Kelihatan Farah sedang mengacau-ngacau
air minumannya sambil matanya melilau mencari seseorang. Tiba-tiba dia
tersenyum.
“Hai baby... sorry I’m late” Sharul
terus melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Farah. Farah
tersenyum.
“It’s ok... lagi pun saya pun baru aje
sampai,” Sharul mengambil air minuman Farah dan terus menyedutnya. “Awak...”
“Apa?”
“Air saya tu... awak nak pergi la order
sendiri” Sharul tersenyum dan kembali menyedut air tersebut. Hampir separuh
dari paras asal diminumnya. Farah melepaskan keluhan.
“I haus la you... tak kan nak
manja-manja ngan you pun tak boleh” Farah diam. Bukannya dia tidak boleh bagi
airnya pada Sharul tetapi dia tidak biasa minumannya dikongsi dengan lelaki.
“Hei! You amik gambar apa tadi?” tanya Sharul sambil tangannya mencapai kamera
milik Farah yang terletak diatas meja. Kedengaran Sharul ketawa kecil apabila
melihat gelagat-gelagat manusia yang diambil oleh Farah.
“Awak... awak ingat tak hari ni hari
apa?” Sharul mengalihkan pandangannya kearah Farah.
“Hari Ahad la... why?” Farah tersenyum
kelat sambil menggeleng.
“Nothing... saje aje saya nak tanya
awak... takut saya salah hari”
“Okey...” Sharul kembali melihat
gambar-gambar didalam kamera.
‘Takkan la dia tak ingat hari ni hari
apa? Takkan birthday aku pun dia lupa?’ getus Farah didalam hati. Farah hanya
memerhatikan sahaja gelagat Sharul.
Selama 5 tahun dia bercinta dengan
Sharul pelbagai dugaan telah dia lalui. Pelbagai liku-liku kehidupan telah
ditempuhi bersama. Namun akhir-akhir ini, Sharul Erzuan telah banyak berubah.
Jika dulu Sharul yang akan mengajak dia keluar namun kini dia yang terpaksa
membuat janji temu untuk berjumpa dengan kekasihnya sendiri. Sharul banyak
memberi alasan menolak untuk tidak berjumpa dengannya. Kadang-kala kecil hati
Farah dibuatnya. Kini tarikh-tarikh penting yang mereka sambut setiap tahun pun
banyak Sharul lupa, sebagai contoh hari jadinya pada hari ini.
“Hei you... asal termenung?” tanya
Sharul sambil menyengol perlahan bahu Farah. Farah tersedar daripada
lamunannya.
“Tak ada apa-apa la...”
“You... ada apa you nak jumpa I ni
sebenarnya?” Tanya Sharul lagi.
“Saya nak jumpa awak la... lagi pun dah
lama saya tak jumpa awak, rindu...” kata Farah manja. Wajah Sharul yang
bagaikan pelakon k-pop itu ditatapnya dengan senyuman. Sharul membalas senyuman
itu.
“I pun rindu sangat dengan you... tapi I
sibuk sangat ni, banyak lagi kerja I dekat pejabat tak siap lagi.. kalau tak
ada apa-apa, I minta diri dulu” senyuman Farah mati.
“Tapi awak baru aje sampai...”
“Sorry... I memang sibuk sangat, ni
keluar nak jumpa you ni pun I nyorok-nyorok tau! Kalau tak I tak dapat I nak
jumpa awek I yang comey ni” pipi Farah dipegangnya. Farah mengeluh. “sorry la
sayang... I janji, bila I ada masa free walaupun sekejap! I akan call you...”
janji diberikan kepada Farah. Farah hanya tersenyum tawar. Telefon bimbit
Sharul berbunyi.
“Hello!”
“Baby... you kat mana ni? Dari tadi I
tunggu you, you tak datang-datang! Panas tau!” kata seorang perempuan mengedik.
“Ya Hamdan! I akan datang secepat
mungkin, I ada jumpa client ni...”
“Kalau you tak datang cepat! I balik!”
“Ya Hamdan! I akan datang secepat yang
mungkin... tolong kawal keadaan dekat sana dulu, I on the way ni” Sharul
terdiam. Dia mendengar isi-isi yang dikatakan oleh Nelly. “Okey... thank you...
I will come as soon as possible” talian dimatikan.”Look sayang... I baru jumpa
you kejap, macam-macam dah jadi”
“Cepat pergi sana...” arah Farah.
“Betul ni?” tanya Sharul meminta
kepastian. Farah mengangguk. Kedua-dua tangan Farah digenggamnya. “Thanks! You
lah satu-satunya wanita yang memahami I” Farah tersenyum tawar. “Bye... love
you” Sharul terus berlalu dari situ. Farah hanya mampu melihat Sharul pergi
dari situ.
***
DING DONG! DING DONG!
Kedengaran bunyi loceng rumah Dato’
Badrul berbunyi. Bibik Piah berlari anak menuju ke arah pintu dan melihat
kelibatan yang datang kerumah.
“Datin! Tuan Saiful pulang!” jerit Bibik
Piah. Dia terus membuka pintu pagar dan menolong Saiful membawa beg pakaiannya
masuk ke dalam rumah. Belum sempat Saiful masuk kedalam rumah, kelihatan Datin
Camelia berlari anak ke arahnya.
“Anak mami dah balik” tubuh Saiful
dipeluk erat. Hampir 5 tahun Saiful tidak balik ke Malaysia kerana menyambung
pelajaran di United Kingdom. Hanya setahun sekali, Datin Camelia sekeluarga
akan melawat Saiful disana. Saiful membalas pelukan ibunya.
