12.11.12

9~Berakhirnya Sebuah Dendam


Hujan lebat membuatkan pokok-pokok disekeliling villa Maria bertiupan dan ada yang tumbang. Suasana cukup membuatkan seorang wanita ketakutan bila berseorangan. Maria mengemaskan dirinya setelah selesai mandi. Kedengaran bunyi ketukan pintu beberapa kali ketika dia sedang mandi. Dia segera melihat siapa yang datang, maklumlah rumahnya terpinggir sedikit dari jiran-jiran. Kelihatan pintu rumahnya terbuka.

“Macam mana pintu ni boleh terbuka? Seingat aku tadi aku tutup…” kata Maria pada dirinya. Tiba-tiba bahunya dicuit oleh seseorang. Terkejut dibuatnya. Rupa-rupanya Pak Man tukang kebunnya.  “Oh Pak Man ingatkan sapa tadi… Bukan Pak Man kata nak balik jenguk Mak Limah? Bila Pak Man balik? Mak Limah macam mana?” bertalu-talu soalan diajukan kepada Pak Man namun satu pun tidak berbalas. Lelaki separuh abad itu mendekati Maria sambil tersenyum. Entah mengapa Maria tidak berapa senang dengan keadaan begitu. Dah la suaminya keluar kota kerana urusan kerja. Sekarang dia berdepan dengan Pak Man yang sememangnya dingin dengan sejak dia berkhawin dengan suaminya 2 bulan lalu. Tiba-tiba Pak Man memeluk Maria.

“Apa ni Pak Man! Saya ni isteri orang la… sedar la sikit!” Maria cuba melepaskan diri dari pelukkan Pak Man. Geli sebenarnya apabila lelaki yang sebaya dengan ayahnya memeluknya dengan bernafsu. Disitu baju Maria dikoyakkan dan dia dirogol. Kelihatan Maria tersedu-sedu menangis selepas apa yang Pak Man lakukan terhadapnya.

“Aku bunuh ko!”

“Apa saya peduli… sekarang ni tak ada sesiapa dekat sini hanya saya dengan Puan sahaja, apa sahaja yang saya lakukan terhadap Puan takkan ada orang tahu kecuali Puan yang hebohkan… kalau Puan nak selamat baik Puan senyap!” ugut Pak Man setelah selesai melakukan tugasnya. Maria teresak-esak menangis mengenangkan apa yang Pak Man telah lakukan terhadapnya.

“Setan ko!” bertalu-talu Pak Man diserakah Maria.

“Baik ko senyap!”

“Aku akan pastikan ko takkan selamat…” kata Maria sambil membaling pasu bunga.

“Ko memang sengaja nak cari pasal dengan aku…” dipukulnya Maria berulang kali sehinggakan dia tidak bernyawa. Pak Man yang ketakutan melihat Maria di terus membungkus Maria menggunakan karpet yang berada disitu dan dibuang Maria kedalam perigi belakang rumah.

***

“Mana Zack ni? Dah lambat ni… nanti sampai malam kang” bebel Krisnan sambil memerhati jalan dihadapannya mengharap kemunculan Zack.

“Macam ko tak biasa pulak Kris! Mestilah si Zack tu ngan Tina… kalau tak dia takkan lambat macam ni la…” beritahu Dani.

“Hah! Tu dia orang!” kata Balqis sambil menunjuk kearah kereta Zack yang sedang mendekati mereka.

“Hai gangs sorry lambat tadi ada masalah sikit” sapa Zack sebaik sahaja dia berhenti.

“Lambat sangat la ko ni Zack! Janji kol berapa sekarang dah pukul berapa!” bebel Krisnan. Dia teruja dengan percutian kali ini. Dia hendak melepaskan tekanannya setelah berhempas pulas belajar untuk peperiksaan sebelum ini.

“Relax arr bro… asal ko tak menyabar lak! Terlebih sudah… dah jangan ko nak membebel kat luar tu, masuk! Kang lambat pula” arah Zack kepada Krisnan yang asyik membebel tentang Zack. Sememangnya Krisnan terkenal dengan mulut murainya mengalahkan perempuan.

“Qis! Masuk dulu… beg ni biar aku yang masukkan…” kata Dani lembut sambil mengambil beg pakaian Balqis. Balqis hanya menurut. Zack hanya melihat sahaja perbuatan mereka berdua. Sebenarnya Zack sudah lama menyimpan perasaan terhadap Balqis tetapi Balqis tidak pernah melayannya dan menganggapnya sebagai kawan sahaja. Mereka berlima bertolak ketempat yang mereka ingin tuju Villa Maria.

Mereka semua tidak mengetahui tempatnya dan hanya berpandukan peta. Setiba disebuah pekan mereka kebuntuan.


"Mana tempatnya ni B?" tanya Tina.

"Mana la I tahu... wei Kris! ko geti tengok peta tak? Tah pelusuk mana je ko bawak kita orang ni..." tanya Zack. Krisnan berusaha mencari jalan ke Villa yang hendak mereka tuju itu.

"Kita tanya orang sini aje la... manalah tau tempatnya dekat-dekat sini" cadang Dani apabila melihat ketegangan antara Zack dan Krisnan.

"Sapa nak pergi tanya? Kalau aku jangan harap ok!"

"Biar aku aje yang pergi tanya... tu ada Pak Cik tu berhenti!" arah Dani. Dani segera turun apabila kereta yang dipandu Zack itu berhenti disebelah Pak Cik itu. "Assalamualaikum... saya Dani! Nak tumpang tanya sikit... ermm Pak Cik tau tak Villa Maria dekat mana?" tanya Dani sopan.

"Ooo Villa tu... Pak Cik tau sangat! tapi kenapa nak pergi sana?"

"Ooo… saya dengan kawan-kawan saya ada terbaca tentang Villa tu... jadi kami semua ni bercadang nak tenangkan fikiran dekat sana, kalau macam tu Pak Cik boleh tunjukkan arahnya?"

"Kamu terus... nanti nampak satu lorong masuk, dekat dalam tu la tempatnya" beritahu Pak Cik itu.

"Terima kasih Pak Cik..."

"Sama-sama... tapi jaga-jaga" pesan Pak Cik itu. Dani hanya tersenyum dan menganggapnya sebagai gurauan orang kampung bagi pelancong seperti mereka ini. Mereka semua meneruskan perjalanan dan tiba ketempat yang mereka tuju. Villa Maria tersergam indah walaupun terpisah dari kampung.

"Lawanya B..." puji Tina sebaik sahaja dia terlihat Villa itu. Bukan hanya Tina sahaja tetapi mereka semua. Krisnan segera turun apabila Zack memberhentikan keretanya.

“Pandai la ko pilih tempat Qis! Lawa betul la…” Balqis hanya tersenyum mendengar pujian Krisnan. Dia pun baru pertama kali melihat tempat secantik itu. Tempat yang dicadangkan oleh Fauzana teman sekuliahnya.

“So sweet B…” Tina mencium pipi Zack.

“Hoi apa korang buat ni? ni tempat orang tau jangan nak berperangai tak senonoh!” marah Dani apabila melihat kelakuan Tina dan Zack.

“Relax arr Dan! Kita orang main-main aje… kata nak realize tension”

“Banyak la ko… dosa tetap dosa”

“Dani! Ko tengok sungai tu… lawanya” kata Krisnan sambil menunjuk kearah sebatang sungai yang tidak jauh dari situ.

“Assalamualaikum…” sapa seorang lelaki separuh abad.

“Waalaikumussalam…”

“Pak Cik orang yang jaga rumah ni… kamu semua nak menyewa dekat sini ke?” mereka semua mengangguk. “Saya Pak Man… Kalau macam tu ikut saya” mereka semua hanya menurut.

“Pak Cik rumah ni memang susah nak cari eak! Kalau tak tanya orang kampung mesti tak jumpa” kata Dani cuba beramah dengan Pak Man.

“Memang la… villa ni terpencil sedikit! Sebab isteri Tuan villa ni dulu sukakan ketenangan dan alam, jadi dia bina villa dekat sini walaupun terpencil sedikit”

“Mana owner rumah ni sekarang?” lelaki itu hanya senyap .

“Dani! Ko ni banyak tanya la… kesian pak cik tua tu nak menjawap” tegur Zack kasar.

“Hei Zack! Ko boleh tolong hormat Pak Cik ni sikit tak!”

“Ko ni macam atuk ko tau tak Dani! Dari tadi asyik nak membebel aje… bosan aku! nasib baik la ko tu kawan Balqis kalau tak jangan harap aku nak ajak ko bercuti dekat sini” omel Zack perlahan.

“Apa gaduh-gaduh ni… kita datang sini kan nak happy-happy! Tak best la kalau gaduh-gaduh…” sampuk Balqis apabila dia tidak tahan melihat Dani dan Zack asyik bertengkar.

“Qis! Relax arr ni hal dia orang, kita tak payah la nak masuk campur… ko gi amik beg sana! Pak Cik ada berapa bilik kat sini?”Balqis hanya menurut sahaja arahan Tina dan Dani menolongnya.

“Tiga!”

“Perfect!”

“Qis! Asal Qis tak pernah bantah arahan Tina?” tanya Dani apabila Balqis terlalu lurus bendul.

“Tak tahu… maybe sebab Qis malas nak lawan kot! Atau sebab Qis takut!”

“Scary for what?” Balqis hanya mengangkat bahunya kerana tidak tahu. Dia berkawan dengan Tina sejak dari bangku sekolah lagi. Tina adalah kawan baiknya. Baginya kebahagian Tina adalah kebahagiannya. Dia tahu bahawa Zack mempunyai perasaan terhadapnya tetapi dia tidak pernah melayan karenah Zack kerana dia setia kepada sahabatnya itu.

“Jom la kita bawa beg ni!” Balqis cuba mengubah topik perbualan mereka. Dani tidak berniat hendak mengores hati Balqis tetapi dia tidak tahan melihat Balqis diperlakukan seperti hamba abdi oleh Tina. Mereka berdua melangkah masuk kedalam ruang tamu.

“There you are! Okay we discuss… kat sini ada 3 bilik! Aku and Tina dah bincang yang kita orang nak sebilik! Tak ada bantahan!” bagitahu Zack.

