9.11.11

1~CAhaYa raMAdhaN (>0<)


“Eh budak ketepi ko! Menyemak aje kat sini, menghalang jalan aku tau… dah la miskin! Pengotor… jijik la aku tengok ko!!! Tepi....” kata seorang lelaki yang berumur lingkungan 20-an kepada Mariam, 12 tahun. Dia segera berlalu pergi. Mariam sudah biasa mendengar cacian serta maki hamun. Dia dan adiknya, Munirah kurang bernasib baik kerana lahir dalam keluarga yang serba kekurangan dan kurang baik. Jikalau budak sebayanya sekarang sibuk berlajar untuk UPSR dia pula merayau untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Bapanya seorang penagih dadah manakala ibunya pula seorang pelacur. Orang kampung membenci keluarganya, kecuali Pak Abas, ketua kampung disitu. Pak Abas sering datang untuk memberi makanan untuknya. Tetapi nasib tidak selalunya indah, Pak Abas meninggal dunia akibat barah hati.
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSPvV6e4RziBF8pF5FbfZWb-4Wc5X30LDtWKBQ36SVcNNqjyX0C

“Pak cik! Boleh bagi saya sebungkus nasi? Saya akan buat apa kerja pun yang pak cik suruh”
“Tak ada nasi kat sini… tak ada duit, tak ada nasi… faham!!! Dah berambus dari sini... habis lingkup perniagaan aku nanti... berambus!!!” peniaga itu menghalau Mariam. Terkedu Mariam dibuatnya, tapi demi sesuap nasi Mariam tidak memikirkan air mukanya. Dia terus merayu.
“Tapi pak cik...” belum sempat Mariam menghabiskan kata-katanya, peniaga itu menghalaunya. Semua pelanggan disitu hanya melihat Mariam bukannya dengan kasihan tetapi dengan cacian. Mariam melihat semua pelanggan disitu sambil meminta belas kasihan. Malang tidak berbau, bukan kasihan yang dia dapat tetapi maki hamun yang menghalaunya dari gerai itu. dengan langkah yang berat dia meninggalkan gerai itu. Tanpa disedari mutiara jernih mula membasahi pipinya. Dia segera mengesatnya supaya tidak dilihat sesiapa. Tiba-tiba seorang gadis memanggilnya. Dia memberi Mariam sebungkus nasi ayam yang masih panas lagi.
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSPxRR7PTGG9LRGTSO0fX8-vYnzelhYpUeb9VxQgdKJtaQdejAE2Q

“Nah! Adik amik nasi ni makan ye... nama akak Hani” katanya. Mariam tersenyum. Dia makan nasi itu dengan gelojohnya tetapi apabila tinggal separuh dia berhenti dan membungkusnya kembali. Pelik Hani melihat perbuatan Mariam. Lalu bertanya. “Kenapa tak dihabiskan semua nasi tu? Kan ada lagi separuh tu!!” Mariam tersenyum.
“Ini untuk adik saya kat rumah! Kalau saya habiskan saya bukanlah akak yang baik kerana saya membiarkan adik saya kebuluran manakala saya disini kenyang” Hani tersenyum mendengar jawapan Mariam.
“Adik habiskan aje nasi tu... nanti akak belikan lagi satu,” Mariam melihat wajah Hani sambil menangis. Dia terharu kerana tiada yang mengambil berat tentangnya sejak Pak Abas meninggal dunia. “Kenapa menangis ni?” tanya lagi.
“Tak apa-apa! Moga akak dicucuri rahmat, tak ada apa yang saya boleh balaskan! saya cuma boleh doakan akak bahagia dunia akhirat” dia tersenyum. Mariam  menghabiskan baki makanannya. Apabila selesai makan Hani memberinya sebungkus lagi untuk adiknya dan menawarkan untuk menghantarnya pulang. Mariam hanya menurut. Tidak sedap pula hatinya apabila menolak permintaan seorang gadis yang menolongnya. Apabila sampai dirumah, Hani menitiskan air mata kerana dia tidak sangka ada manusia sedaif itu. Kelihatan Munirah menyambut kepulangan Mariam dengan kegembiraan.
“Akak pergi mana tadi? Lama adik tunggu, adik lapar la kak!!” sungut Munirah. Mariam memberi makanan yang diberi oleh Hani kepada adiknya. Adiknya makan dengan gelojohnya, seperti Mariam apabila nasi itu tinggal separuh dia berhenti makan. “Akak dah makan belum?” tanyanya. Mariam hanya mengangguk menandakan dia sudah makan. Tiba-tiba mereka berdua mendengar seseorang menyanyi sambil tersedu dari belakang rumah. Mereka berdua berpandangan. Hani pelik melihat perbuatan mereka berdua.
“Kenapa?”

