27.3.12

7~Cinta PhotoGRapHer DaN PEngEMbara

Amira Zakiyyah seorang jurugambar yang termasyur dalam Negara Malaysia. Gambar yang diambilnya mempunyai perbagai rahsia yang tersurat dan juga tersirat. Dia juga telah dianugerahkan sebagai jurugambar yang berkaliber.

“Mira… ko ni kan asyik taksub sangat dengan gambar-gambar ko tu… ko tak pernah terfikir ke nak bercinta?” tanya Iea, sahabat baik kepada Amirah. Amirah mencebik.

“Cinta tu tak pernah muncul dalam fikiran aku tau…” kata Amirah bangga.

“Aku akan pastikan yang suatu hari nanti ko akan terjerumus juga dalam dunia percintaan…” kata Iea lagi. Amirah hanya tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai Iea yang selalu menyuruhnya untuk bercinta. Bukannya dia tak nak, tapi belum masanya lagi. Dia ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerjayanya sebagai jurugambar.

“Iea! Hujung bulan ni aku akan ke Paris… ada show kat sana, ko nak ikut tak? Sebab Encik Adam bagi dua tiket kat aku…” tanya Amirah.

“Paris! Biar betul ko Mira…” kata Iea seperti tidak percaya. Amirah tahu bahawa Iea sememangnya bercita-cita ingin ke Paris. Namun dia tidak berkemampuan untuk kesana. Amirah mengangguk. “Paris…” Iea tersenyum sendiri.

“Ko nak gi tak? Kalau tak nak aku ajak orang lain…” dengki Amirah.

“Of course la aku nak… gila kau, Paris tu” kata Iea.  “Mira… flight kita tu class ekonomi ke VVIP?”

“VVIP ler… kalau class ekonomi apa la sangat untuk orang sekaya Encik Adam tu… agaknya dia bagi kita tiket VVIP ni pun celah gigi dia je tau… tapi kita tak duduk sebelah-sebelah la... sebab tiket lebih yang dia bagi aku tu sebenarnya untuk awek dia... tapi awek dia tak dapat ikut sebab mak dia sakit, so tak dapat ikut la...” kata Amirah. Iea mengangguk setuju dengan kata-kata Amirah.

“Ye tak ye juga kan... kalau orang kaya, nak beli  villa pun boleh beli cash... lain arr kita ni, nak beli umah kat taman tu pun bertahun-tahun baru habis bayar... tapi aku takut la, dah la aku first time naik kapal terbang” kata Iea. “Ala relax aje la... perjalanan tu cuma 6 jam jer... ko boleh la dapat kawan baru kat atas flight tu nanti” kata Amirah untuk menenangkan Iea. Iea senyum paksa.


Masa yang ditunggu-tunggukan telah tiba. Kelihatan Iea dan Amirah berada dilapangan terbang bersama crew-crew yang akan bertugas di persembahan fesyen itu.


“Mira... aku kekok arr, semua yang kat sini pergi sana sebab ada kerja... tapi aku, just follow kosong aje...” bisik Iea ditelinga Amirah. Amirah ketawa kecil.


“Relax arr... aku keje pun masa malam fesyen show tu jer, kita ada masa dalam seminggu nak tunggu malam tu... sepanjang masa tu kita boleh la shopping sakan kat sana...” kata Amirah menenangkan Iea. Iea tersenyum.


***
“Kapal terbang yang ingin ke Paris akan berlepas 10 minit dari sekarang... penumpang-penumpang diminta naik keatas kapal terbang dengan segera”


“Mira! Tu flight kitakan... jom arr naik, aku dah tak sabar ni...” kata Iea lagi. Mereka terus menuju kekapal terbang. Mereka menunjukkan tiket kepada penjaga yang menjaga pintu masuk.


“Cik tempat ni kat mana ye?” tanya Iea sambil menunjukkan nombor tiketnya kepada pramugari yang bertugas.


“Cik ikut saya ye...” Iea hanya menurut.  “Ini tempatnya... silakan duduk” kata pramugari itu lagi.


“Terima kasih” kata Iea sambil tersenyum. Iea melihat seorang lelaki yang berbadan sasa yang berwajah kacak duduk disebelahnya. Pramugari itu terus berlalu. “Hai awak...” sapa Iea.


“Hai...” jawabnya ringkas. Iea terus duduk disebelahnya.


“Saya Khairiyah... tapi panggil saya Iea aje... awak sorang je ke?” tanya Iea. Pemuda itu mengangguk.


“Saya Zareeq... awak boleh panggil saya Reeq, saya sorang je... tapi saya tak kisah sebab saya dah biasa... awak?” katanya peramah sambil tersenyum.


“Tak... saya datang ngan ramai orang, saya ni sebenarnya ikut kawan saya ada kat sana tu... kat sebelah perempuan yang pakai cap tu... dia tu photographer untuk  satu fesyen show kat Paris” kata Iea sambil menunjuk kearah Amirah. Zareeq cuba melihat wajah Amirah tetapi tidak kelihatan kerana ditutupi oleh kerusi. “Awak nampak tak?” Zareeq menggeleng. “Rugi la awak tak nampak dia... dia cantik tau! Lepas tu masih tak berpunya lagi... awak ada awek?” Iea sempat mendengki Zareeq.


“Tak wak... saya single lagi, mungkin sebab saya nak jumpa jodoh saya kot...” gurau Zareeq. Iea ketawa kecil. Sepanjang penerbangan ke Paris, Iea sedikit pun tidak merasa kebosanan kerana adanya Zareeq yang sekepala dengannya.


