4.3.12

6~TerIma kASIh, FiNA...

"Awak... malam ni saya terpaksa cancel dinner kita, saya ada kerja nak buat..." kata Syahmi memberi alasan.
"Tapi awak..."

"Sorry la wak... saya betul-betul ada hal malam ni, tak boleh cancel! kita dinner esok aje la... saya promise!!" kata Syahmi sambil  mengangkat tangannya tanda berjanji. Fina hanya tersenyum pahit. 

"Tapi apa yang penting sangat sampai awak nak cancel dinner kita???" tanya Fina ingin tahu. Syahmi mengaru kepalanya yang tidak gatal. 

"Ermm... itu saya tak boleh bagitahu... sorry"

"Kenapa saya tak boleh tau?"

"Awak kena faham... please darling awak jangan tanya saya lagi, saya rasa bersalah! nak bagitahu tapi saya memang tak boleh bagi tahu..." kata Syahmi serba salah. Fina mengeluh. Sudah banyak kali makan malam mereka terpaksa dibatalkan kerana Syahmi mempunyai hal ingin dilakukan.

"Okey... tapi janji dinner esok tak batal lagi"

"Saya janji..." Fina tersenyum pahit. 

"Thank awak sebab memahami saya" kata Syahmi sambil memegang kedua-dua tangan Fina.

***

" Fina... apa yang special sangat dengan si Syahmi tu? sampai ko setia pada dia sorang aje... ko tak takut ke kalau suatu hari nanti dia curang ngan ko? aku takut ko sedih..." tanya Pyka.

"Aku yakin dengan Syahmi tu... aku yakin dia takkan curang ngan aku," kata Fina sambil tersenyum sipu malu. Pyka mengelengkan kepala. "Kenapa ngan ko ni? ada perkara yang perlu tahu tapi aku tak tau ke?" tanya Fina ingin tahu.

"Sebenarnya aku dah tau lama benda ni... tapi aku tak sanggup nak bagi tahu ko, sebab aku takut ko kecewa..." kata Pyka.

"Apa maksud ko ni Pyka? cuba ko jelaskan kat aku sejelas jelasnya... aku tak faham maksud ko ni..."

"Tapi kalau aku tunjukkan nanti, harap ko takkan buat perkara bukan-bukan..." Fina ketawa kecil.

"Merepek la ko ni Pyka! takkan la aku nak buat perkara yang bukan-bukan! aku masih waras dan masih ada akal untuk berfikir" Pyka melepaskan keluhan kecil.

"Betul ko nak tahu?" tanya Pyka sekali lagi meminta kepastian. Fina hanya mengangguk. "Kalau macam ko ikut aku..."

"Pergi mana?"

"Ikut aje la..." Pyka terus memandu keretanya tanpa memberitahu Fina kemana arah tuju mereka. Sepanjang perjalanan itu, pelbagai persoalan bermain diminda Fina. Mereka berhenti dii sebuah rumah tumpang.

"Apa kita buat kat sini?" tanya Fina ingin tahu.

"Ko kata ko nak tau sangat... aku nak tunjukkan la ni" kata Pyka sambil melihat sekeliling seperti menanti sesuatu. Tidak sampai seminit, dia akan melihat telefonnya. Kelihatan peluh mula membasahi rambutnya walaupun suasana disitu sejuk.

"Tak boleh bagitahu je ke? kenapa sampai nak kena pergi sini?"

"Please Fin... ko jangan la banyak tanya sangat..." kedengaran telefon bimbit Pyka berbunyi. Satu sms tiba ditelefonnya. "Dah jom..."Pyka menarik tangan Fina. Pyka berjalan begitu laju sehinggakan Fina hampir terjatuh. Mereka berhenti dihadapan bilik bernombor 210. Kelihatan Fina menarik nafas laju kerana kepenatan mengejar Pyka. Pyka memegang kedua-dua tangan Fina. "Aku harap... selepas ko tengok ni, ko bersabar..." beritahu Pyka serius.

