8.2.12

4~cINta laMA hadIR KemBALi...

"Cepat siap... dah nak mula ni... pakai lencana tu," arah Ika sebagai ketua komanden bagi kumpulan kawad kaki kumpulan biru itu. Pada masa yang sama, kelihatan Mohammad terkial-kial membetulkan reben yang tertanggal dari seluarnya.

"Awak boleh tolong saya tak?" tanya Mohammad kepada Fea.

"Ok!" Fea terus bersetuju tanpa berfikir apa-apa. Dia terus menolong Mohammad. Tiba-tiba tangan mereka bersentuhan, seperti ada elektrik Fea terus menarik tangannya dan melihat wajah Mohammad. Entah mengapa jantung Fea berdegup kencang apabila melihat wajah Mohammad. Dia hilang arah.

"Awak..." panggil Mohammad apabila melihat kelakuan Fea yang seperti cacing kepanasan. "Awak tak apa-apa?" Fea menggeleng.

"Saya ok! dah siap... jom masuk barisan" ajak Fea terus meninggalkan Mohammad. 

"Skuad! skuad sedia! Skuad kekanan lurus..." kedengaran bunyi Ika memberi koman.  Semua ahli kawad kaki berdiri tegak, mereka bersedia dan hanya menunggu arahan untuk bergerak kepadang bersama kumpulan lain.

***

"Eyza... aku nak join zapin leh?" tanya Fea. Eyza melihat Fea dari atas hingga kebawah. "Apasal ko tengok aku macam tu?"

"Pelik ko tau tak... bukan ke ko sendiri cakap yang zapin ni lembut, tak sesuai dengan ko... tapi sekarang ko nak join lak... pelik!!!" kata Eyza. Fea tersenyum. 

"Setiap orang nak merasa perkara yang baru... macam tu jugak aku!" kata Fea memberi alasan.

"Hai awak..." tegur Mohammad. Fea terus mengalihkan pandangannya kepada Mohammad.

"Hai..." balas Fea tanpa mengendahkan Eyza dihadapannya. Eyza hanya melihat kelakuan Fea yang pelik itu. Tiba-tiba Fea memegang kuat lengan tangannya "Eyza... dia menari zapin kan!?!" tanya Fea. Eyza hanya mengangguk.

"Aku betul betul nak belajar... boleh la Eyza..." rayu Fea. Eyza melepaskan keluhan kecil. Dia mengangguk. 

"Thank you..." kata Fea sambil memeluk Eyza.

Sepanjang latihan Zurrah, kawan baik Fea sering menemani Fea semasa dia ada latihan. Zurrah juga rapa dengan ahli-ahli zapin. Selepas 3 bulan berlalu, hubungan Fea dan Muhammad semakin akrab.

Pada suatu hari,

"Fea… aku nak kenalkan ko ngan balak aku…” kata Zurrah.

“Sapa?”

“Awak…” panggil Zurrah. 

“Mad!!” nama itu terkeluar dari mulut Fea. Zurrah hanya mengangguk. Fea terkedu.

“Ko mesti kenal dia kan… dia kan sama-sama zapin ngan ko” kata Zurrah. Fea tersenyum pahit. Namun begitu hatinya hancur apabila mengetahui bahawa lelaki yang dia sukai rupanya milik  kawan baiknya.

“Hai Fea…” sapa Mohammad. 

“Hai…” balas Fea ringkas. Diikutkan hati ingin sahaja dia menanggis. Tapi apakan daya, jika dia menanggis air mata darah pun, Mohammad tetap milik Zurrah. “Tahniah arr kat ko Zurrah… comel balak ko ni… pandai ko pilih” Fea tersenyum paksa.

“Ko kenapa Fea! Lain macam aje… ko tak sihat ke?”

“Tak la… maybe sebab penat latihan tadi, kan Mad!” Fea memberi alasan.

