19.2.12

5~Tiada Yang Lain Hanya Kamu

"Tin! aku jelous giler la ngan si Ziza tu...dah la pandai! hot pulak tu! yang aku tak tahan tu... dapat balak pun hot beb..." luah Dilla.

"Asal lak?"

"Weh ko tengok tu... si Fyrass tu hari-hari tunggu Ziza balik tau, kalau ditengok 2 kali macam kes takut awek pun ada..." kata Dilla lagi sambil menunjuk kearah Fyrass yang sedang bersandar di tembok sekolah.

"Ko ni kan, Tina... itu namanya sayangkan awek! bukannya takutkan awek la endok! kalau la Si Fyrass tu jadi pakwe aku mesti best gile kan!!!" kata Tina sambil berangan. Dia tersenyum sendiri. Tidak lama kemudian, kelihatan Azizah keluar dari kawasan sekolah. Namun begitu, Fyrass tidak menyedari keberadaan Azizah dibelakangnya.

"AWAK!!!" sergah Azizah. Fyrass tersentap dengan sergahan Azizah.

"Awak ni... terkejut tau saya," kata Fyrass dalam nada merajuk.

"Eleh baru sergah sikit nak terkejut..." Fyrass menarik muka. Azizah hanya tersenyum melihat Fyrass.

"Kenapa awak senyum macam tu? ada something strange on my face?" Fyrass mengelap wajahnya.

"Awak comel la macam tu, sebab tu la saya sayang sangat kat awak..." kata Azizah. Fyrass lega mendengar kata-kata Azizah. "Dah jom balik, nanti mak awak bising kalau awak balik lambat... apa saya nak cakap ngan mak awak nanti!!!" kata Azizah lagi.

"Terus terang aje la... yang saya tunggu awak! kan senang.." gurau Fyrass.

"Yelah awak... mentang-mentang mak awak tu open... dia tak kisah kalau awak ni bercinta kan," Fyrass tersenyum.

"Mak saya mak mertua awak..."

"Gatal!" kata Azizah sambil menyentuh sedikit hidung Fyrass. Mereka berdua terus berjalan pulang kerumah.

***

"Hari ini saya akan berikan kumpulan untuk projek kita itu, setiap kumpulan terdapat tiga orang... saya akan lekatkan kertas ni kat dinding... nanti lepas kelas awak semua tengok ok!" terang Cikgu Zainon, cikgu Biologi bagi kelas 5Celik. 

"Baik cikgu..." kata mereka hampir serentak. Seperti yang dijanjikan selepas kelas Cikgu Zainon menampal senarai ahli kumpulan didinding kenyataan yang berada diahadapan kelas. Semua murid 5Celik terus meluru ke tempat Cikgu Zainon menampal senarai nama kumpulan kecuali Azizah. Kelihatan Jefri tersenyum-senyum sambil memandang kearahnya.

apa kena dengan Si Jefri tu? senyum-senyum! pandang aku pulak tu!

kata Azizah didalam hati pelik melihat reaksi Jefri. Jefri berjalan menuju kearah Azizah.

"Zizah! ko satu gang ngan aku and Lina..." beritahu Jefri.

"Tapi Fyrass ngan sapa pulak?" tanya Azizah.

"Saya ngan Dilla and Raju" beritahu Fyrass lemah dari belakang. Azizah memandang wajah Fyrass. Azizah dapat melihat riak wajah Fyrass tidak segembira lagi.

"Awak... jangan la sedih sangat, bukannya kita tak dapat jumpa pun... just another group jer,"pujuk Azizah. Fyrass memandang wajah Azizah. Dia melepaskan keluhan.

Fyrass... inilah peluang yang aku nantikan, Azizah akan jadi milik aku, selamat tinggal kepada ko Fyrass 

Kata Jefri didalam hati. Dia sememangnya telah lama menyimpan perasaan kepada Azizah sejak kali pertama dia berjumpa dengan Azizah semasa di tingkatan 3 apabila dia baru masuk kesekolah itu.