"Relax arr Pyka... apasal ko serius sangat ni? ko just nak tunjuk je... bukannya ada perkara buruk pun"kata Fina sambil ketawa kecil.

"Aku buat ni sebab aku sayangkan ko Fin... bukannya sebab aku jelous hubungan ko ngan Si Keparat tu..." kata Pyka.

"Syahmi... bukannya keparat, kenapa la ko anti sangat dengan Syahmi tu..." tanya Fina.

"Aku anti dia bersebab... bukannya anti kosong aje... sekarang ko tengok ni..." kata Pyka sambil membuka pintu bilik itu dengan kunci.

"Mana ko dapat kunci tu?"

"Ada la..." mereka berdua terus menyerbu bilik itu ala-ala jais. Alangkah terkejutnya Fina apabila melihat Syahmi berada diatas katil bersama dengan seorang perempuan sedang bemesra.

"Syahmi!!!" panggilan itu membuatkan Syahmi terhenti dan melihat kearah suara itu.

"You! apa you buat kat sini?" tanya Syahmi sambil bangun dari katil itu dan menarik selimut untuk menutup tubuhnya. Fina terus berjalan perlahan-lahan dan tersandar di dinding . Air matanya mengalir deras. Pyka cuba menenangkan Fina.

"You ! Ni ke pompuan kampung yang you cakap tu ?" tanya Aada. Syahmi tersenyum.

"Yes..."

"Patut la awak banyak alasan bila nak keluar dengan saya... rupa-rupanya awak..." Fina tidak dapat menghabiskan kata-katanya .

" Ko tu harap aje muka lawa, tapi tak pandai layan aku... ko tengok dia ni ..." kata Syahmi sambil mengusap-ngusap dagu Aada. Aada senyum. Pandangan matanya tajam melihat Fina yang sedang menangis.

" Awak fikir saya ni perempuan murahan?"

"Tak! "

"Dah Fin... jom kita pergi" ajak Pyka. Syahmi tersenyum .

"Thanks to you, Pyka... kalau kau tak de ! Penat aku nak bagi atasan kat perempuan kampung ni, baby..." Syahmi kembali baring keatas katil. Hati Fina panas melihat kelakuan mereka berdua.

" Aku buat ni semua sebab aku sayangkan kawan aku... bukannnya macam kau.. jantan durjana!" marah Pyka. Syahmi pula hanya tersenyum melihat Fina dan Pyka. Pyka menarik tangan Fina. "Jom Fin..." Fina melihat wajah Syahmi yang sedang tersenyum bangga dan gembira.

"Saya percayakan awak... ini balasannya... dasar jantan tak guna! saya tak nak tengok muka awak lagi muncul depan mata saya!!!" Fina terus berlalu pergi bersama Pyka. Namun begitu mutiara jernih yang keluar dari matanya tidak berhenti-henti.

"Dah la tu Fin... aku rasa bersalah pulak tengok ko macam ni..." Pujuk Pyka.

"Aku tak salahkan ko... aku lagi berterima kasih pada ko Pyka... tanpa ko mesti aku macam orang bodoh! mengharap kasih yang tak akan menjadi... terima kasih Pyka" Fina terus memeluk Pyka.

***

2 tahun berlalu...
"Syahmi!! apasal ko boleh termenung lagi kat sini? Lily kat depan sana tu... ko tak nak jumpa dia ke?" tanya Farid sambil menepuk perlahan bahu Syahmi. Dia tersedar dari lamunannya.

"Ko cakap ngan aku ke?" Farid menepuk dahinya perlahan.

"Habis tu aku cakap ngan pokok ni... hello! sedar le..."

"Sorry Red... aku..."

"Dah dah! tu hah Lily kat depan tu, pergi sana..." kata Farid sambil menunjuk kearah Lily yang sedang melambai kearah mereka.

