal dari pertanyaan Azam itu.
“Maafkan
mak ngan abah nak! Kami bukannya berniat nak mainkan perasaan kamu... ini semua
untuk kebaikkan kamu juga” pujuk Puan Maimon.
“Apa-apa
ajelah... sekarang semua tu dah tak berguna lagi buat Zam! Semuanya dah lepas,
apa yang penting sekarang.... Zam betul-betul rasa dikhianati, biarlah Zam
sorang-sorang, Zam perlukan masa untuk tenangkan fikiran Zam yang serabut ni”
kata Azam dalam nada kecewa. Dia benar-benar putus harapan.
“Ajam...”
“Dah
la tu maknya... biarlah dia tenangkan fikiran dulu, nanti kalau dia dah tenang
keluar lah dia tu” kata Qassem.
“Tapi
bang...”
“Biarkan
dia dulu...” dengan nada berat, Puan Maimon mengikut langkah Qassem ke ruang
tamu. Puan Maimon sempat menjeling kearah bilik Azam sebelum pergi.
Kenapa
semua ni terjadi? Apa salah aku sampai diduga sebegini? Kenapa rahsiakan
perkara ni daripada aku? Bertalu-bertalu soalan bermain dimindanya. Dia
benar-benar rasa tertipu. Dia teringat dengan dengan riak wajah Hanun ketika
bertemu dengannya tadi. Dia begitu terkejut dengan kemunculan Azam dihadapan
matanya. Arggh!
Dengan
langkah yang berat, Azam keluar daripada biliknya untuk menunaikan kewajipannya
sebagai seorang muslim. Dia berdoa kepada Ilahi untuk menguatkan dirinya
menempuhi semua yang berlaku padanya.
“Ajam...”
panggil Puan Maimon dari sebalik pintu. Azam melipat sejadahnya dan membuka
pintu biliknya. “Ajam ok tak ni?” tanya Puan Maimon sebaik sahaja melihat Azam.
“Zam
ok mak... cuma buat masa ni, Zam nak tenangkan fikiran Zam ni... semua ni
terlalu mendadak bagi Zam...”
“Maafkan
mak nak! Mak memang tak ada niat nak buat Ajam macam ni... mak Cuma fikirkan
untuk kebaikan Ajam aje” kata Puan Maimon.
“Assalamualaikum...”
kedengaran suara orang memberi salam.
“Waalaikummussalam...”
jawab Qassem dari hadapan rumah. “Eh! Farid! Hanun! Ada apa datang ni?” tanya
Qassem ramah. Farid menyalam Qassem.
“Saya
nak jumpa Azam, Pak cik!” Qassem menghembuskan nafas hela. Pili air dimatikan.
“Saya nak terangkan pada Azam apa sebenarnya yang berlaku... saya tak nak
timbul salah faham antara kami, saya sayangkan persahabatan kami” kata Farid
lagi.
“Masuklah
kedalam sana... pak cik tak tahu nak cakap apa, sebab dari tadi dia tak
keluar-keluar bilik” beritahu Qassem.
“Terima
kasih pakcik” Farid memimpin Hanun memasuki rumah. Kelihatan Azam dihadapan
pintu memandang mereka berdua. Azam terus beredar duduk dikerusi diruang
tamunya sebaik sahaja mereka saling berpandangan.
“Azam!”
panggil Hanun. Hanun bersalaman dengan Puan Maimon sebelum mengambil tempat
dihadapan Azam. Farid pula mengambil tempat disebelah Hanun. Mereka bertiga
terdiam. Rasa bersalah mula menggunung didalam hati Hanun dan Farid. Manakala
Azam pula hanya menunggu mereka berdua memberi penjelasan.
“Azam! Semua ni salah aku...kau jangan salahkan Hanun
dalam hal ni” akhirnya Farid membuka bicara memecahkan kejanggalan antara mereka.
“Abang...” kata Hanun lembut sambil memegang tangan
Farid. Azam hanya melihat sahaja kelakuan mereka berdua. Bohong jika kata
hatinya tidak sakit apabila melihat kemesraan antara mereka berdua tapi apa yang harus dia lakukan
lagi... Hanun bukanlah miliknya kini.