“What! No!” spontan Dani.

“Why? Remember trip ni aku yang bayar so aku nak buat apa pun suka hati aku la…”

“Ko dengan Tina bukan muhrim! Mana boleh tidur sebilik! Are you crazy? Kalau ko nak buat dosa pun janganlah depan aku! Aku tak nak bersubahat dengan ko… dapat dosa je, kalau ko buat tempat lain itu antara ko dengan TUHAN”

“Ya! Kalau Tina sebilik dengan Zack habis tu Qis nak tidur sorang-sorang ke?”

“Kalau takut ko boleh tidur dengan kita orang…” sampuk Krisnan.Balqis terus melarikan diri kebelakang Tina. “Kenapa? Takut aku buat benda bukan-bukan dekat ko!?” Balqis mengangguk. “Hello! Aku percaya karma tau! Aku percaya yang kalau kita buat jahat suatu hari nanti benda tu akan terbalas”

“Ko jangan nak merepek Kris… Qis akan sebilik dengan Tina! Aku tak kisah kalau ko nak mantol or what! Yang penting kalau ko tak nak sebilik dengan aku and Kris, ko boleh tidur dekat bilik lagi satu… kan trip ni ko yang belanja” Zack melemparkan jelingan kepada Dani tetapi dia masih mengikut rancangan Dani kerana tak mahu Balqis bersangka dia ini keras kepala dan sukar dibawa berunding.

Mereka semua pergi kebilik masing-masing dan Zack pula memilih untuk duduk sendirian didalam bilik utama. Sebenarnya dia sudah menrancang untuk membawa Tina seraca senyap-senyap kedalam biliknya.

***

“Dani! Thanks cause help Qis tadi… kalau tak tak tau la macam mana Qis malam ni… thanks again” kata Balqis semasa mereka berdua duduk dibatu disebelah sungai. Permandangan yang indah dan tak mungkin mereka lupakan.

“Harap tempat aje cantik… air pun tak da…  apalah!” bebel Krisnan sambil berjalan kearah mereka.

“Eh tambi! Apa ko bebel tak tentu pasal ni!?” tanya Zack.

“Itu rumahlah… tak ada air, bila aku tanya Pak Cik tu kata dah lama orang tak datang sini itu pasal la bekalan air putus… kalau nak mandi kena amik dari perigi dekat belakang rumah… OMG! Fead up aku macam ni!” beritahu Krisnan.

“Ini la baru namanya trip cintakan alam… kan kita boleh rasa macam mana orang dulu-dulu hidup…” kata Balqis berfikiran positif.

“Jom kita tengok perigi tu” ajak Dani. Mereka semua mengatur langkah menuju kearah perigi yang berada dibelakang Villa Maria itu.

“Tu ke perigi tu?” tanya Zack sambil menunjuk kearah sebuah perigi lama yang tertutup. Mereka semua menuju kearah perigi itu untuk mengenal pasti.

“Ni aje la perigi yang ada kat sini… tapi asal perigi ni tertutup? Pak Cik tu tak tinggal sini ke?”

“Tak kot! Dia kan penjaga rumah ni je… mestilah dia ada rumah lain”

“Dah la jom buka!” Dani dan Zack mengalihkan Zink yang menutupi perigi itu. Tiba-tiba angin kuat melalui mereka sekali imbas.

“Wau kuatnya angin…”

“Eh dah nak magrib dah ni jom masuk” ajak Dani. Mereka semua menurut. Sebenarnya Dani merasakan sesuatu yang aneh tentang perigi itu.

“Ko tak rasa pelik ke dengan perigi tadi? Bila Dani ngan Zack bukak aje perigi tu tiba-tiba aje angin kuat… ama aku pernah cakap kalau angin kuat tiba-tiba tu maknanya ada benda” beritahu Krisnan.

“Ko jangan nak merepek la Kris… mana ada benda-benda macam tu, sekarang ni dunia dah moden la… mana ada hantu!” kata Tina.

“Eh! Kalau ada hantu suruh dia datang jumpa aku… nak juga aku tengok macam mana muka hantu tu… seram ke tidak!” kata Zack riak.

“Ko jangan nak berlagak sangat Zack! Kalau benda-benda tu datang sapa yang susah?” marah Krisnan.

“Merepek…”

“Dah jangan nak bergaduh! Eh! Mana Balqis?” tanya Dani apabila tidak melibat kelibatan Balqis sejak sembahyang magrib tadi.

“Entah! Kena rasuk hantu perigi kot!” kata Tina selamba.

“Mulut tu jangan celupar sangat…” nasihat Dani.

“Habis tu yang tiba-tiba hilang apasal? Orang sibuk berbincang dekat sini dia boleh lak nak buat hal…” kata Tina lagi.

“Makanan dah siap jom makan…” jerit Balqis dari dapur.

“Dia siapkan makan untuk ko tau Tina! Nak mengharap ko memang mati kebulur la kita kat sini” kata Krisnan dalam nada memerli. Tina hanya mencebik. Mereka semua kedapur dan menjamu selera.

***

“Ko nak call sapa tu?” tanya Dani apabila Balqis kehulu dan kehilir mencari ‘line’ telefon.

“Qis nak call Cindy ni, tapi tak ada line pun… dah puas Qis pusing satu rumah” omel Balqis. Dani tersenyum melihat kelakuan Balqis yang padanya comel.

“Kat sini memang susah dapat line, kalau nak dapat line kena keluar sikit” sampuk Pak Man entah dari mana munculnya. Balqis hanya mengangguk tanda faham. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya kedalam kocek seluar.

“Emm Pak Cik kalau saya nak tanya sikit boleh?”

“Apa?”

“Pak Cik tak duduk sini ke? maaf sebab tanya sebab rumah ni tak ada bekalan air, pastu perigi yang Pak Cik katakan tu pun tertutup…” kata Dani.

“Pak Cik memang tak tinggal sini, Pak Cik cuma jaga je rumah ni…” Dani mengangguk tanda faham. “Pak Cik pergi dulu…”

“Dah la Qis! Masuk tidur dulu… dah malam sangat ni” Balqis hanya menurut. Mereka berdua menuju kebilik masing-masing.

“Ko dari mana Dani?”

“Tadi aku amik angin sekejap kat luar…”

“Ooo… dah la jom tidur”

Suasana di Villa Maria menjadi sunyi sepi hanya kedengaran bunyi cengkerik sebagai penyeri malam. Bulan pada malam itu juga tersergam indah menyinari malam hari. Kelihatan Krisnan gelisah diatas katilnya. Badannya berpeluh-peluh. Tiba-tiba dia tersedar. Dia meraup mukanya.

“Apa aku mimpi ni?” tanya Krisnan kepada dirinya mengenai mimpi ngeri yang dialaminya sebentar tadi. Dia bermimpikan seorang wanita berlari-lari ketakutan kerana dikejar seseorang yang tidak jelas wajahnya dan menjerit meminta tolong.

“Hoi! Asal ko ni?” tanya Dani apabila dia tersedar dari lenanya.

“Dan! Aku mimpi buruk! aku nampak ada sorang pompuan nak kena rogol Dan! Dia minta tolong sama aku… macam mana ni? aku rasa tak sedap hati” luah Krisnan.

“Kris! Mimpi tu mainan tidur… tak payah la ko nak fikir sangat, satu lagi! ko basuh kaki tak sebelum tidur tadi?” Krisnan menggeleng. “Patut la… dah pergi basuh kaki sana” Krisnan hanya menurut. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Dani itu. Mimpi adalah mainan tidur. Tapi kenapa mimpi Krisnan seperti benar-benar berlaku? Krisnan kembali tidur apabila dia sudah membasuh kaki. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu memandangnya. Dia membuka matanya untuk memastikan. Fikirnya Dani tetapi sangkaannya silap, kelihatan seorang wanita, bermata merah dan berambut panjang sedang mencangkung diatas almari sambil memerhatikan dia dengan raup wajah yang marah. Tanpa berfikir apa-apa Krisnan terus menjerit ketakutan menyebabkan semua yang berada didalam Villa itu tersedar dan berlari cuba mendapatkan Krisnan. Pintu biliknya diketuk beberapa kali.

“Asal Kris?”

“Ak! Ak! Aku… aku… aku nampak… nam.. nam… nampak hantu!” kata Krisnan gagap. Dia ketakutan. Air matanya mengalir seperti anak kecil. Dani melihat belakang Krisnan tetapi tiada apa-apa.

“Mana ada apa-apa!”

“Tol Dan! Aku nampak perempuan rambut panjang, mata merah, tengah cangkung dekat atas almari itu… dia tengok aku Dan! Aku takut”

“Ko jangan nak kecah sangat boleh tak Tambi? Potong stim arr ko ni, aku baru nak buat projek baik punya pastu ko kacau! Hello ko jangan le percaya benda-benda karut ko tu, ko memang sengaja nak buat trip kita hancurkan!” marah Zack apabila projeknya bersama Tina terhenti apabila mendengar jeritan Krisnan.

“Asal pula aku nak tipu! Aku betul-betul nampak la… Balqis! Ko percaya aku kan?” Balqis hanya mengangguk. Tiba-tiba aje angin kuat menyebabkan tingkap bilik terbuka. “Ko tengok tu!”

“Tak ada apa-apala… tu cuma angin aje…” Dani cuba menenangkan Krisnan. “Qis! Tolong tutup tingkap tu balik…”

“Qis tak nak! Qis takut…”

“Tina tolong!” dengan langkah yang malas Tina menutup kembali tingkap bilik itu.

“Tutup pun susah! Bukannya ko tutup tiba-tiba ada hantu muncul and sergah ko” bebel Tina. Balqis hanya tunduk mendengar omelan Tina itu. Entah kenapa dia berasa takut sekali. Fikirannya mula berfikir bukan-bukan. Krisnan kembali tenang. Nafasnya kembali teratur. Mereka semua kembali kebilik masing-masing.