"Ok!" Syahmi terus melangkah pergi kearah Lily. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Farid.

"Mi! dah 2 tahun perkara tu berlaku... lupakan la dia, tak payah la ko ingatkan dia lagi... mungkin sekarang dia dah bahagia" nasihat Farid. Syahmi  tersenyum tawar. "Lily masa depan ko..."  Syahmi terus melangkah kearah Lily. Sesampai sahaja Syahmi, Lily terus memeluk tubuhnya.

"Baby... kenapa ngan You ni? tak bermaya aje... you tak sihat ke?" tanya Lily sambil memegang dahinya dan Syahmi berulang kali.

"I ok!" Syahmi menepis tangan Lily.

"You tak ok ni... jom I bawa You pergi klinik" kata Lily sambil menarik tangan Syahmi.

"I kata ok! ok lah! kenapa You ni tak faham-faham?" tengking Syahmi sambil membentes tangan Lily. Tergamam Lily dibuatnya. Itulah kali pertama Lily melihat Syahmi naik angin dan jugalah kali pertama dia ditengking. Mereka yang berada di taman itu terhenti dan melihat  kearah mereka berdua.

"You..." panggil Lily manja. 

"I nak sendirian... please jangan kacau I buat sementara waktu ni..." Syahmi terus pergi meninggalkan Lily sendirian. Dia memandang sekelilingnya sambil tersenyum malu. Dia berlari anak kearah Farid.

"Farid... kenapa ngan kawan You tu?" tanya Lily mengedik. Farid hanya menggeleng. Mereka berdua hanya melihat Syahmi pergi dari situ.  
kenapa ngan aku ni??? kenapa aku tak dapat lupakan Fina?

Tanya Syahmi didalma hati. Dia memandang tasik yang terbentang luas dihadapannya. Tiba-tiba dia terbayang senyuman padanya suatu ketika dahulu. Dia duduk sendirian dan tanpa disedari dia terlena dibuai  angin di taman itu.

***
"Red! aku rasa menyesal sangat menduakan Fina... sekarang aku sedar yang aku tak boleh hidup tanpa diai... aku rasa macam diri aku ni kosong sangat" luah Syahmi. Farid menepuk bahu Syahmi perlahan.

"Habis tu ko nak cari dia?" Syahmi mengangguk. "Macam mana lak ngan Lily? ko tak kesian ke kat dia..." Syahmi hanya terdiam. "Lagi satu! Ko rasa nak lagi ke Fina terima ko selepas apa yang ko lakukan kat dia? kot kot dia dah kawin ke, takkan ko nak runtuhkan masjid orang?" bertalu-talu soalan ditujukan kepada Syahmi. Dia hanya terdiam sahaja. 

"Tapi Farid!! takkan aku nak paksa diri aku sayang kan orang yang aku tak sayang?"

"Ko fikir hati ko aje... ada tak ko fikirkan hati dan perasaan Fina bila ko menduakan dia ngan Aada dulu? ada??" Syahmi mengeluh. Dia akui, apa yang dikatakan oleh Farid itu semuanya benar belaka. 

"Tapi masa tu aku hanya fikirkan keseronokan, Aada boleh bagi itu semua... tapi Fina tak boleh..." 

"Sebab dia perempuan yang menjaga maruah dan mahkota dia bukannya macam Aada tu... sekarang ni aku nak tanya ko sesuatu, aku harap ko jawap dengan jujur dari hati..." kata Farid. "Apa perasaan ko bila wanita yang ko sayang separuh mati, and ko percaya dia 100% pastu perempuan tu curang belakang ko and terbongkar... tapi dia sikit pun tak rasa bersalah kat ko, dia siap boleh maki hamun ko lagi... apa ko nak buat?"