“Tak pe, yang... biar abang yang jelaskan!”
“Tapi ini semua berpunca daripada ayang jugak!”
“Ayang... biar abang explain dulu perkara ni dekat
Azam...” kata Farid kepada Hanun. Panas hati Azam melihat mereka berdua, namun
ditahannya. Dia tidak mahu bertindak melulu. Farid menggenggam tangan kanan
Hanun.
“Biar aku yang jelaskan semua ni Zam! Aku memang berniat
nak pulangkan Hanun pada kau balik bila kau dah pulang daripada Italy... tapi
aku tak mampu Zam! Maafkan sebab aku terlanjur mencintai Hanun” Azam masih lagi
mengambil keputusan berdiam diri daripada berkata-kata. Dia mahu mendengar
kisah sebenar daripada mulut mereka berdua. Farid menceritakan apa yang berlaku
sehinggakan dia boleh menjadi suami kepada Hanun.
Ianya bermula apabila bapa Hanun memaksanya untuk
berkhawin dengan seorang orang kaya tua. Bapa Hanun tidak tahan apabila melihat
Hanun begitu setia menunggunya. Bapanya memberi syarat bahawa jika tiada
sesiapa datang meminangnya dalam masa seminggu, dia akan dikawinkan dengan
orang kaya itu. Demi menyelamatkan Hanun, Farid telah menghantar rombongan
meminang dan mereka disatukan selepas sebulan bertunang. Pada awal perkhawinan
antara mereka memang tiada apa yang terjadi sehinggalah perasaan cinta itu
muncul dengan sendirinya. Mereka berdua telah jatuh cinta antara satu sama lain
kerana telah lama tinggal bersama.
“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku pasal tu?” tanya
Azam.
“Kau fikir aku nak bagitahu perkara ni dekat kau? Masa tu
kau dah tahun akhir Zam... aku nak kau fokus dalam pelajaran kau! Lagi pun kau
sendiri yang suruh aku jaga Hanun lebih dari nyawa aku sendiri... aku hanya
menurut perintah aje, tapi aku tak sangka yang perkara ni akan jadi macam ni!
Aku ingat aku boleh kawal perasaan aku ni... tapi aku tak boleh Zam! Maafkan
aku” Azam ketawa sinis.
“Aku belajar jauh-jauh tu atas satu sebab! Aku balik
kesini untuk dapatkan kerja bagus untuk memberi kesenangan dekat dia dan
parents aku! Sebab dia jugalah aku sentiasa menjadi pelajar terbaik dekat sana!
Tapi apa aku dapat bila balik? Aku cuma dapat tahu tentang pengkhianatan
seorang sahabat! Aku suruh kau jaga ibarat nyawa sendiri... tapi ini yang kau
buat” kata Azam. Hanun sudah menitiskan air matanya mendengar kata-kata Azam.
Dia rasa bersalah sangat terhadap Azam. Farid segera menggesat air mata
isterinya.
“Maafkan aku... semua ni salah aku! Serius aku tak ada
niat” kata Farid. Azam hanya mendiamkan dirinya. “Maafkan aku... aku tak nak
sebab hal macam ni, persahabatan kita dari kecil berakhir macam ni... aku
sayangkan persahabatan kita!” sambung Farid lagi. Azam hanya mendiamkan diri
dan terus pergi daripada situ tanpa memberi apa-apa kata putus.
“Azam!” panggil Hanun dan Farid hampir serentak.
“Farid!” panggil Puan Maimon apabila Farid ingin mengejar
Azam.
“Ada apa mak cik?”
“Buat masa ni... kamu berdua jangan jumpa Ajam, boleh
tak? Mak cik Cuma risaukan dia... dia tertekan sangat tu! Tolong ya...” rayu
Puan Maimon. Farid dan Hanun saling berpandangan sebelum mengangguk perlahan.
“Kalau macam tu, kami minta diri dulu ye...” kata Hanun.
Puan Maimon mengangguk. Mereka bersalaman sebelum pergi daripada situ.