“Awak... dah sampai” kejut Iea. Zareeq mengosok matanya. Dia melihat sekeliling. Iea ketawa kecil melihat gelagat Zareeq.


“Dah sampai ke?” Iea mengangguk. “Dah jom...” Zareeq terus bangun dari tempat duduknya.


“Eh awak nak gi mana tu?” tanya Iea pelik apabila Zareeq terus bangun dari tempat duduknya.


“Nak turun la...”


“Relax arr dulu... kapal terbang ni baru nak mendarat, awak dah nak turun... awak nak lompat kebawah ke?” dengki Iea.


"La... saya ingat kapal terbang ni dah berhenti," katanya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal dan tersenyum. Iea ketawa kecil.


'"Ok! kalau kita ada jodoh kita jumpa lagi," kata Zareeq.


"Ok!! selamat bercuti..." Iea menghadiahkan senyuman kepada Zareeq.


"You too" mereka berdua terus berjalan mengikut haluan masing-masing.


"Iea!!!" panggil  Amirah. Iea memalingkan wajahnya mengikut arah suara. Kelihatan Amirah sedang membawa menarik beg pakaiannya. Iea terus berlari anak mendapatkan Amirah.  "Wah ko... dah dapat kawan lupa aku!!!sakit ko tau tekak aku ni panggil ko!  buat tak layan aje... asyik je ngan mamat tu..." bebel Amirah apabila Iea sampai dihadapannya.


"Sorry la... aku memang tak dengar langsung ko panggil aku... mamat ngan aku tu namanya Zareeq, dia tu pengembara tau!!! aku dengar cerita dia pergi negara-negara asing memang best giler..."


"Ooo Zareeq!  kenapa ko tak ikut dia aje? kan ko su... ka... sangat mengembara kan..." kata Amirah terus meninggalkan Iea.


"Ala merajuk pulak pompuan ni... weh Mira!  chill la... weh! Mi...ra..."  Iea berlari anak mengejar Amirah yang mula meninggalkan dia.
***
"Fesyen show ni akan berlangsung seminggu dari sekarang... saya nak awak semua lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh... kali ini kita bawak nama MALAYSIA kenegara orang..." Adam memberi taklimat sebelum mereka mendaftar masuk kedalam hotel.


"Baik Encik Adam..." kata mereka semua hampir serentak.


"Ok! kamu semua boleh balik bilik sekarang... Mira! saya nak jumpa awak sekejap..." panggil Adam.


"Abis aku macam mana?" tanya Iea apabila Amirah dipanggil oleh Adam.


"Ko masuk la bilik dulu... pas aku bincang ngan Encik Adam nanti aku cepat-cepat masuk bilik teman ko... ok!?" kata Amirah ingin menyedapkan hati Iea.


"Mana aku tau bilik kat mana?"


"Fatin! sini kejab..." panggil  Amirah.


"Ada apa Mira?"


"Ko tolong kawan aku ni cari bilik... aku nak jumpa ngan Encik Adam kejab"


"Mira!" panggil Adam sambil melambai-lambai tangan.


"Ko tengok tu, tolong ye... bye" Amirah terus meninggalkan Fatin bersama Iea. Iea memandang Fatin sambil tersenyum.


"Saya Iea! kawan Mira... selamat berkenalan" Iea menghulurkan salam perkenalan.


"Fatin! jom saya tolong awak..." mereka berdua mengatur langkah menuju kebilik Iea. Sebelum itu Iea sempat melihat Amirah bersama Adam.


"Awak dah berapa lama kerja ngan Tuan Adam tu? dia garang  tak? best tak kerja under dia?" bertalu-talu soalan diajukan kepada Fatin.


"Wah... banyak betul soalan awakkan!!!" Fatin ketawa kecil manakala Iea hanya tersenyum. "Saya dah lama kerja ngan dia... dah 3 tahun dah, kalau awak nak tahu... sebenarnya Tuan Adam tu ada hati ngan Miera... tapi Miera sikit pun tak layan... awek ngan dia bawa kehulu hilir tu sebab nak buat Miera jealous tu" beritahu Fatin. Terkejut Iea dibuatnya. Dia seakan-akan tidak mempercayai dengan apa yang diberitahu oleh Fatin.


"Betul ke ni?"


"Ye..."


"OMG..." mereka berdua terus bergosip.


"Buat masa ni awak boleh la pusing-pusing kat sini sementara nak tunggu fashion show tu... saya cuma nak bagitahu awak aje... kalau perlukan duit, just minta kat saya..." kata Adam perlahan.


"Terima kasih atas kesudian Tuan Adam kerana menjemput saya untuk fashion show ni... dan terima kasih juga sebab membenarkan saya membawa kawan saya sekali..." Amirah tersenyum.


"Dah berkali saya cakap jangan panggil saya Tuan Adam... just call me Am, untuk awak... lautan api pun saya sanggup redah... takkan hal kecik ni pun nak berkirakan..." Amirah tersenyum pahit. Jika dilayan perangai Adam, semakin menjadi-jadilah jawapannya.


"Kalau tak ada apa-apa yang minta diri dulu... tak manis pula saya nak tinggalkan kawan saya lama-lama, lagi pun ni kali pertama dia menjejakkan kaki kat Paris ni... saya minta diri dulu, terima kasih" Amirah terus meninggalkan Adam sendirian. Setiap langkah yang diatur oleh Amirah dilihat oleh Adam. Dia tersenyum sendiri.


