“Maybe sebab ko
bukan untuk aku… and ko kaya”
“Sebab aku kaya?
Tak munasabah langsung alasan ko, please Mia… aku sayang kat ko” rayu Khairul
sambil memegang tangan Mia. Mia melepaskan keluhan kecil sambil melihat wajah
Khairul.
“Sorry, kalau
kita ada jodoh… tak kira dimana kita berada kita akan bertemu… but sorry again
aku memang tak boleh terima ko dalam hidup aku, lagi pun harta papa ko kan
banyak and… banyak lagi perempuan yang nak kat ko, why me?” tanya Damia ingin
tahu.
"Cause I
love you..." Damia terdiam. Dia kehilanggan kata-kata.
"Bye..."
hanya itu sahaja yang mampu diucapkannya dan dia terus melangkah
meninggalkan Khairul yang terpaku. Kaki Khairul bagaikan sudah terpaku
ditanah kerana dia tidak boleh mengejar Damia.
Aku akan berusaha untuk memiliki hati batu ko tu Damia... sejauh mana pun ko larikan diri dari aku, aku akan tetap mengejar ko tanpa putus asa...
***
8 tahun kemudian...
"Hoi!!! termenungkan apa tu?" sergah Fendi dari belakang. Khairul tersenyum sambil mengalihkan pandangannya kearah Fendi.
"Tak de
pape... just teringatkan kisah lama aku yang drastik!!!"
"DRASTIK!!!
kenapa? nak tahu jugak!!!" paksa Fendi.
"Sibuk la
ko... baik ko gi jaga Si Lina tu, kang nanti merajuk lak sebab aku... dah la
Lina tu kuat merajuk" Khairul cuba menukar tajuk.
"Ala...
merajuk pun kejab aje, aku boleh handle lagi... tapi cuma Si Lina ni pelik arr,
ada ke nak merajuk sebab aku selalu keluar ngan ko, ada ke patut!!! ingat aku
nak sangat ke ngan ko ni..." bebel Fendi.
"Wah ko
ni... kalau bercakap tak ingat aku kat sini eak!!! Pasni aku nak berkomplot
ngan Lina la… kenakan ko, mulut celupar sangat”
“Alalala… aku
gurau je, jangan la nak amik hati… eh! Aku lupa… sebenarnya aku datang jumpa ko
ni sebab sapa ni? Ala…” Fendi bermain dengan jari-jemarinya untuk mengigat
kembali nama seseorang. “Aaa… Puan Huda nak jumpa ko sekarang, katanya ada hal
penting” beritahu Fendi.
“Ko ni, benda
penting cam ni pun boleh lupa… kesian Puan kena tunggu aku lama, dia tu dah la
mengandung… tinggal tunggu masa nak meletup je… k lah chau” Khairul terus pergi
meninggalkan Fendi sendiri.
“Ala… bukannya
aku yang nak lupakan, benda tu yang susah sangat nak melekat kat otak ni…” omel
Fendi sendiri. Dia melihat Khairul yang semakin menjauh darinya.
Kedengaran ketukan pintu dari luar.
“Masuk!!!” arah
Puan Huda.
“Assalamualaikum
Puan,” sapa Khairul.
“Walaikummusalam…”
Khairul terus duduk dibangku yang berada dihadapan Puan Huda.
“Ada apa Puan
panggil saya?”
“Saya tahu yang
awak tak boleh keluar negara buat masa ni, sebab kesihatan Datin tak baik! Tapi
saya amat sangat memerlukan pertolongan awak…”
“Macam serius je
bunyinye… ada apa sebenarnya ni Puan? Cakap je la… saya tak kisah pun” tanya
Khairul.
“Macam ni… pada
mulanya saya arahkan Johar pergi jumpa klien kat London, tapi disebabkan isteri
dia dah nak cukup hari jadi saya terpaksa tukar orang lain… saya tak tau nak
suruh sapa lagi pergi selain awak, sebab saya percaya awak… tolong Khairul,
uruskan projek kat London tu” Khairul terdiam. Dia mengalihkan pandangannya
kearah jari jemarinya yang sedang ligat bergerak.