“Abang macam mana ni?” tanya Hanun sebaik sahaja masuk
kedalam kereta. Farid memegang tangan Hanun untuk memberi kekuatan.
“Buat masa ni, kita tak payah jumpa Azam... kita bagi
masa dia tenangkan fikiran dulu, bila dia dah tenang! Abang akan jumpa dia...”
kata Farid lagi. Hanun mengangguk faham. Farid terus memandu meninggalkan
perkarangan rumah Qassem.
“Ajam...” panggil Qassem. Dengan langkah berat, Azam
mengambil tempat dihadapan Qassem. “Niat Farid tu baik Jam... Cuma sekarang ni,
bukan rezeki Ajam dengan Hanun tu, minta la Ajam fikir baik-baik dengan
keputusan yang Ajam akan buat lepas ni” nasihat Qassem.
“Baiklah Bah! Zam masuk dulu” Azam terus berlalu daripada
situ.
Hampir sebulan, kejadian tersebut berlaku. Azam juga
dapat menerima apa yang sudah berlaku. Persahabatan antara mereka bertiga masih
lagi kekal walaupun tidak sebaik seperti dulu. Mereka berdua juga dikejutkan
apabila Azam mengambil keputusan untuk membawa diri ke Kuala Lumpur.
“Kau betul ke nak pergi ni?” tanya Farid. Azam
mengangguk.
“Dah tak ada lagi untuk aku dekat sini... aku yakin yang
kau boleh jaga Hanun dengan lebih baik daripada aku... aku cuma nak cari
pengalaman dan kerjaya aku dekat sana” terang Azam. Kedengaran keluhan daripada
Farid.
“Tapi baru sebulan kau balik kau dah nak pergi jauh
lagi... kau tak kesian ke dengan mak bapak kau, Zam? Empat tahun Zam! Empat
tahun kau tak balik... lama la sikit duduk kat sini lagi, dekat sini pun banyak
kerja lain yang kau boleh buatkan!” pujuk Farid. Kau nak aku duduk sini tengok
kemesraan korang tu? Hati aku tak kuat untuk menerima semua ni... makin lama
aku duduk sini, aku takut hati aku yang bernanah sampai tak ada penawarnya.
“Kali ni aku pergi bukannya pergi terus macam dulu... every weekend I will back, jenguk parents aku...” kata Azam lagi. Kali ini
dia nekad dengan keputusannya. Tiada siapapun boleh menghalangnya. Kedengaran
sekali lagi Farid mengeluh. Pemergian Azam kali ini membawa seribu makna
darinya. Dia tidak mahu Azam pergi dari hidupnya lagi. Sudah cukup dengan apa
yang dia lakukan dahulu, dia takut jika Azam membuat perkara-perkara yang tidak
elok apabila pergi dari kampung itu.
Azam tersenyum sambil memukul peha Farid lembut sebelum
dia bangun dari duduknya.
“Aku balik dulu la... banyak lagi yang belum dikemas ni,
nanti susah pula kang”
“Nak aku tolong apa-apa tak?” Azam menggeleng.
“Tak apa lah! Aku boleh buat sendiri... aku cuma perlukan
doa daripada kau aje, supaya aku selamat dan berjaya dekat sana, aku bla
dulu... assalamualaikum...”
“Waalaikummusalam...” Azam terus berlalu daripada situ
meninggalkan Farid sendirian. Maafkan aku jika pemergian kau kali ini adalah
disebabkan aku, Zam...
Puan Maimon dan Qassem menghantar Azam ke stesen bas.
Mereka berdua merasa keberatan membenarkan Azam pergi ke kota. Namun apakan
daya, apabila Azam meluahkan perasaannya kepada mereka berdua. Mereka tidak
mahu jika Azam terus tinggal disitu hatinya akan dipenuhi dengan luka-luka yang
sukar dipulihkan.
“Jaga diri baik-baik dekat sana, nak!” pesan Puan Maimon.
Pesanannya sama seperti ketika Azam hendak ke Italy menyambung pelajarannya
dahulu.