"Of course la kepercayaan yang aku beri pada dia musnah... aku takkan maafkan dia walupundia menanggis air mata darah pun kat aku, dia ingat dia sapa? kalau aku nak aje aku tetak pompuan tu ngan kapak biar ... tapi kenapa ko tanya soalan tu?" tanya Syahmi ingin tahu. Farid hanya sekadar tersenyum. "Apa maksud ko? aku tak faham! tolong la... aku betul-betul nak tau" Farid terus pergi meninggalkan Syahmi yang sedang dibelenggu pertanyaan tadi.

apa maksud ko Farid? aku tak...

"Astagfirullah al-azim... tu semuanya aku..."Dia menekup mukanya dengan tangan. Dia terus mengejar Farid.

"Sekarang ko dah tau... maksud aku" Syahmi mengangguk.

"Betul cakap ko tu, Red!!! nak ke dia terima aku lagi? kesalahan yang aku buat kat dia bukannya kecik!! tapi besar.. kalau dia tak kuat iman mungkin bunuh diri adalah jalan terbaik" kata Syahmi lagi.  Farid tersenyum. Dia memegang kedua-dua bahu Syahmi. "Aku banyak buat salah kat dia..." Syahmi menitiskan air mata.

"Weh ko tak malu ke menanggis macam pompuan ni? macam aku membuli insan yang lemah kau tau tak... kesat air mata tu!!!" arah Farid sambil melihat sekelilingnya dan mengharap tiada sesiapa perasan akan keadaan Syahmi.

"Aku nak jumpa dia Red! aku nak minta maaf atas semua kesalahan aku kat dia... aku tak kisah la dia boleh terima aku lagi ke tak! yang penting aku nak minta maaf ngan dia..." kata Syahmi. Farid mengeluh. Tiada apa yang mampu dikatakan. Kesalahan Syahmi bukanlah kecil dan sukar untuk dimaafk an.

***
Syahmi memandu keretanya seperti biasa menuju ketempat kerja. Entah mengapa hatinya tidak merasa selesa, tetapi dia tidak mengetahui kenapa. Badannya terasa lemah. Tiba-tiba dia terlelap sebentar dan menyebabkan kereta yang dibawanya terlanggar seorang gadis yang berada disisi jalan untuk melintas. Dia segera keluar dan mendapat gadis itu. Alangkah terkejutnya dia apabila gadis yang dilanggarnya itu ialah Fina.

"Fin! Fin!" panggil Syahmi sambil mengoyangkan bahu Fina. Fina hanya mampu melihatnya tanpa sebarang kata-kata. Dia tersenyum sebelum pengsan . Syahmi terus membawa Fina kehospital terdekat. Sepanjang perjalanan kehospital, Syahmi asyik memandang Fina dengan penuh rasa bersalah.

"Fin! maafkan Mi... banyak kesalahan yang telang saya lakukan pada awak..." kata Syahmi sambil melihat kearah Fina yang sedang bertarung nyawa. Sesampai sahaja dihospital jururawat segera membawa Fina kewad ICU. Syahmi menunggu diluar wad dengan perasaan kecewa dan rasa bersalah. Dia tidak senang duduk memikirkan keadaan Fina didalam.
Maafkan saya Fina, banyak kesalahan yang saya lakukan pada awak... tapi awak tidak pernah membalasnya, dulu saya mengkhianati kepercayaan awak... kini saya hampir meragut nyawa awak... maafkan saya Fina
Kata Syahmi sendiri didalam hati. Anak matanya hanya tertumpu pada pintu wad. Dia menanti jawapan dari doktor yang sedang merawat Fina. Tidaklama kemudian, kelihatan doktor keluar. Syahmi terus mendapatkannya.

"Dok! macam mana keadaan kawan saya?" tanya Syahmi resah.

"Encik jangan risau...  keadaan kawan Encik stabil... cuma sekarang ni dia koma, " kata Doktor Merul.

"Koma!!!" Doktor Merul hanya mengangguk. "Berapa lama doktor?"