“Tapi Puan… mama
saya tak sihat, saya takut kalau ada apa-apa terjadi pada dia”
“Tolonglah
Khairul… saya tak tahu lagi nak hantar sapa” Khairul melepaskan keluhan kecil.
Dia memandang wajah Puan Huda yang berharap persetujuan darinya.
“Baiklah… tapi
berapa hari saya kena kat sana?”
“2 minggu je,
tapi kalau kerja awak habis cepat, awak boleh balik awal…”
“Baiklah Puan!
Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu…”
“Baiklah…”
Khairul terus melangkah meninggalkan bilik Puan Huda.
“Arrgghhh…
London! Kota yang indah… dah lama aku nak kesana, but why now?” tanya Khairul
pada dirinya. Dia melihat pandangan dari tingkap biliknya. Kedengaran ketukan
pintu.“Masuk…”
“Rul!”
“Ermm”
“Puan nak apa
tadi?” tanya Fendi sebaik sahaja dia duduk.
“Aku kena gi
London Di… aku dah lama nak kesana, tapi aku berat hati la, kalau ko ganti aku
boleh?” tanya Khairul sambil melabuhkan punggungnya dikerusi. Fendi terdiam.
“Boleh tak?”
“Tapi Rul!!! Puan
dah amanahkan ko, takkan ko nak aku pergi! Lagi pun clieant yang ko nak jumpa
ni bukan kliean biasa… dia kliean penting tau!!! Aku tak nak nanti sebab aku,
syarikat rugi” beritahu Fendi.
“Tapi macam mana
ngan mama aku? Aku risau! Lagi pun papa aku sibuk dengan projek besar dia tu”
“Kat umah ko kan
ramai orang… ko jangan la nak bebankan diri ko dengan masalah sekecik ni, mama
ko mesti suruh ko pergi kalau dia tahu… lagi pun mama ko tu dah ok! Dia dah
sihat pun.. kalau ko risau sangat, masa ko gi sana biar aku tengok-tengokkan
mama ko tiap-tiap hari and inform kat ko… setuju” Khairul melepaskan keluhan
kecil. Berat hatinya ingin meninggalkan ibunya yang baru keluar dari hospital
seminggu lepas kerana menjalankan pembedahan buah pinggang.
“Ok!!! But ko
kena janji ngan aku yang ko akan tengok mama aku hari-hari! Jangan miss satu
hari pun!” Fendi mengangguk. Khairul tersenyum. Dia tahu Fendi sememangnya
boleh diharap. Dia mengenali Fendi sejak dari sekolah menengah lagi, selepas
cintanya ditolak oleh Damia. “Sebab nilah aku sayang ko…”
“Ko ni apa hal?
Hello aku dah berpunya ok!!! Lagi pun aku tak jalinkan hubungan songsang ni…”
spontan Khairul menonjolnya kepala Fendi.
“Kepala hotak ko…
ko ingat aku ni apa? Gigolo? Gay? Aku masih berpegang kuat pada agama la…”
Fendi ketawa kecil.
“Teruk sangat ke
aku ni? Sampai cam tu sekali ko fikir tentang aku”
“Ala relax arr
Rul… aku main-main je, ko nyer pasal jugak yang ko cakap benda-benda merepek tu
asal?”
“Dah la… keluar
sana! Ko tak de keje lain ke? Suka menyibuk hal orang” halau Khairul. Kalau
dibiarkan Fendi lama-lama disitu, boleh stress dia dibuatnya.
“Ye la ye la… aku
keluar ni, nak lepak kejab pun tak leh!!!” Fendi melangkah keluar dari bilik
Khairul sambil membebel sendiri.
***
2 minggu berlalu, sepanjang ketiadaan Khairul di Malaysia keadaan Datin Masitah semakin baik. Fendi juga tidak pernah lupa untuk melaksanakan amanah yang ditinggalkan untuknya. Sebaik sahaja tiba dirumah Khairul terus mencari Datin Masitah.
“Mama…” Khairul
memeluk erat Datin Masitah yang sedang masak dari belakang.
“Eh! Anak mama…
bila balik ni? Tak dengar orang masuk pun” tanya Datin Masitah. Dia memegang
kedua-dua pipi Khairul.