“Qis! Aku nak gi toilet sekejap… ko masuk la bilik dulu”

“Tapi Qis takut Tina…”

“Penakut sangat la ko ni… kalau takut, ko pergi la bilik Dani tu, mana tau ko dapat ketenangan dari dia, kalau dapat extra lagi bagus plus ngan Kris sekali” kata Tina sambil ketawa. Balqis tidak memahami apa yang Tina katakan. “Dah la… aku pergi dulu” Tina terus meninggalkan Balqis sendirian. Sebenarnya Tina kebilik Zack. Dengan langkah perlahan Balqis melangkah kebiliknya. Dia terus tidur.

“Asal ko tak tidur lagi?”

“Aku ada benda nak buat! Ko tidur la dulu”

“Ko jangan tidur lambat-lambat sangat! Takut benda tu datang lagi” Dani hanya tersenyum dan Krisnan kembali tidur.

Betul ke apa yang Kris cakap tadi? Sebab masa aku tingkap tu terbuka memang aku rasa semacam… ini semua ada kena mengena dengan perigi tu ke? apa ada dalam perigi tu?

Pelbagai pertanyaan bermain didalam kotak fikiran Dani dan pelbagai perasaan aneh yang menyelubunginya semenjak perigi itu terbuka.

“Hai Sweety… you look great today!” Zack terus menerkam Tina dan Tina hanya menjerit kecil. Bukan kerana takut tetapi gembira. Mereka berdua terus bercengkerama bersama didalam bilik Zack sehingga pagi. Mereka tahu tiada siapa yang menyedari perbuatan mereka.

***

“Kris macam mana keadaan awak? Dah ok?” tanya Balqis sambil menghidangkan makanan. Krisnan hanya mengangguk. Dia masih terkedu dengan apa yang baru sahaja dilihatnya semalam.

“Kalau malam ni ko buat hal lagi, siap ko!” amaran Zack.

“Apa kata malam ni kita stay…” cadang Balqis.

“Buat apa?” tanya Tina.

“Ye la… kita pastikan aje pasal semalam…”

“Bagus juga cadangan tu… malam ni kita stay untuk kesahihan perkara tu, tapi kalau ada yang tak nak join tak pe… bukan paksaan” kata Dani mempersetujui cadangan Balqis.

“Aku join!” kata Zack.

“B! kenapa you nak join benda-benda yang tak berfaedah macam ni… kan ada perkara yang lebih berfaedah kita boleh lakukan…” bantah Tina.

“I nak pastikan yang Tambi ni salah… barulah kita boleh tenang sikit”

“So sweet… I’m in to”

“Okey… sekarang semua dah setuju… so sekarang kita nak buat apa?”

“Kita mandi sungai nak? Pastu tangkap ikan sekali… semalam aku tengok itu sungai banyak ikan… nanti kita boleh buat BBQ, apa macam? Setuju?” cadang Krisnan.

“Okey…” siang itu pelbagai aktiviti dilakukan. Tidak kering gusi mereka dibuatnya melihat aksi Krisnan. Sememangnya Krisnan memang pandai menghiburkan kerana itulah dia disenangi ramai walaupun mulutnya mengalah nenek. Selepas seharian berseronok, pada malamnya rancangan Balqis diteruskan. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Seorang demi seorang dari mereka tertidur kerana penat. Namun Dani dan Balqis masih segar menjalankan tugas. Mereka berdua berbual-bual agar tidak mengantuk. Tiba-tiba kelihatan Krisnan tidak senang duduk. Di mula meracau.

“Lepaskan dia! Dasar lelaki jahanam… hoi! Lepaskan dia… hentikan!!!”

“Kris! Kris!” kejut Dani. Krisnan tersedar. Dia mengelap wajahnya yang basah dengan peluh dingin. “Kenapa ni?”

“Aku mimpi benda yang sama lagi Dan! Perkara tu berlaku dekat rumah ni… dekat situ” Krisnan menunjukkan kearah sebuah meja.

“Ko pasti ke?” Krisnan mengangguk. “Kalau macam tu esok kita tanya Pak Cik tu…” mereka mengangguk.

“Dan ko tak rasa something pelik ke tentang rumah ni?” tanya Balqis. Dani hanya mendiamkan diri. Tidak sanggup hendak berbohong dan tidak mampu untuk berkata benar.

“Dah nak pagi ni… ko tidur la dulu biar aku yang berjaga…” arah Dani.

“Biar Qis teman Dani…”

“Tak payah… Qis tidur aje”

“Tapi!”

“Please…” Balqis mengalah. Tinggallah Dani sendirian menjaga mereka semua.

***

“Assalamualaikum Pak Cik! Saya ada benda nak tanya sikit kalau Pak Cik tak keberatan… Saya nak tanya, ada perempuan pernah kena rogol ke kat sini?” Pak Man merenung tajam mata Dani.

“Sapa bagitahu cerita karut tu semua?” tanya Penjaga itu marah.

“Tak ada sapa-sapa bagitahu… tapi kawan saya ada dua malam bermimpi benda yang sama, dia bermimpi ada seorang perempuan dirogol diruang tamu…” beritahu Dani lagi.

“Karut! Ko jangan percaya semua tu”

“Baiklah! Tapi Pak Cik boleh cerita sikit tak tentang Villa ni?”

“Tak ada apa-apa yang nak diceritakan…”

“Kalau macam tu saya pergi dulu” Dani segera meninggalkan Penjaga itu sendiran. Dia tahu semakin banyak lagi soalan yang diajukan kepada Pak Man akan mengundang kemarahan kepadanya.

“Dan ko ada dapat apa-apa tak?” tanya Krisnan sebaik sahaja dia melihat kelibatan Dani. Dani hanya menggeleng. Mereka semua mengeluh hampa.

“Pak Cik tu tak nak bagitahu apa-apa… bila aku cakap aje pasal mimpi Kris tu dia terus mantol! Marah gila… tapi aku rasa ada something yang dia sorokkan pasal Villa ni”

“Qis nak balik…”

“Weh Qis… relax arr, baru macam tu dah nak balik, ko yang ajak trip ni ko nak balik… kita baru sehari kat sini kot! Tak kan nak balik! baik tak payah la…” kata Tina.

“Tapi Qis takut Tina… Qis takut”

“Kita stay semalam dekat sini… esok pagi-pagi kita balik” beritahu Zack.

“B! kitakan baru nak seronok-seronok asal dah nak balik pulak? Ni semua pasal ko la Qis! Terbantut cuti aku… lain kali kalau tak nak ikut tu tak payah la ikut, macam Cindy tu kan senang” marah Tina apabila Zack menyebelahi Balqis.

“Kalau Qis nak balik aku pun ikut balik…” kata Dani pula.

“Aku pun sama…” kata Krisnan pula. Tina melepaskan keluhan dan menarik Zack dari situ.

“Korang tak payah la nak ikut Qis… kesian Tina ngan Zack… Qis boleh amik teksi atau tumpang sapa-sapa balik KL”

“Aku bukannya apa Qis… aku dah tak sanggup mimpi ngeri setiap malam… aku nak balik nak pergi berubat sama atuk aku” beritahu Krisnan lagi.

“Tapi kesian dengan Tina! Dia kesini sebab nak happy-happy, tapi last-last gini jadinya” kata Balqis perlahan.

“Tak pe la… maybe ni bukan peluang kita” mereka semua mengeluh. Mereka saling memandang satu sama lain.

“You ni memang dah tak sayang I, You lebih pentingkan ketakutan Balqis tu dari kebahagian kita! Sapa yang sebenarnya dalam hati You ni sebenarnya ? I or Balqis? Dah lama I perhatikan You, semua kata Qis You ikut… tak ada bantahan pun… tapi bila I cakap ada ye bantahan You… terus terang pada I, Zack! You sebenarnya sukakan Balqis kan!” duga Tina. Zack tunduk. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa dia sememangnya menyintai Balqis . “Thanks for your answer… besok pagi kita balik and jangan berhubung dengan I lagi” Tina terus meninggalkan Zack sendirian. Entah kenapa ego Zack hilang entah kemana. Dia rasa lemah.

“Maafkan I, Tina” kata Zack sambil melihat Tina berlalu pergi. Zack terus melangkah menuju kearah mereka berkumpul.

“Mana Tina?” tanya Balqis.

“Entah! Tadi dia kata nak sendirian… maybe sebab dia tak leh terima kita nak balik sok kot”tipu Zack. Tak mungkin dia akan memberitahu perkara sebenar kepada Balqis.

“Tak guna punya jantan, lepas apa yang aku buat untuk dia ini yang dia balas… menyesal aku serahkan segalanya pada dia… apa aku dah buat ni Ya Allah…” Tina meraup wajahnya dan menanggis. Dia terasa dirinya begitu bodoh kerana termakan janji-janji manis Zack dahulu. Kini sudah terlambat, tidak ada apa yang boleh dia lakukan. Takkanlah dia hendak memaksa Zack menyintainya sedangkan hati Zack bukan untuknya lagi. Dia memandang sungai yang tenang mengalir dihadapannya.

“Buat apa sorang-sorang dekat sini?” tanya Pak Man tiba-tiba. Tina segera mengesat air matanya dan berdiri dihadapan Penjaga itu.

“Tak ada apa-apa… saja nak tengok pemandangan buat kali terakhir” kata Tina perlahan sambil memandang sungai dihadapannya.

“Boleh tolong Pak Cik tak?”

“Tolong apa?”

“Pak Cik nak amik air dalam perigi tapi tak kuat! Boleh tolong?” Tina mengangguk. Mereka berdua menuju kearah perigi yang berada di belakang Villa itu.

“Pak Cik nak berapa baldi?”

“Satu cukup… cuba kamu tengok dalam perigi tu ada air tak?” arahnya. Tina hanya menurut. Dia menjengguk kedalam perigi tetapi kurang jelas kerana keadaan didalamnya yang gelap. Biasalah perigikan dalam.

“Tak jelas la Pak Cik…”

“Tengok betul-betul” tiba-tiba seseorang menolak Tina dari belakang dan menyebabkan dia terjatuh kedalam perigi yang dipenuhi dengan air.

“Tolong! Tolong!” jerit Tina. Tiba-tiba satu batu mengenai kepalanya dan menyebabkannya berdarah. Kakinya semakin kejang. Puas dia meminta tolong tetapi tiada siapa yang mendengar. Penjaga villa itu hanya tersenyum melihat Tina terkapai-kapai meminta tolong.  Zack yang kebetulan melihat kejadian itu lari meninggalkan tempat kejadian. Pak Man yang tersedar perbuatannya diketahui segera mengejar Zack. Zack segera berlari kearah biliknya dan mengunci biliknya. Dia mengigil ketakutan. Sememangnya dia ingin menyelamatkan Tina tetapi apakan daya dia tidak mempunyai kekuatan.