“Akak kena balik cepat!! Nanti kalau ayah nampak akak kat sini... habis akak nanti, cepat balik!! Balik!” mereka berdua menolak Hani kembali ke kereta dan memaksanya pulang segera. Dia hanya menurut. Tidak lama kemudian, kelihatan ayahnya dari belakang rumah dalam keadaan terhuyung-hayang.
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQo8-ZVwtxIApY7DwvZdc-TGZknS0UQ4B_l1OQgzDg0rjGg8_2gKw

“Hei budak, sini ko!” panggil ayahnya. Mereka berdua hanya menurut. “Mana makanan aku?” Munirah menyerahkan baki makanan yang dimakannya kepada ayahnya. “Bagus... macam ni la aku nak! Ni la namanya anak Hasbul... hahahaha” mereka berdua hanya melihat ayahnya menghabiskan makanan itu dengan lahapnya. setelah selesai makan dia mencampakkan bekas polestrin itu kemuka Mariam. “Kenyang aku... mana betina itu?” tanya Hasbul.
“Mak belum balik lagi,” beritahu Munirah.
“Nahas dia bila balik nanti.. dah berambus ko, jangan halang jalan aku... aku ngantuk nak tidur” dia terus pergi dan lena dibawah pohonan pokok.
Sejak kejadian itu, Hani sering datang melawat mereka dua beradik sambil membawa makanan. Mereka bertiga semakin akrab. Mereka dua beradik menganggap Hani adalah malaikat yang Allah berikan untuknya.
“Kak! Saya nak tanya boleh?”
“Boleh!”
“Apa yang orang selalu buat kat surau tu? Sekejab bangun! Sekejab duduk! Pelik saya dibuatnya” Hani terkejut dengan pertanyaan Mariam.
“Itu namanya sembahyang! Ayah ngan mak adik tak pernah ajar ke?” mereka menggeleng. Hani hanya mampu beristifar. “Sembahyang itu satu kewajipan kita sebagai seorang muslim, nanti akak ajarkan macam mana nak sembahyang... kalau adik nak tahu, tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadan...” beritahu Hani.
“Kenapa dengan bulan ramadan tu kak?”
“Kita kena berpuasa...”
“Puasa??”
“Puasa tu... kita tak boleh makan dan minum sepanjang hari sehinggalah terbenam matahari” beritahu Hani lagi. Mereka mengganguk tanda faham. Bagi mereka berdua, ianya suatu yang baru. Ibubapa mereka tidak pernah mengendahkan mereka sejak lahir, mereka dijaga oleh arwah neneknya. Setelah neneknya meninggal dunia hidup mereka bergantung pada nasib dan kasihan orang.
“Kalau macam tu, Ira ngan akak nak belajar puasa ngan sembahyang sekali boleh kak?”
“Ya lah kak! Hati saya rasa semacam bila akak cakap pasal tu, rasa macam tenang aje jiwa ni... lagi pun banyak yang kita orang tak tahu... akak boleh tolongkan!” tanyanya penuh berharap. Hani mengganguk sambil tersenyum. Mereka berdua memeluk erat tubuh genit Hani.

Bulan ramadan tiba menandakan semua umat islam wajib menunaikan kewajipannya iaitu berpuasa. Masa yang ditunggu-tunggu oleh dua beradik itu akhirnya tiba.
“Akak! Esok kita kena puasakan?” Hani mengganguk. “Ye... kak! Esok puasa!! Jom ajak mak ngan ayah puasa sekali” cadang Munirah. Mariam melihat wajah adiknya tanpa berkata apa-apa. “Kenapa kak?” tanyanya pelik. Mariam membisu seribu bahasa. Perasaan takut mula menyelubungi diri Mariam tatkala terkenang akan perangai ibubapanya. Dia memandang wajah adiknya.
“Akak tak berani nak cakap dengan ayah ngan mak, adik bukannya tak tahu perangai mak ngan ayah tu! Pantang kita cakap sikit dah kena marah, kena pukul! Akak takut...” luah Mariam. Hani memegang bahu Mariam.
“Kita tak boleh paksa orang kalau nak lakukan ibadah macam ni... kita cuma boleh bimbing dia perlahan-lahan dengan nasihat sahaja...” beritahu Hani kepada Munirah. “Esok! Mariam ngan Munirah ikut akak! Akak nak bawa kamu berdua pergi satu tempat yang tenang” beritahu Hani lagi.
“Pergi mana kak?” tanya Munirah.
“Adalah!! Esok pakai baju cantik-cantik tau!!” mereka terdiam. “Kenapa ni? Sedih aje... pasal mak ngan ayah tak payah risau, nanti biar akak cakap dengan mereka... bukannya akak tak pernah jumpa ngan mak kamu berdua” kata Hani lagi.
“Bukan tu masalahnya kak! Kami ni orang susah! Makan pun akak yang tanggung... mana la kami ni ada baju cantik” kata Mariam.
“Itu tak menjadi masalah, akak dah uruskan... ni bajunya, akak tahu keadaan kamu maccam mana, dah senyum! Tak comel la kalau muram je macam ni...” mereka berdua tersenyum sambil mengambil pakaian yang diberi oleh Hani.
Satu ramadan akhirnya tiba. Munirah dan Mariam bangun untuk bersahur dengan makanan yang dibekalkan oleh Hani. Setelah bersahur mereka berniat. Tepat jam 10 pagi, kelihatan kereta Hani memasuki laman rumah mereka. Mereka menyambut Hani dengan senyuman yang manis dan memakai pakaian yang diberi oleh Hani semalam.