“Epul rindu mami”
“Mami pun sama... eh! Katanya sampai
minggu depan! Asal hari ni pulak? Lagi satu... asal tak call mami yang Epul dah
sampai sini? Kan mami boleh tolong Pak Deris amik Epul dekat airport” kata
Datin Camelia. Saiful tersenyum.
“Mami... Epul ni dah lama tak balik
Malaysia, lagi pun Epul nak buat suprice kat mami ngan Daddy... mami ni banyak
sangat tanya la, Daddy ngan Abang Arul mana?”
“Orang yang depan mata tak cari, yang
tak ada juga yang dicari”
“Sebab Mami ada depan Epul la, Epul tak
cari... kalau Mami tak ada depan mata Epul! Baru lah Epul cari Mami...”
“Ada- ada aje la Epul ni... Daddy ngan
Arul ada dekat pejabat. Dah jom masuk! Nak duduk sini sampai malam ke?” mereka
berdua ketawa sambil mengatur langkah memasuki rumah agam milik Dato’ Badrul.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi
kereta memasuki kawasan rumah agam Dato’Badrul.
“Assalamualaikum...” Dato’ badrul
memasuki rumahnya dan duduk disofa. Dengan senyuman Datin Camelian menuju
kearahnya dan menyalamnya.
“Dah balik bang?”
“Ye la Lia oi! Ni yang senyum sampai ke
telinga ni kenapa? Buang tabiat ke awak ni?” Tanya Dato’ Badrul pelik dengan
gelagat isterinya yang tersenyum sejak dia pulang tadi.
“Saja je nak senyum tak boleh ke?”
tiba-tiba seseorang mengurut bahu Dato’ Badrul. Terkejut dibuatnya. Segera
Dato’ Badrul memalingkan wajahnya dan melihat orang yang mengurut bahunya.
“Epul!!!” spontan Dato’ Badrul. Dia
terus bangun dan memeluk anaknya itu. “Bila sampai?”
“Baru aje... tak sampai 10 minit pun,
Daddy! Mana Arul? Bukannya dia sama ngan Daddy?”
“Eh! Tadi Daddy pergi bilik dia,
secretary dia cakap dia dah balik! Takkan tak sampai rumah lagi?” Datin Camelia
dan Saiful menggeleng. “Kemana pulak budak ni pergi? Selalu buat masalah”
rungut Dato’ Badrul. Segera dia mendail nombor Sharul dan menelefonnya. “Rul?
Kamu dekat mana ni? Ada orang cari kamu dari tadi...” kata Dato’ BAdrul sebaik
sahaja Sharul mengangkat talian.
“Arul jumpa kawan kejab Daddy... sapa
yang nak jumpa Arul tu?”
“Entah la... katanya orang UK, cepat
balik... tengok sendiri” dengki Dato’ Badrul. Kelihatan dia tersenyum kerana
dapat mengenakan anak sulungnya itu. Dia terus mematikan talian sebelum sempat
Sharul menanyakan soalan lagi. Segera Sharul bangun dari perbaringannya.
“Hey you nak pergi mana?” kata Nelly sambil mencium leher Sharul.
“Ada orang UK cari I! My Daddy suruh
balik cepat ni...” Sharul memakai pakaiannya kembali. Nelly hanya melihat
sahaja perbuatan Sharul itu. Dia membuat muka. “Nelly... I janji. Esok I jumpa
you lagi...” satu kucupan singgah dibibir Nelly.
“Janji... esok you datang lagi” satu
lagi kucupan singgah dipipi Nelly. Sharul terus melangkah keluar daripada bilik
itu. Keluar sahaja Sharul daripada bilik itu, Nelly menarik selimut dan menutup
badannya. Dia melangkah menuju kepintu dan membukanya kecil. Dia ingin
memastikan bahawa Sharul benar-benar telah pergi daripada situ. Setelah berpuas
hati, dia menutup kembali pintu dan mencapai telefon bimbitnya dan berada
diatas meja kecil bersebelahan dengan katil.
“Darling... datang kat Hotel...”
***
“Assalamualaikum...” Sharul memberi
salam. Suasana didalam rumah terlalu sunyi. Pelik Sharul dibuatnya. Dia pergi
kerumah tamu tetapi tiada sesiapa. “Mami! Daddy! Arul dah balik ni...” kata
Sharul kuat. Agar ibubapanya mengetahui kepulangannya. Tapi malang, tiada
jawapan. Tiba-tiba kelihatan Bibik Piah didapur. Segera dia melangkah kedapur
mendapatkan Bibik Piah.
“Bik! Mana semua orang?” Tanya Sharul
sebaik sahaja mendekati Bibik Piah.
“Bukan semuanya ada didepan Tuan Arul?
Kok tanyain bibik didapur!”
“Mana ada bik! Satu rumah saya dah
pusing tak ada pun, pu...” kata Sharul tergantung apabila seseorang menutup
matanya. “Hei!”
“Cuba teka?”
“Jangan cakap dengan aku yang kau ni
Epul?” kedengaran Saiful ketawa di belakang. Segera tangan Saiful dialihkan dan
Sharul terus memeluk Saiful. “Arr... rindu kat kau”
“Aku pun...” Dato’ Badrul dan Datin
Camelia yang tersenyum daripada tepi. Hati ibubapa mana yang tidak merasa
gembira apabila melihat anak-anaknya bersatu. Inikan pula kembar seiras seperti
mereka. Nasib baiklah perwatakan mereka berlainan kalau tidak susah untuk
membezakan antara mereka.
***
Hampir seminggu Saiful Erzuan pulang ke
Malaysia. Hampir seminggu ini jugalah dia terperap dirumah bersama ibunya yang
tercinta. Saiful mendekati ibunya yang sedang khusyuk melihat bunga-bunga orkid
yang ditanamnya sejak muda.