“Tu la…orang dah
bagi salam tak dengar,”
“Ni balik naik
apa ni?”
“Naik teksi…”
“La kenapa tak
telefon Pak Hamid?”
“Mama… kesian Pak
Hamid, hari ni kan hari minggu biarlah dia rehat lagi pun Arul nak buat suprice
tuk mama” Datin Masitah tersenyum. Beruntung dia melahirkan Khairul, baik
orangnya dan mengambil berat tentangnya.
“Ni la anak mama…
hah Rul… semalam ada kawan kamu datang, cantik molek orangnya, katanya kawan
sekolah menengah kamu dulu” beritahu Datin Masitah. Tawa dibibir Khairul
hilang.
“Kawan sekolah
menengah? Perempuan?” Datin Masitah mengangguk. “Namanya sapa ma? Arul memang
tak ingat langsung la… lagi pun Arul ramai kawan perempuan dulu” tanya Khairul
ingin tahu.
“Nama dia Damia
…”
“Damia!!! Untuk
apa dia datang ma?” tanya Khairul pelik. Tiba-tiba kenangan dia bersama Damia
mula beterbangan dia kotak fikirannya. Gadis pertama yang menolak cintanya
kerana dia kaya. Kalau difikirkan sememangnya tidak masuk akal, tapi Khairul
tidak mampu memaksa Damia untuk menerima cintanya. Dia juga seorang gadis yang
polos, lurus dan gadis pertama yang berjaya mengetuk hatinya.
***
“Hei budak baru…
sini sekejab!” panggil Khairul. Damia hanya menurut.
“Nah amik kerja
rumah ni, ko buat! Esok aku tahu ko dah siapkan kerja ni… kalau tak, tahu la
apa aku nak buat” kata Khairul sambil mencampakkan kerja rumah kepada Damia.
Damia mengutip buku-buku yang terjatuh dilantai.
“Khairul! Ko ni
kenapa hah! Suka sangat buli budak baru!!! Aku tahu la ko tu anak Dato’ tapi
buat-buat bertaubatlah… nah amik balik homework ko ni! Buat sendiri…” Marsha
mengambil buku-buku yang berada ditangan Damia dah menghentakkannya diatas
meja.
“Hei Marsha!! Ko
kalau tak sibuk hal aku tak leh ke?”
“Masalahnya ko
membuli, takkan aku nak senyap aje…” Damia hanya melihat Khairul dan Marsha
bertikam lidah.
“Hello! Aku nak
membuli ke nak apa ke, tu hak aku… ko jangan campur, lagi pun benda ni harus
dilalui oleh budak baru cam dia ni…” Khairul memandang tepat kearah mata Damia.
Damia terus tunduk. “Aku tengok dia ni sengal, sengal aje… so why not aku suruh
dia buat kerja aku and we look kebijaksanaan dia sampai boleh masuk sekolah
ni..”
“Apa pun alasan
ko… aku tak peduli! Yang penting kalau ko nak buli Damia! Ko harus berdepan
dengan aku dulu…” amaran diberi kepada Khairul. Dia hanya tersenyum mendengar
amaran Marsha.
“Hari ni ko
lepas… next time, jangan harap” Khairul menhentak mejanya dan terus berlalu
dari situ.
“Hai saya Marsha…
selamat datang kesini” kata Marsha sambil menghulurkan salam perkenalan.
“Saya Damia,
terima kasih…” Damia menyambut baik salam Marsha sambil tersenyum.
“Mesti awak
terkejut pasal tadikan!” Damia mengangguk.
“Tak payah la
risau… selagi saya ada kat sini, selagi tu Khairul takkan apa-apakan awak, dia
memang cam gitu… suka buat benda-benda cam ni, duduk la dulu… kita kenal-kenal”
ajak Marsha.
“Ermm… bukannya
saya tak nak tapi saya ada hal, saya kena balik awal…”
“Kalau macam tu
tak pe la… next time kalau awak ada masa kita berbual panjang…”
“Saya balik
dulu…” Damia terus mengambil beg sekolahnya dan berlari anak meninggalkan
Marsha. Marsha hanya tersenyum melihat kelakuan Damia.