"Aku akan dapatkan ko suatu hari nanti... makin ko tarik tali, makin aku suka..." kata Adam sendiri.

***

"Iea! aku rimas la ngan Adam... asyik nak kacau aku aje," luah Amirah. Iea ketawa kecil.

"Baru ko tau rasanya macam mana orang kejar-kejar kau... tapi Adam tu boleh tahan! kaya... kacak... gentlement... senyuman dia menawan... takkan la ko sikit pun tak ada hati kat dia?" tanya Iea ingin tahu. Amirah menggeleng. Bukannya dia ingin menolak lumrah alam bahawa lelaki untuk wanita, tetapi hatinya sedikit pun tidak terbuka untuk menyintai Adam. "Sebenarnya ruang untuk lelaki dalam hati ko ni sebenarnya ada ke tidak?" tanya Iea was-was.

"Ada la... tapi bukan sekarang, dan aku masih belum jumpa lagi dengan orang yang boleh membuka hati aku lagi' terang Amirah. 

"Bila la nak tiba masa tu..."

"Suatu hari nanti..."

***

AUCHHHH....
Kelihatan Amirah terlanggar seseorang. 

"Maaf..." Amirah terus  pergi meninggalkan lelaki itu. Kelihatan Adam mengejar Amirah.

"Miera!!!!" panggil Adam tetapi tidak diendahkan. Amirah terus mengatur langkah seribu meninggalkan Adam. 

"Apa la... kalau nak berdrama pun jangan la sampai langgar orang" kata lelaki itu. Baru sahaja dia ingin mengatur langkah dia ternampak sesuatu, beg dompet. Dia membuka dan melihat milik beg dompet itu. "Ni... astagfirullah al-azim" lelaki itu terus berlari anak mengikut laluan yang dilalui oleh Amirah dan Adam. "Cik!!!" panggil lelaki itu. Amirah memandang kearah panggilan itu dalam masa yang sama, Adam mendekati Amirah.

"Miera... saya suka kat awak..." kata Adam.

"Maaf la Tuan Adam... tapi saya sikit pun tak ada hati ngan Tuan Adam," rayu Amirah.

"Am!" Adam membetulkan kata-kata Amirah. "Lagi pun awak bukannya ada  sesiapa kat dalam hati awak tu... sekurang-kurangnya awak tolonglah belajar mengenali diri saya ni..."

"Tapi!!!"

"Cik! ni wallet Cik tertinggal" kata lelaki itu sambil menyerahkan beg dompet kepada Amirah.

"Ni pakwe saya..." Amirah terus memaut tangan Zareeq. Zareeq terdiam. 

"Pakwe!!! sejak bila awak ada pakwe, Miera?" tanya Adam ingin tahu.

"Kita orang dah lama couple... cuma saya takkan orang tau aje, lagi pun kita orang memang dah janji nak jumpa kat sini..." kata Amirah. Dia tersenyum sambil melihat kearah Zareeq.

"Aaa... kita orang dah janji nak jumpa kat sini"

"Ok! tapi kenapa dia panggil awak Cik tadi?"

"Sebab saya takkan orang tau, biar perjumpaan kita orang ni macam terjumpa... bukannya sengaja jumpa" kata Amirah lagi.

"Ooo... ok! saya takkan kacau awak lagi, tapi! sapa nama pakwe awak ni?" Amirah mula menggelabah. Manalah dia tahu, nama lelaki itu. 

Mana aku tau nama dia? ni pun aku main tarik aje dia... nasib baik dia nak tolong aku...

Omel Amirah sendiri didalam hati. 

"Nama saya Zareeq! selamat perkenalan..." Zareeq menghulurkan salam pekenalan kepada Adam. Adam menyambut salam Zareeq dengan rasa tidak puas hati.

Selamat... 
"Adam!!!"

"Awak kerja apa?" tanya Adam.

"Saya pengembara... sebab tu la saya susah nak jumpa ngan Miera...  kadang-kadang saya kat sini, dia kat sana..." kata Zareeq lagi. Amirah hanya melihat Zareeq tanpa berkata-kata. 

Pandainya dia bohong... mesti selalu bohong orang ni... Zareeq!!! macam pernah dengar nama tu... tapi kat mana eee... pengembara...
 "Miera! kenapa awak senyap aje?" tanya Adam.


"Emm... saya tak nak ganggu Tuan Adam cakap dengan Reeq! jadi saya diam aje la... tak baik kalau menyampuk bila orang tengah cakapkan..." kata Amirah sambil tersenyum paksa.


"Kalau macam tu saya nak minta kebenaran bawa Amirah gi jalan-jalan, boleh?" Zareeq meminta kebenaran.


"Kenapa nak minta kebenaran ngan saya pulak? Mierakan awek awak!"


"Mana la tahu kalau Tuan Adam perlukan Cik Miera..."


"Ooo... kalau macam tu, awak boleh bawa dia pergi sebab fashion show tu pun ada dalam 3 hari lagi," kata Adam sambil tersenyum pahit. Zareeq terus pergi bersama Amirah. Setelah jauh dari pandangan Adam, Amirah terus melepaskan pautan tangan Zareeq.


"Terima kasih sebab tolong saya" kata Amirah malu.


"Sama-sama..." kata Zareeq sambil tersenyum.


"Awak ni memang suka tolong orang yang tak kenal eee?" tanya Amirah ingin tahu kerana dia pelik melihat Zareeq mampu menjawab semua pertanyaan Adam dengan tepat dan ringkas. Seakan-akan dia telah lama mengenali Amirah.