“Mummy...” Saiful memeluk Datin Camelia
daripada belakang.
“Eh Epul! Buat apa dekat sini?” Tanya
Datin Camelia terkejut.
“Tengok Mummy la... Mummy... Mummy busy
tak?”
“Kenapa?”
“Epul nak ajak Mummy keluar! Kita
ronda-ronda satu KL...” beritahu Saiful. Tergelak Datin Camelia mendengar
ajakan Saiful itu. “Apa Mummy ni... Epul nak ajak keluar, dia ketawa pula!”
“Tak la... betul ke Epul nak ajak Mummy
ronda KL?” Saiful mengangguk. “Epul! Epul! Ingat-ingat la anak oi... tengok la
Mummy ni, Mummy dah tua sayang... kalau jalan lama sangat sakit kaki nanti”
kali ini giliran Saiful pula yang ketawa.
“Mummy... apa gunanya ada Epul kat sini?
Lagi pun nak ajak Abang Arul, he always busy...”
“Ye la... Mummy nak tukar baju dulu”
“Sayang Mummy...” satu pelukan
dihadiahkan kepada Datin Camelia. Datin Camelia segera masuk kedalam rumah
untuk bersiap-siap manakala Saiful menuju kekereta kepunyaannya untuk
memanaskan enjin kereta.
Tidak lama kemudian, Datin Camelia
turun. Mereka berdua meronda-ronda satu Kuala Lumpur. Pelbagai tempat mereka
berdua pergi. Hanya tawa mengisi masa-masa mereka berdua. Apabila petang
menjelma, mereka berdua mengambil keputusan untuk balik.
“Thank you Mummy!”
“Welcome sayang” Saiful tersenyum.
Sampai sahaja dirumah, Saiful terus membersihkan diri dan kemudiannya
merehatkan diri setelah pusing satu Kuala Lumpur. Akhirnya dia terlelap.
***
Kedengaran telefon bimbit Saiful
berbunyi. Kelihatan gambar Sharul diskrin telefonnya. Segera diangkat.
“Hello!”
“Epul! Kau kena tolong aku... aku dah
tak tahu nak minta tolong dengan siapa lagi, aku dah buntu ni” kata Sharul
kalang kabut.
“Wait! Wait! Cuba sabar and talk
slowly... aku tak faham apa yang kau nak cakap ni, ok! Now... tarik nafas...
hembus... tarik nafas... hembus...” kedengaran Sharul membuat apa yang
diarahkan oleh Saiful. “Okey... now tell me slowly,” bagitahu Saiful.
“Okey... kau ingat lagi tak dulu aku
pernah bagitahu kau pasal Farah? My lovely!”
“Ya...”
“Tonight aku ada date dengan dia, tapi
aku tak dapat datang sebab aku ada meeting emergency ni... dalam masa yang sama aku tak boleh nak cancel date
aku dengan dia, aku kesian dengan dia, Epul!”
“Ala... kau bagitahu aje la dia
baik-baik, dia mesti faham punya!” saran Saiful. Kedengaran Sharul mengeluh
daripada corong telefon.
“Kalau senang macam tu tak pe... masalah
***
Saiful tiba ditempat yang dijanjikan
oleh Sharul dan Farah. Dia memandang kekiri dan kekanan untuk mencari kelibatan
Farah namun nampaknya Farah masih lagi belum tiba lagi. Tiba-tiba hatinya
berdegup kencang dan rasa bersalah mula menular didalam dirinya.
‘Kenapalah aku boleh setuju gantikan
Sharul dalam hal macam ni?’
Saiful mengeluh. Dia mengambil tempat yang sedikit jauh daripada
pandangan dan sukar dilihat oleh orang ramai. Telefon bimbitnya didalam kocek
segera diambilnya dan dia membuka MMS yang diberikan kepadanya sebelum datang
kesini. Wajah Farah cuba diingatinya. Takut jika dia tersalah orang dan ianya
akan membuatkan dirinya malu.
“Assalamualaikum awak...” sapa Farah
yang entah bila munculnya. Tiba-tiba sahaja sudah berada dihadapannya. Segera
Saiful menyimpan telefon bimbitnya dan bangun.
“Waalaikummussalam... duduklah” Saiful
menjawab salam dan menarik kerusi untuk Farah duduk. Farah hanya menurut dan
diikuti oleh Saiful yang mengambil tempat bertentangan dengannya.
Pelik sarah dengan kelakuan Saiful itu,
sebelum ini tidak pernah pun Sharul membuatnya sebegitu. Selalunya dia merasa
hanya dia sendiri yang syok sendiri. Sharul tidak pernah mengambil berat
tentangnya. Wajah Saiful dilihat pelik.
‘Lain macam aje Sharul hari ni... dress
up dia pun lain, selalunya dia Nampak tersusun dan rapi... tapi hari ni dia
lebih Nampak bergaya, tersusun dan menarik’ getus hati Farah. Saiful dilihatnya
dari atas sehinggalah kebawah. Entah kenapa dia merasakan seperti ada sesuatu
yang pelik berlaku disitu.
“Asal awak tengok saya lain macam?”
“Nothing...”
“Awak saya ada something nak bagi dekat
awak ni... nah!” Saiful menyerahkan hadiah yang sempat dibelinya sebelum datang
kesitu. Hadiah itu disambut baik oleh Farah. “Bukak la...”
“Boleh ke?” Saiful mengangguk. Dengan
penuh tanda tanya Farah membuka kotak yang diberikan oleh Saiful itu. Seutas
rantai perak diberikan kepada Farah. “Rantai!” sekali lagi Saiful mengangguk.
“Tapi untuk apa?”