“Hoi budak! Mari
sini ko…” panggil Khairul. Damia terhenti. Matanya melihat Khairul yang sedang
memeluk tubuh dan menyandar di pagar sekolah.
“Saya ke?” tanya
Damia sambil menunjuk kearah dirinya.
“Ada orang lain
ke kat sini?” Damia melihat sekeliling sememangnya tiada budak lain selain
rakan-
rakan Khairul yang setia.
“Kat sebelah awak
tu bukan orang ke?”
“Ko ni memang
suka cari pasal ngan aku kan!!! Takkan aku nak panggil kawan-kawan aku kalau
dia orang ni dah kat sebelah aku… and ko ni pandai menjawab eak!!! Untung ko
tadi Marsha tolong, tapi sekarang jangan harap… amik ni, and siapkan!!!” Kamal
memberi kerja rumah Khairul kepada Damia.
“Kalau saya buat
kerja rumah awak ni, boleh tak awak jangan gaduh-gaduh dengan Marsha lagi?
Sebab dia baik, saya tak nak dia kena tindakan disiplin sebab gaduh dengan
awak…” tanya Damia. Khairul tersenyum.
“Kita tengok!!!
Kalau kerja ko bagus… aku takkan gaduh dengan singa betina tu, tapi kalau tak!
Aku akan buat singa betina tu merana”
“Kalau macam tu,
saya akan buat apa yang awak suruh… tapi… awak janji yang awak tak bagitahu
Marsha yang saya tolong awak” Khairul ketawa.
“Ko lah orang
first yang pandai nak berurus niaga ngan aku… tapi aku suka!”
***
“Kamu
termenungkan apa tu? Jauh sangat mama tengok! Kamu kenal ke Damia tu?” tanya
Datin Masitah.
“Mana tak
kenalnya mama… kawan baik Arul dulu masa sekolah, dia datang kenapa?”
“Dia tengok mama,
katanya dia dengar mama baru lepas pembedahan sebab tu la dia datang tengok
mama lepas datang Malaysia. Dia tak keje kat sini, yang dia bagitahu mama
semalam dia jadi fesion design kat Paris…” beritahu Datin Masitah.
“Mama… mama ni
tak salah orang ke? Damia yang Arul kenal dia tak pandai berfesyen… and dia ni
lurus, kalau orang cakap A ke A la dia… and bila orang cakap Z ke Z la dia,
takkan dia designer kat Paris?” Khairul tidak mempercayai kata Datin Masitah.
“Arul… setiap
orang akan berubah, macam Arul… masa kat sekolah dulu Arul ni suka buli orang,
kaki perempuan, dan sosial… now! Arul mama… dia baik hati, tak bangga-banggakan
harta papa, dan macam-macam lagi la… yang penting dah berubah 100% dari Arul
yang mama kenal dulu” Khairul tersenyum mendengar kata-kata Datin Masitah.Kalau
mama nak tahu… Damia Maisarahlah yang ubah sikap Arul sebelum ni, dialah yang
membuka mata Arul yang kita tidak boleh bangga-banggakan apa yang kita ada
sekarang, sebab benda ni takkan berkekalan… dan duit tidak boleh buat beli
cintaIngin sekali Khairul mengungkapkan kata-kata itu tetapi dia tidak
mampu.“Tapi mama tengok dia manis orangnya… kalau jadi menantu mama mesti
seronok” sengaja Datin Masitah mengatakan tentang itu kerana usia anaknya itu
bukanlah muda lagi.
“Yela tu mama…
simpan aje la hasrat mama tu dalam hati, Arul dah 8 tahun tak jumpa dia… kalau
mama nak tahu, dialah gadis yang selalu Arul buli dulu kat sekolah menengah…
takkan sekarang nak jadi isteri Arul lak… mesti dia serik jumpa Arul lagi,
takut kena buli cam dulu” kata Khairul. Datin Masitah ketawa kecil.
“Orang dulu kata…
kalau kita suka bergaduh dengan orang tu lama-lama gaduh tu bertukar jadi
cinta, nak tahu sebab apa?” Khairul mengangguk.