Zack memeluk dirinya. Fikirannya asyik terbayang-bayang Pak Man yang sedang menolak Tina kedalam perigi dan membalingnya dengan batu berulang-ulang kali.

TUK! TUK! TUK!

Kedengaran bunyi ketukan pintu. Semakin bertambah ketakutan Zack. Hendak menjerit pada siapa dia ingin meminta pertolongan. Dani, Balqis dan Krisnan berada disungai. Jika dia menjerit pun mereka semua takkan mendengarnya.

“Bukak pintu ni!” arah Pak Man keras.

“Aku takkan bukak pintu untuk ko! ko pembunuh! Mesti ko nak bunuh aku sekali! Aku tak nak!” jerit Zack.

“Buka!!!”

***

“Mana Zack ni? keras betul hati Tina tu merajuk…” kata Krisnan.

“Biarlah! Orang bercouple kalau tak bergaduh kan tak romantic…” beritahu Dani. Malas rasanya ingin campur tangan dalam hal Tina dan Zack itu. “Dah petang ni… kita balik dulu la, kemas-kemas esokkan kita nak balik” ajak Dani lagi.

“Betul tu… “ mereka bertiga berkemas-kemas dan kembali ke Villa itu.

“Weh aku tak jumpa Tina dengan Zack la… aku call banyak kali pun dia orang tak angkat, aku mesej dia orang tak replay… dah malas ni takkan tak geti-geti nak balik” kata Krisnan risau.

“Asal la ko risau sangat… tak kemana la dia orang tu”

“Dani! Patutnya Qis bagitahu benda ni dari tadi tapi Qis tak tahu nak cakap macam mana…”

“Apa dia?”

“Tadi Qis lalu bilik Zack, pintu bilik dia terbuka and Qis tengok barang-barang dia bersepah… macam kena geledah!” beritahu Balqis. Dani segera bangun dan menuju kebilik Zack.

“Astagfirullah al-azim…  Qis! Barang Tina ada lagi?”

“Ada! Semua ada lagi…”

“Kalau macam tu tak mungkin dia orang dah balik! Kris test call Zack lagi” Krisnan hanya menurut. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon Zack dibawah tilam. Balqis segera mendapatkan telefon bimbit Zack.

“Fon Zack kat sini… apa sebenarnya yang berlaku sebenarnya ni?” tanya Balqis.

“Aku tak tahu Qis! Nak cakap apa pun aku tak tahu… mana sebenarnya dia orang ni? apa sebenarnya berlaku dekat dia orang?” tanya Dani pada diri sendiri. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

“Pak Man! Apa kata kita tanya Pak Man… mana tahu kalau dia nampak kat mana Tina ngan Zack” cadangan Balqis.

“Betul juga! Jom…” mereka semua mengatur langkah menuju kerumah Pak Man yang tidak jauh dari situ.  Sesampai sahaja disitu, Dani memberi salam tetapi tiada balasan. Krisnan cuba mencari Pak Man merata sehingga dia terdengar seseorang sedang memotong sesuatu.

“Itu mesti Pak Man…” Krisnan segera menuju kearah bunyi itu. Alangkah terkejutnya Krisnan apabila melihat sesuatu yang tidak dijangka. Dia segera melarikan diri mendapatkan Dani dan Balqis.

“Apahal ko ni Kris! Macam nampak hantu aje”

“Asal ko ni? cuba bagitahu…” Krisnan menarik nafas dalam-dalam.

“Zack! Zack!” Krisnan tidak apat menghabiskan kata-katanya. Hatinya terlalu takut dengan apa yang dilihatnya tadi.

“Mana ko nampak Zack?” paksa Dani.

“Kris… jangan la macam ni… bagi la tau” kata Balqis pula.

“Zack! Dia dah mati”

“What! Ko jangan nak merepek tau Kris! Benda ni tak kelakar nak dibawa bergurau” kata Dani tidak mempercayai kata Krisnan.

“Aku sumpah Dan! Aku nampak Pak Man potong-potong badan Zack! Aku tak tipu…” beritahu Krisnan lagi. Terkedu mereka mendengar kata-kata  Krisnan itu. “Kalau korang tak percaya jom tengok” ajak Krisnan agar mereka berdua mempercayai kata-katanya.

Mereka bertiga mengatur langkah menuju ketempat yang dikatakan oleh Krisnan. Sebelum sampai kedengaran bunyi seperti seseorang sedang memotong daging.

“Ko dengar tu! Itu dia tengah potong Zack la tu…”

“Ko jangan fikir apa-apa dulu… Kris! Ko dengan Qis tunggu kat sini, sebab kalau betul apa yang dikatakan oleh Kris tu… aku tak nak Qis tengok mayat Zack yang mengerikan tu” arah Dani.
“Tapi Qis nak pastikan juga”