“For your birthday... sorry sebab masa
birthday awak dulu saya tak wish awak langsung, sorry again... sebab saya
memang tak ingat langsung pasal birthday awak tu... sorry” Farah ketawa kecil.
“Tak pe la...saya tak marah pun, lagi
pun saya dah berjanji yang saya akan berusaha untuk faham akan tugas awak tu...
saya tahu, awak bukannya sengaja nak lupakan pun, lagi pun perkara macam tu tak
penting sangat lah!”
“Tapi perasaan serba salah tetap menular
dalam diri saya ni... saya nak dengar kata maaf dari mulut awak sendiri, supaya
hati saya tenang bila fikirkan pasal awak”
“Tapi serius la awak... saya tak marah
pun, saya dah biasa dengan semua ni...”
‘Kau memang seorang wanita yang istimewa
Farah, hanya kau seorang sahaja yang faham sikap abang aku tu’ Saiful
tersenyum.
“Awak! Awak ok tak?”
“Saya ok... now, awak dah maafkan saya?”
kali ini Farah pula yang tersenyum.
“Ya... saya maafkan awak, but next time
jangan buat lagi ok!” Saiful mengangguk.
“Awak ambil gambar ke?” Farah mengangguk
pelik. “Boleh saya tengok?” Farah menyerahkan DSLRnya kepada Saiful. Saiful
segera mencapainya dan melihat gambar-gambar yang diambil oleh Farah. “Lepas ni
saya nak bawa awak ke satu tempat yang istimewa...” beritahu Saiful sambil
matanya khusyuk melihat gambar-gambar tersebut.
“Pergi mana?”
“Rahsia... jom!” Saiful menarik tangan
Farah. Dengan langkah kalang kabut, Farah mengikut langkah Saiful. Mereka
menaiki kereta Saiful menuju kesatu tempat yang hanya diketahui oleh Saiful
sahaja. Saiful membawa Farah ketempat yang sering menjadi tempat untuk Saiful
menenangkan dirinya dengan pemandangannya yang cantik dan suasana yang nyaman.
“Mana tempat ni?” tanya Farah sebaik sahaja
tiba.
“Tempat dimana saya selalu tenangkan
fikiran dan hilangkan tension dulu... jom keluar” mereka berdua keluar daripada
kereta. Farah hanya mengikut Saiful daripada belakang. Sambil-sambil itu, dia
mengambil gambar yang menarik hatinya. Memang tidak dapat disangkal lagi,
tempat yang dibawa oleh Saiful itu sememangnya menarik.
“Macam mana awak jumpa tempat ni,
Sharul?”
‘Sharul? Astagfirullah al-azim... macam
mana aku boleh terlupa niat aku sebenarnya ni?’
“Ermm... masa tu saya tengah tension and
than saya merayap tak tentu hala, masa tu lah saya jumpa tempat ni” beritahu
Saiful jujur. “Errmmm awak seronok tak?”
“Seronok! Terima kasih awak...” Saiful
hanya tersenyum. Kini baru dia tersedar bahawa dia tidak sepatutnya membawa
Farah ketempat persembunyiannya. Entah aura apa yang dibawa oleh Farah
sehinggakan dia percaya dan lupa akan niat sebenarnya itu.
***
Kedengaran bunyi kereta memasuki
perkarangan villa Dato’ Badrul. Tidak lama kemudian, pintu rumah itu dibuka.
Kelihatan Sharul melangkah masuk dan menuju kearah Saiful yang sedang khusyuk
menonton televisyen. Dipeluknya Saiful daripada belakang.
“Hoi apa ni?”
“Thanks so much Epul... kau la
satu-satunya adik aku yang sporting,” Sharul mengambil tempat disisi Saiful.
“Weh! Kalau kau nak tahu... tadi Farah mesej aku, dia kata ‘terima kasih sebab
membuatkan hari ini hari paling bahagia dalam hidup dia, terima kasih sekali
lagi untuk rantai itu, cantik!’ rantai? Rantai apa kau bagi kat dia?” tanya
Sharul ingin tahu.
“Kan kau ada cakap yang kau lupa birthday
dia hari tu, so aku tolong kau biar dia tak marahkan kau... and aku belikan dia
rantai sempena hari jadinya yang kau lupa tu” kata Saiful selamba sambil
matanya khusyuk melihat televisyen yang terbuka dihadapannya.
“Ok! Thanks... kaulah adik aku yang paling
aku sayang”
“Kau ada adik lain ke?”
“Tak de...” Sharul ketawa kecil. Bahu
Saiful ditepuk perlahan. “Okeylah!! Aku nak bla dulu, badan aku dah busuk ni...
nak mandi” Sharul terus bangun dan menuju kebiliknya yang berada ditingkat
atas. Saiful hanya melihat Sharul melangkah meninggalkannya.
***
Semenjak daripada itu, Saiful sering
keluar bersama Farah. Walaupun Farah tidak mengetahui bahawa Sharul itu adalah
Saiful. Saiful gembira apabila keluar bersama Farah. Baginya Farah adalah
wanita yang istimewa dalam hatinya.
“Farah! Awak ni memang suka amik gambar
eee?” tanya Saiful. Farah mengangguk.
“Asal awak tanya? Bukan ke awak memang
dah tahu hobi saya ni?” tanya Farah pula. Saiful kehilangan kata-kata. ‘Macam
manalah aku boleh terlepas soalan macam ni?’dia menggaru kepalanya yang tidak
gatal.
“Eh! Saje je saya nak tanya... kenapa?
Awak marah ke?”
“Takla... Awak! Kalau saya nak tanya
sesuatu boleh tak?” tanya Farah.
“Tanya lah! Saya takkan marah punya...”