“Baiklah mak... lagipun Azam dah janjikan yang bila Azam
dapat kerja nanti Azam akan balik jumpa mak ngan abah! Lagipun Azam dah tak ada
sesiapa lagi dekat dunia ni selain mak ngan abah!” kata Azam sambil memeluk
Puan Maimon sebelum dia bertukar memeluk Qassem pula.
“Dekat sana nanti kamu duduk mana?” tanya Qassem.
“Buat sementara waktu Zam tumpang rumah kawan yang sama
belajar dengan Zam dulu... nanti bila Zam dah mampu, Azam akan cuba sewa rumah
dan jemput mak ngan abah datang kesana” jawab Azam.
“Baiklah! Kalau perlukan duit jangan segan-segan bagitahu
abah! Selagi abah boleh tolong selagi tu la abah akan bantu...” beritahu
Qassem.
“Terima kasih abah! Zam naik bas dulu” Azam menyalam kedua
ibubapanya sebelum naik bas. Dia sebenarnya tidak memberitahu Farid bahawa dia
akan bertolak pada hari ini, dia memberitahu Farid bahawa dia akan bertolak dua
hari lagi. Sengaja dia memberitahu Farid sebegitu kerana dia tidak mahu melihat
wajah Farid dan Hanun sebelum pergi. Dia tidak kuat.
Bas yang dinaiki Azam mula bergerak menuju
kedestinasinya. Puan Maimon dan Qassem hanya mampu melambai kearah bas walaupun
dia tahu bahawa Azam tidak melihat mereka.
6 tahun berlalu...
Azam kini telah berjaya menjadi seorang kontraktor muda
yang berjaya. Namanya kini sering disebut-sebut didada akhbar dan majalah. Dia
juga telah mempunyai sebuah rumah yang besar dan kereta yang mewah. Namun
begitu, disebalik kejayaan tersebut, peristiwa yang berlaku 6 tahun dahulu tidak
dapat dilupakan. Dihatinya tetap ada Hanun yang bertakhta.
“Encik Azam! Encik Mikhael nak berjumpa dengan Encik!”
Beritahu Lina, pembantunya.
“Baiklah! Awak keluar dulu... nanti saya datang”
“Baiklah” Lina terus keluar daripada bilik Azam. Azam
mengemas mejanya sebelum keluar daripada biliknya sebelum keluar menemui Encik
Mikhael, ketua syarikat tempat dia bekerja. Azam mengetuk pintu bilik Encik
Mikhael sebelum dia dibenarkan masuk.
“Selamat pagi Encik Mikhael”
“Selamat pagi... duduk!” Azam hanya menurut perintah.
“Sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak!”
“Beritahu apa Encik?” tanya Azam ingin tahu. Dah lain macam ada nada bos
aku ni, ada benda la ni... bisik Azam didalam hati.
“Firstly, I want to
introduce you to my younger sister, Cherry...” Encik Mikhael menunjuk
kearah belakangnya. Azam hanya menurut. Alangkah terkejutnya apabila wanita
yang ditunjukkan itu adalah orang yang kenalinya, Cherry, sahabat baiknya
ketika berada di Italy.
“Cherry!”
“Hai Azam!”
“Ok! Are you know
each other?” tanya Encik Mikhael pelik apabila mereka berdua saling bersapa
seperti sudah lama berkenalan.
“You know what!
This is my bestfriend in Italy that I tell you...” beritahu Cherry.
“Oooh! So the
reason that came here is to meet him?” Cherry mengangguk.
“Wait a minute...
are you have connection with Encik Mikhael?” tanya Azam pula. Pening
kepalanya melihat mereka berdua.
“As you know, he
tell you that I’m the younger sister...so that’s mean he is my brother, are you
got it?”
“So what happen
know?”
“Relax Azam... my
father have build new company in Japan, so I have to go there... you as the
senior in here... I want you to teach Cherry about the company,” beritahu
Encik Mikhael.
“So that’s mean you
are leaving?” Encik Mikhael mengangguk. “But sir! I dont know that I’m good to take the responsible that you
give or not! This is a big responsible you know” kata Azam lagi. Encik
Mikhael bangun dan menuju kearah Azam.
“Azam... I trust
you like I trust my family... I know you can do it! For the addition, you know
my younger sister how look like, so it will make you job easily!” Azam berfikir sejenak.
