7.2.12

3~TerLEwATkah aKU???

"Iema... aku jelous la tengok ko ngan Taufiq tu... tak pernah berenggang, ko ngan dia ada ehem ehem ke?" tanya Sufiea. Iema tersenyum.

"Taklah!! aku ngan Taufiq tu dah kawan sejak kita orang kecil lagi... lagi pun mak dia ngan mak aku kan kawan baik"kata Iema namun dalam hatinya terselit rasa cinta yang amat mendalam kepada Taufiq. Memang tidak boleh disangkal lagi Taufiq sememangnya kacak paras rupa dan menjadi kegilaan oleh wanita-wanita.

"Ko jangan nak bohong aku la Ma... aku kenal ko bukannya baru semalam tapi dah 3 tahun! aku tau yang ko suka kat Si Taufiq tu kan..."

"Mana ada!!!" Iema cuba berdalih.

"Iema!!" panggil Taufiq. Mereka berpaling.

"Nape Fiq?" tanya Iema.

"Poyo arr ko! takkan nak panggil ko tu pun mesti ada hal!" kata Taufiq. Iema mencebik.

"Ini masa yang sesuai... aku sokong ko Ma.." bisik Sufiea. Dia memandang wajah Sufiea dan Taufiq silih berganti.

"Ko apahal Ma... semacam aje aku tengok ko ni! apasal ko tengok aku macam tu?" tanya Taufiq apabila Iema seperti gelisah melihatnya. "Ko, ok tak?" tanya Taufiq lagi sambil memegang dahi Iema.

"Sebenarnya Fiq! ada something aku nak bagi tahu ko... tapi aku harap ko dapat terima la, kalau tak pun maybe aku..." Iema kehilangan kata-kata.


"Apa yang sebenarnya yang ko nak bagi tahu kat aku Ma! macam serius sangat jer..." tanya Taufiq ingin tahu. Iema mamandang mata Taufiq.


"Aku sebenarnya... sebenarnya..."


"Sebenarnya apa?" sergah Taufiq.


"Aku sebenarnya suka kat kau..." kata Iema terus terang kerana terkejut. Dia menutup mulutnya. Taufiq terkedu. Dia memandang Iema dari atas sehingga kebawah sambil menelan air liurnya.


"Apa yang ko cakap ni Iema! betul ke?" Iema hanya mampu mengangguk. Didalam hatinya dia ingin sekali Taufiq mengatakan 'dia sudi menerima Iema'. Taufiq memandang lantai. "Bukannya aku tak sayang pada ko... tapi aku tak dapat terima ko sebab hati aku dah berpunya, sorry Ma..." kata Taufiq. Hati Iema berkecamuk apabila mendengar kata-kata Taufiq. Malunya tidak terkata. Tanpa disedari air matanya mengalir begitu deras sekali. Dia tidak dapat menahan air matanya untuk berhenti. Luka dihati hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Dia terus berlari meninggalkan Taufiq sendirian manakala Sufiea pula mengejar Iema. 

"Sorry Iema aku tak dapat terima ko bukannya sebab aku dah ada makwe tapi aku tak dapat  terima ko sebab ko tak lawa and ko bukannya taste aku" kata Taufiq sendiri sambil melihat Iema berlalu pergi. Didalam hati Taufiq tidak timbul rasa bersalah walaupun sedikit diatas kelakuannya terhadap Iema. 

Sejak peritiwa itu, hubungan Iema dan Taufiq semakin renggang. 

"Sufiea! Iema mana? dah lama aku tak jumpa dia... dia sakit ke apa?" tanya Taufiq ingin tahu.

"Ko tak tau ke yang Iema dah pindah! bukan ke ko kawan baik dia?" tanya Sufiea pula. Taufiq mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dia ngan aku kan dah tak rapat sejak kes ari tu... tapi takkan dia pindah sekolah pun dia tak bagi tahu aku!!! jahat sangat ke aku ni?" tanya Taufiq. Sufiea hanya mengangkat bahunya tanpa tidak tahu. Taufiq kembali ketempatnya. Sepanjang pembelajaran dia hanya termenung memikirkan tentang Iema. 

Loceng berbunyi menandakan waktu balik telah tiba. Taufiq bergegas keluar dari kelas tanpa menghiraukan guru yang berada didalam kelasnya. Dia menuju kerumah Iema.

"Assalamualaikum... mak cik! ooo mak cik..." panggil Taufiq.

"Waalaikummussalam... ooo Taufiq rupanya! nak apa?" tanya Puan Tiah.

"Mak cik! betul ke Iema dah pindah sekolah? sekolah mana?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut Taufiq.

"Fiq! betul Iema dah pindah sekolah... mak cik bukannya nak jauhkan korang berdua, tapi tolong la bagi Iema masa untuk tenangkan fikiran..." kata Puan Dayah.

"Tapi..." Taufiq kehilangan kata-kata. Dia melangkah berat meninggalkan rumah Iema. Sepanjang perjalanan itu, dia merasa kehilangan. Hatinya terasa kosong. Sejak kejadian itu, perangai Taufiq mula berubah. Dia yang dulunya sering melayan wanita kini menjadi dingin. Dia lebih suka menyendiri. Namun begitu dia adalah pelajar yang terbaik disekolah. 

***

10 tahun berlalu...
Taufiq telah berjaya menjadi seorang peguam yang berkaliber. Namun begitu, hatinya masih kosong. Dia masih lagi menunggu kepulangan Iema disisinya. 