“Kenapa sejak akhir-akhir ni saya tengok
awak macam lain... tak macam selalu, awak ok tak sebenarnya?” tanya Farah.
Saiful menelan air liurnya sambil memandang Farah.
‘Ni ke masa untuk aku berterus terang
dekat Farah? Tapi macam mana penerimaan dia terhadap perkara ni?’ mereka berdua
duduk dikerusi yang terletak berdekatan dengan mereka. Saiful melepaskan
keluhan kecil. Matanya melilau melihat sekeliling mencari idea untuk menjawab
pertanyaan Farah itu.
“Awak... ok ke tak ni?”
“Sas! Sas! Saya ok... sebenarnya...”
kata Saiful terhenti secara tiba-tiba apabila matanya melihat sesuatu. “Awak!
Tunggu saya sekejab eee” Saiful terus melangkah meninggalkan Farah sendirian.
Farah hanya melihat Saiful beredar daripada situ.
“Apa kena dengan Sharul tu?” tanya Farah
pada dirinya sendiri.
Kelihatan Saiful berlari mengejar
sepasang kekasih yang sedang berpelukkan meninggalkan taman.
“Sharul!” panggil Saiful. Segera
pasangan itu berhenti dan mengalihkan pandangan kearah Saiful.
“Epul!” wanita yang berada disebelah
Sharul seperti keliru melihat mereka berdua.
“Ni!”
“Cherry... I kenalkan kembar I,
Saiful... Saiful! Ni Cherry, girlfriend I” Sharul memperkenalkan antara mereka.
Cherry menghadiahkan senyuman kepada Saiful dan Saiful membalasnya dengan
senyuman tawar.
“Sharul sini kejab! Aku ada hal nak
cakap dengan kau ni...” Saiful terus menarik tangan Sharul dan pergi ketempat
yang jauh sedikit daripada Cherry. Cherry hanya melihat sahaja perbuatan mereka
berdua.
“Weh Epul! Slow-slow la sikit, sakit
tau...”
“Apa semua ni Rul? Ini meeting emergency
yang kau maksudkan selama ni?”
“Apanya?” pertanyaan Saiful dibalas
dengan pertanyaan.
“Tu si Cherry tu... sapa dia yang
sebenarnya?”
“Macam apa yang aku cakap tadi la... dia
tu girlfriend aku”
“Farah?” Sharul ketawa setelah mendengar
nama Farah. “Asal kau ketawa?”
“For your information... aku dah tak ada
perasaan lagi dekat si Farah tu, aku layan dia pun sebab rasa kesian... tak
lebih daripada itu, lagi pun Cherry bagi apa yang aku nak... tapi kalau si
Farah tu, haprak! Satu apa pun tak boleh” kata Sharul selamba.
“Sampai hati kau cakap Farah macam tu
sekali Rul! Kau tau tak! Wanita yang kau hina-hina tu lah yang aku rasa terbaik
untuk kau... kau memang rugi Rul sebab buat Farah macam ni”
“Kenapa? Kau suka dengan Farah tu?”
“Ya! Aku memang suka dengan Farah, tapi
hati Farah hanyalah untuk kau Rul... dia tak pernah tahu kewujudan aku, dia
hanya tahu yang aku masih lagi kat UK tengah belajar... tapi aku yakin Rul! Dia
akan terkejut besar jika dia tahu selama ini yang keluar dengan dia tu bukannya
Sharul tetapi Saiful!” Sharul ketawa lagi.
“Sekarang tengok siapa yang terangkat
dengan Farah tu... amik la Farah tu, aku tak nak pun... bye” Sharul terus
melangkah pergi meninggalkan Saiful. Segera dia menarik tangan Cherry dan
membawanya pergi dari situ.
“Sharul!” panggil Saiful. Sharul
memalingkan wajahnya memandang Saiful. Satu tumbukan tiba diwajah Sharul. “Ini
adalah untuk perbuatan kau yang tak berperikemanusiaan tu” Saiful terus pergi
meninggalkan mereka berdua.
“You! You ok ke tak?” tanya Cherry
mengedik.
“I ok! Jom...” Sharul sempat menjeling
kearah Saiful sebelum melangkah pergi daripada situ.
Saiful pergi ketempat dimana dia dan
Farah duduk tadi. Namun, perasaannya hampa apabila Farah sudah tiada lagi
disitu. Segera nombor Farah didailnya.
“Hello Farah! Awak dekat mana?” tanya
Saiful sebaik sahaja Farah menjawab panggilannya.
“Saya balik dulu sebab ada hal, sorry
sebab tak bagi tahu awak dulu sebelum pergi... sebab saya tak dapat cari awak
tadi” kedengaran suara Farah lemah menjawab pertanyaan Saiful.
“Awak ok?”
“Saya ok! Saya minta diri dulu, bye”
Farah terus mematikan talian sebelum sempat Saiful berkata apa-apa. Saiful
mengeluh. Ada baiknya juga Farah pergi, sekurang-kurangnya tidak adalah soalan
yang perlu dijawab tentang pemergiannya secara tiba-tiba sebentar tadi. Dia
melangkah pergi meninggalkan taman itu. Saiful masuk kedalam keretanya.
“Apa aku cakapkan tadi tu? Aku suka
dekat Farah? Tak mungkin, sebab aku hanya menggantikan tempat Sharul yang tidak
reti menghargai cinta yang murni... tapi kenapa aku sanggup tumbuk Sharul
sampai macam tu sekali?” tanya Saiful pada dirinya. Dia menyerabutkan rambutnya seperti seserabut
fikirannya ketika itu. Dia menjerit sambil tangannya mengetuk stereng
keretanya.