“Aku tahu ko tak kuat! Aku takut kalau ada apa-apa berlaku nanti” Balqis melepaskan keluhan kecil. Dia terpaksa mengikut arahan Dani kerna dia tahu apa yang dilakukan oleh Dani adalah untuk kebaikan dirinya. Dani terus pergi menjengah kebilik yang dikatakan oleh Krisnan. Apa yang dikatakan oleh Krisnan adalah benar. Zack sudah tiada lagi. Tiba-tiba Dani terlanggar kayu dan menyebabkan kayu itu terjatuh. Bunyi yang dihasilkan oleh kayu itu menyebabkan Pak Man menyedari akan kehadiran Dani disitu. Pak Man segera mengejar Dani. Dengan langkah panjang Dani terus melarikan diri.
“Kris! Qis! Lari… dia datang” arah Dani tidak jauh dari tempat mereka. Mereka terus berlari memasuki hutan yang terletak dibelakang Villa tersebut dengan harapan Pak Man sukar untuk menemui mereka. Sehingga sampai kesuatu tempat mereka bertiga berpecah agar Pak Man keliru dan memudahkan mereka untuk menyerang Pak Man ketika dia sedang leka mencari.
“Mana budak ni?” tanya Pak Man pada dirinya. Dia memandang keliling hanya terdapat pokok-pokok besar. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki berlari. Segera dia mengikuti jejak bunyi tersebut. Tidak lama kemudian dia terlihat Krisnan sedang berlari. Segera dia mengejarnya. Krisnan yang tersedar dia dikejar segera mempercepatkan lariannya. Dia tidak mahu dirinya terkorban disitu.
“Ama… tolong” kata Krisnan. Tiba-tiba Krisnan terjatuh kerana tersenggol kayu. Belum sempat dia bangun Pak Man telah mendekatinya. Dia berundur. Dia tidak perasan akan gaung yang berada dibelakangnya itu.
“Mana ko nak lari?”
“Kenapa Pak Man nak bunuh kami semua? Apa salah kami?” tanya Krisnan dalam ketakutan.
“Sebab aku suka! Dan sebab korang semua ni menyerabutkan fikiran aku…” beritahu Pak Man. Krisnan mengigil melihat Pak Man semakin mendekatinya. Baru sahaja Pak Man mahu mentetak Krisnan, Krisnan telah terjatuh didalam gaung yang dalam dan badannya tertembus dengan sebatang kayu yang tajam menyebabkan badannya bermandi darah.
“Ama…” Krisnan menghembuskan nafas yang terakhir. Dani dan Balqis melihat kejadian tersebut disebalik semak yang tidak jauh daripada situ. Balqis segera mengalihkan pandangannya dan menangis. Dani melihat Balqis.
“Tenang Qis… sekarang hanya tinggal kita berdua aja kat sini, kalau saya tak selamat… saya nak awak selamat” kata Dani. Balqis melihat wajah Dani.
“Kenapa mesti salah seorang daripada kita selamat? Kenapa tak semua? Ini semua salah Qis… Qis yang ajak trip kali ni… Qis ingat nak happy-happy, tapi…” Balqis tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Airmatanya semakin deras mengalir.
“Itu semua dah takdir kita… sekarang baik kita balik ke Villa tu dan amik kunci kereta sementara Pak Man sibuk dekat sini” ajak Dani dan mengendahkan pertanyaan Balqis. Dia tidak mahu Balqis menyalahkan dirinya tentang apa yang berlaku pada mereka. Balqis hanya mengangguk dan menurut arahan Dani. Mereka berdua perlahan-lahan menuju ke Villa Maria yang tidak jauh daripada situ. Mereka masuk kedalam bilik Zack untuk mencari kunci kereta.
“Dani! Qis dah jumpa kunci kereta” kata Balqis sambil menunjukkan kunci kereta yang dijumpainya. Dani tersenyum.
“Kalau macam tu jom…” mereka berdua berlari anak meninggalkan bilik itu agar Pak Man tidak perasan akan kehadiran mereka disitu. Sesampai sahaja dikereta Dani segera menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba Pak Man muncul didepan kereta. Terkejut mereka dibuatnya.
“Dan! Macam mana ni? Takkan kita nak langgar aja?” tanya Balqis.
“Takkan aku nak langgar dia? Sejahat-jahat dia pun, dia masih manusia biasa… aku tak sanggup, kalau ada apa-apa berlaku pada aku, aku nak ko pergi aje tak payah perdulikan aku…” beritahu Dani.
“Apa Dani nak buat?”
“Keluar!!! Keluar!! Keluar!!!” tengking Pak Man. Mereka berdua ketakutan.
“Qis! Tukar tempat… ko bawa kereta”
“Tapi Dani nak kemana?”
“Kalau dah takdir salah seorang daripada kita terkorban… baik biar aku aje yang pergi,” beritahu Dani.
“Tapi kenapa? Qis tak sanggup kehilangan Dani… Qis sayangkan Dani…” Balqis terus terang. Dani tersenyum mendengar kata-kata Balqis itu.
“Terima kasih sebab membalas cinta aku… tapi aku takkan biarkan orang yang aku sayang pergi didepan mata aku… aku nak ko selamat dan tak terima nasib yang sama seperti kita orang…” mereka bertukar tempat. Balqis melihat mata Dani.
“Dani nak pergi mana?” tanya Balqis apabila Dani keluar daripada kereta tanpa berbincang dengannya.
“Pak Cik! Apa salah kami sampai Pak Cik nak bunuh kami?”
“Aku tak suka dengan korang… sebab bila aku tengok korang aku teringat dengan Puan Maria dengan Tuan Badur, yang pernah aku khianati dulu…”
“Apa yang Pak Cik dapat dengan bunuh kami semua?”
“Kepuasan… asal ko banyak sangat tanya? Dah nak mati pun masih banyak bunyi… ko memang sengaja nak cari gaduh aku kan…” Dani tersenyum sambil memandang Balqis yang berada didalam kereta.
“Dani…” panggil Balqis apabila Dani bertindak melarikan diri kedalam hutan dan meninggalkannya sendiri. Pak Man terus mengejar Dani. Balqis hanya mampu melihat Dani dikejar oleh Pak Man kedalam hutan. Dia keluar daripada kereta itu. Tiba-tiba satu angin kuat melalui Balqis dan dia rebah.
Sesedar sahaja Balqis daripada pengsannya. Dia didalam keadaan terikat didalam satu bilik yang begitu dikenali iaitu bilik dimana tempat Zack dicincang. Dia melihat sekeliling tiada sesiapa kelihatan hanya terdapat banyak lumuran darah diatas lantai. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki sedang mengheret sesuatu menghampiri bilik itu. Tidak lama kemudian kelihatan Pak Man bersama Dani yang tinggal hanya nyawa-nyawa ikan. Terkedu Balqis dibuatnya apabila keadaan Dani.
“Dani…” Dani melihat Balqis dengan pandangan yang tidak bermaya. Dani diletakkan disebelah Balqis. “Kenapa Pak Cik?” tanya Balqis sambil air matanya mengalir melihat keadaan Dani.
“Aku tak nak dia mati senang-senang aje… orang kata menyeluk pekasam biar sampai kelengan, alang-alang dah ada rezeki depan mata, takkan aku nak tolak aje…” kata-kata lelaki berumur 70-an itu menakutkan Balqis. Biarpun umurnya sudah mencecah usia emas namun, tenaganya masih kuat untuk mencederakan anak muda.
“Apa maksud Pak Cik?”
“Ko nampak darah tu?” tanya Pak Man sambil menunjuk kearah darah yang masih mengalir dilantai. Balqis mengangguk. “Ko nak kalau lelaki kat sebelah tu aku cincang lumat-lumat kasi kucing makan?” segera Balqis menggeleng. “Kalau macam tu aku nak ko…”
“Tak nak!” Pak Man segera mengambil Dani dan menyeretnya kearah tempat pemotong kayu dan leher Dani diletakkan disitu. Dani tidak mampu melawan dan dia hanya berserah. “Jangan apa-apakan Dani… Pak Cik bunuh la Qis,  tapi jangan bunuh Dani… Qis merayu pada Pak Cik!” rayu Balqis sambil mengesot kearah Pak Man kerana kakinya terikat.
“Ko nak bagi apa yang aku nak?” Balqis terkedu. Parang yang berada berdekatan dengannya diambil dan mahu mentetak Dani.
“Qis sanggup!” jerit Balqis sambil air matanya membasahi pipi. Dani cuba meyakinkan Balqis agar tidak melakukannya namun tidak berjaya. Segera tindakannya dihentikan. Pak Man tersenyum. Dia segera mendekati Balqis bersama parangnya itu. Parang itu dikenakan dipipi Balqis dan semakin menurun kedada. Dia membuka ikatan Balqis. Tiba-tiba mata Balqis berubah mnejadi merah dan angin kuat mula menyelubungi bilik itu. Tingkap dan pintu terbuka dan tertutup berulang-ulang kali. Suasana bertukar menjadi seram sejuk. Pak Man semakin hilang arah. Tiba-tiba dia teringat dengan kejadian 15 tahun yang lalu. Badan Balqis terangkat dan dia terapung diudara. Pak Man segera menjauhkan dirinya daripada Balqis.
“AKU TAKKAN BIARKAN KAU SELAMAT… ENGKAU PEMBUNUH KEJAM!!!” suara Balqis berubah. Dani tahu Balqis yang dilihatnya bukanlah Balqis yang dikenali. Rambut Balqis mengerbang. Pak Man segera melarikan diri keluar rumah. Angin yang kuat bertiup menyebabkan Pak Man sukar untuk melarikan diri.
“Pergi ko dari sini… aku tak ada niat nak bunuh ko, ko yang paksa aku bertindak sedemikian…” kata Pak Man kepada roh yang berada didalam badan Balqis itu.
“KO AKAN MATI!!!” kilat menyambar sebatang pokok besar lalu tumbang dan mengenai Pak Man. Dia tidak sempat melarikan diri dan dihempap oleh pokok besar tersebut. Sebaik sahaja Pak Man menghembuskan nafas terakhir Balqis tersenyum dan dia rebah. Angin kuat yang bertiupan kembali tenang manakala Dani tidak sedarkan diri. Sebelum Balqis pengsan dia sempat melihat Pak Man yang terkulai dibawah pokok besar itu.
***
Sudah dua minggu peristiwa kejam itu berlalu. Dani telah berjaya diselamatkan namun dia masih lagi koma dan mengalami kecederaan yang parah manakala Balqis telah mengalami trauma yang teruk. Kini dia telah ditempatkan dirumah sakit jiwa bagi menerima rawatan lanjut. Cindy adalah teman yang sentiasa menjenguk Balqis walaupun Balqis tidak mengenalinya.
“Macam mana dengan keadaan Balqis, Dok?” tanya Cindy.
“Buat masa ni tak ada tanda-tanda dia akan pulih, namun saya dan yang lain akan berusaha supaya Balqis akan sembuh” kata Doktor Rozita. Cindy mengangguk faham. Dia sanggup menjaga Balqis sehingga keakhir hayat kerana Balqis adalah seorang sahabat yang sentiasa berada dengannya ketika didalam kesusahan.
“Tapi tolong lah Doktor… sembuhkan kawan saya”
“Kami akan berusaha…trauma yang dialami oleh Balqis bukan lah trauma biasa… dia melihat sendiri kawan-kawan dia dibunuh dihadapan matanya, tapi usaha kami takkan berjaya kalau Balqis sendiri tiada semangat untuk melawan traumanya itu” beritahu Doktor Rozita lagi.
“Apa pun yang Doktor buat untuk sembuhkan Balqis saya tak kisah… asalkan dia pulih seperti biasa” mereka berdua melihat kearah Balqis yang sedang mengigil dan memeluk kedua belah kakinya dibawah katil. Gayanya seperti cuba menyorok daripada seseorang.
“Dani jangan pergi!!!” jerit Balqis tiba-tiba. Kemudian dia menanggis.
“Assalamualaikum… ini Doktor Rozita ke?” tanya seorang lelaki yang tidak dikenali.
“Waalaikummusalam… saya Doktor Rozita! Kenapa Pak Cik cari saya?” tanya Doktor Rozita kehairanan.
“Saya Badur! Awak yang merawat Siti Balqis Bte. Pandi?”
“Ye!” dia tersenyum.
“Alhamdullilah… saya nak berjumpa dengan dia boleh? Saya nak berterima kasih dengan dia sebab, kalau tak berlaku kejadian tu saya takkan tahu sebab kehilangan isteri saya 15 tahun dahulu” beritahu Badur.
“Saya Cindy kawan Balqis! Apa maksud Pak Cik pasal isteri pak cik tu?”
“Sebenarnya begini… 15 tahun lalu saya seorang peniaga, pada suatu hari saya keluar kota untuk berdagang… bila saya balik saya tak jumpa isteri saya sampailah peristiwa itu”
“Sapa lelaki tua yang mati tu?”
“Dia dulu tukang kebun dirumah saya, tetapi selepas kejadian tu saya tinggalkan villa itu… beberapa bulan lepas tu saya dengar yang dia dah meninggal dunia akibat sakit tua… saya pun terkejut apabila melihat dia berada disitu pada hari kejadian tu”
“Kini misteri telah terungkai… yang mampu kita lakukan sekarang hanyalah berdoa agar dia yang pergi sentiasa aman… mari saya bawa Pak Cik jumpa Balqis” mereka bertiga menuju kearah Balqis.



PS- Idea bersama Hanun, Sakinah, Anisah, Dan Raja

19.9.12

8~KeNapa aKU YanG kau CintA??

“Kenapa ko tak nak terima aku? Apa kurangnya aku? Aku ada segalanya… papa aku kaya! Aku ada rupa! Apa lagi yang kurang Mia? Beritahu aku!!!” tanya Khairul.

“Maybe sebab ko bukan untuk aku… and ko kaya”

“Sebab aku kaya? Tak munasabah langsung alasan ko, please Mia… aku sayang kat ko” rayu Khairul sambil memegang tangan Mia. Mia melepaskan keluhan kecil sambil melihat wajah Khairul.

“Sorry, kalau kita ada jodoh… tak kira dimana kita berada kita akan bertemu… but sorry again aku memang tak boleh terima ko dalam hidup aku, lagi pun harta papa ko kan banyak and… banyak lagi perempuan yang nak kat ko, why me?” tanya Damia ingin tahu.

"Cause I love you..." Damia terdiam. Dia kehilanggan kata-kata.

"Bye..." hanya itu sahaja yang mampu diucapkannya dan dia terus melangkah  meninggalkan Khairul yang terpaku. Kaki Khairul bagaikan sudah terpaku ditanah kerana dia tidak boleh mengejar Damia.


Aku akan berusaha untuk memiliki hati batu ko tu Damia... sejauh mana pun ko larikan diri dari aku, aku akan tetap mengejar ko tanpa putus asa...


***

8 tahun kemudian...


"Hoi!!! termenungkan apa tu?" sergah Fendi dari belakang. Khairul tersenyum sambil mengalihkan pandangannya kearah Fendi.


"Tak de pape... just teringatkan kisah lama aku yang drastik!!!"

"DRASTIK!!! kenapa? nak tahu jugak!!!" paksa Fendi.

