“Eh
budak ketepi ko! Menyemak aje kat sini, menghalang jalan aku tau… dah la
miskin! Pengotor… jijik la aku tengok ko!!! Tepi....” kata seorang lelaki yang
berumur lingkungan 20-an kepada Mariam, 12 tahun. Dia segera berlalu pergi.
Mariam sudah biasa mendengar cacian serta maki hamun. Dia dan adiknya, Munirah
kurang bernasib baik kerana lahir dalam keluarga yang serba kekurangan dan
kurang baik. Jikalau budak sebayanya sekarang sibuk berlajar untuk UPSR dia
pula merayau untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Bapanya seorang
penagih dadah manakala ibunya pula seorang pelacur. Orang kampung membenci
keluarganya, kecuali Pak Abas, ketua kampung disitu. Pak Abas sering datang
untuk memberi makanan untuknya. Tetapi nasib tidak selalunya indah, Pak Abas meninggal
dunia akibat barah hati.
“Pak
cik! Boleh bagi saya sebungkus nasi? Saya akan buat apa kerja pun yang pak cik
suruh”
“Tak
ada nasi kat sini… tak ada duit, tak ada nasi… faham!!! Dah berambus dari
sini... habis lingkup perniagaan aku nanti... berambus!!!” peniaga itu
menghalau Mariam. Terkedu Mariam dibuatnya, tapi demi sesuap nasi Mariam tidak
memikirkan air mukanya. Dia terus merayu.
“Tapi
pak cik...” belum sempat Mariam menghabiskan kata-katanya, peniaga itu
menghalaunya. Semua pelanggan disitu hanya melihat Mariam bukannya dengan
kasihan tetapi dengan cacian. Mariam melihat semua pelanggan disitu sambil
meminta belas kasihan. Malang tidak berbau, bukan kasihan yang dia dapat tetapi
maki hamun yang menghalaunya dari gerai itu. dengan langkah yang berat dia
meninggalkan gerai itu. Tanpa disedari mutiara jernih mula membasahi pipinya.
Dia segera mengesatnya supaya tidak dilihat sesiapa. Tiba-tiba seorang gadis
memanggilnya. Dia memberi Mariam sebungkus nasi ayam yang masih panas lagi.
“Nah!
Adik amik nasi ni makan ye... nama akak Hani” katanya. Mariam tersenyum. Dia
makan nasi itu dengan gelojohnya tetapi apabila tinggal separuh dia berhenti
dan membungkusnya kembali. Pelik Hani melihat perbuatan Mariam. Lalu bertanya.
“Kenapa tak dihabiskan semua nasi tu? Kan ada lagi separuh tu!!” Mariam
tersenyum.
“Ini
untuk adik saya kat rumah! Kalau saya habiskan saya bukanlah akak yang baik
kerana saya membiarkan adik saya kebuluran manakala saya disini kenyang” Hani
tersenyum mendengar jawapan Mariam.
“Adik
habiskan aje nasi tu... nanti akak belikan lagi satu,” Mariam melihat wajah
Hani sambil menangis. Dia terharu kerana tiada yang mengambil berat tentangnya
sejak Pak Abas meninggal dunia. “Kenapa menangis ni?” tanya lagi.
“Tak
apa-apa! Moga akak dicucuri rahmat, tak ada apa yang saya boleh balaskan! saya
cuma boleh doakan akak bahagia dunia akhirat” dia tersenyum. Mariam
menghabiskan baki makanannya. Apabila selesai makan Hani memberinya sebungkus
lagi untuk adiknya dan menawarkan untuk menghantarnya pulang. Mariam hanya
menurut. Tidak sedap pula hatinya apabila menolak permintaan seorang gadis yang
menolongnya. Apabila sampai dirumah, Hani menitiskan air mata kerana dia tidak
sangka ada manusia sedaif itu. Kelihatan Munirah menyambut kepulangan Mariam
dengan kegembiraan.
“Akak
pergi mana tadi? Lama adik tunggu, adik lapar la kak!!” sungut Munirah. Mariam
memberi makanan yang diberi oleh Hani kepada adiknya. Adiknya makan dengan
gelojohnya, seperti Mariam apabila nasi itu tinggal separuh dia berhenti makan.
“Akak dah makan belum?” tanyanya. Mariam hanya mengangguk menandakan dia sudah
makan. Tiba-tiba mereka berdua mendengar seseorang menyanyi sambil tersedu dari
belakang rumah. Mereka berdua berpandangan. Hani pelik melihat perbuatan mereka
berdua.
“Kenapa?”
“Akak
kena balik cepat!! Nanti kalau ayah nampak akak kat sini... habis akak nanti,
cepat balik!! Balik!” mereka berdua menolak Hani kembali ke kereta dan
memaksanya pulang segera. Dia hanya menurut. Tidak lama kemudian, kelihatan ayahnya
dari belakang rumah dalam keadaan terhuyung-hayang.
“Hei
budak, sini ko!” panggil ayahnya. Mereka berdua hanya menurut. “Mana makanan
aku?” Munirah menyerahkan baki makanan yang dimakannya kepada ayahnya.