"Orang yang saya tak kenal? saya kenal awak la..." kata Zareeq.


"Hah! kenal saya? tapi saya tak pernah kenal awak pun?"


"Sapa tak kenal awak! Amira Zakiyyah... satu-satunya photographer perempuan yang berjaya... kalau nak cari biodata awak senang aje...search aje dalam internet, lagi pun sekarang dunia hujung jari" Amirah ketawa kecil. Macam mana dia boleh lupa, kehidupannya sekarang bagaikan ikan dipasar, semua isi kehidupannya orang akan tahu. Tiada istilah private untuk dirinya. Tiba-tiba telefon bimbit Amirah berbunyi. Tertera nama Iea. Baru dia teringat bahawa dia meninggalkan Iea sendiri di depan bilik air apabila Adam mengejarnya tadi.


"Astagfirullah al-azim... Iea!!! awak, saya minta diri dulu" Amirah terus mengatur langkah meninggalkan Zareeq. Namun begitu, Zareeq terus membuntuti Amirah.


"Oi! ko gi mana? aku keluar bilik air aje ko dah tak ada! ko gi mana?"


"Sorry la Iea! aku gabra sangat tadi... Adam tiba-tiba kejar aku, kalau orang dah kejar takkan aku nak berdiri tegak kat sini... sah-sah la aku lari selamatkan diri, tapi nasib baik lah ada mamat sorang ni tolong backup aku depan Adam..."


"Mamat mana ni?" tanya Iea ingin tahu.


"Hai Iea!" sapa Zareeq dari belakang Amirah.


"Zareeq! kita memang ada jodoh la..." Iea teruus menuju kearah Zareeq dan bersalaman.


"Ko kenal dia ke?"


"Of course la aku kenal... ni la mamat yang ko suruh aku ikut tu"


"Ooo..."


"Mana boleh Iea ikut saya! sebab saya ni hak orang" kata Zareeq. Iea terdiam.


"Hak orang!? bukan ke awak kata hari awak single lagi... takkan baru 3 hari tak jumpa dah jumpa pasangan hati kot..." gurau Iea. Zareeq mengangguk sambil tersenyum. "Sapa perempuan yang bertuah tu?"


"Amira Zakiyyah..." mereka berdua tergamam. Amira hanya mampu mengelipkan kelopak matanya dan tidak mampu berbicara sambil memandang Zareeq manakala Iea memandang Amira seperti baru berjumpa dengan Amira.


"Miera!!!" kata Iea sambil menunjuk kearah Amira. Zareeq mengangguk. "Bila?"


"Tadi! depan Adam Johari B. Tan Sri. Hamid..."


"Sejak bila saya couple ngan awak? padahal saya baru kenal awak tadi... kat depan Adam tu saya cuma nak selamatkan diri daripada  rayuan dia yang merepek tu, dan pada masa yang sama awak datang... saya cuma minta bantuan aje... terima kasih sebab menolong! dah Iea jom kita balik..." Amirah terus menarik tangan Iea. Sebelum itu, Iea sempat memberitahu dimana tempat penginapannnya.


"Saya menginap kat Hotel Fouquet's Barriere"


"Saya pun..."


"Jumpa kat lobi petang ni... bye" 


***

Malam ini adalah malam terakhir untuk Iea dan Amirah berada di Kota Paris ini dan malam ini juga malam untuk pertunjukan fashion.

"Iea kalau aku ajak Reeq gi sana malam ni boleh?" tanya Iea takut-takut.

"Kenapa nak bawak dia? nanti tak pasal-pasal dia kacau kerja aku pulak!!!" sejak daripada peristiwa hari itu, Zareeq sentiasa keluar bersama mereka. Jika diikutkan hati ingin sahaja dia biarkan Iea keluar berdua bersama Zareeq namun hatinya bimbang sekiranya berlaku apa-apa kepada Iea.

"Ala... bukan selalu dia dapat tengok macam ni, lagi pun kalau dia ada malam ni, seronok la kau... ada orang jaga"

"Sapa pula yang nak jaga aku?"

"Zareeq!"

"Untuk apa dia jaga aku? bukan dia pakwe aku pun!!!"

"Kau sanggup ke berdepan ngan Adam sorang-sorang? kalau Si Adam tu tanya mana Zareeq ko nak jawab apa? ko sendiri taukan yang Adam tu pantang nampak peluang..." beritahu Iea. 
Ada betul jugak apa yang Iea cakapkan tu... Adam tu pantang nampak ada peluang mesti dia akan menyelit, tapi apa aku nak buat ngan Zareeq? 
Omel Amirah sendiri didalam hati.


"Answer..." Amirah mengangguk. Iea tersenyum.
Masih ada peluang untuk aku jodohkan Miera ngan Reeq... hahaha siap sedia la ko Miera... aku akan buatkan ko jatuh cinta ngan Reeq! aku yakin dialah jodoh ko...


Bisik Iea didalam hati. Dia tersenyum sinis.


"Aku tengok muka ko yang senyum macam tu mesti ada something some where ni... apa plan ko sebenarnya..." Iea tidak menjawab. Dia hanya tersenyum.

"Aku nak jumpa ngan Reeq jap... bye..." Iea terus melangkah keluar meninggalkan Amirah sendiri.

"Jangan lama sangat... nanti aku nak gerak mana-mana susah"

"Ok bos..." Iea terus hilang dari pandangannya.