Pandangannya dialihkan kepada Cherry dan kealihkan kembali kepada Encik Mikhael
sebelum dia memandang jari jemarinya.
“Azam... awak tak suka bekerja dengan saya ke?”
“Tak! Bukan macam tu... eh! Awak fasih bahasa melayu?”
kata Azam pelik apabila Cherry bercakap dengan bahasa melayu dengan fasihnya.
Cherry mengangguk.
“Sebenarnya selepas habis belajar, saya belajar bahasa
melayu...”
“But I scare if I
can’t handle Miss Cherry”
“Hei You! Dont
play-play with me ok” mereka ketawa kecil.
“Ok! Kalau macam tu, saya terima tanggungjawab yang
diberikan kepada saya...” Encik Mikhael memegang bahu Azam lembut sambil
tersenyum.
“Thank you...”
mereka bertiga tersenyum.
Hampir setahun Encik Mikhael meninggalkan syarikat itu
dan hampir setahun jugalah dia membantu Cherry untuk menguruskan syarikat.
Cherry dapat belajar dengan cepat.
“Azam! Malam ni saya nak ajak awak keluar boleh?” tanya
Cherry sebaik sahaja mereka berbincang hal kerja.
“Nak pergi mana?”
“Saya nak bawa awak ke satu tempat yang istimemewa... dan
saya mahu bagitahu awak sesuatu” kata Cherry lagi. Tertanya-tanya Azam
dibuatnya.
“Awak nak bagitahu saya apa?”
“Itu saya akan bagitahu awak nanti... sebelum tu macam
mana dengan niat saya tu?”
“Yang mana?”
“Pasal semalam tu yang saya tanya awak...”
“Ooo about that! Ermm awak pasti ke dengan keputusan yang
awak ambil ni? Macam mana dengan family awak dekat sana? Dia orang tak marah
ke?” tanya Azam bertalu-talu. Cherry tersenyum.
“Perkara itu awak tak perlu risau! Keluarga saya memang
bercampur... tapi kami sokong antara satu sama lain”
“Ok kalau macam tu nanti lepas kerja awak ikut saya”
“Baiklah!” Azam tersenyum.
Cherry telah selamat mengucap dua kalimah syahadah dihadapan
iman besar dan beberapa orang saksi. Kelihatan air mata Cherry mengalir sebaik
sahaja dia selesai mengucapkan dua kalimah syahadah dalam masa yang sama juga
dia tersenyum sambil memandang Azam. Azam membalas senyumannya. Kini Cherry
telah bertukar nama kepada Siti Sharifah.
“Awak teman saya shopping
boleh? Sebab saya tak tahu sangat apa yang saya cari” tanya Cherry.
“Boleh... mulai sekarang awak jangan segan silu kalau nak
tanya apa-apa dekat saya, insya-allah saya akan bantu awak selagi mampu” beritahu
Azam. Mereka berdua ketawa kecil sambil memandang antara satu sama lain. Mereka
bertentangan mata. Ketawa yang menghiasi wajah mereka hilang dan timbul
perasaan janggal.
Asal aku ni? Tanya Azam didalam hati.
What
happen to me? Azam... kata Cherry pula didalam hati. Mereka berdua cepat-cepat
mengalihkan pandangannya.
“Ermm... jom!”
ajak Azam.
“Jom! Jom” mereka berdua menaiki kereta Azam menuju ke
shopping mall yang berdekatan.
Azam membantu Cherry memilih pakaian, dan macam-macam
lagi. Cherry telah membeli 2 pasang baju kurung dan tudung serta telekung.
Sepanjang mereka membeli belah, tawa mereka tidak pernah lekang.
“Ok! Jom balik, dah nak magrib dah ni...” kata Azam
sambil melihat jam tangannya.
“Ok! Jom...” Azam menghantar Cherry pulang kerumahnya.
“Nanti pukul 8 saya jemput awak,” kata Azam lagi sebelum
pergi. Cherry hanya mengangguk sambil tersenyum. Bahagia dihatinya kini tidak
dapat diungkapkan lagi. Cepat-cepat Cherry masuk kedalam rumahnya untuk
membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya.