"Sibuk la ko... baik ko gi jaga Si Lina tu, kang nanti merajuk lak sebab aku... dah la Lina tu kuat merajuk" Khairul cuba menukar tajuk.

"Ala... merajuk pun kejab aje, aku boleh handle lagi... tapi cuma Si Lina ni pelik arr, ada ke nak merajuk sebab aku selalu keluar ngan ko, ada ke patut!!! ingat aku nak sangat ke ngan ko ni..." bebel Fendi.

"Wah ko ni... kalau bercakap tak ingat aku kat sini eak!!! Pasni aku nak berkomplot ngan Lina la… kenakan ko, mulut celupar sangat”

“Alalala… aku gurau je, jangan la nak amik hati… eh! Aku lupa… sebenarnya aku datang jumpa ko ni sebab sapa ni? Ala…” Fendi bermain dengan jari-jemarinya untuk mengigat kembali nama seseorang. “Aaa… Puan Huda nak jumpa ko sekarang, katanya ada hal penting” beritahu Fendi.

“Ko ni, benda penting cam ni pun boleh lupa… kesian Puan kena tunggu aku lama, dia tu dah la mengandung… tinggal tunggu masa nak meletup je… k lah chau” Khairul terus pergi meninggalkan Fendi sendiri.

“Ala… bukannya aku yang nak lupakan, benda tu yang susah sangat nak melekat kat otak ni…” omel Fendi sendiri.  Dia melihat Khairul yang semakin menjauh darinya. Kedengaran ketukan pintu dari luar.

“Masuk!!!” arah Puan Huda.

“Assalamualaikum Puan,” sapa Khairul.

“Walaikummusalam…” Khairul terus duduk dibangku yang berada dihadapan Puan Huda.

“Ada apa Puan panggil saya?”

“Saya tahu yang awak tak boleh keluar negara buat masa ni, sebab kesihatan Datin tak baik! Tapi saya amat sangat memerlukan pertolongan awak…”

“Macam serius je bunyinye… ada apa sebenarnya ni Puan? Cakap je la… saya tak kisah pun” tanya Khairul.

“Macam ni… pada mulanya saya arahkan Johar pergi jumpa klien kat London, tapi disebabkan isteri dia dah nak cukup hari jadi saya terpaksa tukar orang lain… saya tak tau nak suruh sapa lagi pergi selain awak, sebab saya percaya awak… tolong Khairul, uruskan projek kat London tu” Khairul terdiam. Dia mengalihkan pandangannya kearah jari jemarinya yang sedang ligat bergerak.

“Tapi Puan… mama saya tak sihat, saya takut kalau ada apa-apa terjadi pada dia”

“Tolonglah Khairul… saya tak tahu lagi nak hantar sapa” Khairul melepaskan keluhan kecil. Dia memandang wajah Puan Huda yang berharap persetujuan darinya.

“Baiklah… tapi berapa hari saya kena kat sana?”

“2 minggu je, tapi kalau kerja awak habis cepat, awak boleh balik awal…”

“Baiklah Puan! Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu…”

“Baiklah…” Khairul terus melangkah meninggalkan bilik Puan Huda.

“Arrgghhh… London! Kota yang indah… dah lama aku nak kesana, but why now?” tanya Khairul pada dirinya. Dia melihat pandangan dari tingkap biliknya. Kedengaran ketukan pintu.“Masuk…”

“Rul!”

“Ermm”

“Puan nak apa tadi?” tanya Fendi sebaik sahaja dia duduk.

“Aku kena gi London Di… aku dah lama nak kesana, tapi aku berat hati la, kalau ko ganti aku boleh?” tanya Khairul sambil melabuhkan punggungnya dikerusi. Fendi terdiam. “Boleh tak?”

“Tapi Rul!!! Puan dah amanahkan ko, takkan ko nak aku pergi! Lagi pun clieant yang ko nak jumpa ni bukan kliean biasa… dia kliean penting tau!!! Aku tak nak nanti sebab aku, syarikat rugi” beritahu Fendi.

“Tapi macam mana ngan mama aku? Aku risau! Lagi pun papa aku sibuk dengan projek besar dia tu”

“Kat umah ko kan ramai orang… ko jangan la nak bebankan diri ko dengan masalah sekecik ni, mama ko mesti suruh ko pergi kalau dia tahu… lagi pun mama ko tu dah ok! Dia dah sihat pun.. kalau ko risau sangat, masa ko gi sana biar aku tengok-tengokkan mama ko tiap-tiap hari and inform kat ko… setuju” Khairul melepaskan keluhan kecil. Berat hatinya ingin meninggalkan ibunya yang baru keluar dari hospital seminggu lepas kerana menjalankan  pembedahan buah pinggang.

“Ok!!! But ko kena janji ngan aku yang ko akan tengok mama aku hari-hari! Jangan miss satu hari pun!” Fendi mengangguk. Khairul tersenyum. Dia tahu Fendi sememangnya boleh diharap. Dia mengenali Fendi sejak dari sekolah menengah lagi, selepas cintanya ditolak oleh Damia. “Sebab nilah aku sayang ko…”

“Ko ni apa hal? Hello aku dah berpunya ok!!! Lagi pun aku tak jalinkan hubungan songsang ni…” spontan Khairul menonjolnya kepala Fendi.

“Kepala hotak ko… ko ingat aku ni apa? Gigolo? Gay? Aku masih berpegang kuat pada agama la…” Fendi ketawa kecil.

“Teruk sangat ke aku ni? Sampai cam tu sekali ko fikir tentang aku”

“Ala relax arr Rul… aku main-main je, ko nyer pasal jugak yang ko cakap benda-benda merepek tu asal?”

“Dah la… keluar sana! Ko tak de keje lain ke? Suka menyibuk hal orang” halau Khairul. Kalau dibiarkan Fendi lama-lama disitu, boleh stress dia dibuatnya.

“Ye la ye la… aku keluar ni, nak lepak kejab pun tak leh!!!” Fendi melangkah keluar dari bilik Khairul sambil membebel sendiri.


***

2 minggu berlalu, sepanjang ketiadaan Khairul di Malaysia keadaan Datin Masitah semakin baik. Fendi juga tidak pernah lupa untuk melaksanakan amanah yang ditinggalkan untuknya. Sebaik sahaja tiba dirumah Khairul terus mencari Datin Masitah.

“Mama…” Khairul memeluk erat Datin Masitah yang sedang masak dari belakang.

“Eh! Anak mama… bila balik ni? Tak dengar orang masuk pun” tanya Datin Masitah. Dia memegang kedua-dua pipi Khairul.

“Tu la…orang dah bagi salam tak dengar,”

“Ni balik naik apa ni?”

“Naik teksi…”

“La kenapa tak telefon Pak Hamid?”

“Mama… kesian Pak Hamid, hari ni kan hari minggu biarlah dia rehat lagi pun Arul nak buat suprice tuk mama” Datin Masitah tersenyum. Beruntung dia melahirkan Khairul, baik orangnya dan mengambil berat tentangnya.

“Ni la anak mama… hah Rul… semalam ada kawan kamu datang, cantik molek orangnya, katanya kawan sekolah menengah kamu dulu” beritahu Datin Masitah. Tawa dibibir Khairul hilang.

“Kawan sekolah menengah? Perempuan?” Datin Masitah mengangguk. “Namanya sapa ma? Arul memang tak ingat langsung la… lagi pun Arul ramai kawan perempuan dulu” tanya Khairul ingin tahu.

“Nama dia Damia …”

“Damia!!! Untuk apa dia datang ma?” tanya Khairul pelik. Tiba-tiba kenangan dia bersama Damia mula beterbangan dia kotak fikirannya. Gadis pertama yang menolak cintanya kerana dia kaya. Kalau difikirkan sememangnya tidak masuk akal, tapi Khairul tidak mampu memaksa Damia untuk menerima cintanya. Dia juga seorang gadis yang polos, lurus  dan gadis pertama yang berjaya mengetuk hatinya. 
***


“Hei budak baru… sini sekejab!” panggil Khairul. Damia hanya menurut.

“Nah amik kerja rumah ni, ko buat! Esok aku tahu ko dah siapkan kerja ni… kalau tak, tahu la apa aku nak buat” kata Khairul sambil mencampakkan kerja rumah kepada Damia. Damia mengutip buku-buku yang terjatuh dilantai.

“Khairul! Ko ni kenapa hah! Suka sangat buli budak baru!!! Aku tahu la ko tu anak Dato’ tapi buat-buat bertaubatlah… nah amik balik homework ko ni! Buat sendiri…” Marsha mengambil buku-buku yang berada ditangan Damia dah menghentakkannya diatas meja.

“Hei Marsha!! Ko kalau tak sibuk hal aku tak leh ke?”

“Masalahnya ko membuli, takkan aku nak senyap aje…” Damia hanya melihat Khairul dan Marsha bertikam lidah.

“Hello! Aku nak membuli ke nak apa ke, tu hak aku… ko jangan campur, lagi pun benda ni harus dilalui oleh budak baru cam dia ni…” Khairul memandang tepat kearah mata Damia. Damia terus tunduk. “Aku tengok dia ni sengal, sengal aje… so why not aku suruh dia buat kerja aku and we look kebijaksanaan dia sampai boleh masuk sekolah ni..”

“Apa pun alasan ko… aku tak peduli! Yang penting kalau ko nak buli Damia! Ko harus berdepan dengan aku dulu…” amaran diberi kepada Khairul. Dia hanya tersenyum mendengar amaran Marsha.

“Hari ni ko lepas… next time, jangan harap” Khairul menhentak mejanya dan terus berlalu dari situ.

“Hai saya Marsha… selamat datang kesini” kata Marsha sambil menghulurkan salam perkenalan.

“Saya Damia, terima kasih…” Damia menyambut baik salam Marsha sambil tersenyum.

“Mesti awak terkejut pasal tadikan!” Damia mengangguk.

“Tak payah la risau… selagi saya ada kat sini, selagi tu Khairul takkan apa-apakan awak, dia memang cam gitu… suka buat benda-benda cam ni, duduk la dulu… kita kenal-kenal” ajak Marsha.