***

"On this holy night, I thank you for your willingness andgentlemen to attend this event ... I am also grateful toGiorgio Armani for coming here, I hope you and you will be delighted with our batik fashion show from Malaysia ...welcome ..." ucap Adam. Selepas sahaja Adam berucap semua hadirin yang datang menepuk tangan dan para model keluar memperagakan pakaian. Kelihatan Amirah sibuk mengambil gambar model dan hadirin yang datang. Majlis itu berjaan dengan lancar. Adam mendapat banyak pujian daripada pereka-pereka yang hadir. Selepas majlis, Adam terus mendapatkan Amirah.

"How do the fashion show earlier! ok? you can capture a beautiful picture it?" tanya Adam.

"Nice... walau apa pun, saya bangga sebab ada kat sini... terima kasih Encik Adam sebab sudi panggil saya" kata Amirah sambil tersenyum.

"Sama-sama... untuk awak saya sanggup, emm mana Zareeq?" tanya Adam sambil mencari kelibatan Zareeq disekeliling Amirah. Amirah mula mengelabah. 
Mana Iea ni? tadi siang kata nak bawa Reeq! sekarang batang idung dia pun aku tak nampak! apa aku nak jawab ngan mamat gatal depan aku ni?


"Errmm... dia... dia..."

"Saya ada kat sini, tadi saya pergi amik air untuk Miera..." sampuk Zareeq dari belakang. Amirah terus mengalihkan pandangannya kepada Zareeq yang sedang berdiri dibelakangnya. Zareeq menyerahkan segelas air untuk Amirah. Amirah hanya menyambut air itu.

"Ooo... saya ingat awak tak datang... kalau awak tak datang...boleh la saya..."

"Nak masuk daun? sorry la... Miera just for me... dia istimewa, saya takkan mudah lepaskan dia kepada orang lain" kata-kata Zareeq membuatkan Amirah kehilangan kata-kata.

"Saya tau... orang istimewa macam Amirah ni memang ramai yang hendak, untung awak dapat dia..." kata Adam sambil tersenyum. Zareeq pula hanya membalas senyuman Adam. "Kenapa dia Miera? malu!!!" tanya Adam apabila Amirah hanya senyap disamping Zareeq.

"Bukan!!! Errmmm saya penat, mana Iea?" tanya Amirah sambil memandang Zareeq.

"Dia ada kat sana, dengan Fatin... nak saya hantar Miera balik nak?" tanya Zareeq. Amirah hanya mengangguk. Bukannya apa, takut dia hendak meninggalkan Zareeq bersama Adam. Takut rahsianya terbongkar.

"Saya pergi dulu..." Adam hanya melihat  Zareeq dan Amirah pergi.

"Untung ko Miera... tapi hati aku akan sentiasa akan terbuka untuk ko..." kata Adam sendiri.

***

"Bye Paris... i will miss you" kata Iea sebelum menaiki kapal terbang. Amirah hanya tersenyum mendengar kata-kata Iea.

Seminggu berlalu, kenangan berada di Paris sentiasa bermain didalam fikiran Iea. Semenjak itu jugalah Amirah lebih banyak termnung daripada berbicara. Iea mula pelik dengan perangai Amirah.


"Miera! apasal la ko ni... asyik termenung aje pas balis dari Paris ni... ko tak sihat ke?" tanya Iea. Amirah hanya diam. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan Iea. "Miera... jangan la macam ni, please answer my question..." pujuk Iea. Amirah melepaskan keluhan kecil.

"Kalau aku kata aku dah nak kawin, ko percaya tak?" Iea terdiam. Tiba-tiba dia tergelak.

"Ko nak kawin! sorry... aku salah dengar ke?"

"Aku serius ni!!!"

"Ngan sapa?"

"Aku tak tau... tapi mak aku terima pinangan Dato' Hamdan... sehari selepas kita balik dari Paris hari tu," beritahu Amirah.

"Anak Dato' Hamdan!!! bukan ke anak dia semua dah kawin... takkan ko nak jadi bini nombor dua?"

"Tu la yang aku fikirkan sekarang ni... tak nak aku jadi bini nombor dua Si Yazid tu... dah la miang!"

"Kenapa ko tak tolak aje pinangan tu?"

"Masa tu aku tak tau apa-apa Iea... aku tengah pnat masa tu, so apa yang mak aku cakap aku anggukkan aje la..." luah Amirah. "Ko tau tak!!! masa aku tau yang aku buat keputusan tu... aku cuma fikirkan Zareeq aje, aku tak fikirkan sapa-sapa lagi," Iea tersenyum.

"Tu maknanya ko ada hati ngan dia"

"Merepek la ko Iea... aku rasa, aku terfikir pasal dia tu sebab masa kat Paris hari tu dia banyak tolong aku berdepan ngan Adam..." terang Amirah.

"Kalau aku kata, aku ada nombor Zareeq! ko nak?" dengan spontannya Amirah mengangguk. "Tak menyabar pulak ko ni" Amirah hanya tersenyum. Sememangnya dia sudah lama ingin menalifon Zareeq dan memberitahu tentang perkara-perkara yang berlaku kepadanya.

"Bukan macam tu la... diakan selalu tolong aku masa kat Paris dulu"


“Ooo gitu… ingatkan ko rindu kat dia,” kata Iea dalam nada memerli.

“Tapi aku memang nak bagitahu dia tentang apa yang berlaku, sekarang ni… aku harap sangat dia datang dan tolong aku, aku dah buntu nak buat apa…” Luah Amirah. Dia melepaskan keluhan kecil. Iea hanya mampu melihat Amirah. Tiada apa yang boleh dilakukan sekarang. Keputusan telah dibuat. Kata-kata ibubapa sukar disangkal.