"Yela Rass, over bebenor la ko ni..."

"Ok! Awak jangan nangis tau..." Azizah tersenyum.

"Saya yang nangis ke awak?" kata Azizah. Fyrass tunduk. Sememangnya inilah kali pertama mereka berada dikumpulan lain apabila ada projek didalam kelas sejak mereka mula bersama. "Dah la... jangan masam je macam ni... tak comel tau!" pujuk Azizah diselitkan dengan sedikit gurauan. Fyrass tersenyum.

"Awak ni memang pandai amik hati saya kan... sebab tu saya sayang sangat kat awak" kata Fyrass sambil tersenyum.  Jefri melihat keletah mereka berdua sambil menahan perasaan cemburunya didalam hati. Dilla datang menyapa Fyrass.

"Hai Fyrass... ingat tau, esok kita buat study group sampai kul 5..." kata Dilla. Fyrass hanya mengangguk tanda faham. Azizah tersenyum.

perangai budak-budak dia dah sampai la tu... hai, cutenya pakwe aku ni...

kata azizah didalam hati sambil menatap wajah Fyrass. Perasaan cemburu semakin bertambah dalam diri Jefri apabila melihat perilaku Azizah dan Fyrass.

"Azizah nanti pas sekolah kita kumpul tau, nak set jadual untuk projek ni" kata Jefri. Azizah hanya mengangguk. "Ok! kalau macam tu kita jumpa pas sekolah nanti..." kata Jefri sambil berlalu pergi. Didalam hatinya berbisik menyuruh dia pergi dari situ sebelum cemburunya tidak dapat dibendung.

***
seminggu berlalu...

"Awak balik kul bape?" tanya Fyrass.

"Hari ni saya balik lambat la awak... awak tak payah la tunggu saya," kata Azizah.

"Ok la macam tu..." kata fyrass sambil mengeluh. Tiba-tiba Jefri menyapa mereka berdua.

"Ziza... jom! aku nak discuss sal bahan yang aku cari ni... Rass, aku ganggu korang ke?" tanya Jefri. Fyrass tersenyum sambil menggeleng. Namun didalam hatinya, terasa cemburu melihat Jefri yang asyik berkepit dengan Azizah dalam masa seminggu ini. "Kalau macam tu... can i borrow your Girlfriend?" Fyrass hanya mengangguk.

"Tapi Jef... aku rasa kita bincang petang nanti la... sebab aku tengok Fyrass cam tak ok jer" kata Azizah.

"Tak pe wak... Awak gi jer, saya tak apa-apa"

"Tapi..."

"Jom la..." Azizah melihat Fyrass. Fyrass hanya tersenyum pahit melihat Azizah. Azizah akur dan mengikut Jefri. Tanpa disedari air mata Fyrass gugur membasahi bumi. Dia segera mengesat air matanya agar tidak dilihat oleh sesiapa.

"Maafkan saya awak... bukannya saya nak awak pergi, tapi saya tak cukup kuat untuk melarang awak pergi...

Fyrass hanya melihat Azizah pergi bersama Jefri. Tiba-tiba dia berasa kepalanya berat dan terus rebah sendirian. Mereka yang berada disitu terus mengerumuni Fyrass. Fyrass dibawa ke klinik oleh Cikgu Hasnol.

"Fyrass kenapa ngan awak ni? Doktor cakap yang awak terlalu banyak fikir dan tak jaga kesihatan awak... awak ada masalah ke?" tanya Cikgu Hasnol. Fyrass hanya menggeleng. Dia cuba bangun dari katilnya namun tidak berdaya. "Awak baring dulu... badan awak masih lemah tu... saya dah call parents awak, nanti dia orang datang amik, doktor bagi awak mc 3 hari... saya harap awak rehat puas-puas, dan kembali kesekolah dengan semangat  yang baru..." Cikgu Hasnol memberi semangat kepada Fyrass. Fyrass hanya tersenyum pahit. Dia melelapkan matanya sambil memikirkan tentang Azizah. Tidak lama kemudian, kelihatan ibubapa Fyrass datang.