Mungkin ini masanya aku mengundurkan diri… dia bukan milik aku, dia milik Zurrah… aku harapkan ko bahagia bersamanya… selamat tinggal Mohammad…
Bisik Fea didalam hati. Sejak kejadian itu, Fea tidak lagi datang kelatihan zapin. Dia berusaha untuk melupakan Mohammad dalam hatinya. Setiap kali Zurrah mengajak keluar bersama, Fea selalu menolak dengan pelbagai alasan. Lama-kelamaan Mohammad mula hilang dari fikirannya. Fea mula rapat-rapat dengan Naz. Dia mula bercinta dengan Naz namun hatinya masih dahagakan kasih Mohammad. Pada suatu hari, Fea mendapat berita bahawa Mohammad telah berpindah sekolah kerana masalah keluarga. Mohammad tinggal bersama ayahnya. Sering kita dengar bahawa percintaan jarak jauh sukar dijaga. Lama-kelamaan hubungan antara Zurrah dan Mohammad tergantung dipertengahan. Mohammad meminta agar dia bebas berkenalan dengan gadis lain dan tidak mahu rasa bersalah dengan Zurrah. Oleh itu, dia meminta agar Zurrah menjadi rakan sahaja tidak lebih.

***
                                           
Fea mula berjinak-jinak dengan dunia internet. Dia sering manghabiskan masa dengan melayan Facebook dan berbloging. Hubungannya bersama Naz juga terhenti ditengah jalan apabila Naz curang terhadapnya. Sedang jejemari ligat menambah kenalan di Facebooknya, dia tiba-tiba tertambah Mohammad dalam kenalannya. Pada keesokan harinya Mohammad menerima permintaanya. Entah mengapa, Fea ingin sekali melayan karenah Mohammad. Dia mula mendekati dengan bertanya kabar. Namun selepas itu, mereka mula berkongsi masalah antara satu sama lain. Mohammad baru sahaja putus bersama teman wanitanya, Raziah.  Fea bervideo chat bersama Mohammad.

“Awak ok?” tanya Fea.

“Saya ok! Cuma hati ni terasa kosong, ingin diisi” kata Mohammad.

“Kosong… memanglah kosong! Awakkan baru putus ngan awek awak… tak sampai 2 minggu pun, kalau saya pun rasa kosong… macam saya putus ngan pakwe saya dulu” kata Fea lagi.  

“Ye tak ye jugak…” kelihatan Mohammad tersenyum.

“Awak… tadi ada sorang mamat ni, dia kata nak antar rombongan meminang kat umah saya… saya takut la wak…” ngadu Fea.

“Ala awak ni… dia main-main je tu,”

“Tak wak… betul… saya takut”

“Awak cakap la yang awak dah berpunya…”

“Sapa punya? Mak ayah saya… sah sah memang tak pas”

“Cakap la awak tu Mohammad yang punya…” kata Mohammad selamba. Fea terkedu mendengar jawapan Mohammad. Dia terdiam sebentar. “Awak!!” panggil Mohammad sambil melambai-lambai di skrin komputer. 

“Kenapa awak senyap? Kan saya dah bagi jawapan bagi soalan yang awak bagi…” kata Mohammad lagi.

“Tapi…”

“Saya dah fikir masak-masak… awak memang wanita yang tercipta untuk saya,” kata Mohammad lagi. Dia tersenyum sambil menyebut “I love you…” 

“Apa?” Fea kehilangan kata-kata. Namun begitu hatinya begitu gembira mendengar kata-kata itu dari mulut Mohammad.

“No repeat 2 times…” Fea tersenyum.

“I love you too…”

2 comments:

buntalicious94 said...

Firstly,kaw ni melampau betol cter nieeeee.....pipi aq sakit laaa senyum jeee!....
Secondly,aq kawad kaki merah arr bukan biru
thirdly,aku jatuh katil bila bce part luah perasaan kt web cam,kaw ni betol ke x...
keempat,syg kaw zizah!!!!
kelima,kaw bestfriend katak duniaakhirat aku
keenam,dah la aq xlarat nk senyum lg,aku copy eaa

Ceritera Si Azizah said...

tq...