“Apa yang mampu aku cakap sekarang… ko tanya ngan mak ko, siapa bakal suami ko tu… takkanlah Abang Yazid? Kalaulah betul Abang Yazid tu… abis macam mana ngan Kak Jiha? Dia dah ada anak sorang pun kan!!!” kata Iea.

“Aku buntu gila ko tau tak!!! Aku tak tahu nak fikir apa lagi…” tiba-tiba dia melihat Yazid. Segera Amirah mengejarnya. “Abang Yazid!!! Abang Yazid!!!” panggil Amirah. Yazid memalingkan wajahnya kearah panggilan itu.

“Miera! Kenapa ni? Muka tension aje abang tengok…” tanya Yazid.

“Abang! Miera nak tanya something ni… boleh?”

“Tanya aje la… bukannya abang makan Miera pun kalau tanya!” gurau Yazid. Amirah hanya tersenyum.

“Miera nak tanya! Hari tu papa abang datang minang Miera! Miera nak tahu, papa abang pinangkan bagi pihak siapa?” tanya Amirah takut. Takut Yazid kecil hati dengan persoalannya. Yazid ketawa kecil mendengar pertanyaan Amirah. Kelihatan Iea berlari anak mendekati mereka.

“Untuk abang!” kata Yazid mendengki. Terkedu Amirah mendengar jawapan Yazid.

“Tapi abang… Kak Jiha macam mana?” tanya Iea. Amirah hanya mengangguk tanda setuju dengan pertanyaan Iea.

“Lelakikan boleh kawin 4… apa salahnya kan…”

“Tapi…” mereka berdua kehilangan kata-kata.

“Abang gurau aje la… sebenarnya untuk adik abang”

“Adik? Bukan ke adik abang tu Yana? Yana tu perempuan la bang… lagi pun dia tu baru habis sekolah tahun lepas” kata Amirah. Setahu dia, Yazid hanya dua beradik dengan Liana.

“Abang ada sorang lagi adik la… Cuma dia jarang kat sini, masa dia sekolah dulu… dia tinggal ngan Opah kat kampong sebab dia nak teman Opah yang tinggal sorang-sorang kat kampong… pas habis belajar, dia dapat biasiswa JPA, dia sambung belajar kat UK” beritahu Yazid.

“Ooo patut la Miera ngan Iea tak kenal… tapi, mana dia sekarang?” tanya Amirah ingin tahu. Ialah kalau belajar luar negara pun takkan terus menetap kat negara orang? Lupa tanah air sendiri.

“Pas tamat belajar kat sana, dia tinggal lagi dengan Opah kat kampong, tapi DIA lebih menyanyangi Opah… setahun lepas dia tamat belajar, Opah meninggal dunia… dia ada tinggal dengan kita orang! Tapi tak lama, pastu dia minta kebenaran papa ngan mama… dia nak merantau Negara orang, sebab dia ni jenis suka melihat karenah orang lain” beritahu Yazid lagi. Amirah dan Iea hanya mendengar dengan teliti.

Ooo… maknanya dia ni baik hati… tapi kenapa aku tak pernah jumpa ngan dia? Aku kenal ngan keluarga Abang Yazid bukannya setahun dua… tapi, sejak aku sekolah menengah lagi…

Bisik Amirah didalam hati.

“Kenapa Miera tak pernah jumpa dia?”

“Sapa kata Miera tak pernah jumpa dia?”

“Bila masa Miera jumpa dia?”

“Ko pernah jumpa dia! Sapa Miera?” tanya Iea ingin tahu.

“Mana la aku tau… abang! Sapa nama dia?” tanya Amirah pula. Yazid tersenyum melihat mereka berdua tertanya-tanya siapakan ‘adik’ nya dan dimana Amirah pernah menjumpainya.

“Lokman!!!”

“Lokman?!? Sapa eak mamat yang aku kenal namanya Lokman?” tanya Amirah kepada Iea.

“Ko tanya aku! Ko ingat aku tau sapa kawan ko… ko tu dah la kawannya ngan orang atasan! Mana la standart ngan aku yang tak seberapa ni…”

“Hampeh punya kawan…” Tiba-tiba telefon bimbit Yazid berbunyi. Setelah mengangkat panggilan itu, dia terus meminta kebenaran beredar dahulu kerana dia perlu berjumpa dengan client. Amirah dan Iea pula masih tertanya-tanya siapakan Lokman yang dimaksudkan oleh Yazid.

***
Malam ini, Amirah akan bertemu dengan bakal suaminya. Berdebar-debar hatinya menunggu Lokman di sebuah Restaurant yang ditempah khas untuk mereka berdua oleh Dato’ Hamdan tanpa Amirah mengetahuinya.

Adoyai! Apa aku nak cakap ngan Lokman? Aku tak pernah jumpa dia... macam mana kalau rupanya buruk! Apa aku nak buat? Tak sanggup aku! Kalau macam Zareeq ok la... Zareeq! Mana ko sekarang?

Bisik Amirah sendiri didalam hati. Melayan perasaannya sementara menunggu Lokman tiba. Temu janji mereka sebenarnya pukul 9 malam, tetapi sengaja Amirah datang awal setengah jam untuk menenangkan fikirannya.

“Eh! Tu bukannya Zareeq ke?” tanya Amirah kepada dirinya sendiri. Dia cuma meneliti lelaki yang menuju kearahnya. “Reeq! Apa yang ko buat kat sini?” tanya Amirah apabila pasti bahawa lelaki itu adalah Zareeq.