"Rass anak mak... kamu ok ke?" tanya  Lani, ibu kepada Fyrass sambil memeluk Fyrass.

"Rass ok la mama... tak payah la macam ni," kata Fyrass.

"Macam mana kamu boleh pengsan Rass... tapi papa memang dah agak dah perkara ni akan berlaku, papa tengok kamu tak lalu makan kat umah, kamu gaduh ngan Ziza ke?" tanya Daud.

"Papa... perkara ni langsung tak  ada kena mengena ngan Ziza... cuma Rass penat sangat je ni" kata Fyrass cuba berdalih.

"Dah jom balik..." ajak Daud. Mereka terus pergi meninggalkan klinik itu. Sesampai sahaja di rumah, Fyrass terus masuk kedalam biliknya dan baring diatas katilnya sambil termenung.

baru seminggu kita orang renggang aku dah pengsan... agaknya kalaulah suatu hari nanti dia tinggalkan aku, mungkin aku akan bunuh diri agaknya

Bisik Fyrass didalam hati. Dia mula meluahkan segala-galanya didalam diarinya. Jam menunjukkan pukul 1.45 petang. Fyrass masiih terlelap bersama diarinya. Tiba-tiba kedengaran ketukan pintu biliknya, namun dia tidak menyedarinya dan terus enak dibuai mimpi. Azizah membuka perlahan pintu bilik Fyrass. Dia mengeleng perlahan melihat Fyrass.

"Budak manja tengah tidur rupanya..." dia ingin menutup kembali pintu bilik Fyrass dan pergi membantu Lina didapur namun langkahnya terhenti apabila melihat buku yang dipeluk oleh Fyrass. "Kenapa tidur pun peluk buku! hai... manja ye pakwe aku sorang ni..." kata Azizah sambil melangkah kearah Fyrass. Dia mengambil buku itu. "Buku apa ni? sweet semacam aje" kata Azizah sendiri sambil membuka buku itu. Azizah terkedu apabila membaca isi kandungan buku itu. "Astagfirullah al-azim... maafkan saya, awak... saya tak pernah fikir pasal perasaan awak" Azizah meletak kembali buku itu didalam pelukkan Fyrass. Dia segera keluar dari bilik itu. "Acik! Ziza balik dulu... ada hal" kata Azizah.

"Kenapa cepat sangat? minum la air dulu" ajak Lina.

"Tak pe la Cik... Ziza ada hal emergency, lain kali Ziza datang tengok Fyrass lagi... assalamualaikum.." kata Azizah sambil menyalam tangan Lina.

"Apa yang emergency sangat tu!? cuba cakap ngan Mak Cik..."

"Nanti Ziza bagitahu, minta diri dulu"  Azizah terus pergi meninggalkan rumah Fyrass.

***
"Rass... tadi Ziza ada call masa kamu tidur, dia kata nak jumpa kamu petang ni kat taman" beritahu Lina.

"Kenapa mama tak kejutkan Rass!?"

"Mama memang nak kejutkan kamu, tapi Ziza kata tak payah sebab tak nak ganggu kamu rehat" kata Lina lagi. Fyrass tersenyum. Sememangnya dia rindu akan Azizah. Dua hari dia brcuti, dua hari itu jugalah Azizah tidak pernah melawat dia dirumah. Fyrass sebenarnya kecil hati dengan perangai Azizah terhadapnya 2 hari ini. Dia pernah cuba menghubungi dan menghantar mesej kepada Azizah namun tiada balasan.

"Jef! cantik tak baju ni?" tanya Azizah kepada Jefri sambil menunjukkan kepada baju panas yang dikait sendiri.

"Cantik... sapa buat?"

"Aku la..."

"Untuk sapa?"

"Fyrass..."

"Ok! tapi takkan ko nak bagi gitu jer? tak suprice la nanti," tanya Jefri.