“Ermm… bukannya saya tak nak tapi saya ada hal, saya kena balik awal…”

“Kalau macam tu tak pe la… next time kalau awak ada masa kita berbual panjang…”

“Saya balik dulu…” Damia terus mengambil beg sekolahnya dan berlari anak meninggalkan Marsha. Marsha hanya tersenyum melihat kelakuan Damia.

“Hoi budak! Mari sini ko…” panggil Khairul. Damia terhenti. Matanya melihat Khairul yang sedang memeluk tubuh dan menyandar di pagar sekolah.

“Saya ke?” tanya Damia sambil menunjuk kearah dirinya.

“Ada orang lain ke kat sini?” Damia melihat sekeliling sememangnya tiada budak lain selain rakan-
rakan Khairul yang setia.

“Kat sebelah awak tu bukan orang ke?”

“Ko ni memang suka cari pasal ngan aku kan!!! Takkan aku nak panggil kawan-kawan aku kalau dia orang ni dah kat sebelah aku… and ko ni pandai menjawab eak!!! Untung ko tadi Marsha tolong, tapi sekarang jangan harap… amik ni, and siapkan!!!” Kamal memberi kerja rumah Khairul kepada Damia.

“Kalau saya buat kerja rumah awak ni, boleh tak awak jangan gaduh-gaduh dengan Marsha lagi? Sebab dia baik, saya tak nak dia kena tindakan disiplin sebab gaduh dengan awak…” tanya Damia. Khairul tersenyum.

“Kita tengok!!! Kalau kerja ko bagus… aku takkan gaduh dengan singa betina tu, tapi kalau tak! Aku akan buat singa betina tu merana”

“Kalau macam tu, saya akan buat apa yang awak suruh… tapi… awak janji yang awak tak bagitahu Marsha yang saya tolong awak” Khairul ketawa.

“Ko lah orang first yang pandai nak berurus niaga ngan aku… tapi aku suka!”  

***


“Kamu termenungkan apa tu? Jauh sangat mama tengok! Kamu kenal ke Damia tu?” tanya Datin Masitah.

“Mana tak kenalnya mama… kawan baik Arul dulu masa sekolah, dia datang kenapa?”

“Dia tengok mama, katanya dia dengar mama baru lepas pembedahan sebab tu la dia datang tengok mama lepas datang Malaysia. Dia tak keje kat sini, yang dia bagitahu mama semalam dia jadi fesion design kat Paris…” beritahu Datin Masitah.

“Mama… mama ni tak salah orang ke? Damia yang Arul kenal dia tak pandai berfesyen… and dia ni lurus, kalau orang cakap A ke A la dia… and bila orang cakap Z ke Z la dia, takkan dia designer kat Paris?” Khairul tidak mempercayai kata Datin Masitah.

“Arul… setiap orang akan berubah, macam Arul… masa kat sekolah dulu Arul ni suka buli orang, kaki perempuan, dan sosial… now! Arul mama… dia baik hati, tak bangga-banggakan harta papa, dan macam-macam lagi la… yang penting dah berubah 100% dari Arul yang mama kenal dulu” Khairul tersenyum mendengar kata-kata Datin Masitah.Kalau mama nak tahu… Damia Maisarahlah yang ubah sikap Arul sebelum ni, dialah yang membuka mata Arul yang kita tidak boleh bangga-banggakan apa yang kita ada sekarang, sebab benda ni takkan berkekalan… dan duit tidak boleh buat beli cintaIngin sekali Khairul mengungkapkan kata-kata itu tetapi dia tidak mampu.“Tapi mama tengok dia manis orangnya… kalau jadi menantu mama mesti seronok” sengaja Datin Masitah mengatakan tentang itu kerana usia anaknya itu bukanlah muda lagi.

“Yela tu mama… simpan aje la hasrat mama tu dalam hati, Arul dah 8 tahun tak jumpa dia… kalau mama nak tahu, dialah gadis yang selalu Arul buli dulu kat sekolah menengah… takkan sekarang nak jadi isteri Arul lak… mesti dia serik jumpa Arul lagi, takut kena buli cam dulu” kata Khairul. Datin Masitah ketawa kecil.

“Orang dulu kata… kalau kita suka bergaduh dengan orang tu lama-lama gaduh tu bertukar jadi cinta, nak tahu sebab apa?” Khairul mengangguk.

“Sebab kita hari-hari nampak dia, hari-hari kacau dia, hari-hari dengan dia… dan kita nampak kejujuran dia, kasih sayang dia, sifat baik dia… secara tak langsung dia akan menjadi sebahagian dari hidup kita, jadi bila dia hilang dari mata kita… kita akan rindukan dia, dan rindu itu akan menjadi cinta” terang Datin Masitah.

“Habis tu kalau orang yang membuli, tapi macam mana pula orang yang kena buli?”

“Sebab yang sama… cuma dia akan rindu bila tak de orang ganggu dia, sebab tu dia akan datang mencari orang tu atau dia lupakan orang tu dan mulakan hidup baru”

“Ma! Kalau Arul cakap yang Arul berubah sebab Damia! Mama percaya?” tanya Khairul takut-takut. Datin Masitah tersenyum.

“Bagus la kalau macam tu, sekurang-kurangnya mama tahu yang Damia sorang aje la yang boleh merubah perangai anak mama sorang ni kepada anak yang soleh! Mama bangga sangat” beritahu Datin Masitah. Khairul tersenyum pahit.
***

“Assalamualaikum…” kedengaran seseorang memberi salam.

“Waalaikumussalam…” Datin Masitah menyambut salam itu. Dia berlari anak menuju kearah pintu. Kelihatan Damia sedang berdiri dihadapan pintu pagar. “Eh! Mia! Mari masuk…” jemput Datin Masitah sambil membuka pintu pagar.

“Apa khabar mak cik?” Damia menyalam tangan Datin Masitah.

“Mak cik khabar baik! Kenapa datang tak bagitahu dulu? Kalau tak mak cik boleh siap-siapkan makanan untuk Mia…” Damia tersenyum.

“Tak payah susah-susah la Mak Cik… lagi pun Mia datang ni bukan lama pun, Mia just nak minta diri… sebab flight Mia petang ni” beritahu Damia.

“La… kenapa cepat sangat? Tak sempat nak jumpa Khairul pun…”

“Tak pe la mak cik, kalau ada jodoh nanti kita orang jumpa la…” kedengaran Datin Masitah mengeluh. Kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan banglo Datin Masitah. Cepat-cepat Datin Masitah bangun untuk melihat gerangan yang pulang.

“Eh! Anak mama dah balik, meh sini! Ada Mia ni…” Datin Masitah menarik lengan Khairul agar mempercepatkan langkahnya memasuki rumah.

“Mia!” mereka berdua bertentangan mata. Masing-masing terkaku.

“La… apa berdiri kat sini… meh le duduk sama ngan Mia kat sini… petang ni dia dah nak balik” beritahu Datin Masitah.

“Balik? Kenapa cepat sangat?”

“Sebab saya ada kerja yang tak dapat dielakkan,” Damia memberi alasan.

“Tapikan kita baru jumpa! Takkan awak dah nak balik?” tanya Khairul spontan. Damia hanya diam dan tidak menjawab pertanyaan Khairul.

“Dah! Dah! Mia! Jom makan dulu sebelum balik… kebetulan tadi mak cik ngan Bik Ani tengah masak tadi” ajak Datin Masitah.

“Tapi mak cik!”

“Tak ada tapi-tapi, nanti bila Mia dah balik Paris… entah bila lagi mak cik boleh jumpa Mia lagi” Datin Masitah mencari alasan agar Damia dan Khairul dapat meluangkan masa bersama. Damia memandang Khairul dan Datin Masitah. Khairul berharap agar Damia menerima pelawaan mamanya itu. Dia tidak mahu kehilangan Damia lagi. Pemergian Damia dahulu cukup memedihkan hatinya.


"Tapi mak cik... Mia takut menganggu Encik Khairul rehat" kata Damia lembut tetapi penuh dengan kritikan sambil memandang kearah Khairul.

"Tak ada la... Arul berbesar hati kalau Mia dapat makan kat sini" pujuk Datin Masitah lagi sambil menyenggol bahu Khairul. Khairul tersedar dari lamunannya.

"Arul!"



"Apa!?"


"Pujuk la Mia makan kat sini" Khairul memandang kearah Damia.


"Tak pe la mak cik! Mia nak balik dulu" Damia terus bangun untuk menyalam Datin Masitah.


"Mia! makan la kat sini... kita baru jumpa, banyak benda yang saya nak berbual dengan awak" kata Khairul.


"Next time ok! Mia betul-betul ada hal"


"Tapi!"

"Mak cik! Mia janji bila Mia balik Malaysia lagi... Mia datang jumpa mak cik" Damia cuba menolak pelawaan Datin Masitah dengan cara baik. "Atau mak cik aje datang Paris jumpa Mia kat sana sambil tu boleh la kita jalan-jalan and Mia akan tunjukkan mak cik Paris" cadang Damia. Kedengaran keluhan dari Datin Masitah. "Mak cik..."


"Mak cik faham Mia.. bila-bila Arul free nanti kami akan datang melawat Mia kat Paris" Damia tersenyum. Lega hatinya apabila Datin Masitah memahami dirinya.


"Mia minta diri dulu..." Damia segera menyalam Datin Masitah dan menghadiahkan senyuman kepada Khairul. Datin Masitah hanya melihat sahaja Damia pergi dengan perasaan hampa.


"Kenapa tak halang Mia pergi?" tanya Datin Masitah apabila kelihatan Damia hilang. Dia sebenarnya masih terkejut dengan perjumpaan yang tidak dirancang itu. "Arul dengar tak apa yang mama tanya ni?" tanya Datin Masitah lagi apabila Khairul tidak memberi sebarang tindak balas keatas pertanyaannya.


"Apa ma?"


"Kamu dengar tak mama tanya apa?"


"Maaf ma... Arul tak dengar" jawab Khairul jujur. Datin Masitah menggeleng sambil tersenyum. "Ma! Apa yang mama rasa Arul patut buat?" tanya Khairul tiba-tiba.


"Apa kata hati kamu tu?"