“Aku yang patut tanya ko! Apa yang ko buat kat sini?”

“Ko jawab la pertanyaan aku dulu...”

“Ok! Papa aku suruh datang sini, katanya ada orang nak jumpa aku! Ko tau tak sapa? Yang ko kat sini pulak wat apa? Aku tengok kat sini cuma kita berdua aje... tak ada orang lain pun, tutup ke Restaurant ni?” tanya Zareeq.

“Aku tunggu Man! Tapi dah pukul berapa ni, dia tak datang-datang lagi... ko lepak la dulu kat sini, nanti kalau orang yang cari ko tu nampak ko mesti dia tegur punya... baru la ko gi, ok!” Zareeq mengangguk.

“No hal” mereka berdua berbual panjang sehinggakan mereka tidak menyedari bahawa malam semakin tua.

“Miera! Mana Man ko tu? Dah kol bape ni tak muncul-muncul lagi, tertidur kot!” teka Zareeq.

“Entah la... ko kata aku! Mana orang nak jumpa ko tu? Entah-entah dia sesat tak jumpa tempat ni...” mereka berdua ketawa.

“Tu la... sama la nasib kita ni” Amirah hanya mengangguk.

“Dah la... lantaklah dengan si Man tu! Dah 3 jam aku tunggu, tapi tak muncul jugak! Oklah! Aku nak balik...” Amirah mula angin dengan Lokman kerana masih tidak muncul-muncul.

“Aku pun sama la... malas aku! Kalau dia nak jumpa aku! Dia datang sendiri depan aku! Weh! Ko nak aku hantar balik tak?” tanya Zareeq. Amirah menggeleng.

“Tak pe la... tadi aku datang mak aku hantar, so aku call mak aku aje la nanti”

“Ko fikir aku nak tinggalkan ko sorang-sorang malam-malam ni! Sorry ok! Nak ke tak nak! Ko kena naik kereta aku!” paksa Zareeq.

“Tapi!” kata Amirah segera dipintas oleh Zareeq.

“Please...”

“Ok lah... jom” Zareeq tersenyum mendengar jawapan Amirah. Mereka berdua terus meninggalkan tempat itu dan menuju kearah kereta Zareeq. Zareeq menghantar Amirah pulang.

“Thanks sebab sudi hantar aku balik”

“Welcome... weh! Lain kali kita keluar lagi nak?” tanya Zareeq. Amirah berfikir sejenak. Zareeq melihat wajah Amirah debgan penuh berharap.

“Ok! Dah la bye... semoga ko dapat mimpi-mimpi yang indah malam ni, and thanks juga sebab temankan aku tunggu kat Restaurant tadi... bye” Amirah terus melangkah keluar dari kereta.

“No fon?”

“017-639...”

***
“Macam mana dengan date ko malam tadi? Handsome tak Lokman tu? Dia gentlment tak?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Iea.

“Handsome sangat... gentlment sangat...” kata Amirah.

“Lain macam je cara ko jawab soalan aku ni! Apa hal ngan malam tadi? Dia buat hal ke?” tanya Iea apabila mendapat rasa kelainan cara menjawab dari Amirah.

“Ko tau tak! Mamat tu tak datang pun malam tadi! 3 jam aku tunggu dia, tapi batang hidung pun aku tak nampak! Aku rasa macam orang sengal tau!” luah Amirah.

“3 jam! Mak aii lama tu, asal tahan ko tunggu lama-lama macam tu? Kalau aku, sejam lambat aje... aku terus bla, no excuse-excuse”

“Tapi aku tak tunggu sorang! Aku ngan Zareeq!”

“Zareeq! Macam mana dia boleh ada kat situ? Last kita jumpa masa malam fashion show ko hari tu kan!” Amirah mengangguk.

“Ada orang nak jumpa dia... tapi sama kes ngan aku! Orang tu pun tak datang!”

“Hai sweety” sapa seseorang dari belakang.

“Reeq!” hanya itu sahaja yang terkeluar daripada mulut mereka berdua.

“Macam mana ko tahu kita orang kat sini?” tanya Iea.

“Aku jalan-jalan tadi, lepas tu nampak korang kat sini... tu la yang aku terus menuju kearah gadis yang manis” gurau Zareeq.

"Banyak la ko gadis manis..." kata Amirah.

Sejak pertemuan itu, mereka bertiga menjadi rapat dan mula timbul bibit percintaan antara Amirah dan Zareeq. Amirah bahagia dengan bersama dengan Zareeq. Namun begitu, masalah Amirah bersama keluarganya dan Dato' Hamdan masih lagi tidak selesai.

"Saya ada perkara nak bagitahu awak..." kata Amirah dan Zareeq hampir serentak. Mereka berdua berpandangan dan tersenyum.

"Awak cakap dulu la..."

"Tak! awak dulu... lady first..." kata Zareeq.  Amirah tunduk.

"Awak! sebenarnya perkara ni dah lama... cuma saya tak sanggup nak bagitahu awak, dan saya tak suka cakap pasal ni..." kata Amirah perlahan tapi masih boleh didengar oleh Zareeq.

"Cakap aje la... kalau ada masalah! mana tahu saya boleh tolong..."

"Kalau saya kata saya tunang orang! awak nak ke kawan ngan saya?" tanya Amirah. Dia melihat terus ke anak mata Zareeq.