Terkedu Azam apabila melihat Cherry memakai baju kurung
dan tudung yang baru dibelinya petang tadi.
“Hei! What wrong with you?” tanya Cherry apabila Azam
tidak berkelip memandangnya. Azam tersedar dari lamunannya.
“Nothing! You look
so beautiful tonight...” kata Azam spontan. Tersenyum malu Cherry dibuatnya.
Dia terus mengambil tempat disebelah tempat memandu. “Nak pergi mana ni?”
“Jalan dulu... nanti saya tunjukkan” Azam hanya mengikut
arahan. Asal jantung aku berdegup-degup kencang ni? Tak pernah aku rasa macam
ni dulu... but she look so beautiful!
And ... argghh Azam! What happen to you? She’s your boss and she are not suitable with you...
Mereka berhenti disebuah restoren melayu ala kampung.
“Apa yang awak nak bagitahu saya siang tadi, Cherry?”
tanya Azam sebaik sahaja pesanan mereka diambil.
“Kenapa awak panggil saya Cherry? Kenapa tak panggil saya
Sharifah?” tanya Cherry pula tidak mengendahkan pertanyaan Azam.
“Sorry... dah terbiasa, ok! Apa yang awak nak bagitahu
saya siang tadi, Sharifah?” Azam mengulangi pertanyaannya.
“Sebelum tu saya nak tanya awak... apa pendapat awak
kalau seorang bos bercinta dengan pekerja dia?” tanya Cherry. Pelik Azam
mendengar persoalan Cherry itu.
“Kenapa?”
“Saya cuma nak tahu aje...”
“Bagi saya, percintaan antara bos dengan pekerja itu
perkara biasa, as you know... banyak secreatary kan dunia ni berkawin dengan
bos mereka, ini sebab dia orang faham antara satu sama lain...” Azam
memberitahu pendapatnya. Cherry tersenyum.
“Habis tu kalau saya suka dekat awak! Awak terima saya?”
hampir tersedak Azam apabila Cherry menanyakan seperti itu. Dia ada feel kat
aku ke? Azam hanya terdiam. Dia kehilangan kata-kata. “Azam!”
“Tapi...”
“Saya suka dekat awak sejak kita dekat Italy lagi... tapi
saya pendamkan sebab awak terlalu mencinta kekasih awak! Masa awak nak balik
Malaysia, awak ada cakap dengan saya yang awak nak kawin dengan kekasih awak,
masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya hati saya... sebab tu la
saya tak hantar awak pergi airport! Lepas tu awak saya mula berjinak-jinak
dengan perniagaan ayah saya, bila saya dapat tahu yang awak kerja dekat saya
cepat-cepat cakap dengan ayah saya yang saya
nak tolong abang saya dekat sini... tapi saya hanya tengok awak dari
jauh aje, saya tak mahu saya kecewa lagi.
Bila ayah saya buka cawangan baru dekat sana ayah saya
suruk saya ganti abang saya dekat sini... pada masa tu juga saya terpaksa
munculkan diri depan awak... dalam masa setahun ni saya dapat tahu yang awak ni
tak kawin dengan kekasih awak! Jadi saya amik keputusan ini untuk dapatkan
cinta awak...” beritahu Cherry panjang lebar.
“Habis tu awak masuk islam tu sebab nak tarik perhatian saya?” Cherry menggeleng.
“Tak! Saya masuk islam sebab saya rasa tenang... dalam
masa yang sama saya jadikan awak ini sebagai pendorong dan kekuatan saya dalam
menempuhi dunia yang baru ini” jelas Cherry.
“Tapi saya...”
Suasana di rumah Puan Maimon dan Qassem begitu sibuk
sekali. Ramai orang kampung datang untung berewang. Sesekali kedengaran mak
cik-mak cik yang sedang memotong bahan didapur ketawa dan melatah. Suasana yang
bergitu meriah sekali. Kelihatan juga sanak saudara berpakaian baju kurung
pelbagai jenis memeriahkan suasana disitu.