***
“Bang! Awak ada perasan tak yang si
Sharul ngan Saiful tu dah tak bertegur semenjak dua tiga hari ni?” tanya Datin
Camelia.
“Saya ada perasan jugak! Awak tahu ke
sebab apa dia orang macam tu?” Datin Camelia menggeleng.
“Risau saya dibuatnya…”
“Biarlah! Dia orang berdua tu dah
dewasa… tau bezakan antara baik dan buruk, kalau bertambah teruk nanti biar
papa yang uruskan” Datin Camelia mengangguk. Sikat yang dipegangnya diletakkan
kembali ketempatnya dan dia mengambil tempat disebelah Dato’ Badrul di atas
katil.
“Epul!!” panggil Sharul. Saiful tidak
mengendahkan panggilan Sharul itu. Sharul mengejar Saiful. “Hei Epul! Aku
panggil kau ni” kali ini nada suara Sharul
berbeza. Lengan Saiful dipautnya.
“Hei! Kau pekak ke? Aku panggil kau ni”
“Apa kau nak sebenarnya?”
“Kau ni apahal? Aku panggil buat tak
tahu aje… dah pekak ke?”
“Kau nak cakap apa sebenarnya? Kalau
setakat nak membebel benda yang tak bermanfaat baik tak payah… “ Saiful mula
mengorak langkah tetapi segera dihalang oleh Sharul.
“Kau ni apahal? Emo tak tentu pasal,” Saiful
diam. Pandangannya berfokus kepada pasu bunga yang terletak disisi meja yang
tidak jauh daripada situ. Entah kenapa hatinya panas apabila melihat wajah
Sharul. Setiap kali melihat wajah Sharul, Saiful akan teringat akan curang yang
dilakukan oleh Sharul. “Aku dah bosan nak berdrama depan mummy ngan daddy… dan
aku juga dah bosan terus menerus tipu diri aku lagi,… aku dah buat keputusan
yang aku akan kawin dengan Farah!”
“KAWIN!!!” Sharul mengangguk. “No! aku
tak setuju kau kawin dengan Farah… kau tak layak untuk dia…” kata Saiful
spontan.
“Kau sapa nak halang aku kawin dengan
Farah? Aku dah cakap dengan mummy ngan daddy, dia orang setuju dengan apa yang
aku katakana ini, hujung minggu ni dia orang nak hantar rombongan merisik
kerumah Farah…” beritahu Sharul sambil tersenyum sinis.
“No! aku akan cakap dengan mummy ngan
daddy supaya cancelkan semua ni, aku tak sanggup tengok Farah hidup menderita
dengan kau selamanya…” Saiful terus menuju kebilik ibubapanya. “Mummy! Daddy!
buka pintu ni…” pintu bilik Dato’ Badrul dan Datin Camelia diketuk
bertalu-talu.
“Hei Epul! Kenapa ni?” tanya Datin
Camelia sebaik sahaja membuka pintu biliknya.
“Mummy! Betul ke hujung minggu ni mummy
ngan daddy nak pergi merisik Farah?”
“Ya kenapa?”
“Mummy! Epul merayu pada mummy ngan
daddy… please, jangan…”
“Apa kamu merepek ni Epul? Abang kamu tu
nak mendirikan rumah tangga! Nak dirikan masjid! Kenapa nak halang?” tanya
Dato’ Badrul dari belakang. Di melangkah kesisi isterinya. Mereka bertiga
mengalihkan pandangan kepada Dato’ Badrul.
“Daddy… Epul merayu sangat dengan daddy…
don’t do that…”
“Apa yang sebenarnya berlaku ni? Cuba
ceritakan perkara yang sebenarnya! Daddy
ngan mummy nak dengar cerita sebenar daripada kamu berdua, semenjak dua
tiga hari ni… daddy tengok hubungan kamu berdua dah tak macam dulu, bila
berjumpa masam muka! Apa semua ni?” kali ini Dato’ Badrul tidak dapat berdiam
lagi. Sharul dan Saiful terdiam. Datin Camelia cuba menenangkan suaminya itu.
Saiful menceritakan semuanya. Dari A
sehingga ke Z. sharul terdiam. Dia tahu akan salahnya. Sesekali Dato’ Badrul
memandang Sharul dan menggeleng. Dia tidak sangka bahawa anak yang
dipercayainya selama ini bersikap sebegitu.
“Dah! Daddy ngan mummy dah dengar
semuanya… apa kena dengan kamu ni Sharul? Kamu tahu tak apa yang kamu buat ni?
Kamu mempermainkan perasaan orang sewenang-wenangnya… kamu ingat hati dan
perasaan itu perkara main-main ke?” marah Dato’ Badrul tetapi didalam nada yang
tenang. Sharul tunduk.
“Maafkan Arul daddy… sekarang ni Arul
betul-betul dah sedar dan Arul nak tebus semua kesalahan Arul dekat Farah dan
Arul janji Arul akan bahagiakan dia…” beritahu Sharul.
“Betul ni?” Sharul mengangguk.
“Kalau macam tu… daddy maafkan kamu buat
kali ni, tapi kalau kamu berani main-mainkan perasaan Farah lagi, daddy ngan mummy
tak teragak-agak amikkeputusan yang tidak kamu jangka” amaran diberikan kepada
Sharul.
“Tapi daddy…”
“Keputusan daddy muktamad!!!” tegas
Dato’ Badrul. Datin Camelia memilih untuk berdiam diri.
“Daddy tak adil…” Saiful terus berlalu
daripada situ. Mereka bertiga hanya melihat Saiful berlalu daripada situ.
Sharul tersenyum sinis dengan kemenangannya.
‘Aku akan balas balik apa yang kau dah
lakukan pada aku…’
“Ingat pesanan daddy tu!”