"Saya akan terus kawan dengan awak sampai kehujung hayat saya... walaupun awak tak tercipta untuk saya..." kata Zareeq. Amirah tersenyum pahit.

"Saya nak bagitahu awak yang sebenarnya, saya ni tunang orang..."

"Saya pun tunang orang juga!" kata Zareeq membuatkan Amirah terkedu.

"Kalau awak tunang orang! kenapa awak terima cinta saya ni? kenapa awak beri saya harapan?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut.

"Awak pun sama!"

"Saya buat macam tu sebab saya tak suka dengan pilihan mak saya! saya tunang ngan dia pun bukan kerelaan saya..." tanpa disedari air mata Amirah mula mengalir. Hatinya pedih.

"Miera... saya tunang ngan dia pun saya tak tahu, saya pun tak pernah kenal sapa tunang saya tu, nama pon saya tak tahu," beritahu Zareeq. Amirah tidak mampu berkata-kata. Majlis pernikahannya akan berlangsung seminggu sahaja lagi. Fikirannya buntu.

"Awak! saya rasa keputusan yang saya buat ni, adalah kepurusan yang terbaik untuk kita! dalam masa 2 bulan saya kenal awak, ialah masa yang terbaik untuk saya, saya hargai semua yang awak lakukan untuk saya... saya harap, hubungan kita hanya sampai disini sahaja..." kata-kata Amirah betul-betul membuatkan hati Zareeq luluh.

"Awak! apa ni? saya tak pernah terfikir sampai cam tu sekali, awak tetap dalam hati saya! kalau awak nak saya boleh pergi umah awak dan jumpa ngan mak awak!" kata Zareeq dalam nada yang agak tinggi.

"Tapi saya tak pandai nak melawan kata mak saya... maaf awak! tolong lupakan saya," Amirah terus berlalu pergi. Zareeq menarik tangan Amirah namun segera dibentes oleh Amirah.
 "Jangan cari saya lagi... lupakan saya... semuanya dah berakhir, awak ada kehidupan awak! saya ada kehidupan saya! kita terima saja ketentuan yang telah dituliskan untuk kita... seperti yang awak katakan tadi, awak boleh jadi kawan saya, tapi saya tak boleh jadi kawan awak! saya tak sanggup... maafkan saya" Amirah terus melangkah pergi bersama air mata. Zareeq pula hanya mampu melihat Amirah pergi. Hatinya ingin mengejar namun kakinya bagaikan terpaku disitu.

***
Hari ini adalah hari pernikahan Amirah. Suasana kelihatan gembira, namun begitu didalam kegembiraan terdapat sekuntum bunga yang layu kerana tidak diberi air.

"Yah! mak bangga ngan kamu nak, tak lama lagi... merasa la mak main ngan cucu" kata Puan Huda, ibu kepada Amirah. Amirah hanya tersenyum pahit.

"Miera! jom, pengantin lelaki dah sampai tu..." panggil Iea.

"Dah jom sayang..." Puan Huda memimpin Amirah menuju keruang tamu. Setiba sahaja disitu, kelihatan seorang lelaki berpakaian putih sedang menghadap Tok Kadi Mail. 

"Kita mulakan sekarang ye..." kata Tok Kadi Mail. Mereka semua mengangguk setuju.

"Muhammad Zareeq Lokman Bin Dato Haji Hamdan... aku nikahkan dia kau dengan Amira Zakiyyah Bte. Sulaiman..."

Zareeq? takkan la nama boleh sama? Ya ALLAH... begitu berat dugaan yang ko berikan padaku ...

Air mata Amirah mula mengalir.

"Sah?"

"Sah! Sah!" kata saksi satu persatu.
Muhammad Zareeq Lokman sekarang ko sah menjadi suami aku... Reeq, maafkan aku

"Sekarang adat membatalkan air sembahyang, pengantin lelaki sila cium dahi pengantin perempuan" arah Tok Kadi Mail. Tetapi Lokman masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

"Man!" panggil Dato' Hamdan. Akhirnya dia berganjak, Amirah hanya tunduk dan pasrah. Dia tidak peduli siapa lelaki itu. Lokman sudah berada dihadapannya. Kepalanya terasa berat untuk melihat wajah Lokman yang sebenar.

"Awak!" panggil Lokman. Amirah tersentak mendengar suara itu.

"Reeq!" kata Amirah perlahan hanya boleh didengarinya sahaja. Dia terus mengangkat wajahnya. Alangkah terkejutnya Amirah apabila lelaki yang berada diahadapannya itu ialah Zareeq.

"DIA telah menentukan jalan kita bergini... tapi saya bersyukur sebab awak adalah hawa yang tercipta untuk saya" bisik Zareeq. Air mata Amirah semakin laju mengalir. Spontannya, Amira terus memeluk Zareeq.

"Saya sayang kat awak..."

"Saya cintakan awak, Miera..." mereka berdua berpelukan.

"Zid! papa ingat salah perbuatan papa ni... tapi papa tak tahu pulak yang mereka berdua ni memang bercinta!" kata Dato' Hamdan.

"Inilah namanya KUASA CINTA papa... pengorbanan yang mereka lakukan untuk kebahagian ibubapa, dibalas dengan kebahagian seumur hidup dia..." kata Yazid sambil tersenyum melihat mereka berdua.

4 comments:

buntalicious94 said...

interesting stories,i think want make a film with use ur stories..
hehheheheheh

Ceritera Si Azizah said...

bnyak la ko

nhdaughter said...

menarik menarik menarik ^^ thumbs up !

ღ Kertas Lipat-lipat ღ said...

best