“Bagus... macam ni la aku nak! Ni la namanya anak Hasbul... hahahaha” mereka
berdua hanya melihat ayahnya menghabiskan makanan itu dengan lahapnya. setelah
selesai makan dia mencampakkan bekas polestrin itu kemuka Mariam. “Kenyang
aku... mana betina itu?” tanya Hasbul.
“Mak
belum balik lagi,” beritahu Munirah.
“Nahas
dia bila balik nanti.. dah berambus ko, jangan halang jalan aku... aku ngantuk
nak tidur” dia terus pergi dan lena dibawah pohonan pokok.
Sejak
kejadian itu, Hani sering datang melawat mereka dua beradik sambil membawa
makanan. Mereka bertiga semakin akrab. Mereka dua beradik menganggap Hani
adalah malaikat yang Allah berikan untuknya.
“Kak!
Saya nak tanya boleh?”
“Boleh!”
“Apa
yang orang selalu buat kat surau tu? Sekejab bangun! Sekejab duduk! Pelik saya
dibuatnya” Hani terkejut dengan pertanyaan Mariam.
“Itu
namanya sembahyang! Ayah ngan mak adik tak pernah ajar ke?” mereka menggeleng.
Hani hanya mampu beristifar. “Sembahyang itu satu kewajipan kita sebagai
seorang muslim, nanti akak ajarkan macam mana nak sembahyang... kalau adik nak
tahu, tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadan...” beritahu Hani.
“Kenapa
dengan bulan ramadan tu kak?”
“Kita
kena berpuasa...”
“Puasa??”
“Puasa
tu... kita tak boleh makan dan minum sepanjang hari sehinggalah terbenam
matahari” beritahu Hani lagi. Mereka mengganguk tanda faham. Bagi mereka
berdua, ianya suatu yang baru. Ibubapa mereka tidak pernah mengendahkan mereka
sejak lahir, mereka dijaga oleh arwah neneknya. Setelah neneknya meninggal
dunia hidup mereka bergantung pada nasib dan kasihan orang.
“Kalau
macam tu, Ira ngan akak nak belajar puasa ngan sembahyang sekali boleh kak?”
“Ya
lah kak! Hati saya rasa semacam bila akak cakap pasal tu, rasa macam tenang aje
jiwa ni... lagi pun banyak yang kita orang tak tahu... akak boleh tolongkan!”
tanyanya penuh berharap. Hani mengganguk sambil tersenyum. Mereka berdua
memeluk erat tubuh genit Hani.
Bulan
ramadan tiba menandakan semua umat islam wajib menunaikan kewajipannya iaitu
berpuasa. Masa yang ditunggu-tunggu oleh dua beradik itu akhirnya tiba.
“Akak!
Esok kita kena puasakan?” Hani mengganguk. “Ye... kak! Esok puasa!! Jom ajak
mak ngan ayah puasa sekali” cadang Munirah. Mariam melihat wajah adiknya tanpa
berkata apa-apa. “Kenapa kak?” tanyanya pelik. Mariam membisu seribu bahasa.
Perasaan takut mula menyelubungi diri Mariam tatkala terkenang akan perangai
ibubapanya. Dia memandang wajah adiknya.
“Akak
tak berani nak cakap dengan ayah ngan mak, adik bukannya tak tahu perangai mak
ngan ayah tu! Pantang kita cakap sikit dah kena marah, kena pukul! Akak
takut...” luah Mariam. Hani memegang bahu Mariam.
“Kita
tak boleh paksa orang kalau nak lakukan ibadah macam ni... kita cuma boleh
bimbing dia perlahan-lahan dengan nasihat sahaja...” beritahu Hani kepada
Munirah. “Esok! Mariam ngan Munirah ikut akak! Akak nak bawa kamu berdua pergi
satu tempat yang tenang” beritahu Hani lagi.
“Pergi
mana kak?” tanya Munirah.
“Adalah!!
Esok pakai baju cantik-cantik tau!!” mereka terdiam. “Kenapa ni? Sedih aje...
pasal mak ngan ayah tak payah risau, nanti biar akak cakap dengan mereka...
bukannya akak tak pernah jumpa ngan mak kamu berdua” kata Hani lagi.
“Bukan
tu masalahnya kak! Kami ni orang susah! Makan pun akak yang tanggung... mana la
kami ni ada baju cantik” kata Mariam.
“Itu
tak menjadi masalah, akak dah uruskan... ni bajunya, akak tahu keadaan kamu
maccam mana, dah senyum! Tak comel la kalau muram je macam ni...” mereka berdua
tersenyum sambil mengambil pakaian yang diberi oleh Hani.
Satu
ramadan akhirnya tiba. Munirah dan Mariam bangun untuk bersahur dengan makanan
yang dibekalkan oleh Hani. Setelah bersahur mereka berniat. Tepat jam 10 pagi,
kelihatan kereta Hani memasuki laman rumah mereka. Mereka menyambut Hani dengan
senyuman yang manis dan memakai pakaian yang diberi oleh Hani semalam.