“Sebab kita
hari-hari nampak dia, hari-hari kacau dia, hari-hari dengan dia… dan kita
nampak kejujuran dia, kasih sayang dia, sifat baik dia… secara tak langsung dia
akan menjadi sebahagian dari hidup kita, jadi bila dia hilang dari mata kita…
kita akan rindukan dia, dan rindu itu akan menjadi cinta” terang Datin Masitah.
“Habis tu kalau
orang yang membuli, tapi macam mana pula orang yang kena buli?”
“Sebab yang sama…
cuma dia akan rindu bila tak de orang ganggu dia, sebab tu dia akan datang
mencari orang tu atau dia lupakan orang tu dan mulakan hidup baru”
“Ma! Kalau Arul
cakap yang Arul berubah sebab Damia! Mama percaya?” tanya Khairul takut-takut.
Datin Masitah tersenyum.
“Bagus la kalau
macam tu, sekurang-kurangnya mama tahu yang Damia sorang aje la yang boleh
merubah perangai anak mama sorang ni kepada anak yang soleh! Mama bangga
sangat” beritahu Datin Masitah. Khairul tersenyum pahit.
***
“Assalamualaikum…”
kedengaran seseorang memberi salam.
“Waalaikumussalam…”
Datin Masitah menyambut salam itu. Dia berlari anak menuju kearah pintu.
Kelihatan Damia sedang berdiri dihadapan pintu pagar. “Eh! Mia! Mari masuk…”
jemput Datin Masitah sambil membuka pintu pagar.
“Apa khabar mak
cik?” Damia menyalam tangan Datin Masitah.
“Mak cik khabar
baik! Kenapa datang tak bagitahu dulu? Kalau tak mak cik boleh siap-siapkan
makanan untuk Mia…” Damia tersenyum.
“Tak payah
susah-susah la Mak Cik… lagi pun Mia datang ni bukan lama pun, Mia just nak
minta diri… sebab flight Mia petang ni” beritahu Damia.
“La… kenapa cepat
sangat? Tak sempat nak jumpa Khairul pun…”
“Tak pe la mak
cik, kalau ada jodoh nanti kita orang jumpa la…” kedengaran Datin Masitah
mengeluh. Kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan banglo Datin Masitah.
Cepat-cepat Datin Masitah bangun untuk melihat gerangan yang pulang.
“Eh! Anak mama
dah balik, meh sini! Ada Mia ni…” Datin Masitah menarik lengan Khairul agar
mempercepatkan langkahnya memasuki rumah.
“Mia!” mereka
berdua bertentangan mata. Masing-masing terkaku.
“La… apa berdiri
kat sini… meh le duduk sama ngan Mia kat sini… petang ni dia dah nak balik”
beritahu Datin Masitah.
“Balik? Kenapa
cepat sangat?”
“Sebab saya ada
kerja yang tak dapat dielakkan,” Damia memberi alasan.
“Tapikan kita
baru jumpa! Takkan awak dah nak balik?” tanya Khairul spontan. Damia hanya diam
dan tidak menjawab pertanyaan Khairul.
“Dah! Dah! Mia!
Jom makan dulu sebelum balik… kebetulan tadi mak cik ngan Bik Ani tengah masak
tadi” ajak Datin Masitah.
“Tapi mak cik!”
“Tak ada
tapi-tapi, nanti bila Mia dah balik Paris… entah bila lagi mak cik boleh jumpa
Mia lagi” Datin Masitah mencari alasan agar Damia dan Khairul dapat meluangkan masa bersama. Damia memandang Khairul dan Datin Masitah. Khairul berharap agar Damia menerima pelawaan mamanya itu. Dia tidak mahu kehilangan Damia lagi. Pemergian Damia dahulu cukup memedihkan hatinya.
"Tapi mak cik... Mia takut menganggu Encik Khairul rehat" kata Damia lembut tetapi penuh dengan kritikan sambil memandang kearah Khairul.
"Tak ada la... Arul berbesar hati kalau Mia dapat makan kat sini" pujuk Datin Masitah lagi sambil menyenggol bahu Khairul. Khairul tersedar dari lamunannya.
"Arul!"
"Apa!?"
"Pujuk la Mia makan kat sini" Khairul memandang kearah Damia.
"Tak pe la mak cik! Mia nak balik dulu" Damia terus bangun untuk menyalam Datin Masitah.