"Fiq! ada surat untuk kau..." kata Hisyam, abang kepada Taufiq sambil menyerahkan surat itu kepada Taufiq. Taufiq terus membuka surat itu. "Kes apa pula kali ni?" tanya Hisyam ingin tahu. 

"Bukannya ada kes... tapi reunion pelajar form 5 tahun 1999" kata Taufiq sambil meletakkan surat itu diatas meja.

"Ko nak pergi tak?"

"Malas la... bukannya penting pun"

"Ko tak nak jumpa ngan Iema lagi ke?" Taufiq terhenti apabila nama Iema disebut oleh Hisyam. Dia termenung. "Abang tau ko masih tunggu dia lagi kan... mungkin inilah peluang kedua yang diberi kepada ko..." kata Hisyam lagi. "Bila renioun tu?"

"Hujung minggu ni kat sekolah..."

"Nanti abang jumpa ngan mak cik Dayah... tanya Iema ada tak dapat jemputan tu, kalau ada... abang harap ko pergi" Taufiq hanya mengangguk. Dia bagaikan dipukau apabila nama Iema disebut.

Masa yang ditunggukan telah tiba, Taufiq telah bersiap-siap untuk pergi kemajlis itu. Dia mengenakan pakaian kemeja yang biasa dipakai semasa bekerja. Setiba sahaja disana, dia terus duduk. Dia langsung tidak menghiraukan orang disekelilingnya.

"Taufiq!!!" panggil seseorang dari belakangnya. Dia mengalihkan pandangan kearah suara itu. Kelihatan Daud sedang menuju kearahnya. "Segak ko sekarang... aku dengar ko dah jadi lawyer sekarang, amacam? best tak?" tanya Daud dalam nada bergurau.

"Ok la... ko sekarang apa cite?"

"Aku sekarang buka kedai buah-buahan, ada anak sorang..." Taufiq mengangguk. Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang telah lama ditunggu. 

"Iema..." nama itu terkeluar dari mulut Taufiq. Daud terus mengalihkan pandangannya kearah Iema yang baru masuk kedalam dewan itu. Mereka yang berada didalam dewan itu seakan-akan terpegun melihat perubahan yang berlaku pada Iema. Dia tidak seperti gadis yang mereka kenali 10 tahun dahulu, wajahnya kelihatan cantik dan dia kelihatan cantik walaupun hanya mengenakan baju kurung yang simple.

"Cantiknya... tak macam dulu, selekeh! tak pandai bergaya..." puji Daud. Taufiq terus melangkah menuju kearah Iema.

"Ko lain..." katanya.

"Terima kasih, Fiq... ko ok tak?" tanya Iema apabila melihat Taufiq lain dari yang lain.

"Ko cantik..." kata Taufiq sambil melihat wajah Iema tidak berkelip.

"Fiq! aku nak kenalkan ko pada seorang..." 

"Sapa?" 

"Adalah! jom ikut aku..." kata Iema sambil menarik tangan Taufiq. Mereka menuju keluar dewan. Iema menarik dia kesebuah pondok tempat mereka selalu berjumpa dahulu. "Ko ingat tak! kat sini dulu aku pernah luahkan isi hati aku kat ko... tapi ko tolak sebab ada orang lain dihati ko kan... pastu aku lari sambil menanggis macam budak kecil... masa balik rumah tu aku tak makan, minum... aku asyik termenung aje... mak pindahkan aku kesekolah lain, supaya aku belajar sebab masa tu kita nak SPM kan... sekarang ni dekat tempat yang sama aku nak buktikan pada ko yang aku dah ok!" kata Iema panjang lebar.

"Iema... aku ada perkara penting nak cakap ngan ko..."

"Apa dia?"

"Aku..." kata Taufiq terhenti.

"Hai sayang..." sapa seorang lelaki dan terus mencium pipi Iema. Taufiq seakan-akan tersentap dengan perbuatan lelaki itu. Dia tertanya-tanya kenapa Iema membenarkan lelaki itu mencium dahinya. 


"Emm Fiq... aku kenalkan, my husband Jefri... B inilah kawan baik yang selalu ayang citekan tu..." kata Iema. 

"Hai saya Jefri, suami Iema... dah lama saya nak jumpa awak! yela mana tak yer asyik cakap pasal awak je... kadang-kadang tu boleh jadi jelous saya" kata Jefri. Taufiq tersenyum pahit. Dia melihat Iema, Iema begitu bahagia bersama Jefri.

"Bila ko kawin? tak ajak aku pun..."

"Aku kawin kat UK! memang pada mulanya aku nak jemput ko tapi bila aku ternampak ko kat TV aku rasa ko maybe sibuk ngan kes ari tu" jawab Iema.

"Iema... for you sesibuk mana pun aku, aku akan datang... itu lah namanya kawan baik" kata Taufiq cuba menutup rasa kecewanya. "Aku nak gi toilet jap, nanti kita jumpa kat dalam, bye..." Taufiq terus pergi meninggalkan mereka berdua. Tanpa disedari air mata jantannya jatuh kerana wanita yang pernah dia kecewakan suatu masa dahulu. "Terlewatkah aku?" 

4 comments:

buntalicious94 said...

Aku director/pengarah kaw penulis...
hahahah

Ceritera Si Azizah said...

ooo ye, salut tu you director... i'm just scriptwriter :)

buntalicious94 said...

hahahahhahaahahahahahhahahahahahahaha
just typewritter girl

Ceritera Si Azizah said...

Sdih!!!