“Baik Daddy!”
Maafkan saya sebab tak dapat membahagiakan awak…
Mesej tersebut dihantar kepada Farah.
Saiful memandang siling biliknya dengan pandangan kosong. Entah apa sebenarnya
yang bermain difikirannya. Dia sendiri pun tidak mengerti.
***
Kelihatan Farah termenung. Semalam
rombongan meminang daripada Sharul dating kerumahnya. Dia menerima pinangan
tersebut. Tapi entah kenapa, hatinya rasa sakit dan dikhianati. Dia memandang
tasik semula jadi dihadapannya itu. Indah dan tenang. Kedengaran bunyi tapak
kaki mendekati kawasan itu, segera Farah menyorok agar tidak diketahui.
Rupa-rupanya Saiful.
Saiful duduk dan termenung melihat
pemandangan.
“Wahai hati… kenapa la susah sangat kau
nak lupakan dia? Dia bukan untuk kau! Dia dah jadi tunang orang pun, dan tak
lama lagi dia akan jadi isteri orang… kenapa susah sangat nak lupakan dia?”
Tanya Saiful pada dirinya. Dia melepaskan keluhan.
“Farah!
Kenapa kau muncul dalam hidup aku? Kenapa kau usik hati aku yang rapuh ni?
Kenapa kau buat aku jatuh cinta pada kau? Kenapa kau tak kenal aku? Aku Saiful
Erzuan! Adik kembar Sharul Erzuan... aku cintakan kau! Kenapa kau tak pernah
tahu? Dan aku tak ada peluang untuk bagitahu perkara ni pada kau... Farah...
aku cintakan kau! Aku sayangkan kau... aku Saiful! Dan aku cintakan kau...
Aku
nak hidup dengan kau, aku nak kau jadi milik aku bukannya Sharul! Aku tak tahu
apa yang akan terjadi lepas ni... aku terpaksa tersenyum gembira bila kau
dihadapan aku, dah bila kau pergi... aku menanggis didalam hati... maafkan aku
sebab tak dapat memberitahu perkara sebenar pada kau, aku tak sanggup! Aku tak
kuat! Maafkan aku” tanpa disedari air mata Farah mengalir mendengar luahan hati
Saiful. Hatinya begitu sayup.
‘Aku
cintakan kau juga Saiful!’ kata Farah didalam hati. Dia mula mengambil langkah
perlahan dan meninggalkan tempat itu.
***
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Hari ini adalah hari pernikahan Farah. Sanak saudara dan sahabat handai Farah
mula memenuhi masjid. Kelihatan Farah sedang duduk diatas bantal yang
disediakan khas untuknya. Farah yang beserba putih tersenyum apabila diusik
oleh sahabatnya.
“Aku doakan kau bahagia dengan pilihan
hati kau ni...”
“Terima kasih, Dia... aku yakin yang
pilihan aku kali ini adalah yang terbaik! Dan aku yakin dia adalah untuk aku”
kata Farah sambil tersenyum. Nadia memeluk Farah.
“Bakal pengantin lelaki dah sampai...”
kelihatan rombongan daripada pihak lelaki tiba diperkarangan masjid tersebut.
Farah menantinya dengan penuh berdebar. Pengantin lelaki melangkah masuk
kedalam masjid sambil tersenyum. Kelihatan juga Sharul dan Saiful berpakaian
sama. Susah untuk mereka meneka yang mana satukah calon pengantinnya.
“Farah! Mana satu bakal laki kau? Muka
sama aje... pening aku dibuatnya” bisik Nadia. Farah hanya tersenyum. Bakal
pengantin duduk dihadapan ayah Farah yang bertugas sebagai wali Farah.
“Boleh kita mulakan sekarang?” pengantin
lelaki mengangguk. “Baiklah!” mereka berdua berjabat tangan.
“Aku nikahkan dia kau, Saiful Erzuan Bin
Badrul dengan putri ku, Farah Aryana Binti Daud dengan mas kawinnya seberangkat
alat solat dan wang tunai sebanyak RM80 tunai”
“Aku terima nikahnya Farah Aryana Binti
Daud dengan mas kawinnya seberangkat alat solat dan wang tunai sebanyak RM80
tunai” ucap Saiful dengan yakinnya.
“Sah?” tanya wali kepada saksi-saksi
yang diamanahkan.
“Sah! Sah!” dengan sekali lafaz Farah
dan Saiful telah menjadi suami isteri yang sah. Mereka berdua saling
berpandangan dan berbalas senyuman malu.
***
Farah duduk disebuah meja yang terletak
disebuah cafe. Cafe yang sering menjadi tempat perjumpaan antara Sharul dan
Farah. Farah memesan air fresh oren sementara menunggu kedatangan Sharul.
Siang tadi, beria-ia Sharul menelefonnya
untuk berjumpa dengannya. Katanya ini adalah antara hidup dan matinya. Nak tak
nak, terpaksalah dia bersetuju untuk berjumpa dengan Sharul. Farah menyedut air
yang dipesannya. Hampir 2 minit kemudian, kelihatan Sharul memasuki perkarangan
Cafe tersebut. Dia terus menuju kearah Farah.
“Sorry lambat... tapi masa I nak datang
sini, ada kemalangan dan jalan sesak” Sharul terus mengambil tempat dihadapan
Farah.
“Tak pe... ada apa awak nak jumpa saya
ni?”
“I nak order air dulu... haus” Sharul
memanggil pelayan yang sedang bertugas. Dia memesan air cola-cola.
“Sharul cepat la... saya tak nak balik
rumah malam sangat, tak manis”
“Ai you ni... tak suka keluar ngan I
lagi ke?”