"Mia! makan la kat sini... kita baru jumpa, banyak benda yang saya nak berbual dengan awak" kata Khairul.
"Next time ok! Mia betul-betul ada hal"
"Tapi!"
"Mak cik! Mia janji bila Mia balik Malaysia lagi... Mia datang jumpa mak cik" Damia cuba menolak pelawaan Datin Masitah dengan cara baik. "Atau mak cik aje datang Paris jumpa Mia kat sana sambil tu boleh la kita jalan-jalan and Mia akan tunjukkan mak cik Paris" cadang Damia. Kedengaran keluhan dari Datin Masitah. "Mak cik..."
"Mak cik faham Mia.. bila-bila Arul free nanti kami akan datang melawat Mia kat Paris" Damia tersenyum. Lega hatinya apabila Datin Masitah memahami dirinya.
"Mia minta diri dulu..." Damia segera menyalam Datin Masitah dan menghadiahkan senyuman kepada Khairul. Datin Masitah hanya melihat sahaja Damia pergi dengan perasaan hampa.
"Kenapa tak halang Mia pergi?" tanya Datin Masitah apabila kelihatan Damia hilang. Dia sebenarnya masih terkejut dengan perjumpaan yang tidak dirancang itu. "Arul dengar tak apa yang mama tanya ni?" tanya Datin Masitah lagi apabila Khairul tidak memberi sebarang tindak balas keatas pertanyaannya.
"Apa ma?"
"Kamu dengar tak mama tanya apa?"
"Maaf ma... Arul tak dengar" jawab Khairul jujur. Datin Masitah menggeleng sambil tersenyum. "Ma! Apa yang mama rasa Arul patut buat?" tanya Khairul tiba-tiba.
"Apa kata hati kamu tu?"
"Entah la ma! Arul pun tak tahu, yang penting Arul tak nak kehilangan dia buat kali kedua atau untuk selama-lamanya... Arul nak dia sentiasa dengan
Arul" luah Arul.
"Itulah namanya CINTA!!!"
"CINTA!!!"
"Ya sayang... Cinta! Itulah namanya cinta, dah banyak yang mama tempuhi dari dulu sampai sekarang, dah banyak garam mama makan dari kamu, sebab tu la mama boleh tahu apa itu cinta" terang Datin Masitah.
"Habis tu apa yang patut Arul buat?"
"Kejar cinta tu..."
"Tapi kalau tak berjaya macam mana?"
"Belum cuba belum tahu"
"Thanks mama... sekarang Arul akan cuba kejar cinta Arul tu" Khairul terus pergi untuk mencari Damia.
Jangan tinggalkan aku Damia... aku tak sanggup kehilangan kau lagi
Hatinya menjadi resah. Fikirannya kini hanyalah untuk mencari Damia. Tiba-tiba dia ternampak kereta Damia terdampar ditepi jalan. Hatinya tertanya-tanya. Segera dia memberhentikan keretanya dibelakang kereta Damia. Dia berlari anak mendapatkan Damia.
Kelihatan Damia sedang meletakkan kepalanya distreng.
"Mia! Mia! Awak ok tak?" tanya Khairul sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta Damia. Damia tidak memberi sebarang respond. Ianya membuatkan hati Khairul menjadi gelisah "Damia!" Khairul cuba membuka pintu kereta Damia tetapi tidak berjaya kerana telah terkunci dari dalam.
Please... don't make me like thisKhairul mengambil kayu yang tidak jauh dari situ dan memecahkan cermin kereta Damia. Damia terkejut akan perbuatan Khairul itu.
"Apa yang awak buat ni?"
"Habis saya ketuk-ketuk awak tak jawab, saya ingat awak pengsan tadi... sebab tu la saya pecahkan cermin ni..." kata Khairul. Khairul melihat wajah Damia yang sembab. "Awak nangis ke?"
"Apa awak kisah!"
"Mestilah saya kisah, kalau ada apa-apa terjadi pada awak saya yang risau"
"But why?" tanya Damia pelik.
***
“Ko rasa
apa yang ko buat ni betul ke?” tanya Sakinah. Dia takut jika Damia salah
memilih jalan.