"Aku tadi pagi dah call mak cik Lina... aku suruh Fyrass gi taman petang ni, sebenarnya aku dah wat hal 2 hari pas... aku tak balas mesej and call dia, sebab suprice ni la..." beritahu Azizah gembira. Jefri tersenyum gembira.

Petang ni akan menjadi saksi kepada perpisahan korang berdua... aku takkan lepaskan Azizah ketangan ko Fyrass...


"Ko doakan rancangan aku berjaya ok!!!" kata Azizah kepada Jefri.

"Always..."

***

"Mana Fyrass ni..." kata Azizah sendiri. Dia memandang baju panas yang diletakkan didalam kotak hadiah. Dia melihat sekeliling. Tiba-tiba dia melihat Jefri. Dia terus menuju kearah Jefri. "Apa ko buat kat sini?" tanya Azizah. Jefri tidak menjawab, dia terus memeluk Azizah. Fyrass yang kebetulan baru datang melihat perkara itu. Dia terus pergi meninggalkan tempat itu. "Apa ko buat ni?" tanya Azizah terus menolak tubuh Jefri menjauhinya.

"Aku sayang kan ko Ziza..."

"Apa yang ko merepek ni... aku dah ada yang punya! dan hati aku hanya untuk Fyrass.." kata Azizah mempertahankan prinsipnya.

"Tapi Fyrass dah pergi tinggalkan ko..."

"Maksud ko?"

"Dia dah pergi..."

"Dia dah datang ke? dia nampak ke ko peluk aku?" pelbagai soalan keluar dari mulut Azizah. Dia terus pergi meninggalkan Jefri. Dia terus berlari mencari Fyrass. Dia melihat Fyrass berlari kearah jambatan dan menuju kebawahnya. Azizah terus mengejarnya. Sesampai sahaja dibawah jambatan itu, Azizah mendengar suara orang menangis.

"Betul ke dia dah tak sayang aku?"

"Awak..." panggil Azizah. Fyrass hanya memandang Azizah lemah. Tiada apa yang hendak dikatakan kepada Azizah. Azizah menarik tangan Fyrass. "Awak... jangan la salah faham, tak ada apa-apa yang berlaku antara saya ngan Jefri, itu perkara yang luar dugaan" Azizah cuba menerangkan kepada Fyrass.

"Tapi tadi Jefri peluk awak..."

"Sebenarnya dia sukakan saya... dia buat tu sebab nak awak tinggalkan saya! dan tak pernah ada lelaki nangis sebab saya, hanya awak... saya ada sesuatu untuk awak" Azizah terus menghulur kotak yang berisi baju panas itu kepada Fyrass.

"Apa ni?"

"Bukak la kalau nak tahu..." Fyrass terus membukanya.

"Baju panas! tapi untuk apa?"

"Awakkan selalu keluar negara ngan family... and awak juga selalu demam, sebab tu la saya buatkan ini untuk awak walaupun tak secantik mana, tapi ianya ikhlas dari hati saya" beritahu Azizah.

"Kenapa saya boleh hilang kepercayaan pada awak? padahal awak selalu fikirkan tentang saya..." kata Fyrass kesal akan perbuatannya.

"Bukannya salah awak pun... saya tau awak pun banyak terseksa sebab saya rapat ngan Jefri... saya tau, masa awak pengsan hari tu... awak tak rela lepaskan saya pergi ngan Jefrikan! tapi awak lepaskan saya jugak, awak tak sayang saya ke? kalau apa-apa berlaku kat awak sapa yang susah hati? saya tau!!!" kata Azizah sambil menitiskan mutiara jernih.

"Maafkan saya wak..." kata Fyrass sambil mengelap air mata Azizah dengan tangannya. Azizah tersenyum.

"Oleh itu, hanya satu yang perlu awak ingat.."

"Apa!?" tanya Fyrass.

 "Tiada yang lain hanya kamu" bisik Azizah ditelinga Fyrass. Fyrass tersenyum, kelihatan mukanya merah akibat malu bercampur gembira.