“Dah jom!!” Hani membawa mereka kesebuah rumah banglo yang terletak ditengah bandar Kuala Lumpur.
“Akak! Rumah siapa ni? Besarnya...” tanya Mariam sambil melihat sekeliling rumah itu.
“Ni la rumah akak! Jom masuk... mak ngan ayah akak ada kat dalam, mereka nak sangat jumpa kamu berdua, jom” apabila mereka melangkah sahaja masuk kedalam rumah Hani, mereka terkedu. Perasaan mereka tidak boleh dilafazkan dengan kata-kata. Setiba sahaja diruang tamu keliahatan ibubapa Hani berada disana sambil menghadiahkan senyuman. Mereka segera menyalam kedua ibubapa Hani. Setelah seharian mereka disana, ibubapa Hani menyuruh anak gadisnya itu menghantar mereka pulang kerana khuatir ibubapanya bimbang.
“Abang! Baik budak si Mariam ngan Munirah tu... tapi sayang keluarga dia macam tu... apa kata kalau kita amik mereka sebagai anak angkat kita, bang?” cadang Datin Halimah.
“Bagus idea kamu itu Mah! Tapi mak bapak dia orang setuju ke?”
“Kita tanya Hani dulu... ye bang” suaminya hanya mengganguk. Sejam kemudian kedengaran bunyi kenderaan masuk kedalam kawasan banglo itu. mereka menunggu Hani masuk kedalam rumah. “Hani! Sini sayang” panggil Datin Halimah.
“Kenapa Ummi?”
“Ummi ngan walid sebenarnya nak tanya Hani sesuatu...” Hani mula tertanya-tanya apa yang hendak dipersoalkan. Adakah sebab Mariam dan Munirah? Ianya menjadi persoalan diminda Hani.
Sudah 21 hari umat islam menjalankan kewajipan berpuasa. Selama 28 hari itu jugalah, banyak perkara telah berlaku. Mak kepada dua beradik itu telah meninggal dunia pada ramadan ke-5, manakala ayahnya pula telah masuk kepusat serenti kerana dia telah ditangkap ketika sedang khayal bersama rakannya. Mereka berdua pula telah menjadi anak angkat kepada Datin Halimah dan Dato’ Osman.
“Ummi! Mana Ira ngan Yam?”
“Ada kat belakang tu, tengah belajar menulis dengan Cikgu Fiza” beritahu Datin Halimah. Hani segera melangkah kebelang rumah. “cikgu sebenar ye, Ira! Yam! Sini kejab” panggil Hani. Mereka berdua segera menuju kearah Hani.
“Ada apa kak?” tanya mereka hampir serentak.
“Akak, nak Ira ngan Yam pergi tukar baju sekarang, akak nak bawak kamu pergi satu tempat” arah Hani. Mereka memandang cikgu Fiza. “Nanti akak cakap dengan cikgu, sekarang pergi tukar baju” mereka berdua hanya mengikut arahan. Mereka berdua menaiki kereta. Hampir sejam perjalanan akhirnya mereka tiba di satu tempat.
“Pu.. sat... se...ren...ti...” mereka berdua cuba membaca. “Kita buat apa kat sini?” tanya Mariam.
“Ikut jer...” mereka hanya mengikut Hani dari belakang. Sepanjang perjalanan mereka mendengar pelbagai jeritan kesakitan.
“Yam ngan Ira duduk sini, nanti ada seseorang nak jumpa” beritahu Hani. Tidak lama kemudian, pintu disebalik bilik kaca terbuka. Kelihatan Hasbul keluar bersama beberapa orang pengawal. Mereka berdua tersenyum.
“Ayah!” kata mereka serentak. Spontan mereka menekapkan tangan mereka kecermin. Tanpa disedari air mata mereka mengalir. “Kenapa ayah kat sini?” tanya Mariam. Hasbul hanya tunduk.
“Maafkan ayah sayang... sejak lahir lagi ayah tak pernah bagi kasih sayang dekat kamu berdua... ayah penting diri sendiri, ayah ego! Maafkan ayah sayang... ayah khayal dengan duniawi, ayah tinggalkan tanggungjawab ayah dan ayah tak bersyukur dengan cahaya mata yang dikurniakan untuk ayah” kata Hasbul.
“Tak ayah... kami tak pernah salahkan ayah, kami sayang ayah ngan mak tak kira macam mana pun keadaan mak ngan ayah..” kata Mariam. Mereka berbual sambil menanggis kegembiraan sehinggalah waktu melawat ayahnya tamat.

Dua tahun berlalu, dalam bulan ramadan Hasbul dilepaskan. Mereka berdua menunggu kepulangan ayahnya dengan hati terbuka. Ramadan kali ini disambut bersama dengan keluarga yang tersayang. Bulan ramadan kali ini telah membawa sinar kepada dua beradik ini dan membuka pintu taubat untuk Hasbul.