“Dah
jom!!” Hani membawa mereka kesebuah rumah banglo yang terletak ditengah bandar
Kuala Lumpur.
“Akak!
Rumah siapa ni? Besarnya...” tanya Mariam sambil melihat sekeliling rumah itu.
“Ni la
rumah akak! Jom masuk... mak ngan ayah akak ada kat dalam, mereka nak sangat
jumpa kamu berdua, jom” apabila mereka melangkah sahaja masuk kedalam rumah
Hani, mereka terkedu. Perasaan mereka tidak boleh dilafazkan dengan kata-kata.
Setiba sahaja diruang tamu keliahatan ibubapa Hani berada disana sambil
menghadiahkan senyuman. Mereka segera menyalam kedua ibubapa Hani. Setelah
seharian mereka disana, ibubapa Hani menyuruh anak gadisnya itu menghantar
mereka pulang kerana khuatir ibubapanya bimbang.
“Abang!
Baik budak si Mariam ngan Munirah tu... tapi sayang keluarga dia macam tu...
apa kata kalau kita amik mereka sebagai anak angkat kita, bang?” cadang Datin
Halimah.
“Bagus
idea kamu itu Mah! Tapi mak bapak dia orang setuju ke?”
“Kita
tanya Hani dulu... ye bang” suaminya hanya mengganguk. Sejam kemudian
kedengaran bunyi kenderaan masuk kedalam kawasan banglo itu. mereka menunggu
Hani masuk kedalam rumah. “Hani! Sini sayang” panggil Datin Halimah.
“Kenapa
Ummi?”
“Ummi
ngan walid sebenarnya nak tanya Hani sesuatu...” Hani mula tertanya-tanya apa
yang hendak dipersoalkan. Adakah sebab Mariam dan Munirah? Ianya menjadi
persoalan diminda Hani.
Sudah
21 hari umat islam menjalankan kewajipan berpuasa. Selama 28 hari itu jugalah,
banyak perkara telah berlaku. Mak kepada dua beradik itu telah meninggal dunia
pada ramadan ke-5, manakala ayahnya pula telah masuk kepusat serenti kerana dia
telah ditangkap ketika sedang khayal bersama rakannya. Mereka berdua pula telah
menjadi anak angkat kepada Datin Halimah dan Dato’ Osman.
“Ummi!
Mana Ira ngan Yam?”
“Ada
kat belakang tu, tengah belajar menulis dengan Cikgu Fiza” beritahu Datin
Halimah. Hani segera melangkah kebelang rumah. “cikgu sebenar ye, Ira! Yam!
Sini kejab” panggil Hani. Mereka berdua segera menuju kearah Hani.
“Ada
apa kak?” tanya mereka hampir serentak.
“Akak,
nak Ira ngan Yam pergi tukar baju sekarang, akak nak bawak kamu pergi satu
tempat” arah Hani. Mereka memandang cikgu Fiza. “Nanti akak cakap dengan cikgu,
sekarang pergi tukar baju” mereka berdua hanya mengikut arahan. Mereka berdua
menaiki kereta. Hampir sejam perjalanan akhirnya mereka tiba di satu tempat.
“Pu..
sat... se...ren...ti...” mereka berdua cuba membaca. “Kita buat apa kat sini?”
tanya Mariam.
“Ikut
jer...” mereka hanya mengikut Hani dari belakang. Sepanjang perjalanan mereka
mendengar pelbagai jeritan kesakitan.
“Yam
ngan Ira duduk sini, nanti ada seseorang nak jumpa” beritahu Hani. Tidak lama
kemudian, pintu disebalik bilik kaca terbuka. Kelihatan Hasbul keluar bersama
beberapa orang pengawal. Mereka berdua tersenyum.
“Ayah!”
kata mereka serentak. Spontan mereka menekapkan tangan mereka kecermin. Tanpa
disedari air mata mereka mengalir. “Kenapa ayah kat sini?” tanya Mariam. Hasbul
hanya tunduk.
“Maafkan
ayah sayang... sejak lahir lagi ayah tak pernah bagi kasih sayang dekat kamu
berdua... ayah penting diri sendiri, ayah ego! Maafkan ayah sayang... ayah
khayal dengan duniawi, ayah tinggalkan tanggungjawab ayah dan ayah tak
bersyukur dengan cahaya mata yang dikurniakan untuk ayah” kata Hasbul.
“Tak
ayah... kami tak pernah salahkan ayah, kami sayang ayah ngan mak tak kira macam
mana pun keadaan mak ngan ayah..” kata Mariam. Mereka berbual sambil menanggis
kegembiraan sehinggalah waktu melawat ayahnya tamat.
Dua
tahun berlalu, dalam bulan ramadan Hasbul dilepaskan. Mereka berdua menunggu
kepulangan ayahnya dengan hati terbuka. Ramadan kali ini disambut bersama
dengan keluarga yang tersayang. Bulan ramadan kali ini telah membawa sinar
kepada dua beradik ini dan membuka pintu taubat untuk Hasbul.
No comments:
Post a Comment