“Bukan macam tu, kan awak tahu saya tak
suka keluar malam... inikan pula saya ni tunang orang, tak manis kalau
jiran-jiran tengok” Farah member alasan. Sebenarnya dia sememangnya tidak mahu
berjumpa dengan Sharul lagi. Cukuplah nanti dia akan menghabiskan seluruh hidupnya
bersama lelaki yang tidak dicintainya itu.
“Bukan macam tu...”
“Tak pe I faham... ok! Now I bagitahu
apa tujuan I nak jumpa you malam ni...”
“Sekejab... sebenarnya saya pun ada
perkara nak bagitahu awak juga,” potong Farah. Sharul memberi ruang untuk Farah
mengatakan apa yang tersimpan didalam hatinya. “Saya nak batalkan perkahwinan
kita ni”
“What! Are you crazy?” kata Sharul kuat
sambil terbangun. Mereka yang berada didalam Cafe tersebut memandang mereka
berdua. “You tak boleh buat macam ni...” Farah mengeluarkan duitnya dan
meletakkannya diatas meja dan menarik Sharul pergi daripada situ sebelum mereka
berdua dimalukan kerana dihalau. Mereka berdua menuju kearah sebuah taman yang
berdekatan. Tidak ramai orang berada disitu.
“Okey kita bincang dekat sini”
“Are you crazy? Tinggal lagi seminggu
aje kita nak kawin and you nak batalkan! Semua persediaan dan siap Farah!
Tetamu pun dah diundang...” kata Sharul sambil matanya tepat memandang kearah
mata Farah.
“Tapi macam mana saya nak kawin dengan
awak kalau hati saya pada orang lain? Saya tak sanggup nak tipu yang saya
sayang dan cintakan awak... saya takkan hidup awak musnah disebabkan saya!”
Farah berterus terang. Sharul terdiam. Dia duduk diatas kerusi yang terletak
bersebelahan dengannya. Mukanya diraup. “Maafkan saya Sharul”
“Habis kenapa you terima pinangan I
dulu?”
“Masa tu saya ingat yang saya boleh
hadapi semua ni, tapi saya tak kuat Sharul! Saya tak kuat! Hati saya lemah
setiap kali tengok dia dihadapan saya... saya sayangkan dia... saya nak hidup dengan
dia... dan saya tak boleh tipu hati saya lagi” luah Farah lagi. Kini Sharul
tunduk.
“I kenalkan orang tu?” Farah mengangguk.
“Siapa?”
“Orang yang paling rapat dengan awak...”
“Orang yang paling rapat dengan I?
Siapa?” tanya Sharul pelik. Dia memang tidak dapat meneka siapakah lelaki yang
telah menawan hati bakal isterinya itu.
“Saya tak nak mention sapa dia, walaupun
dia tak tahu yang saya tahu tentang kewujudan dia dalam hidup saya... tapi saya
sayang dia lebih daripada saya sayang awak dulu... sebab tu saya merayu dan
saya sanggup melutut pada awak! Saya nak batalkan perkahwinan kita” kata Farah.
Dia tiba-tiba melutut sambil memandang tanah. Terkejut Sharul dengan reaksi
Farah itu. Ingatkan dia yang akan memberikan kejutan kepada Farah, tapi kini sudah
bertukar. Farah yang memberi kejutan kepadanya.
“Bangun Farah! I dah buat keputusan
muktamad dan I takkan sesekali mengubah keputusan itu... perkahwinan ini tetap
akan diteruskan even you tak nak... I akan pastikan keputusan yang you buat tak
akan menyesal... bye!” Sharul terus berlalu daripada situ. Farah hanya mampu
melihat Sharul pergi. Air mata yang ditahan tidak dapat diseka lagi.
Bersaksikan bulan dan bintang, Farah menanggis mengenangkan nasibnya selepas
ini.
Dengan langkah berat, Farah melangkah menuju
kekeretanya dan pulang kerumah. Sesampai sahaja dirumah, dia terus
menghempaskan dirinya kekatil dan kembali menanggis. Satu mesej masuk kedalam
kotak pesanan telefon bimbitnya. Segera dibuka.
Perkahwinan itu bukannya pengakhiran bagi suatu percintaan. Mungkin kita dah bercinta selama 5 tahun, dan dalam 5 tahun itu pelbagai onak dan duri telah kita lalui bersama... namun disebalik percintaan itu juga, telah banyak pembohongan telah berlaku, I bersalah sebab telah banyak membohongi you selama ini... dan I reda bila you kata yang you nak putuskan pertunangan kita ni, oleh itu... I akan serahkan you kepada orang yang lebih berhak daripada I... SELAMAT BERBAHAGIA dengan SAIFUL
Farah tersenyum dan menanggis pada waktu
yang sama. Dia tidak sangka yang Sharul mengerti akan maksudnya. Saiful!!!
Lelaki yang mempunyai wajah yang sama dengan Sharul tetapi mempunyai perwatakan
yang jauh bezanya.
“Terima kasih Sharul...” tangisannya
kali ini adalah tangisan bahagia.
Terima kasih...
Satu lagi mesej masuk kedalam peti
pesanan Farah.
I doakan you bahagia dengan dia, I tahu yang dia lebih layak untuk you berbanding I
Farah tersenyum. Telefon bimbitnya di
letakkan diatas meja kopi yang berada disisi katilnya.
***
Farah memandang Sharul. Dia
menghadiahkan senyuman kepada Sharul. ‘Terima Kasih’ kata Farah dengan hanya
mengerakkan mulutnya tanpa bersuara.
‘Sama-sama...’ balas Sharul dengan gaya
yang sama sambil tersenyum. Saiful bangun dan menuju kearah Farah bagi acara
membatalkan air sembahyang.