“Aku
yakin…”
“Tapi macam
mana kalau ko jumpa dia and dia dah khawin… apa ko nak buat?”
“Itu aku
tak tahu… aku kena selesaikan hal ni atau aku tak akan tenang! Aku tak nak
hidup dalam kepura-puraan dan tanda tanya, aku tak nak menyesal dengan apa yang
aku pilih… aku tak kisah walaupun aku tahu yang aku bakal disakiti tapi,
biarlah aku puas dengan keputusan aku” terang Damia. Sakinah melepaskan
keluhan. “Sebab tu walau apa pun yang aku lakukan, aku nak ko sentiasa sokong
aku…”
“I will… I
always support you, I love you Mia…” mereka berpelukan. “Tapi aku tak sanggup
tengok ko dikecewakan! Aku takut kalau…” Sakinah tidak dapat menyudahkan
kata-katanya.
“Aku tahu
apa yang ko fikirkan… tapi percayalah yang aku takkan buat perkara-perkara yang
bertentangan dengan agama, aku masih waras”
“Aku tahu…
tapi hati aku berat nak lepaskan kau pergi” beritahu Sakinah.
“Ko percaya
aku?” Sakinah mengangguk. “Dah berapa lama ko kenal aku?” tanya Damia lagi.
“Sejak ko
pindah sini…”
“See! Dah 8
tahun aku pindah sini, dan selama 8 tahun tu jugalah ko kenal aku… so I want
you to trust me for this time only” Sakinah mengeluh. Damia memegang bahu
Sakinah. “Kin! Bukan aku nak ketepikan ko sebagai best friend aku… tapi aku
janji! Semua yang terjadi kat aku bila kat sana nanti aku akan report kat ko”
Damia cuba meyakinkan Sakinah dengan keputusannya.
“Betul?” Damia mengangguk. “Ok! Tapi jaga diri baik… kalau ada apa-apa bagitahu aku, kalau tak jangan terkejut kalau aku muncul depan mata ko nanti”
“Ye la
sayang… aku bukannya nak pergi mana pun, tanah air aku juga…”
“Itu aku
tahu… tapi ko dah tak ada sapa-sapa kat sana, itu yang aku risau”
“Kan ko dah
bagi alamat sedara ko kat sana, nanti aku duduk sanakan! Don’t worry I will
fine!” Damia mencapai beg pakaian yang berada ditangan Sakinah. Dengan berat
hati Sakinah menyerahkannya. Mereka berdua berpelukan.
“Take
care…” Damia tersenyum. Bahagia hatinya apabila ada kawan yang begitu memahami
dan mengambil berat tentangnya.
“I will
miss you”
“Bye…”
Aku doakan agar ko kecapi kebahagian dengan apa yang ko lakukan
Doa
Sakinah.
***
“Please…
awak buat saya risau,”
“Stop it
Encik Khairul! Kenapa awak nak risau saya ni bukan sapa-sapa awak dan awak tu
bukan sapa-sapa saya! Kenapa awak nak risau sangat? Look! Cermin kereta ni dah
pecah, macam mana saya nak explain dengan Kak Huda!” Damia menggunakan cermin
itu sebagai alasan apabila tiba-tiba hatinya terusik dengan kata-kata Khairul.
“Sapa kata
awak bukan sapa-sapa saya?!”
“What do
you mean?”
“Kalau awak
nak tahu, awak lah penyebab saya jadi macam ni sekarang… saya nak awak
bertanggungjawab atas apa yang dah awak lakukan… jangan nak berdalih” kata
Khairul tiba-tiba serius.
“Apa yang
saya dah buat dekat awak? Saya ada buat salah dengan awak ke?” Damia
tertanya-tanya dengan maksud perkataan Khairul.
“Awak tahu
tak yang saya sekarang ni hidup dalam kesedihan, awak buat hidup saya seratus
peratus berubah! Saya dah hormat orang lain! Saya jaga hati orang lain! Saya
dah tak membuli! Saya hormat mama saya! Saya bukan saya yang dulu lagi…”
“Ok la tu!