"Entah la ma! Arul pun tak tahu, yang penting Arul tak nak kehilangan dia buat kali kedua atau untuk selama-lamanya... Arul nak dia sentiasa dengan 
Arul" luah Arul.


"Itulah namanya CINTA!!!"


"CINTA!!!"


"Ya sayang... Cinta! Itulah namanya cinta, dah banyak yang mama tempuhi dari dulu sampai sekarang, dah banyak garam mama makan dari kamu, sebab tu la mama boleh tahu apa itu cinta" terang Datin Masitah.


"Habis tu apa yang patut Arul buat?"


"Kejar cinta tu..."


"Tapi kalau tak berjaya macam mana?"


"Belum cuba belum tahu"


"Thanks mama... sekarang Arul akan cuba kejar cinta Arul tu" Khairul terus pergi untuk mencari Damia.



Jangan tinggalkan aku Damia... aku tak sanggup kehilangan kau lagi

Hatinya menjadi resah. Fikirannya kini hanyalah untuk mencari Damia. Tiba-tiba dia ternampak kereta Damia terdampar ditepi jalan. Hatinya tertanya-tanya. Segera dia memberhentikan keretanya dibelakang kereta Damia. Dia berlari anak mendapatkan Damia.



Kelihatan Damia sedang meletakkan kepalanya distreng.

"Mia! Mia! Awak ok tak?" tanya Khairul sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta Damia. Damia tidak memberi sebarang respond. Ianya membuatkan hati Khairul menjadi gelisah "Damia!" Khairul cuba membuka pintu kereta Damia tetapi tidak berjaya kerana telah terkunci dari dalam.

Please... don't make me like this
Khairul mengambil kayu yang tidak jauh dari situ dan memecahkan cermin kereta Damia. Damia terkejut akan perbuatan Khairul itu.

"Apa yang awak buat ni?"


"Habis saya ketuk-ketuk awak tak jawab, saya ingat awak pengsan tadi... sebab tu la saya pecahkan cermin ni..." kata Khairul. Khairul melihat wajah Damia yang sembab. "Awak nangis ke?"


"Apa awak kisah!"


"Mestilah saya kisah, kalau ada apa-apa terjadi pada awak saya yang risau"


"But why?" tanya Damia pelik.



***




“Ko rasa apa yang ko buat ni betul ke?” tanya Sakinah. Dia takut jika Damia salah memilih jalan.

“Aku yakin…”

“Tapi macam mana kalau ko jumpa dia and dia dah khawin… apa ko nak buat?”

“Itu aku tak tahu… aku kena selesaikan hal ni atau aku tak akan tenang! Aku tak nak hidup dalam kepura-puraan dan tanda tanya, aku tak nak menyesal dengan apa yang aku pilih… aku tak kisah walaupun aku tahu yang aku bakal disakiti tapi, biarlah aku puas dengan keputusan aku” terang Damia. Sakinah melepaskan keluhan. “Sebab tu walau apa pun yang aku lakukan, aku nak ko sentiasa sokong aku…”

“I will… I always support you, I love you Mia…” mereka berpelukan. “Tapi aku tak sanggup tengok ko dikecewakan! Aku takut kalau…” Sakinah tidak dapat menyudahkan kata-katanya.

“Aku tahu apa yang ko fikirkan… tapi percayalah yang aku takkan buat perkara-perkara yang bertentangan dengan agama, aku masih waras”

“Aku tahu… tapi hati aku berat nak lepaskan kau pergi” beritahu Sakinah.

“Ko percaya aku?” Sakinah mengangguk. “Dah berapa lama ko kenal aku?” tanya Damia lagi.

“Sejak ko pindah sini…”

“See! Dah 8 tahun aku pindah sini, dan selama 8 tahun tu jugalah ko kenal aku… so I want you to trust me for this time only” Sakinah mengeluh. Damia memegang bahu Sakinah. “Kin! Bukan aku nak ketepikan ko sebagai best friend aku… tapi aku janji! Semua yang terjadi kat aku bila kat sana nanti aku akan report kat ko” Damia cuba meyakinkan Sakinah dengan keputusannya.

“Betul?” Damia mengangguk. “Ok! Tapi jaga diri baik… kalau ada apa-apa bagitahu aku, kalau tak jangan terkejut kalau aku muncul depan mata ko nanti”

“Ye la sayang… aku bukannya nak pergi mana pun, tanah air aku juga…”

“Itu aku tahu… tapi ko dah tak ada sapa-sapa kat sana, itu yang aku risau”

“Kan ko dah bagi alamat sedara ko kat sana, nanti aku duduk sanakan! Don’t worry I will fine!” Damia mencapai beg pakaian yang berada ditangan Sakinah. Dengan berat hati Sakinah menyerahkannya. Mereka berdua berpelukan.

“Take care…” Damia tersenyum. Bahagia hatinya apabila ada kawan yang begitu memahami dan mengambil berat tentangnya.

“I will miss you”

“Bye…”
Aku doakan agar ko kecapi kebahagian dengan apa yang ko lakukan
Doa Sakinah.
***

“Please… awak buat saya risau,”

“Stop it Encik Khairul! Kenapa awak nak risau saya ni bukan sapa-sapa awak dan awak tu bukan sapa-sapa saya! Kenapa awak nak risau sangat? Look! Cermin kereta ni dah pecah, macam mana saya nak explain dengan Kak Huda!” Damia menggunakan cermin itu sebagai alasan apabila tiba-tiba hatinya terusik dengan kata-kata Khairul.

“Sapa kata awak bukan sapa-sapa saya?!”

“What do you mean?”

“Kalau awak nak tahu, awak lah penyebab saya jadi macam ni sekarang… saya nak awak bertanggungjawab atas apa yang dah awak lakukan… jangan nak berdalih” kata Khairul tiba-tiba serius.

“Apa yang saya dah buat dekat awak? Saya ada buat salah dengan awak ke?” Damia tertanya-tanya dengan maksud perkataan Khairul.

“Awak tahu tak yang saya sekarang ni hidup dalam kesedihan, awak buat hidup saya seratus peratus berubah! Saya dah hormat orang lain! Saya jaga hati orang lain! Saya dah tak membuli! Saya hormat mama saya! Saya bukan saya yang dulu lagi…”

“Ok la tu! Sekurang-kurangnya awak dah berubah kepada yang lebih baik… apa lagi yang awak tak puasa hati!? Apa yang awak kurang?” Tanya Damia ingin tahu. Dia rasa apa yang dikatakan oleh Khairul itu adalah perkara baik tetapi kenapa Khairul memintanya bertanggungjawab.

“Baik awak kata! Lepas saya dengar kata-kata awak selepas awak tolak saya masa tu, saya sedar yang saya tak perfect, saya sedar yang saya banyak kekurangan, saya nak berubah! Tapi saya tak tahu macam mana, saya jumpa dengan semua orang yang saya pernah buli and saya minta maaf! Tapi mana awak masa tu? Bila saya perlukan seseorang untuk menyokong saya, dia tak de! Tapi sekarang bila dia depan mata saya takkan saya nak biarkan dia pergi untuk kali kedua? Saya nak dia pimpin saya supaya menjadi insan yang soleh! Insan yang boleh memimpin keluarga… tapi saya tak boleh lakukan semua tu sorang-sorang, saya perlukan teman” beritahu Khairul kepada Damia. Damia masih terdiam dan khusyuk mendengar kata-kata Khairul. Dia tak tahu ingin katakan apa. Sebenarnya dia masih tak faham kenapa Khairul ingin memberitahu perkara itu kepadanya.

“So! Awak nak  saya buat apa?”

“Awak tak faham ke apa yang cuba saya maksud kan?” Damia menggeleng. “ Penat ajelah bermadah dengan awak ni.. ingatkan dah jadi pereka designer kat Paris dah bijak! Rupanya masih sama aje…” kata Khairul selamba.

“Eh! Awak ni sebenarnya nak apa? Kalau setakat nak cari gaduh ngan saya, tak payah la nak cari saya sampai kesini”

“Saya cari awak sebab bersebab! Bukannya suka-suka! Ini antara hidup dengan mati saya tau tak!”

“Apa pulak kena mengena hidup mati awak dengan cari saya kat sini?”

“I love you!” Damia terdiam. “Kenapa awak diam? Cakaplah something” tiba-tiba Damia menangis. “ Kenapa awak nangis ni? Saya ada cakap apa-apa yang menyakitkan hati awak ke? Janganlah nangis…” Khairul cuba memujuk Damia. Dikesatnya air mata Damia.

“Kenapa saya? Kenapa baru sekarang awak nak cakap? Kenapa dulu awak tak halang saya pergi? Kenapa awak buat saya terseksa kat sana? Kenapa awak tak pernah berusaha dapatkan saya? Kenapa awak tak cari saya? Awak tahu tak saya rindukan awak? Awak tahu tak yang saya…” Damia tidak dapat menyudahkan pertanyaannya.

“Sebab awaklah satu-satunya gadis yang boleh menyentuh hati saya,tapi saya minta maaf sebab saya tak tahu nak cari awak kat mana, saya tak halang awak sebab saya hormat keputusan awak, tapi betul ke awak rindu saya?” Damia mengangguk. “Tapi saya apa?”

“Saya… saya… saya cintakan awak” Khairul memandang Damia tanpa berkelip-kelip. Benarkan apa yang didengarnya itu? Benarkan Damia juga menyimpan perasaan kepadanya? Ikutkan kata hatinya ingin sahaja dia memeluk Damia tetapi bila diingatkan hukum agama, dipendamkan sahaja.

“Terima kasih cinta…” mereka berdua sama-sama tersenyum.

“Habis cermin ni macam mana? Macam mana saya nak pergi airport?” tanya Damia tiba-tiba.

“Awak masih nak balik Paris ke? Habis macam mana dengan saya?” tanya Khairul ingin tahu. Kenapa Damia masih dengan keputusannya ingin ke Paris.
“Saya masih ada ibubapa...” kata Damia sambil tersenyum.

“Ok! But biar saya hantar awak pergi airport tu nanti…”

“Thanks again sayang…” Damia hanya mengukirkan senyuman apabila mendengar kata-kata Khairul itu. Kini dia yakin bahawa keputusan yang dibuatnya tidaklah sia-sia. Buktinya kini mereka berdua bersama.