“Mak! Zam dah lambat ni, kesian nanti dia orang kena
tunggu lama...” kata Azam sedikit kuat sambil membetulkan sampingnya.
“Ha.. tu keretanya dah sampai cepat-cepat!” kata Puan
Maimon sambil menunjuk kearah kereta yang baru memasuki laman rumahnya.
Cepat-cepat Puan Maimon dan Qassem berlari mendapatkan kereta tersebut.
“Asal lambat sangat ni Farid?” tanya Qassem.
“Maaflah pak cik! Tadi ada lembu melintas... terpaksalah
Farid tunggu lembu tu semua habis melintas baru jalan...” kata Farid. “Ni mana
Azam nya Pak Cik?”
“Haaish budak ni... tadi kata dah lambat! Ni tak
muncul-muncul lagi kenapa ni? Azam!!!” panggil Qassem. Riuh rumah itu
dibuatnya. Anak-anak sedaranya berlari mendapatkan Azam.
“Bang Ajam! Pak cik dah panggil tu” kata mereka hampir
serentak.
“Ok! Ok!” Azam terus berlari anak menuju keluar dan
menyarungkan selipar yang ada, kasut sepatunya dipegang untuk dipakai didalam
kereta.
“Lambatlah kau ni...”
“Aku lambat ke kau yang lambat? Dah! Dah! Kang tak jadi
kawin pulak aku ni...” Azam terus masuk kedalam keretanya. Farid terus memandu
ke masjid yang tidak jauh dari rumahnya. Kalau ikutkan hati Azam, dia ingin
memandu sendiri tapi dilarang oleh ayahnya. Nak tak nak terpaksalah dia meminta
bantuan Farid untuk menghantarnya. Setiba sahaja dimasjid tersebut, Azam
menarik nafas beberapa kali sebelum melangkah masuk bersama pengiringnya.
“Ha.. dah sampai pun pengantin lelakinya” kata Tok Kadi
sebaik sahaja melihat kelibatan Azam. Azam terus mengambil tempat dihadapan Tok
Kadi. “Dah sedia?” tanyanya. Kelihatan pengantin perempuan sudah berada
ditempatnya.
Azam menarik nafas dan menghembuskannya. “Dah Tok!”
“Aku nikahkan di kau Muhammad Azam Bin Qassem dengan Siti
Sharifah Bte Abdullah dengan mas kawinnya sebanyak RM 50 tunai!”
“Aku terima nikahnya Siti Sharifah Bte Abdullah dengan
mas kawinnya RM50 tunai” dengan sekali lafaz sahaja Cherry atau nama islamnya
Sharifah telah menjadi isteri yang sah kepada Azam. Azam tersenyum sambil
memandang Cherry. Beberapa surat ditandatanganinya dan beberapa janji
dilafazkannya. Farid tersenyum melihat Azam. Pandangannya di alihkan kepada
Hanun yang duduk disamping Cherry.
Saya sentiasa mendoakan agar awak mendapat jodoh yang
lebih baik daripada saya... Tuhan makbulkan doa saya, saya harap awak hidup
bahagia disamping orang yang dicintai... bisik Hanun didalam hati.
Azam duduk dihadapan Cherry untuk menyarungkan cincin
kejari Cherry. Usai itu, Azam mencium dahi Cherry.
Majlis persandingan antara Azam dan Cherry dilakukan
dengan meriah sekali disebuah dewan yang disewa khas oleh ayah Cherry. Azam dan
Cherry saling berpandangan dan tersenyum gembira.
“Saya seronok dan bahagia bila awak terima saya...” bisik
Cherry ditelinga Azam. Azam tersenyum.
“Terima kasih tunggu saya”
Azam dan Cherry memulakan hidup barunya di Kuala Lumpur.
Azam telah menggantikan tempat Cherry dipejabat dan syarikatnya semakin
berkembang maju. Mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata selepas setahun
mendirikan rumah tangga.
Farid dan Hanun juga kini telah membuka sebuah kedai
runcit atas bantuan Azam. Anak sulung mereka, Fadli juga kini telah berumur 8
tahun dan kini Hanun sedang mengandungkan anak ketiga mereka.