Sekurang-kurangnya awak dah berubah kepada yang lebih baik… apa lagi yang awak
tak puasa hati!? Apa yang awak kurang?” Tanya Damia ingin tahu. Dia rasa apa
yang dikatakan oleh Khairul itu adalah perkara baik tetapi kenapa Khairul
memintanya bertanggungjawab.
“Baik awak
kata! Lepas saya dengar kata-kata awak selepas awak tolak saya masa tu, saya
sedar yang saya tak perfect, saya sedar yang saya banyak kekurangan, saya nak
berubah! Tapi saya tak tahu macam mana, saya jumpa dengan semua orang yang saya
pernah buli and saya minta maaf! Tapi mana awak masa tu? Bila saya perlukan
seseorang untuk menyokong saya, dia tak de! Tapi sekarang bila dia depan mata
saya takkan saya nak biarkan dia pergi untuk kali kedua? Saya nak
dia pimpin saya supaya menjadi insan yang soleh! Insan yang boleh memimpin
keluarga… tapi saya tak boleh lakukan semua tu sorang-sorang, saya perlukan
teman” beritahu Khairul kepada Damia. Damia masih terdiam dan khusyuk mendengar
kata-kata Khairul. Dia tak tahu ingin katakan apa. Sebenarnya dia masih tak
faham kenapa Khairul ingin memberitahu perkara itu kepadanya.
“So! Awak
nak saya buat apa?”
“Awak tak
faham ke apa yang cuba saya maksud kan?” Damia menggeleng. “ Penat ajelah
bermadah dengan awak ni.. ingatkan dah jadi pereka designer kat Paris dah
bijak! Rupanya masih sama aje…” kata Khairul selamba.
“Eh! Awak
ni sebenarnya nak apa? Kalau setakat nak cari gaduh ngan saya, tak payah la nak
cari saya sampai kesini”
“Saya cari
awak sebab bersebab! Bukannya suka-suka! Ini antara hidup dengan mati saya tau
tak!”
“Apa pulak
kena mengena hidup mati awak dengan cari saya kat sini?”
“I love
you!” Damia terdiam. “Kenapa awak diam? Cakaplah something” tiba-tiba Damia
menangis. “ Kenapa awak nangis ni? Saya ada cakap apa-apa yang menyakitkan hati
awak ke? Janganlah nangis…” Khairul cuba memujuk Damia. Dikesatnya air mata
Damia.
“Kenapa
saya? Kenapa baru sekarang awak nak cakap? Kenapa dulu awak tak halang saya
pergi? Kenapa awak buat saya terseksa kat sana? Kenapa awak tak pernah berusaha
dapatkan saya? Kenapa awak tak cari saya? Awak tahu tak saya rindukan awak?
Awak tahu tak yang saya…” Damia tidak dapat menyudahkan pertanyaannya.
“Sebab
awaklah satu-satunya gadis yang boleh menyentuh hati saya,tapi saya minta maaf
sebab saya tak tahu nak cari awak kat mana, saya tak halang awak sebab saya
hormat keputusan awak, tapi betul ke awak rindu saya?” Damia mengangguk. “Tapi
saya apa?”
“Saya…
saya… saya cintakan awak” Khairul memandang Damia tanpa berkelip-kelip.
Benarkan apa yang didengarnya itu? Benarkan Damia juga menyimpan perasaan
kepadanya? Ikutkan kata hatinya ingin sahaja dia memeluk Damia tetapi bila
diingatkan hukum agama, dipendamkan sahaja.
“Terima
kasih cinta…” mereka berdua sama-sama tersenyum.
“Habis
cermin ni macam mana? Macam mana saya nak pergi airport?” tanya Damia
tiba-tiba.
“Awak masih
nak balik Paris ke? Habis macam mana dengan saya?” tanya Khairul ingin tahu.
Kenapa Damia masih dengan keputusannya ingin ke Paris.
“Saya masih
ada ibubapa...” kata Damia sambil tersenyum.
“Ok! But
biar saya hantar awak pergi airport tu nanti…”
“Thanks
again sayang…” Damia hanya mengukirkan senyuman apabila mendengar kata-kata
Khairul itu. Kini dia yakin bahawa keputusan yang dibuatnya tidaklah sia-sia.
Buktinya kini mereka berdua bersama.