"Itu saya tak pasti... tapi kes seperti ini selalunya hanya 2 minggu atau kurang... encik banyak-banyakkanlah berdoa agar kawan cik cepat sedar... kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu" kata Doktor Merul sambil meminta diri.

"Terima kasih, dok!"

***
Kelihatan Syahmi tertidur disisi katil Fina. Selama 2 minggu Fina koma, selama itu jugalah Syahmi tidak pernah jemu menjenguk dan menjaganya pada waktu malam.

"Mi..." kedengaran suara lembut memanggil nama Syahmi. "Mi..." Syahmi terjaga dari lenanya. Rupa-rupanya Fina yang sudah bangun dari komanya. 

"Doktor! Doktor!" panggil Syahmi. Doktor Merul dan beberapa orang jururawat berlari anak mendapatkan Fina. Syahmi diminta keluar oleh salah seorang jururawat kerana mereka ingin membuat pemeriksaan kepada Fina. Tidak lama kemudian, Syahmi dibenarkan masuk. Kelihatan mata Fina menahan silau dari matahari. Hampir 2 minggu dia tidak melihat matahari, menyebabkan matanya sakit apabila terkena cahaya matahari. Syahmi menarik langsir.

"Awak macam mana? ada sakit-sakit lagi tak?" tanya Syahmi. Fina menggeleng. Fina hanya melihat wajah lelaki dihadapannya. Dia seakan-akan tidak mempercayai apa yang dilihatnya, Syahmi.

"Awak! sebenarnya ada perkara yang ingin saya beritahu kat awak..." kata Syahmi sambil melihat tepat kearah mata Fina.

Apa Syahmi nak bagitahu aku!!! kalau perkara yang menyakitkan hati aku... tunggulah aku betul-betul sihat! ni aku baru sedar dari koma, ko dah nak sakitkan hati aku...
Rungut Fina didalam hati.

"Saya sebenarnya..." Syahmi tunduk.

"Sebenarnya apa?"

"Sa... sa... sa..." Syahmi gagap. Fina semakin pelik melihat lelaki dihadapannya. Tidak seperti lelaki yang pernah mengecewakannya pada 2 tahun lalu.

"Saya apa?!!" sergah Fina.

"Saya sebenarnya masih sayangkan awak... dan saya tak  pernah lupakan awak walaupun sesaat sepanjang perpisahan kita, saya tahu saya banyak salah ngan awak! tapi saya tak kisah kalau awak tak nak terima saya kembali... sebab saya tahu, kesalahan saya pada awak 2 tahun lalu bukannya kecil..." kata Syahmi panjang lebar. Fina termanggu. Syahmi hanya melihat wajah Fina. "Awak! Awak!"

"Ye saya,"

"Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?" tanya Syahmi takut-takut. Fina mengangguk tanda mendengarnya. "Apa jawapan awak?"

"Syahmi... sebenarnya sepanjang 2 tahun awak meninggalkan saya, saya tak pernah lupakan awak pun... saya pernah cuba untuk menyintai orang lain... tapi tak boleh, hati saya kuat mengatakan bahawa awak akan kembali kepangkuan saya suatu hari nanti, tapi saya tak sangka... yang hari pertemuan kita hari tu, mungkin menyebabkan kita tak akan berjumpa langsung" terang Fina  Syahmi tersenyum.

"Maknanya awak maafkan saya!?"

"Saya tak pernah marahkan awak... cuma saya kecewa dengan awak! walau bagaimana pun hanya awak dihati saya..." kata Fina sambil tersenyum. Kini dia pasti jodohnya adalah Syahmi. Syahmi membalas senyuman itu sambil memeluk tubuh genit Fina kerana terlalu gembira.  Fina mengerang kesakitan.

"Maaf wak... saya happy sangat sampai lupa awak sakit"

"Tak pe..."

"Terima kasih Fina! kerana sudi menerima saya yang hina ini" bisik Syahmi ditelinga  Fina. 

No comments: